Anda di halaman 1dari 12

Konsep asas pemikiran

komputasional
ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL
1.1 Konsep Asas Pemikiran Komputasional

 Komputer membantu manusia dalam kebanyakan proses penyelesaian masalah


 Jadi kita perlu memahami bagaimana sesuatu masalah itu terjadi dan bagaimana sesuatu
masalah itu terjadi dan kaedah-kaedah yang boleh diguna pakai untuk menyelesaikan
masalah tersebut.
 Pemikiran Komputasional (Computational Thinking atau CT) merupakan satu kemahiran
yang boleh diguna pakai untuk mengatasinya
1.1.1 Teknik-teknik Di dalam Pemikiran Komputasional

Teknik Leraian
(Decomposition)

Pengitlakan (Generalisation) TEKNI Pengecaman Corak


K (Pattern Recognition)

Peniskalaan (Abstraction)
I. Teknik Leraian (Decomposition)

 bermaksud meleraikan atau memecahkan satu masalah yang besar dan kompleks kepada
masalah-masalah yang kecil
 memudahkan proses meneliti dan memahami masalah yang sebenar secara terurus.
ii. Pengecaman Corak (Pattern Recognition)

 mengenalpasti persamaan atau corak dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang


kompleks dengan lebih mudah.
 sesuatu masalah itu dilihat dari segi kesamaan serta lebih berfokus kepada perkara yang
menjadi punca utama kepada sesuatu masalah tersebut.
iii. Peniskalaan (Abstraction)

 Peniskalaan dalam pemikiran komputasional merupakan proses pengenalpastian masalah


asas atau masalah utama dengan mengenepikan masalah-masalah sampingan atau kecil
 Contohnya ialah masalah kehadiran staf di dalam sesuatu jabatan. Antara sebab utama
kelewatan mereka hadir di tempat bertugas ialah urusan keluarga, trafik dan kesihatan.
iv. Pengitlakan (Generalisation)

 Pengitlakan merupakan proses mencari persamaan dalam pelbagai masalah dan


diselesaikan dengan satu cara sahaja.
 MISALNYA, UNTUK MASALAH SEPERTI DLM TEKNIK PENISKALAAN, kita
dapat membuat satu kesimpulan di mana masalah utamanya bagi isu kelewatan adalah
masa
 PenyelesaianNYA IALAH dengan memperkenalkan sistem kehadiran di mana staf boleh
memilih waktu bekerja iaitu 7:30 pagi, 8:00 pagi atau 8:30 pagi.
1.1.2 Penyelesaian Tugasan Menggunakan Teknik Leraian dan Penentuan Langkah
Secara tertib.

 Tugasan yang dicadangkan ialah: Isu displin di sekolah


a. Menyenaraikan masalah-masalah utama yang timbul
b. Menyenaraikan sebab-sebab masalah itu timbul
c. Mencari penyelesaian kepada sebab-sebab masalah berkenaan.
1.1.3 Persamaan dan Perbezaan Untuk Pengecaman Corak Dalam Sesuatu Situasi

 Contoh: Menyelesaikan Masalah Displin Di Sekolah Aktiviti yang dicadangkan:


i. Mengutip data-data yang berkaitan dengan usaha untuk menyelesaikan masalah displin di
sekolah-sekolah sekitar Putrajaya.
ii. Mencari persamaan yang ada di antara semua sekolah berkenaan.
iii. Mencari perbezaan yang ada di antara semua sekolah berkenaan.
1.1.4 Penentuan Aspek Penting Dalam Sesuatu Permasalahan.

 Contoh Masalah: Masalah Disiplin Di Sekolah


 Aspek penting dalam menangani masalah disiplin di sekolah ialah kaedah yang digunakan
iaitu: a. Kaunseling b. Bersemuka dengan ibu bapa c. Denda atau penalti
1.1.5 Ciri-ciri Kesamaan Dalam Sesuatu Permasalahan

 Contoh Masalah: Masalah disiplin di sekolah Kenal pasti ciri-ciri kesamaan dalam
sesuatu permasalahan di beberapa buah sekolah:
 Contohnya:
a. Tingkah laku pelajar yang menyumbang kepada masalah disiplin
b. Kesalahan yang dilakukan
C. Hukuman yang dilaksanakan

Anda mungkin juga menyukai