Anda di halaman 1dari 11

BAB 1: KEPIMPINAN

Norazlan Hadi Yaacob


sambungan
Konsep Kepimpinan – Satu Pengenalan 
Pada zaman dahulukala kedudukan kepimpinan dipusakai mengikut keturunan dan kelas-kelas tertentu. Selepas sistem ini
mengalami „kemusnahan‟ manusia berpendapat bahawa „tahkta‟ kepimpinan datang dari semua kelas dan lapisan masyarakat.
Ahli sains sosial pula mula melihat konsep kepimpinan sebagai proses interaksi di antara pemimpin dengan pengikut-pengikutnya.
Berikut adalah cara-cara bagaimana pemimpin memperoleh kepercayaan pengikut seperti berikut:

1.Setiap orang melibatkan diri dalam usaha yang berterusan dan penuh kegigihan untuk memenuhi keperluan dan melepaskan
gangguan bagi menyambung usia hidup.
2.Perantaraan-perantaraan tertentu diperlukan untuk memenuhi keperluan asas.
3.Kebanyakan keperluan seseorang manusia dipenuhi melalui perhubungan dengan orang lain atau kumpulan. Jadi, kumpulan
menjadi perantaraan utama untuk manusia mendapat kepuasan dalam hidup.

4.Manusia sentiasa dalam keadaan mencari peluang untuk mewujudkan perhubungan demi mencapai matlamat kepuasan diri.

5.Manusia akan menganggotai kumpulan dengan harapan mereka dapat memenuhi keperluan diri sendiri. Sebaliknya, manusia
akan keluar dari kumpulan apabila mereka tidak mencapai maksud tersebut.

6.Ahli-ahli kumpulan menerima pengaruh dan arahan pemimpin hanya apabila mereka menganggap pemimpin sebagai
perantaraan untuk mereka mencapai kepuasan diri.
Dilema dalam Kepimpinan
Sebagai manusia biasa, pemimpin juga perlukan status, pencapaian, gaji lumayan, pengiktirafan, penghargaan-kendiri, keselamatan
dan penerimaan, malah keperluan-keperluan yang sama dengan pengikut-pengikut.
Pemimpin-pemimpin dalam organisasi formal terperangkap dengan dilema untuk memenuhi keperluan atau matlamat organisasi
dan pada waktu yang sama memenuhi keperluan ahli-ahli sebagai pengikut-pengikut. Keperluan organisasi ialah untuk
meningkatkan produktiviti dan kecekapan, sementara keperluan ahli organisasi pula ialah untuk mengurangkan tekanan ke arah
peningkatan produktiviti dan kecekapan. Salah satu ialah memilih stail kepimpinan sebagai amalan atau pegangan. Soalan asas
yang dijadikan untuk pemilihan stail yang benar-benar bersesuaian:

1. Bagaimanakah anda ingin dikenali oleh pengikut?


2. Bagaimanakah bentuk perhubungan yang anda ingin wujudkan?
3. Bagaimanakah anda mahukan organisasi anda dikenali umum?
4. Bagaimanakah bentuk masyarakat yang menjadi aspirasi anda?

 
Keperluan Mempelajari Soal kepimpinan
Kesan kemajuan sains dan teknologi semakin dirasai dan percantuman di antara demokrasi ideal dan keberkesanan eksekutif semakin
diperlukan. Kebiadapan dalam organisasi, tekanan hidup dan eleman-eleman negative yang lain semakin hari semakin meresap dan
tersebar luas. Oleh itu, minat terhadap soal kepimpinan perrlu diberi penekanan. Keperihatinan manusia terhadapnya juga bersifat
universal berpunca daripada kedudukan masyarakat moden.

Kuasa dan Pengaruh

Kuasa merujuk kepada keupayaan atau kekuatan yangsesorang individu atau kumpulan untuk menjadikan individu atau kumpulan lain
berubah mengikut haluan tertentu. Pengaruh pula merujuk kepada apa jua gelagat individu yang dapat mengubah gelagat dan perasaan
orang lain. John French dan Bert Raven membahagikan kuasa kepada beberapa bahagian, antaranya:

1. Kuasa sah: kuasa yang mempunyai perkaitan rapat dengan kedudukan atau jawatan tanpa mengira siapakah orang mengisi
tempat tersebut.

2. Kuasa ganjaran: asas utama kuasa ini ialah untuk memberi ganjaran.

3. Kuasa paksaan: asas utama kuasa ini ialah untuk menghukum dan mengenakan tindakan tertentu.

4. Kuasa petunjuk: kuasa ini terserlah melaui identifikasi pekerja bawahan terhadap pemegang kuasa.
Identifikasi dalam konteks ini bermaksud penerimaan pengaruh oleh seseorang individu.

5. Kuasa kepakaran: kekuatan kuasa kepakaran berasaskan pandangan pekerja bawahan berbeza mengikut tahap pengetahuan
dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang ketua.
Konsep Kepimpinan
 
Terdapat banyak definisi tentang kepimpinan yang diterima umum.
 
Menurut pendapat Kootz dan O‟Donnel, kepimpinan secara amnya adalah semata-mata bermakna pengaruh;satu seni atau
proses mempengaruhi orang supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat bersama.
Menurut Gordan pula memberi definisi bahawa kepimpinan dapat dilihat sebagai process interaksi di antara individu dengan
kumpulan, atau, secara khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Asas yang
kepimpinan ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi atau akur.

Definisi ringkas dijelaskan oleh Fulmer pula ialah, kepimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan atau keduatan untuk
menyakinkan orang lain bagi berkerja keras atas matlamat, dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka
mencapainya.
Hollander berpendapat bahawa kepimpinan adalah proses pengaruh-mempengaruhi di antara pemimpin dengan pengikut.
Proses kepimpinan selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk mencapai
matlamat bersama dengan berpandukan kekuatan pujukan. Kepimpinan bukan hanya tanggungjawab pemimpin tetapi
memerlukan usaha kerjasama daripada pengikut-pengikutnya.
James Gribben mendefinisikan kepimpinan dapat dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan dalam situasi dan
masa yang khusus yang dapat merangsang mereka untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama.
Ciri-ciri kepimpinan dapatlah dirumuskan seperti berikut:
1.Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik.
2.Kepimpinan mempunyai pertalian yang rapat dengan kuasa.
3.Fungsi kepimpinan mengandungi tugas-tugas menetapkan matlamat dan menyusun, mengarah serta menyelaras usaha-usaha untuk
mencapai matlamat yang ditetapkan.
4.Kepimpinan adalah satu proses mempengaruhi, kerana tanpa pengaruh, maka tidak wujud konsep kepimpinan. Ia adalah proses
berterusan, bukan hanya dilaksanakan atau diamalkan apabila keadaan terdesak, atau apabila krisis timbul.
5.Setiap keadaan memerlukan corak gelagat kepimpinan yang tertentu kerana gelagat yang bersesuaian untuk sesuatu keadaan mungkin
tidak sesuai untuk keadaan yang lain. Jadi, kepimpinan adalah fungsi terkhusus, bukan bersifat umum.
6.Kepimpinan berkait rapat dengan pengaruh yang bergantung kuat kepada keupayaan memujuk. Jadi, mendorong pengikut untuk
berusaha kearah pencapaian matlamat organisasi adalah ciri utama dalam proses kepimpinan.
•Kepimpinan yang berkesan memberi kepuasan kepada pengikut, dan ini menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai