Anda di halaman 1dari 44

PERSONALITI DAN

KONSEP KENDIRI

Personaliti_ANIZA 2011
1
DEFINISI PERSONALITI
• Asal dari perkataan latin = pesona (topeng muka)
• Personaliti merujuk kepada pembentukan sahsiah
seseorang individu secara keseluruhan.
• Merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap,
minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai yang
menentukan menyesuaiannya yang unik terhadap
persekitarannya.
• The sum total of our mental , emotional,social and
physical characteristics that distinguishes us from
others
• they are what makes us the unique person we are

Personaliti_ANIZA 2011
2
KENAPA PERSONALITI
PERLU DIKAJI ?
• Kerana sifat-sifat manusia itu sendiri
• Perbezaan yang boleh di kenal pasti
antara satu individu dengan individu
yang lain
• Untuk memahami manusia dengan
lebih mendalam.

Personaliti_ANIZA 2011
3
DEFINISI :
SIGMUND FREUD(1856-1939)
• Hasil intergrasi struktur-struktur dalaman seperti id, ego
dan superego.

GORDON ALLPORT (1961)


• Penyusunan sistem psikofizikal yang dinamik di dalam diri
individu yang menentukan ciri-ciri tingkah laku dan
penyesuaian dengan alam sekeliling.
• sistem psikofizikal = unsur-unsur pemikiran , tabiat, sikap,
nilai, kepercayaan, kebiasaan, emosi dan sentimen yang
terdapat dalam bentuk psikologi tetapi mempunyai asas
fizikal dalam urat saraf dan tubuh
• dinamik = sesuatu yang berkembang & akan berubah-ubah.
EYSENCK
Keseluruhan tingkah laku sesuatu organisma yang meliputi
watak, perangai, intelek, peribadi dan juga bentuk badan yang
agak stabil.
Personaliti_ANIZA 2011
4
Teori Personaliti oleh
Freud
• Semua personaliti dewasa manusia
dibentuk semenjak mereka dilahirkan
sehinggalah ke umur 5 tahun.
• Teori ini berpegang kepada andaian
keseluruhan sifat manusia didorong
oleh sesuatu tenaga yang berpunca
dari dalam

Personaliti_ANIZA 20 11 5
Siapa Freud?
• Sigmund Freud(1856-1935)
• Dilahirkan di Czechoslovakia
• Pintar
• Ijazah perubatan penyakit saraf
• Bergabung dengan Josef Breur
untuk merawat histeria melalui
• teori psikoanalisis

Personaliti_ANIZA 2011
6
PERINGKAT PERCEPTION
SEDAR
THOUGHT
EGO

PERINGKAT FIKIRAN
SUPEREGO
PRA SEDAR
PENGALAMAN

VIOLENT
PERINGKAT IMMORAL URGE MOTIVES
TIDAK SEDAR
IRRATIONAL ID
FEAR WISHES

UNACCEPTABLE SHAMEFUL SELFISH NEEDS


SEXUAL DESIRE EXPERIENCE
zms 08 personaliti 7
ASPEK TAHAP PENERANGAN/FUNGSI
PERSONALITI KESEDARAN
Desakan asas (seks &
tingkahlaku aggresif)
ID DI BAWAH SEDAR Berasaskan keseronokan
Mencari kepuasan serta-
merta
Tidak rasional
KEBANYAKANNYA Seimbang di antara desakan
EGO PADA TAHAP id & superego.
SEDAR Berasaskan realiti dan
rasional
ADA PADA SEMUA Berasaskan moral
SUPEREGO TAHAP , TETAPI Halang kehendak anti sosial
KEBANYAKKANNYA id
DI
Kawal tingkahlaku ikut
TAHAP PRASEDAR peraturan
masyarakat/agama/ibu bapa

Personaliti_ANIZA 2011
8
• PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN

• TERDAPAT 5 PERINGKAT PERKEMBANGAN PERSONALITI MENGIKUT SIGMUND FREUD

PERINGKAT UMUR CIRI-CIRI


PERKEMBANGAN
ORAL 0 – 18 BULAN AKTIVITI MULUT ADALAH PUSAT
UTAMA KESERONOKAN

ANAL 2 – 4 TAHUN BERSEDIA MENGAWAL FUNGSI


BIOLOGI (PEMBUANGAN NAJIS)
DUBUR – ZON EROTIK YANG PALING
AKTIF
FALIK 3 – 5 TAHUN MENDAPAT KESERONOKAN DGN
ORGAN KEJANTINAAN
KOMPLEKS OEDIPUS & KOMPLEKS
ELEKTRA
LATENSI 6 – 11 TAHUN KEHENDAK SEKSUAL TERPENDAM.
LEBIH SUKA BERKAWA DENGAN
JANTINA YANG SAMA
GENITAL 12 TAHUN KE MULA BERMINAT DENGAN RAKAN
ATAS BERLAINAN JANTINA/cuba
memuaskan apa yang tidak tercapai
ketika
zms 08 zaman kanak-kanak dahulu.
personaliti 9
CARL JUNG (1875 – 1961)

MENURUT CARL JUNG, PERSONALITI BOLEH


DIKLASIFIKASIKAN KEPADA 3 JENIS:

1. INTROVERT
2. EKSTROVERT
3. AMBIVERT

Personaliti_ANIZA 2011
10
1) EKSTROVERT

CIRI-CIRI PERSONALITI EKSTROVERT:

• LEBIH SUKA MENILAI DUNIA LUAR DARIPADA DUNIA DALAMAN.

• SUKA BERJENAKA DENGAN KUMPULAN ORANG RAMAI, SUKA


BERGAUL, MUDAH BERCAKAP, SENTIASA AKTIF DAN SUKA
BERGEMBIRA, RELEKS.

• CEPAT MARAH TETAPI TIDAK MENYIMPAN PERASAAN DENDAM YANG


BERPANJANGAN.

• MEMPUNYAI MENTAL, EMOSI YANG STABIL, INOVATIF DAN GEMAR


PADA PERUBAHAN.
• MEMPUNYAI TAHAP KEBIMBANGAN YANG RENDAH DAN CEPAT
BERTINDAK BALAS.

• MEMPUNYAI CIRI-CIRI KEPIMPINAN.

Personaliti_ANIZA 2011
11
• 2) INTROVERT
CIRI-CIRI PERSONALITI INTROVERT:
• PASIF, GEMAR BERSEORANGAN, PEMALU, SENSITIF,
CERMAT, REFLEKTIF.
• SENTIASA BERFIKIR DAHULU SEBELUM MEMBUAT SESUATU.
• BOLEH DIPERCAYAI, TENANG, TINGKAHLAKU YANG
TERKAWAL.
• MEMPUNYAI TAHAP KEBIMBANGAN YANG TINGGI DAN
KURANG SEDIA UNTUK MENANGGUNG RISIKO. TIDAK MUDAH
MARAH TETAPI SUKA MEMENDAM PERASAAN.
• MEMPUNYAI KAWAN YANG SEDIKIT DAN MEMPUNYAI IKATAN
PERSAHABATAN YANG BERPANJANGAN.
• PENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN SUKA MEMBUAT KERJA
SECARA BERSENDIRIAN.
• SUKA MERANCANG DENGAN TERATUR, SERIUS TETAPI TIDAK
AGRESIF.
• TIDAK BANYAK PERLUKAN RANGSANGAN DARIPADA LUAR.

Personaliti_ANIZA 2011
12
3. AMBIVERT

• Bagi individu-individu yang


mempunyai trait-trait yang sukar
digolongkan sebagai introvert /
ekstrovert dinamakan ambivert.
• Menonjolkan ciri-ciri ekstrovert
dan introvert dalam situasi yang
berbeza

Personaliti_ANIZA 201 1 13
Faktor-faktor yang
mempengaruhi personaliti
• Pandangan freud –id, ego, superego
• Pandangan Al Ghazali –
• Dalam karya agungnya ‘Ihya Ulumuddin’ manusia terbahagi 2 iaitu
– roh- nyawa yang menghidupkan manusia ,haiwan,tumbuh-
tumbuhan
– Roh manusia kekal tetapi binatang tidak kekal
– Jasad- tubuh badan kepada benda hidup tersebut (yang boleh
dilihat)
– Membezakan manusia dengan binatang dengan ciri-ciri berikut:-
• Al-Qalbs ( hati)
• Al – nafs (nafsu)
• Al – Aql (akal)

Personaliti_ANIZA 2011
14
DEFINISI KONSEP KENDIRI

KONSEP KENDIRI
• Setiap daripada kita mempunyai suatu gambaran / pandangan
tentang diri sendiri.
• Cth: - tentang rupa, kesihatan, kebolehan, kelemahan dan
tingkahlaku kita.
• Gambaran ini disebut konsep kendiri
• Dibentuk hasil daripada interaksi kita dengan orang lain &
penyesuaian diri dengan alam sekitar.
• Penyesuaian yang berjaya – menghasilkan konsep kendiri positif
• jika gagal – hasilkan konsep kendiri yang negatif.

Personaliti_ANIZA 2011
15
• Segala macam gabungan kepercayaan kita bekenaan diri kita,
termasuk apa yang kita percaya tentang sifat-sifat semulajadi diri,
ciri-ciri unik peribadi dan perangai kita.

• Konsep kendiri ini boleh digolongkan ke dalam 4 jenis iaitu:


– 1) konsep kendiri mengenai jasmani
– 2) konsep kendiri mengenai kehidupan sosial
– 3) konsep kendiri mengenai emosi
– 4) konsep kendiri mengenai daya intelek

• Setiap konsep kendiri yang kita miliki ini mempunyai ciri-ciri


pemikiran dan perasaannya sendiri.

• Cth: kita mungkin mempunyai banyak maklumat tentang kemahiran


sosial yang kita miliki, oleh itu kita akan berasa yakin dengan
keupayaan kita ketika berinteraksi dengan orang lain.

Personaliti_ANIZA 2011
16
• Konsep kendiri ini sangat kuat pengaruhnya ke atas cara-cara kita
bagaimana kita memproses apa juga maklumat mengenai diri

• Menentukan bagaimana kita melihat diri dan orang lain.


• Cth: apabila berada di dalam kelas, konsep kendiri intelektual kita
beroperasi. Jadi kita akan mengalami pemikiran-pemikiran dan
perasaan-perasaan yang mengiringi konsep kendiri intelektual ini.
Kalau konsep kendiri kita mengatakan “aku seorang yang pintar”,
maka kita akan berasa yakin untuk mengambil bahagian yang aktif di
dalam proses pembelajaran.
• Seseorang individu itu cenderung untuk memelihara dan
mengekalkan konsep kendiri masing-masing, sama ada positif atau
negatif.
• Kerana itulah konsep kendiri seseorang itu agak stabil sepanjang
hidupnya dan sukar diubah.

Personaliti_ANIZA 2011
17
DEFINISI-DEFINISI LAIN:

1) CARL ROGERS (1951)


• Konsep kendiri adalah definisi diri yang kita berikan kepada
diri kita secara sedar apabila menggunakan perkataan
“saya” / “aku”.
• Ia merupakan satu gambaran persepsi kendiri yang tersusun
yang boleh dibawa ke peringkat sedar

2) SHAVELON & BOLUS (1982)


• Konsep kendiri ialah tanggapan seseorang terhadap dirinya.
• Tanggapan yang dimaksudkan meliputi kepercayaan, perasaan,
sikap dan nilai. Ia berbeza di antara seorang dengan yang
lain.

Personaliti_ANIZA 2011
18
3) COHEN (1959)
• Seseorang mungkin mempunyai konsep kendiri yang tinggi
atau rendah.
• Konsep kendiri tinggi = menghargai diri sendiri, bercita-cita
tinggi & berkebolehan dalam satu-satu bidang.
• Konsep kendiri rendah = rendah diri, mudah putus asa, tidak
ada keyakinan diri & membenci diri sendiri.

• Kesimpulan dari definisi ini:


• Konsep kendiri ialah perasaan, nilai, kepercayaan, perasaan,
penghargaan diri dan cara kita melihat diri di sisi
masyarakat.

• Perkembangan konsep kendiri merangkumi aspek-aspek


– Pengetahuan kendiri
– Regulasi dan pengawalan kendiri
– Penilaian dan penghargaan kendiri
– Pengetahuan kendiri

Personaliti_ANIZA 2011
19
PENGETAHUAN KENDIRI

• Kesedaran tentang kewujudan kendiri – tugas pertama kanak-kanak


ialah memahami bahawa dirinya terpisah daripada persekitarannya.

• Proses mengenali diri berkait rapat dengan pengalaman bayi


berinteraksi dengan persekitarannya dan penerokaan terhadap
tubuhnya sendiri.

• Pada awalnya, bayi menganggap dirinya sebahagian daripada


persekitaran. Melalui penerokaan, bayi mula memahami diri mereka
terpisah dari persekitaran dan mempunyai rupa bentuk yang unik.
Cth: apabila menyentuh sesuatu barang, ia bergerak, apabila
menangis, ada orang yang datang, apabila senyum, ibu akan membalas

• Semua proses ini melahirkan kesedaran tentang kewujudan kendiri


dan seterusnya membantu kearah pembentukan konsep kendiri.

Personaliti_ANIZA 2011
20
PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI

• Setiap individu mempunyai konsep kendiri yang tersendiri dan berubah-


ubah mengikut pengalaman yang dilalui dan keadaan masa tertentu .

KANAK-KANAK

• Ketika dilahirkan kanak-kanak belum lagi membentuk konsep


kendirinya.Setelah berinteraksi dengan individu-ivdividu di sekelilingnya,
barulah konsep kendiri dibentuk.

• Pada umur 2 – 3 tahun mencirikan diri mereka berasaskan kepercayaan


biasa.
Cth: “adik suka susu” , “epal adik”

• Apabila ditanya sama ada kenyataan tentang diri mereka betul, mereka
akan memberikan maklum balas yang konsisten.

• Peringkat prasekolah - k.K kanak-kanak terhad kepada pemikiran dan


perbuatan yang nyata dan khusus.
Personaliti_ANIZA 2011
21
Cth: - apabila ditanya tentang “siapa” mereka, kanak-kanak sudah
dapat melabelkan diri mereka dengan pelbagai cara seperti
menyatakan jantinanya, saiz badannya, sifatnya .

• Apabila k.K ini semakin berkembang, mereka menumpu kepada


pengetahuan tentang diri sendiri, ciri-ciri personaliti dan penilaian
sifat kendiri.
Cth: mempunyai k.K yang terdiri daripada kebolehan, kelakuan, sifat
dan nilai yang memaparkan diri mereka berlainan daripada orang lain.

• Pada umur 3 ½ - 5 tahun – kanak-kanak masih menggambarkan diri


berasaskan sifat fizikal ( “rambut saya hitam”, “saya pandai naik
basikal”) dan ciri psikologikal (“ saya suka main dengan kawan baik
saya, ali”).

• Umur 4 – 7 tahun – sudah dapat memberikan gambaran penuh tentang


diri mereka yang merangkumi semua dimensi tetapi mereka masih
belum mengetahui kelemahan mereka.

Personaliti_ANIZA 2011
22
• Kanak-kanak membina asas konsep kendiri melalui pengalaman
kehidupan dengan ibu bapa.
Cth: umur 6 tahun sudah cenderung memilih pakaian berjenama,
ingin disayangi oleh ibu bapa tanpa syarat.

• Selepas memulakan persekolahan di peringkat rendah - konsep


kendiri kanak-kanak menjadi semakin abstrak.
Cth: melihat diri mereka tidak hanya sebagai seorang yang pintar,
tetapi juga membandingkan diri mereka dengan orang lain.

• Kajian – kepada kanak-kanak umur 9 – 18 tahun untuk mendapatkan


jawapan mengenai “siapa saya?”.

• Hasilnya – terdapat perbezaan di antara kanak-kanak umur 9 tahun


dan 11 tahun.

Personaliti_ANIZA 2011
23
USIA 9 TAHUN USIA 11 TAHUN
•nama saya John. mata saya •nama saya suria. saya adalah
berwarna coklat. rambut saya orang biasa. saya seorang
berwarna coklat. perempuan. saya boleh
dipercayai
•saya tidak begitu cantik. saya
•saya berumur 9 tahun. saya suka
lebih tinggi jika dibandingkan
bersukan. saya ada sembilan orang
dengan kanak-kanak lain yang
adik beradik.
sama usia. saya adalah perenang
yang baik.

• Kanak-kanak berumur 9 tahun hanya menggambarkan diri mereka secara luaran sahaja.
• Kanak-kanak berumur 11 tahun dapat menggambarkan diri mereka secara lebih
terperinci, dapat menghuraikan sikapnya, kebolehannya, jantinanya, sifatnya dan
sebagainya.
• Kanak-kanak yang cerdas biasanya mempunyai pandangan yang jauh (bercita-cita
menjadi doktor, jurutera dll) serta menunjukkan ciri-ciri yang baik / positif ( rajin
belajar)

Personaliti_ANIZA 2011
24
REMAJA

• Konsep kendiri tertumpu kepada perasaan, kecenderungan,


penghargaan dan mencari identiti yang tersendiri.

• Kebanyakkan mereka mengalami perubahan dari segi pegangan konsep


kendiri.

• Kadang-kadang sukar bagi ibu bapa memahami cita-cita yang


terpendam di hati anak remaja mereka.
Cth: tolak tawaran ke universiti untuk belajar / kawin etc.

DEWASA

• Walau pun umur berbeza-beza, tetapi pada umumnya seseorang itu


mengharapkan konsep kendiri yang lebih baik dan mantap.

Cth: seorang pekerja yang dianggap mempunyai kemahiran yang


tinggi oleh ketuanya, akan berusaha meningkatkan lagi kemahiran yang
ada bagi menandingi pekerja yang lain.
Personaliti_ANIZA 2011
25
• REGULASI DAN KAWALAN KENDIRI
• Regulasi berkait rapat dengan perkembangan emosi dan kematangan
sosial kanak-kanak.

• Bayi – kawalan kendiri lebih bersifat primitif dan kebanyakannya


melibatkan proses biologi
• Eg: menjerit, menangis bila tak selesa / lapar.

• Umur 2 tahun – kawalan fizikal sudah ada – (menggerakkan


sesuatu / mendapatkan makanan) tetapi belum pandai menyatakan
perasaan secara verbal.

• Bahasa pertuturan memainkan peranan penting dalam kawalan


kendiri. Pertuturan peribadi bertindak sebagai kawalan tingkahlaku.

• Kajian – kanak-kanak yang dapat menangguhkan ganjaran dan ada


keupayaan mengawal diri apabila remaja dan dewasa menjadi lebih
cekap secara sosial, lebih pandai serta berjaya menangani
kekecewaan dan cabaran dengan baik.

Personaliti_ANIZA 2011
26
PENILAIAN DAN PENGHARGAAN KENDIRI

• Bagaimana kanak-kanak menilai diri sendiri – melalui perbandingan dengan orang lain.

• Penilaian kendiri boleh jadi baik atau buruk – dan kanak-kanak mula mengetahui kelemahan dan
kekuatan diri mereka.

• Penghargaan kendiri = perasaan harga diri- hasil daripada pemikiran, perasaan, pengalaman, pandangan
dan penilaian yang telah dibuat sepanjang hidup.
• Cth: penghargaan kendiri seseorang menjadi tinggi apabila hasil kerjanya mendapat pujian.

• Dengan adanya penghargaan diri yang tinggi, seseorang itu dapat menghadapi pelbagai cabaran /
maslah dengan yakin.

• Penghargaan kendiri memberi kesan terhadap semua aspek kehidupan.

• mungkin turun / naik pada masa yang berlainan bergantung kepada emosi, peristiwa, manusia,
pengalaman dll.

27
EFIKASI DIRI

• Efikasi ialah keupayaan kita melakukan sesuatu tugas


sehingga ke tahap tertentu.
• Eg: kita yakin dapat melompat setinggi 4 kaki 2 inci – jadi
inilah ukuran efikasi kita.

• Menurut kajian - apabila kita ada keyakinan bahawa kita


dapat menyelesaikan tugas kita, maka kita akan
menghasilkan kejayaan dan begitu juga sebaliknya.

• Kita mungkin memiliki efikasi yang tinggi di dalam sesuatu


tugas tetapi tidak di dalam tugas yang lain.

• Oleh itu kita mungkin memiliki keyakinan yang tinggi untuk


melakukan sesuatu tugas tetapi tidak yakin di dalam tugas
yang lain.
• Cth: seorang doktor kelihatan begitu yakin di hospital
tetapi apabila disuruh berucap dalam satu-satu majlis
beliau langsung tidak berkeyakinan, tergagap-gagap dan
sebagainya.
Personaliti_ANIZA 2011
28
• JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI

1) KONSEP KENDIRI POSITIF

• Orang yang biasa menerima pujian, kasih sayang, layanan


baik dan perhatian sama ada dari ibu bapa, guru atau
rakan akan membentuk konsep kendiri yang positif.

• Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif


sering berasa gembira, berkeyakinan dan mempercayai
sepenuhnya pada diri sendiri.

• Lazimnya dapat mengatasi masalah dan cabaran dengan


tabah.

• Bersifat optimistik, terbuka, sedia menerima pendapat


dan kritikan orang lain, lebih releks, mudah berinteraksi
dengan orang lain serta senang dihampiri.

• Emosinya lebih tenang dan stabil.


Personaliti_ANIZA 2011
29
KONSEP KENDIRI NEGATIF

• Seorang individu yang sentiasa mengalami kegagalan, – dalam akademik /


kokurikulum, selalu dimarahi, dikritik, jarang menerima kasih sayang dan
perhatian biasanya akan mempunyai konsep kendiri yang negatif

• Mereka biasanya berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk dan
mudah tersinggung.

• Tingkah laku seperti ini menyebabkan dirinya kurang diterima oleh rakan
sebaya, guru atau orang dewasa yang lain. Keadaan ini memburukkan lagi
imej kendiri individu terbabit.

• Kurang keyakinan diri, rendah diri, pasif, muram, tidak sedia untuk
bersosialisasi, mudah dipermainkan oleh orang lain dan mula menarik diri.
• Gemar membuat kerja yang senang untuk menjamin kejayaan.
• Cenderung bermain dengan kanak-kanak yang lebih muda dan kurang bijak

Personaliti_ANIZA 2011
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KONSEP KENDIRI NEGATIF:

• Pengalaman pahit yang berkaitan dengan kegagalan individu.


• Kritikan secara negatif oleh ibu bapa atau guru terhadap anak.
• Kekurangan kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa,
guru atau orang dewasa lain.
• Kekurangan penerimaan / pengiktirafan dan pandangan rendah dari
rakan sebaya – mengukuhkan lagi konsep kendiri yang negatif
• Pencapaian akademik, sukan / permainan yang rendah – jarang
mendapat pujian dan penghargaan.
• Harga diri yang rendah – enggan menyertai kegiatan sosial yang
boleh membawa perakuan dan penerimaan.
• Kedudukan sosioekonomi keluarga yang rendah – rasa rendah diri.
• Ancaman dan tekanan dari ibu bapa / guru boleh menjejaskan
pembentukan konsep kendiri yang positif.

Personaliti_ANIZA 2011
31
SAMBUNGAN KONSEP KENDIRI NEGATIF

• Matlamat yang kurang realistik – apabila gagal mencapat matlamat


tersebut – rasa rendah diri dan membentuk konsep kendiri yang negatif.

• Kecacatan anggota badan – berasa kurang cekap dan tidak berguna.

• Kegagalan mencapai satu-satu tugas perkembangan.


Contohnya, kanak-kanak 12 tahun gagal menguasai masalah matematik
algebra yang biasanya telah dikuasai oleh rakan-rakan yang sebaya.

• Suasana keluarga yang kurang harmonis – pergaduhan ibu bapa sebabkan


kanak-kanak rasa tidak selamat dan kurang bernasib baik – menjejaskan
konsep kendirinya.

• Untuk mengekal konsep kendiri yang baik dan harga diri yang tinggi,
seseorang individu itu akan menggunakan satu cara yang dipanggil helah
bela diri.

32
Helah bela diri
• Keadaan negatif yang dialami manusia gabungan
daripada pelbagai emosi manusia spt. takut seram
runsing dll.
• Untuk mengatasi hal ini manusia (ego)terpaksa
membina helah bela diri
– Represi -projeksi
– Penafian -pindahgantian(displacement)
– Fantasi -reaksi
– Regresi -intelektualisasi
– identifikasi -sublimasi

Personaliti_ANIZA 2011
33
Al- Qalb(hati)
– Jantung –organ penting mengumpul
/menyebarkan/mengawal peredaran darah ke seluruh
badan/ sumber nyawa
– Dari segi rohaninya- gejala lembut dan halus yang
menentukan hakikat kemanusian
– Pusat keinginan cita-cita dan kemahuan
– Semua anggota tubuh tunduk padanya sama ada untuk
berbuat baik atau sebaliknya
– Menjadi sasaran sama ada ganjaran baik atau pembalasan
kepada tingkah laku jahat dari Allah s.w.t
– Segala perbuatan manusia adalah refleksi hati nuraninya
– Hati nurani merupakan sebahagian daripada roh fitrah
semulajadinya bersifat dengan sifat ketuhanan seperti
cintakan kebenaran, kebaikan dan keadilan dan
sebagainya.

Personaliti_ANIZA 2011
34
Al- Nafs (nafsu)

Al Nafs
Al Ammarah
Al Mulhamah
Al Lawamah
Al Mutma’innah

Personaliti_ANIZA 2011
35
Al-Aql

• Secara fizikalnya ialah otak


• Secara rohaninya akal merupakan keupayaan
menggarap pengetahuan tentang pelbagai perkara
• mempunyai daya kekuatan untuk menimbangkan
sesuatu sama ada baik atau buruk
• Berfungsi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
hati yang boleh mempengaruhi atau menyucikan
dan menghampirkannya kepada Allah swt.

Personaliti_ANIZA 2011
36
Tugasan Kumpulan
• Kumpulan 1
• Apakah personaliti dan berikan ciri-
ciri utama personaliti

Aniza_ personaliti 37
Tugasan Kumpulan
• Kumpulan 2
• Huraikan faktor-faktor yang
mempengaruhi pembentukan
personaliti (genetik dan pesekitaran)

Aniza_ personaliti 38
Tugasan Kumpulan
• Kumpulan 3
Sebagai guru bagaimanakah anda
dapat mengenalpasti dan
mengendalikan personaliti yang
berbeza di dalam bilik darjah

Aniza_ personaliti 39
Tugasan Kumpulan
• Kumpulan 4
i. Jelaskan pengertian konsep kendiri dan
bincangkan ciri-ciri bagi konsep kendiri
positif dan konsep kendiri negatif.
ii. Bincangkan faktor-faktor yang
menyebabkan konsep kendiri yang
negatif

Aniza_ personaliti 40
Tugasan Kumpulan
• Kumpulan 5
Apakah yang dimaksudkan dengan
mekanisme helah bela diri?
Sebagai guru bagaimanakah anda dapat
mengenalpasti dan mengendalikan
helah bela diri dalam kalangan pelajar
di dalam bilik darjah?

Aniza_ personaliti 41
Tugasan Kumpulan
• Kumpulan 6
Sebagai guru bagaimanakah anda
dapat membantu murid membentuk
konsep kendiri yang positif di dalam
bilik darjah

Aniza_ personaliti 42
Perbincangan
• Apakah peranan guru dalam
membentuk personaliti baik dalam
diri murid?
• Bagaimanakah cara guru membantu
pembentukan konsep kendiri positif
murid?

Personaliti_ANIZA 2011
43
Sekian terima kasih..

Personaliti_ANIZA 2011
44

Anda mungkin juga menyukai