Anda di halaman 1dari 47

MPU2223

KEMAHIRAN KEPIMPINAN

BAB 1
PENGENALAN
KEPIMPINAN
Pensyarah:
Nur Akmal Suliman
KONSEP KEPIMPINAN
 Kepimpinan mempunyai berbagai definisi mengikut
takrifan seseorang. Walau bagaimanapun, satu definisi
umum dapat di simpulkan, iaitu:
"Kepimpinan ialah proses mempengaruhi individu dan
kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat".
 Sebagai seorang pemimpin, tugasnya ialah untuk
mengimbangi beberapa tuntutan atau keperluan, seperti
keperluan diri, kumpulan dan organisasi. Mengikut John
Adair pula, tugas pemimpin ialah untuk mengimbangi
antara keperluan-keperluan tugas, pasukan dan individu.
 Pemimpin dikenali dengan berbagai istilah, misalnya
ketua, kepala, pengetua, amir, imam dan sebagainya.
Istilah lain bagi pengikut ialah orang bawahan, ahli-ahli,
anggota-anggota, pekerja, staff atau kakitangan (dalam
konteks pengurusan) dan sebagainya.
Kepimpinan:
 Didefinisikan sebagai keupayaan
mempengaruhi individu bekerja ke arah
mencapai matlamat.

Perbezaan antara kepimpinan dengan


pengurus :
 Kepimpinan – menumpu pada perkara-
perkara berkaitan perubahan (elemen
wawasan), menetapkan sasaran, memotivasi
 Pengurusan – menumpu pada perkara yang
berkaitan dengan pencapaian matlamat
organisasi & kerumitan dalam pengurusan
harian organisasi. Mengurus, merancang,
mengawal.
Definisi Kepimpinan
 Kootz dan O’Donnel, kepimpinan secara amnya adalah
semata-mata bermakna pengaruh;satu seni atau proses
mempengaruhi orang supaya mereka dapat berusaha
secara sukarela ke arah mencapai matlamat bersama.

 Gordan pula memberi definisi bahawa kepimpinan dapat


dilihat sebagai process interaksi di antara individu
dengan kumpulan, atau, secara khususnya di antara
individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang
menganggotai kumpulan.

 Fulmer pula ialah, kepimpinan melibatkan kedua-dua


keupayaan atau keduatan untuk menyakinkan orang lain
bagi berkerja keras atas matlamat, dan kemahiran atau
kebolehan untuk membantu mereka mencapainya.
 James Gribben mendefinisikan kepimpinan dapat
dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas
kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang
dapat merangsang mereka untuk berusaha secara rela
hati bagi mencapai matlamat bersama.
 "Pengaruh interpersonal yang dilaksanakan dalam
sesuatu situasi menerusi proses komunikasi ke arah
pencapaian satu matlamat yang khas" (Tannenbaum &
Massarik).
 "Proses kepimpinan adalah bergantung kepada fungsi
pemimpin, pengikut dan pembolehubah situasi." (Hersey
& Blanchard).
 "Aktiviti untuk mempengaruhi individu supaya berusaha
secara sukarela untuk mencapai objekti kumpulan dan
organisasi."(Jaafar Muhammad).
CARA-CARA PEMIMPIN MEMPEROLEH
KEPERCAYAAN PENGIKUT
 Setiap orang melibatkan diri dalam usaha yang
berterusan dan penuh kegigihan untuk memenuhi
keperluan dan melepaskan gangguan bagi menyambung
usia hidup.

 Perantaraan-perantaraan tertentu diperlukan untuk


memenuhi keperluan asas.

 Kebanyakan keperluan seseorang manusia dipenuhi


melalui perhubungan dengan orang lain atau kumpulan.
Jadi, kumpulan menjadi perantaraan utama untuk
manusia mendapat kepuasan dalam hidup.
 Manusia sentiasa dalam keadaan mencari peluang
untuk mewujudkan perhubungan demi mencapai
matlamat kepuasan diri.

 Manusia akan menganggotai kumpulan dengan


harapan mereka dapat memenuhi keperluan diri
sendiri. Sebaliknya, manusia akan keluar dari
kumpulan apabila mereka tidak mencapai maksud
tersebut.

 Ahli-ahli kumpulan menerima pengaruh dan arahan


pemimpin hanya apabila mereka menganggap
pemimpin sebagai perantaraan untuk mereka
mencapai kepuasan diri.
CIRI-CIRI KEPIMPINAN
1. Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang
disusun secara rapi dan sistematik.
2. Kepimpinan mempunyai pertalian yang rapat
dengan kuasa.
3. Fungsi kepimpinan mengandungi tugas-tugas
menetapkan matlamat dan menyusun,
mengarah serta menyelaras usaha-usaha
untuk mencapai matlamat yang ditetepkan.
4. Kepimpinan adalah satu proses
mempengaruhi, kerana tanpa pengaruh, maka
tidak wujud konsep kepimpinan.
5. Setiap keadaan memerlukan corak gelagat
kepimpinan yang tertentu kerana gelagat yang
bersesuaian untuk sesuatu keadaan mungkin
tidak sesuai untuk keadaan yang lain.
6. Kepimpinan berkait rapat dengan pengaruh
yang bergantung kuat kepada keupayaan
memujuk.
7. Kepimpinan yang berkesan memberi kepuasan
kepada pengikut, dan ini menghasilkan
prestasi kerja yang cemerlang.
DIMENSI UTAMA KEPIMPINAN
 Personaliti pemimpin: Setiap pemimpin mempamerkan ciri-ciri
personaliti tertentu.
 Oleh kerana pemimpin berbeza dari segi latar belakang,nilai
dan prinsip,minat dan kecondongan,maka gelagat kepimpinan
yang tertonjol dalam proses kepimpinan juga berbeza.

 Personaliti kumpulan: Setiap kumpulan mengandungi dua atau


lebih individu sebagai ahlinya.
 Setiap individu memiliki personality tersendiri tetapi apabila
mereka berinteraksi di antara satu dengan yang lain secara
formal atau informal, maka kumpulan itu akan mula membina
ciri-ciri khusus baginya dari segi personality,penerimaan
kuasa, keberkesanan, kemahiran dan lain-lain.Jadi setiap jenis
kumpulan memerlukan corak atau jenis kepimpinan yang
khusus dan bersesuaian dengannya.
 Faktor keadaan : Keadaan berbeza dari banyak aspek
dan adalah mustahil untuk mendapatkan semua
keadaan menjadi seragam setiap masa.
 Perbezaan keadaan menyebabkan corak kepimpinan
yang diperlukan tidak sama, malah lebih menekankan
kepada bersesuaian dengan sifat keadaan tersebut.

 Faktor organisasi : Setiap organisasi atau jabatan dalam


organisasi adalah berbeza di antara satu dengan yang
lain dari segi sejarah kewujudan, tradisi, peraturan
bertulis dan yang tidak bertulis, kaedah-kaedah
pengurusan, pembahagian kerja dan kejelasan
tanggungjawab.
 Jadi, kepimpinan mesti mengambil kira perbezaan-
perbezaan di atas bagi merangka strategi untuk
mencapai matlamat-matlamat organisasi.
  
Klasifikasi Pemimpin
Pertama ialah dengan menggunakan pendekatan
autokratik-demokratik-laissez-faire
• Pemimpin autokratik: memaksa pengikut membuat sesuatu
tanpa mengambil kira keperluan individu pengikut. Beliau
tidak prihatin pada perasaan pengikut, oleh itu beliau
selalunya tidak digemari. Pengikut melakukan sesuatu kerja
atas dasar takut (motivation by fear).
• Pemimpin demokratik: melibatkan pengikut dalam
pembuatan keputusan. Biasanya disukai ramai kerana
pengikut merasa mereka dihargai dan ada rasa pemilikan
dan kekitaan.
• Pemimpin laissez-faire: menyerahkan kepada pengikut
untuk membuat keputusan. Beliau hanya terlibat secara
minimum. Keadaan mungkin huru-hara akibat struktur
tugas yang tidak jelas dan tidak terarah.
Kedua ialah pendekatan orientasi
manusia-tugas.
 Pemimpin berorentasikan tugas: lebih
mengutamakan soal-soal pencapaian
pengeluaran atau hasil kerja dari hal ehwal
pengikut.

 Pemimpin berorentasikan manusia:


mengambil kira keperluan individu dalam
melaksanakan kepimpinannya.
Kemahiran Pemimpin
 Newman (1963), kemahiran-kemahiran yang
perlu ada pada pemimpin;
1. Kemahiran teknikal
2. Kemahiran kemanusiaan
3. Kemahiran konseptual.
1. Kemahiran Teknikal
 Kecekapan dan kefahaman tentang satu aktiviti
yang melibatkan kaedah, proses, prosedur dan
teknik.

2. Kemahiran Kemanusiaan
 Keupayaan bekerja sebagai ahli kumpulan,
kemahiran perhubungan awam, berkerjasama,
memahami diri sendiri dan orang lain.
3. Kemahiran Konseptual
 Kemahiran melihat sesuatu usaha secara
menyeluruh.
 Mengenali fungsi-fungsi berlainan dlm
organisasi yang berkaitan antara satu sama lain.
 Memahami perubahan yang berlaku pada satu
fungsi akan mempengaruhi fungsi yang lain.
 kemahiran konseptual-penting pd organisasi besar
Lain-lain kemahiran:
4. Kemahiran rakan sebaya (peer skills)
5. Kemahiran kepimpinan
6. Kemahiran menyelesaikan konflik
7. Kemahiran memproses informasi
8. Kemahiran membuat keputusan
Kepimpinan
 Byars & Rue (1979), mendefinisikan kepimpinan
sebagai suatu proses melibatkan sesorang
individu mempengaruhi tingkah laku ahli-ahli
kumpulan.
 Definisi ini melibatkan tiga perkara iaitu orang
lain, pengagihan kuasa yang tidak sama antara
pemimpin dan ahli kumpulan, dan penggunaan
pengaruh.
1. Orang Lain
 Orang bawahan/pengikut.
 Menerima arahan dari ketua ahli kumpulan.
 Menentukan status pemimpin dan
membenarkan proses kepemimpinan berjalan.

2. Pengagihan Kuasa Tidak Sama Rata


 Pemimpin mempunyai autoriti mengarah
pelaksanaan aktiviti kumpulan (ahli kumpulan
sebaliknya)
 Ahli kumpulan mampu mempengaruhi
pelaksanaan aktiviti dalam beberapa cara
yang dipilih oleh mereka.
3. Menggunakan Pengaruh
 Pemimpin bukan sahaja memberi arahan
tetapi mampu mempengaruhi cara sesuatu
aktiviti dijalankan.

 Dalam bidang sukan, kepimpinan boleh


ditakrifkan sebagai mereka yang
mempunyai kebolehan dan pengaruh yang
besar terhadap perilaku ahli-ahli persatuan
sukan.
Pendekatan Mengkaji Kepimpinan
(ALIRAN TEORI KEPIMPINAN)
 Tiga pendekatan tentang perspektif
kepimpinan yang digunakan secara meluas
iaitu;

Sifat Tersendiri (Traits)


Kepimpinan Tingkah Laku (Behaviours)
Kontigensi (Contingency)
Transformasi (Transformation)
1. Pendekatan Sifat Tersendiri
(ciri-ciri & sifat pemimpin)
 Kepimpinan yang berkesan mempunyai ciri-ciri
tertentu.
 Pendekatan ini menegaskan – daya kepimpinan
merupakan suatu sifat semula jadi.
 Kajian mengatakan – sifat lazim yang ada pada
seorang pemimpin yang berjaya merangkumi
kecerdasan, keyakinan diri, dorongan dalaman
dan extroversion.
 Dalam keadaan tertentu, keberkesanan
kepimpinan tidak bergantung kepada sifat-sifat
yang ada pada pemimpin tetapi lebih kepada
bagaimana sifat-sifat dipadankan dengan situasi.
 Mempunyai personaliti luaran dan keyakinan
yang tinggi dianggap pemimpin yang berkesan
(guru/jurulatih)
2. Pendekatan Tingkah laku
 Berdasarkan andaian bahawa pemimpin gaya
serta tingkahlaku pemimpin berkesan boleh
dibezakan daripada tingkahlaku pemimpin
yang tidak berkesan.

 Pendekatan ini menentukan apa yang


dilakukan oleh seseorang pemimpin iaitu;

1. Bagaimana dia mendelegasikan tugas?


2. Bagaimana dia berkomunikasi dengan orang
bawahan dan cuba memotivasikan mereka?
3. Bagaimana dia bekerja?
 Tingkah laku adalah suatu yang boleh dipelajari-
pendekatan ini menegaskan dua aspek penting
iaitu merintis struktur dan bertimbang rasa.
 Merintis struktur – guru/jurulatih akan

mendefinisikan peranan mereka dan menentukan


struktur peranannya.
 Bertimbang rasa – kebolehan mengawal situasi

pengajaran dalam PJ/situasi latihan dengan


memberi penghormatan kepada idea dan perasaan
pelajar/atlit.
 Kelemahannya – teori ini mengabaikan elemen-

elemen situasi yang boleh mempengaruhi


kejayaan/kegagalan dalam kepimpinan.
3. Pendekatan Kontigensi (luar jangka)
 Berdasarkan andaian bahawa keberkesanan
pemimpinan adalah dipengaruhi oleh
faktor-faktor situasi.
 Pendekatan ini melihat tiga unsur iaitu gaya

kepimpinan, pelajar/atlit dan situasi


penting untuk kepimpinan yang berkesan.
 Kepimpinan sebagai fungsi ketiga-tiga

unsur tersebut.
 Perubahan salah satu unsur akan

menjejaskan pencapaian objektif organisasi.


4. Kepimpinan Transformasional
 Gabungan trait & behavior
 Gaya kepimpinan yang mempengaruhi pengikut
untuk bekerja lebih masa daripada sepatutnya ke
arah mencapai wawasan sesebuah
kumpulan/pasukan.
 Diperkenalkan oleh Burns (1978) & Bass (1985),
yang membezakan kepimpinan transformasional
& transactional berdasrkan Teori Mastow.
 Kepimpinan transactional hanya menumpukan
kepada pencapaian keperluan fisiologi dan
keselamatan manakala kepimpinan
transformasional menumpukan kepada tahap
keperluan lebih tinggi.
Perspektif Transformasi
Berasaskan 4 elemen:
1. Membentuk visi
 Visi dipelopori oleh pemimpin /pekerja dlm
organisasi.(perbincangan bersama)

2. Mengkomunikasikan visi
 Proses mengkomunikasikan visi kepada semua
individu organisasi.

3. Memodelkan visi
 Melalui cara mengkomunikasikan visi, model
mental yang sama boleh diwujudkan dalam diri
setiap individu.
4. Membangunkan komitmen terhadap visi
 Membentuk komitmen terhadap visi oleh
pengurus dan ahli (semua) dalam proses
pembentukan visi.

 Ciri-ciri Kepimpinan Transformasional

1. Mempunyai karisma
2. Memberangsangkan dan meningkatkan
semangat pengikut
3. Merangsang minda dan pengikut dengan
menggunakan taknik intelektual
 Ciri-ciri Individu yang Berkarisma

1. Keupayaan untuk mempengaruhi orang lain.


2. Keyakinan diri yang tinggi.
3. Kebolehan berpidati dan berkomunikasi yang
baik.
4. Mempunyai pemikiran dan kepercayaan yang
tinggi terhadap sesuatu pegangan.
5. Sanggup berkorban & mengambil risiko untuk
menegakkan sesuatu pegangan
6. Sentiasa tidak berpuas hati dengan keadaan
semasa.
7. Berjaya melihat kelemahan dan masalah.
Gaya Kepimpinan
 Terdapat tiga jenis gaya kepimpinan:

1. Kepimpinan Arahan
 Tetapkan objektif
 Berorientasikan kerja dan menekankan
pembangunan kemahiran
 Abaikan perasaan/pandangan atlit
 Mengagih tanggungjawab kepada atlit
 Mementingkan prestasi
 Mengawal atlit dengan ganjaran/dendaan
 Pentingkan hierarki autoriti
2. Kepimpinan Penyokong
 Ramah dan mudah ditemui.
 Bertimbang rasa.
 Memberi perhatian kepada atlit dan
menggalakkan mereka memberi
pandangan.
 Sentiasa memberi nasihat secara
berterusan.
 Pentingkan harmoni pasukan
 Menggunakan ganjaran positif dan bukan
dendaan.
3. Kepimpinan Penyertaan
 Berkongsi tanggungjawab dengan atlit.
 Ahli kumpulan berpeluang menentukan
matlamat sendiri.
 Berbincang untuk menyelesaikan
masalah/perbezaan pendapat.
 Berkongsi kejayaan atau kegagalan.
JENIS-JENIS PENTADBIRAN
 Griffiths(1959), mengkategorikan pentadbir
kepada empat jenis:
1. PENTADBIR LAISSEZ-FAIRE
 Tidak menonjolkan diri, tidak menunjukkan
kepimpinannya. Pentadbir tidak bersedia secara
profesional.
 Organisasi berfungsi sendiri (membolehkan
individu dalam organisasi melakukan apa sahaja)
 Bersifat melepaskan autoriti dan kuasa mengarah.
 Pentadbir menggunakan sedikit kuasa forml dan
tidak berusaha mendapatkan kuasa tidak formal.
 Individu dalam organisasi putus asa,tidak
bersemangat dan malas.
 Kelebihan- membolehkan percubaan idea-idea baru
tanpa kawalan (wujud program baru).
2. PENTADBIR AUTOKRATIK ATAU AUTORITATIF
 Pentadbir menggunakan pemerintahan kuasa
mutlak.
 Kuasa/autoriti digunakan untuk mengawal
individu dalam organisasi.
 Pentadbir adalah ketua bukan pemimpin.
 Keputusan oleh pentadbir ini adalah
berasaskan pendapat dan bukan daripada
pemikiran yang mendalam (tanpa meneliti
fakta)
 Kakitangan tidak berpeluang membuat
keputusan, memberi cadangan/pandangan.
 Pentadbir tidak bertimbang rasa,
menggunakan paksaan, mengawal dengan
ketat tanpa keanjalan.
 Pentadbiran ini mengwujudkan insan `Pak
Turut’
 Kelebihan;
1. Tidak banyak mesyuarat. Mesyuarat tidak
banyak perbincangan dan hanya menerima
arahan dan pengumuman.
2. Perubahan polisi dan program organisasi
boleh berlaku dengan cepat (kakitangan
sedia ikut)
3. Individu yang kurang pengalaman,
pentadbiran ini baik kerana mereka mampu
berfungsi dengan baik (menerima arahan
bagaimana nak buat dan bila nak buat)
 Kelemahan;
1. Keputusan dibuat tanpa mengambil kira
semua fakta.
2. Program dan polisi hanya ditentukan oleh
pentadbir (program mereka sahaja terserlah)
3. Tidak terdapat kumpulan perbincangan
untuk mendapat kata sepakat.
4. Individu yang kurang pengalaman tidak
dapat menimba pengalaman.
5. Wujud perasaan tidak puas hati/tiada
sokongan kakitangan tentang kewujudan
program-program (pendapat kakitangan
tidak diambil)
6. Kakitangan hanya sebagai penerima dan
sebarang aduan dianggap sebagai cabaran
terhadap organisasi.
3. PENTADBIRAN DEMOKRATIK
 Menggunakan kuasa formal sepenuhnya di
samping tidak mengabaikan kuasa tidak formal.
 Menggunakan pemikiran yang konstruktif
kumpulan untuk berkongsi idea dalam membuat
keputusan.
 Pentadbir membenarkan tingkah laku yang bebas.
 Mesyuarat selalu diadakan (mungkin wujud isu
kecil yang diperbesarkan)
 Komunikasi yang berkesan.
 Individu dalam organisasi berpeluang memberi
sumbangan dalam membuat keputusan.
(keputusan kumpulan lebih diberi perhatian
berbanding keputusan individu)
 Kakitangan menyokong pucuk pimpinan dan
bekerja bersungguh.
 Kelemahan pentadbiran ini – pelaksanaan
program dan polisi memakan masa yang lebih
panjang.
 Pengawasan masih diperlukan untuk

memastikan kerja yang ditetapkan berjalan


lancar.
 Kelemahan (masa pelaksanaan) boleh diatasi

jika matlamat dan jangka masa sesuatu


program ditetapkan terlebih dahulu.
4. PENTADBIR DIKTATOR YANG MURAH HATI
 Pentadbir sangat peramah, mudah ditemui,
bertimbang rasa, prihatin terhadap
kakitangannya.
 Sentiasa menunjuk minat terhadap kakitangan
jagaannya dan memberi pujian terhadap kerja
yang baik.
 Memupuk semangat bekerja yang kuat dan
produktiviti yang tinggi.
 Kakitangan terlalu bergantung kepada ketua
sehingga kehilangan ciri berdikari.
 Kelebihan:
1. Tugas atau kerja senang dilaksanakan. Arahan
dari atas diterima dengan sepenuh hati
2. Pihak pentadbir memotivasikan kakitangan
melalui keperihatinan dan ini meningkatkan
produktiviti/semangat tinggi pekerja.
3. Kakitangan menyokong pentadbir kerana
beliau peramah, senang ditemui dan
mempunyai kebolehan memahami
pendapat/masalah kakitangan.
 Kelemahan:
1. Mewujudkan golongan kakitangan ‘Pak
Turut’ kerana arahan diterima tanpa banyak
persoalan.
2. Hilang daya inisiatif dan kreatif di kalangan
kakitangan (arahan dari atas)
3. Pentadbiran dianggap lebih
bijak/berpengetahuan.
4. Keputusan dan polisi ditentukan oleh
pentadbir sendiri.
5. PENTADBIR EKLEKTIK
 Pentadbir ini menggunakan jenis pentadbiran yang
berlainan untuk situasi tertentu.
 Menggunakan gaya demokratik sebagai asas tetapi
menggabungkan pendekatan Laissez-faire dan
autokratik bila keadaan memerlukan.

 Kelebihan;
1. Fleksibel/anjal; boleh diubah mengikut keadaan
tertentu.
2. Menjamin produktiviti yang tinggi dan berterusan.
3. Kakitangan mempunyai kebebasan walaupun
terhad.
4. Kakitangan faham had tindakan mereka (wujud
motivasi)
 Kelemahan;
1. Gabungan gaya yang berlainan, mengelirukan
kakitangan. (tak faham kenapa sesetangah perkara
mempunyai had dan sesetangah tidak pula)
Proses Pemimpin Pengaruhi Pengikut
1. Proses instrumental
 Pengikut ikut untuk mendapat ganjaran atau mengelak
hukuman.
 Sumber kuasa adalah; kawalan sumber, hukuman

2. Proses dalaman
 Pengikut melakukan sesuatu tugas berdasarkan sokongan
dan komitmen pengikut terhadap aktiviti.(Al-Qaeda)
 Penglibatan pengikut disebabkan keyakinan aktiviti
pemimpin adalah sesuatu yang penting dan sealiran
kepercayaan pengikut. (M.Ghandi)

3. Proses identiti
 Pengikut meniru identiti/tingkahlaku pemimpin
 Pengikut didorong oleh keinginan untuk diterima, dikenali
atau dihargai oelh pemimpin
 Kuasa pemimpin terdiri dariapada personaliti, karisma
pemimpin (Sukarno)
4. Tidak terikat dengan tradisi atau kebiasaan.
5. Mempunyai kemahiran konsep yang tinggi
(memandang masa depan)
6. Memahami keperluan dan kehendak pengikut.
7. Keupayaan mempengaruhi emosi pengikut
sehinggakan pengikut sanggup berkorban
untuk pemimpin.
8. Keupayaan untuk meningkatkan motivasi
pengikut serta keyakinan mereka dari segi
pencapaian wawasan.
9. Keupayaan untuk mengatasi halangan dan
rintangan dengan menggunakan hujah yang
meyakinkan dan membangkitkan perasaan
yang menggembirakan ke arah pencapaian
wawasan.
Sumber Kuasa Pemimpin
1. Ganjaran – kawalan ganjaran
2. Hukuman
3. Autoriti – kuasa berdasar tugas rasmi,
undang-undang, perlantikan
4. Kepakaran – ilmu, kepakaran, kemahiran
5. Karisma – personaliti yang berkarisma
Kuasa dan Pengaruh
John French dan Bert Raven membahagikan kuasa
kepada beberapa bahagian :

 Kuasa sah: kuasa yang mempunyai perkaitan rapat


dengan kedudukan atau jawatan tanpa mengira
siapakah orang mengisi tempat tersebut.
 Kuasa ganjaran: asas utama kuasa ini ialah untuk
memberi ganjaran.
 Kuasa paksaan: asas utama kuasa ini ialah untuk
menghukum dan mengenakan tindakan tertentu.
 Kuasa petunjuk: kuasa ini terserlah melaui
identifikasi pekerja bawahan terhadap pemegang
kuasa. Identifikasi dalam konteks ini bermaksud
penerimaan pengaruh oleh seseorang individu.

 Kuasa kepakaran: kekuatan kuasa kepakaran


berasaskan pandangan pekerja bawahan berbeza
mengikut tahap pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki oleh seseorang ketua.
TAMAT

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai