Anda di halaman 1dari 4

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) membantu mewujudkan kerjasama antara Panasonic Appliances Air-conditioning Malaysia Sdn Bhd

(PAPAMY) dan Universiti


Malaya (UM) untuk membentuk kerjasama akademik dan industri.

Kedua-dua pihak itu hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dan akan mewujudkan rangka kerja yang kukuh untuk kerjasama strategik bagi projek penyelidikan Sarjana
dan PhD, latihan perindustrian dan penempatan pekerjaan serta penyelidikan antara profesor, penyelidik UM dan PAPAMY.

Skop tumpuan segera untuk kerjasama itu adalah dalam bidang peningkatan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0), khususnya dalam bidang pembuatan dan kecemerlangan
kejuruteraan, katanya dalam kenyataan bersama.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif II MIDA Ahmad Khairuddin Abdul Rahim, yang menyaksikan majlis pemeteraian itu, berkata kehadiran Panasonic di Malaysia menjadi contoh kepada
bagaimana perniagaan dan teknologi berkembang berikutan syarikat itu terus melakukan penyesuaian yang diperlukan untuk melatih semula tenaga kerjanya dan beralih kepada automasi
dan robotik.

“Walaupun banyak syarikat tidak bersedia untuk mengeluarkan perbelanjaan untuk latihan dalam tempoh mencabar ini, PAPAMY telah memilih untuk memulakan kerjasama industri-
akademik dengan universiti tempatan yang bereputasi, UM, yang mahu meningkatkan tenaga kerja kami dengan kemahiran digital yang relevan, daya tahan dan daya maju untuk
menghadapi cabaran daripada iklim ekonomi yang tidak menentu,” katanya.

MIDA berharap MoU tersebut yang memanfaatkan kepakaran di PAPAMY dan UM akan memainkan peranan penting untuk membina kumpulan tenaga kerja yang sedia untuk industri dan
dinamik pada masa depan.

Agensi promosi pelaburan itu berkata Malaysia yang kini ke arah era Industri 4.0 yang menuntut kepada keperluan yang semakin meningkat untuk gabungan pengetahuan teknikal,
pemikiran kritis, kemampuan menyelesaikan masalah dan kemahiran insaniah, tenaga kerja perlu maju dalam bidang pemacu teknologi Industri 4.0 seperti Internet of Things untuk
memenuhi keperluan industri.
 Panasonic Corporation (Panasonic) mengekalkan
Malaysia sebagai pasaran penting bagi perniagaan
penyaman udara di rantau Asia Pasifik bersandarkan
kepada pengukuhan pengeluaran dan penjualan produk
itu.
Pengarah Pusat Pemasaran Penghawa Dingin Syarikat
Perkakasan Panasonic, Takuma Sawada berkata, Asia
Pasifik adalah rangkaian pasaran yang mampu
memberikan pertumbuhan positif bagi perniagaan
penyaman udara, khususnya Malaysia.
Beliau berkata, Panasonic adalah jenama nombor satu di
Malaysia berbanding jenama penyaman udara lain yang
mana ia mengungguli 34 peratus penguasaan pasaran
membuktikannya sebagai pilihan utama pembeli.
"Penguasaan produk penyaman udara Panasonic sudah
lama bertapak di Malaysia sejak 1972 dan ia terus
berkembang pesat sehinggalah ke hari ini.
 

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai