Anda di halaman 1dari 29

PROSES PERKAHWINAN MASYARAKAT

MELAYU BRUNEI
PENDAHULUAN
• Perkahwinan sememangnya lumrah pada
setiap manusia sejak zaman dahulu lagi di
serata dunia. Namun yang membezakannya
adalah cara perlaksanaan atau konsep sesuatu
adat tersebut.Tidakketinggalan juga Negara
kita mempunyai keunikan tersendiri dalam
sesebuah majlis.
• Beberapa majlis dan adat perkahwinan Melayu
Brunei akan dilangsungkan.
PROSES MAJLIS PERKAHWINAN
MASYARAKAT BRUNEI

Secara berkumpulan, susun majlis tersebut mengikut urutan


dalam masa 5 minit:

Menghantar Berian Majlis Bersanding

Majlis Berbedak Majlis Berambil-ambilan

Majlis Akad Nikah Majlis Bertunang

Majlis Merisik Majlis Mulih Tiga Hari


(Berjarum-jarum)

Majlis Berpacar Majlis Meminang


PROSES MAJLIS PERKAHWINAN
1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.
MAJLIS DALAM ADAT PERKAHWINAN
MELAYU BRUNEI

Di antara majlis dalam adat


perkahwinan Melayu Brunei yang
sering dilangsungkan adalah:
MAJLIS MERISIK / BERJARUM-JARUM
• Sebelum berlakunya majlis perkahwinan, terdapat
satu adat berjarum-jarum yang dinamakan adat
‘Merisik’ yang biasa dilakukan oleh masyarakat
Melayu Brunei.
• Pada kebiasaannya, rombongan berjarum ini disertai
oleh 3 hingga 5 orang tua-tua yang diketuai oleh
seorang lelaki sebagai wakil ibubapa si teruna.
Apabila tiba di rumah si dara, mulalah mereka
bermadah-madah dan berpantun-pantun bagi
menyatakan tujuan kedatangan mereka.
• Jika belum disunting, wakil akan mula
berbincangkan bila mereka boleh menghantar
rombongan meminang. Jawapan kepada
lamaran pihak lelaki tidak akan diketahui
dalam hari yang sama.
• Majlis ini juga membolehkan kedua-dua pihak
mengenali latar belakang bakal mempelai dan
keluarga masing-masing.
MAJLIS MEMINANG
• Setelah menerima jawapan dari keluarga pihak perempuan, pihak
keluarga lelaki, biasanya terdiri dari orang-orang tua mereka, akan
menghantar kembali rombongan wakil untuk bertanyakan mengenai
'tanda pertunangan' (tuntutan untuk majlis pertunangan).
• Seandainya berlaku Langkah Dulang atau Langkah Sungai, lelaki
tersebut dikehendaki untuk membuat bayaran yang ditetapkan oleh
keluarga pihak perempuan semasa majlis pertunangan nanti. Langkah
Dulang berlaku seandainya perempuan yang hendak dikahwini ini
mempunyai kakak yang belum berkahwin lagi sementara Langkah
Sungai ialah seandainya lelaki itu bukan dari Puak Tutong manakala
perempuan tersebuat adalah dari Puak Tutong.
• Setelah majlis meminang berlangsung, ini menandakan perempuan
itu sudah di’tandai’ dan tidak boleh dipinang oleh lelaki lain.
MAJLIS BERTUNANG
• Setelah merisik, wakil pihak keluarga masyarakat Melayu Brunei
akan datang membawa dua bentuk cincin. Sebentuk cincin
‘pembuka mulut’ sebagai tanda pinangan dari wakil pihak lelaki.
Jika diterima, sebentuk cincin pertunangan akan diserahkan untuk
menandakan bahawa pihak perempuan itu sudah berpunya.
• Bakal pengantin lelaki juga dibolehkan
untuk memberi cenderamata atau
‘tanda kasih’ yang lain kepada bakal
pengantin perempuan.
• Kedua-dua pihak juga akan
membincangkan butir-butir mengenai
perkahwinan yang akan datang,
terutamanya tarikh, tempat, mas
kahwin atau ‘berian’, belanja dapur
atau ‘belanja hangus’ dan senarai
permintaan lain (kain jong sarat dan
sebagainya) dengan pihak pengantin
perempuan.
MENGHANTAR BERIAN
• Menghantar Berian bermakna menyampaikan
hadiah yang terdiri daripada semua permintaan
semasa majlis pertunangan, dan mungkin juga
termasuk hadiah tambahan oleh pengantin
lelaki. Pengantin perempuan juga membalas
dengan memberikan ‘balasan’ dalam bentuk
barangan. Hadiah yang diberikan dibawa dan
diletakkan di atas dulang atau ‘gangsa’ dihiasi
dengan kain dan gubahan yang indah.
MAJLIS AKAD NIKAH
• Akad nikah merupakan perkara yang paling penting
dalam setiap perkahwinan. Majlis akad nikah
biasanya diadakan di rumah pengantin perempuan.
Tetapi ada juga yang menyelanggarakan di masjid,
tertakluk pada persepakatan dan persetujuan
kedua-dua belah pihak. Pengantin lelaki yang
melafazkan 'kabul' iaitu jawapan daripada ‘ijab’
jurunikah mestilah jelas kedengaran. Jikalau kurang
jelas, terpaksalah diulang semula ‘ijab’ dan ‘kabul’.
• Majlis akad nikah ini bukan sahaja diadakan oleh
puak jati Melayu Brunei, malah ia dilakukan oleh
Puak jati Tutong, Belait, Kedayan, Dusun ,Murut dan
Bisaya yang beragama Islam akan berkembangnya
dakwah islam di serata negeri. Selesai majlis akad
nikah, barulah majlis-majlis yang lain dilaksanakan.
MAJLIS MALAM BERBEDAK
• Majlis berbedak dalam masyarakat Melayu Brunei juga
dikenali sebagai ‘Malam Masuk Berbedak’. Majlis ini
mengundang lebih ramai ahli keluarga dan rakan
pengantin.
• Majlis ini biasanya diadakan di kedua-dua rumah bakal
pengantin. Mula-mula diadakan di rumah bakal
pengantin perempuan, selepas itu baharulah diadakan
di rumah bakal pengantin lelaki.
• ‘Majlis Berbedak’ ini ialah untuk memberi seri wajah
kepada bakal pengantin sewaktu melaksanakan majlis
persandingan.
• Semasa majlis ini kedua-
dua pengantin akan
memakai pakaian tradisi
brunei dan dihiasi dengan
perhiasan yang diperbuat
dari emas. Pengantin
perempuan akan dibaluti
dengan kain jong sarat
yang diberikan oleh
pengantin lelaki sebagai
hantaran berian.
• Bapa bakal pengantin
merupakan orang yang
mula-mula sekali
‘membedaki’ bakal
pengantin dan selepas itu
diikuti oleh bakal bapa
mentua. Apabila kaum lelaki
membedaki, baharulah
giliran perempuan
memulakannya dengan
didahului oleh ibu bakal
pengantin dan ibu mentua
bakal pengantin.
MAJLIS BERPACAR
• Majlis Berpacar biasanya dikenali sebagai Malam Inai
dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
• Majlis ini dilakukan pada sebelah malam sehari sebelum
menjelangnya ‘Hari Persandingan’. Majlis ini dilakukan
secara berasingan di rumah pengantin lelaki dan pengantin
perempuan.
• Di sini, Pengantin, berpakaian dalam pakaian yang serupa
dengan Malam Berbedak duduk di pelaminan dengan
tangannya di atas pangkuannya dan ahli keluarga memohon
secubit 'pacar' (Inai) pada telapak tangan beliau. Bunga
Rampai juga bertaburan di tangannya menandakan rahmat.
• Selepas upacara berpacar selesai,
pengantin akan duduk di sisi katil
bilik dengan kedua-dua belah kaki
dihanjurkan ke hadapan.
‘Pengangun’ dengan dibantu oleh
beberapa perempuan yang lanjut
usia akan melekatkan pacar pada
bahagian tangan dan kaki
pengantin. Pacar itu boleh dibuka
dalam masa 2-3 jam.
• Pacar merupakan sebuah lambang
bagi dua pasangan suami isteri
yang baru mendirikan
rumahtangga.
MAJLIS BERSANDING
Di dalam adat perkahwinan
puak Melayu Brunei , satu
upacar yang mesti
dilaksanakan sehingga ke hari
ini dikenali sebagai ‘Majlis
bersanding’. Adat tersebut
diadakan bagi memperlihatkan
pasangan yang sudah
berkahwin dan untuk
memeriahkan lagi suasana
perkahwinan dengan pakaian
yang cantik, berwarna-warni
dan sebagainya.
• Di dalam pihak pengantin lelaki, pengantin lelaki
akan ikut berziarah bersama bapa pengantin.
Berbeza dengan pengantin perempuan yang
hanya di bilik menunggu kedatangan pengantin
lelaki. Apabila pihak pengantin lelaki sampai,
acara persandingan dimulakan dengan tiga kali
pusingan atau dikenali sebagai ‘pusing naga’,
selawat dan doa dan diteruskan dengan
persandingan.
• Majlis bersanding juga sentiasa diiringi hadrah
dan lagu-lagu yang berirama perkahwinan bagi
mengambil rasa kemeriahan majlis tersebut.
MAJLIS BERAMBIL-AMBILAN
Adat 'berambil-ambilan' diamalkan oleh
puak Melayu Brunei dan dilakukan pada
malam selepas persandingan yang
dilangsungkan pada siang harinya di rumah
pengantin perempuan. Adat ini dilakukan
dengan pihak pengantin lelaki menghantar
beberapa talam yang berisi makanan
seperti nasi, lauk-pauk, dagig dan sayur-
sayuran ke rumah pengantin perempuan.
Hantaran tersebut menjadi hindgan makan
malam kedua-dua pengantin.
• Dalam majlis ini, pengantin lelaki akan mengambil isterinya
dan terus membawa ke pelaminan untuk upacara bersanding.
Tujuannya adalah untuk memberi peluang pada pihak
pengantin lelaki menyaksikan persandingan tersebut. Adat ini
juga boleh mewujudkan gurau senda serta usik mengusik
kerana kedua pengantin akan diusik oleh sanak saudara
mereka atau jemputan yang hadir dan menyebabkan suasana
menjadi riuh-rendah dengan kata-kata yang melucukan.
• Selepas majlis bersuap-suapan, kedua pengantin akan
menziarahi kedua ibu bapa mereka dan semua sanak saudara
yang hadir dalam upacara itu. Adat ini bukan sahaja
dipraktikkan oleh puak jati Melayu Brunei, malah Puak Jati
Brunei yang lainnya seperti puak Kedayan, puak Dusun, puak
Murut, puak Bisaya yang beragama Islam.
MAJLIS MULIH TIGA HARI
• Adat mulih 3 atau 7 hari ialah tradisi di mana si
pengantin lelaki akan pulang ke rumahnya asal
dengan isterinya selepas tinggal selama 3 atau 7
hari di kediaman isterinya. Kebiasaannya keluarga
pihak lelaki akan memberikan hadiah seperti
barang rumah dan barangan dapur kapada
pasangan ini. Ini menandakan penamatnya
upacara perkahwinan orang Brunei.
PROSES MAJLIS PERKAHWINAN PROSES MAJLIS PERKAHWINAN

1. Majlis Merisik / Berjarum-jarum

2. Majlis Meminang

3. Majlis Bertunang

4. Menghantar Berian

5. Majlis Akad Nikah

6. Majlis Berbedak

7. Majlis Berpacar

8. Majlis Bersanding

9. Majlis Berambil-ambilan

10. Majlis Mulih Tiga Hari


MAJLIS DALAM ADAT PERKAHWINAN
MELAYU BRUNEI
Di antara majlis dalam adat perkahwinan Melayu Brunei yang
sering dilangsungkan adalah:
 Majlis Merisik / Berjarum-jarum
 Majlis Meminang
 Majlis Bertunang
 Menghantar Berian
 Majlis Akad Nikah
 Majlis Berbedak dan Berpacar
 Majlis Bersanding
 Majlis Berambil-ambilan
 Majlis Mulih Tiga Hari .
PERUBAHAN
• Pada zaman sekarang, terdapat sedikit perbezaan setelah
melaksanakan akad nikah, pengantin terus melangsungkan
persandingan bagi tujuan untuk memudahkan segala urusan,
memendekkan jangka masa dan mengurangkan pembaziran dari
belanjawan perkahwinan.
• Beberapa majlis perkahwinan, majlis berpacar dijalankan pada
malam yang sama pada Malam Berbedak.
• Pada masa dahulu, majlis persandingan ini sering diadakan
dengan gotong-royong saudara –mara , jiran-jiran dan sahabat
handai. Namun, sekarang sudah berbeza, zaman semakin
berkembang, urusan permakanan kebanyakan dilakukan dengan
mengupah ‘catering’ untuk mengendalikan permakanan.
MENONTON VIDEO

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKA


T BRUNEI TAHUN 1980-AN

Anda mungkin juga menyukai