Anda di halaman 1dari 12

MPU2223

KEMAHIRAN KEPIMPINAN

BAB 2
TEORI-TEORI
KEPIMPINAN
Pensyarah:
Nur Akmal Suliman
PENDEKATAN KAJIAN KEPIMPINAN
1. Pendekatan Sifat
 Adalah cubaan pertama untuk menghuraikan konsep
kepimpinan.
 Pemimpin mempunyai sifat-sifat, ciri-ciri atau
keistimewaan-keistimewaan tertentu yang
membezakan mereka dengan orang-orang lain.
 Senarai sifat-sifat tersebut mungkin terlalu panjang,
tetapi secara kasarnya kita boleh katakan bahawa
sifat-sifat seperti ketinggian, perawakan, ilmu,
kepintaran, kejujuran, keyakinan, kepetahan
berbicara, keramahan dan kemesraan, keinginan,
keberanian dan sebagainya.
2. Pendekatan Situasi
 Kedua-dua pendekatan terdahulu masih tidak
berkemampuan untuk menerangkan konsep
kepimpinan.
 Para sarjana mula membuat andaian bahawa tidak
ada satu gaya pun yang berkesan untuk setiap
pemimpin dalam semua keadaan.
 Pendekatan situasi memberi kefahaman baru bahawa
faktor-faktor seperti situasi, manusia, tugas,
organisasi dan persekitaran memainkan peranan
dalam menentukan keberkesanan seseorang
pemimpin.
3. Pendekatan Perhubungan
 Kepimpinan sebagai satu proses yang dinamik
apabila pengikut-pengikut rela untuk menerima
pengaruh pemimpin bergantung kepada proses
pertukaran di mana pemimpin memberi serta
memperolehi sesuatu sebagai balasan.
 Pertama, pengikut-pengikut menaruh harapan
yang tinggi terhadap pemimpin dan sumbangannya
ke atas mereka.
 Kedua, kumpulan berfungsi sebagai satu sistem
yang inputnya diperolehi daripada ahli kumpulan
untuk mengeluarkan output yang diharapkan.
4. Pendekatan Kelakuan
 Oleh kerana pendekatan sifat tidak berjaya
menghuraikan apa itu kepimpinan berkesan, maka
perhatian beralih pula pada pendekatan kelakuan.
 Dalam pendekatan ini, para pengkaji telah
mengandaikan bahawa pemimpin adalah dilatih dan
bukannya lahir dengan sifat kepimpinan.
 Terdapat beberapa implikasi penting hasil dari
penggunaan pendekatan ini.
 Pertama, dengan menumpukan apa yang pemimpin
buat dan bukannya siapa atau apa sifat mereka,
adalah diandaikan bahawa terdapat satu cara terbaik
untuk memimpin.
 Kedua, sungguhpun sifat adalah semula jadi,
kelakuan kepimpinan hendaklah dipupuk.
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Keberkesanan Gaya Kepimpinan.

Menurut Mary Parker Follet, terdapat tiga


pemboleh ubah yang memberi kesan pada gaya
kepimpinan iaitu:

[1] pemimpin
[2] pengikut
[3] situasi.

Ketiga-tiganya adalah saling berkaitan dan


saling berhubungan.
Corak Kelakuan Kepimpinan
 Kepimpinan menyokong: memberi pertimbangan
kepada kemahuan, keselesaan, status dan maruah
pengikut-pengikutnya.
 Satu suasana kemesraaan akan dapat diwujdkan
di antara pemimpin dengan pengikut.

 Kepimpinan penyertaan: menerima hakikat


bahawa pengikut mempunyai taraf kedudukan
yang sama dengan pemimpin, dan melihatkan
pengikut dalam proses membuat keputusan,
pengagihan kuasa dan pengaruh, dan saling
menghebohkan maklumat-maklumat penting.
 Kepimpinan berperantaraan: jenis ini
menekankan pemimpin sebagai seorang yang
memainkan peranan utama dalam
perancangan, perlaksanaan, pengawalan dan
penyelarasan aktiviti-aktiviti.

 Kepimpinan berorentasikan pencapaian:


pemimpin menetapkan matlamat organisasi
dan mengharapkan agar pengikut-
pengikutnya mempamerkan prestasi yang
terbaik dalam rangka mencapai matlamat-
matlamat tersebut.
 Pemimpin itu sendiri perlu terlebih dahulu

menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam


menunaikan tanggungjawabnya.
Model Preskriptif Vroom & Yetton
 Teori ini mencuba menggalakkan pemimpin
mencari jalan penyelesaian terhadap masalah
yang dapat diterima oleh pengikut-pengikutnya.

 Pendekatan yang diambil dalam teori ini ialah


mengenalpasti unsur-unsur masalah yang perlu
diselesaikan dan dimensi-dimesi kritikal
sesuatu untuk memilih kaedah yang paling
bertepatan dan bersesuaian untuk membuat
keputusan
Model Kontingensi Fiedler
 Fred Fielder mengendalikan kajian ini pada
tahun 1951 dan mendapati bahawa prestasi
sesuatu kumpulan bergantung kepada
kepada stail pemimpin berinteraksi.

 Teknik khas untuk mengukur dan


menentukan sama ada pemimpin lebih
cenderung kepada orientasi terhadap tugas
atau orientasi terhadap perhubungan.
Fiedler menghuraikan tiga dimensi yang
kritikal bagi menentukan tahap di mana
pemimpin mempunyai pengaruh ke atas
pengikut-pengikutnya.

 Kuasa kedudukan.

 Struktur tugas.

 Perhubungan antara pemimpin dan


pengikut.
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai