Anda di halaman 1dari 13

MPU2223

KEMAHIRAN KEPIMPINAN

BAB 3
STAIL
KEPIMPINAN
Pensyarah:
Nur Akmal Suliman
DEFINISI STAIL KEPIMPINAN
 Satu struktur kemahuan yang terselindung
dalam diri pemimpin dan mempengaruhi
gelagatnya dalam berbagai-bagai suasana
kepimpinan.
 Jadi, stail kepimpinan merujuk kepada
keseragaman matlamat dan kemahuan
pemimpin dalam suasana yang berlainan.
Teori X
 Pemimpin perlu menggunakan tekanan dan
tindakan hukuman untuk menggerakkan manusia.
 Manusia pada dasarnya tidak suka kerja dan akan

cuba mengelakkan diri daripadanya.


 Mereka tidak bercita-cita tinggi dan suka melarikan

diri daripada tanggungjawab.


 Mereka mahu mengatasi yang lain dan mahukan

keselamatan dalam hidup.


 Bagi mencapai matlamat organisasi, paksaan,
kawalan dan tindakan hukuman perlu
dilaksanankan.
#pemimpin yang bersifat AUTOKRATIK boleh
memimpin dengan berkesan berdasarkan Teori X.
Teori Y
 Pengagihan usaha adalah berdasarkan dari segi
mental dan fizikal kerana manusia bukan secara
tabiinya bersikap pasif atau suka menentang.
 Kawalan luaran, tekanan dan hukuman
bukanlah satu satunya cara untuk memastikan
pekerja berkerja keras bagi mencapai objektif
organisasi.
 Manusia biasa sanggup menerima dan sentiasa

berusaha untuk mencari tanggungjawab.


#pemimpin yang bersifat DEMOKRATIK boleh
memimpin dengan berkesan berdasarkan Teori Y.
Pendekatan Berorientasikan Tugas
dan Pekerja oleh Likert
 Stail Autokratik: Pemimpin yang mengamalkan stail
berorientasikan tugas.
◦ seorang yang bergantung kepada kuasa kedudukannya
untuk mempengaruhi pekerja bawahan, dan
◦ sering menggunakan system kawalan yang ketat.
 Stail Demokratik: Pemimpin yang mengamalkan stail
berorientasikan pekerja.
◦ membuka ruang kepada pekerja-pekerja bawahannya
untuk melibatkan diri dalam process membuat keputusan,
◦ melakukan delegasi kuasa kepada mereka.
 Stail berorientasikan kuasa akan mencetuskan rasa tidak
puas hati dan dapat menyebabkan mogok, meninggikan
kadar ponteng kerja, dan kurang semangat.
 Oleh itu, stail berorientasikan pekerja akan menjadi
lebih berkesan.
Pendekatan Grid Pengurusan
Lima stail kepimpinan yang utama sering menjadi fokus
perbincangan dan rujukan umum oleh Black dan
Mouton:
 Pengurusan Merugikan: Tumpuan, usaha dan suruhan

tenaga yang paling minimum diperlukan.


 Pengurusan Country Club: Perhatian yang sewajarnya

terhadap keperluan pekerja.


 Pengurusan Kerja: Kecekapan dalam operasi wujud

melalui struktur kerja yang disusun dengan rapi.


 Pengurusan Sederhana: Prestasi organisasi dapat

dicapai melalui pertimbangan sederhana di antara


keperluan dengan penekanan terhadap kerja.
 Pengurusan Kumpulan: Stail kepimpinan yang

memberi pertimbangan yang wajar dan bertepatan di


antara orientsasi pengeluaran dengan orientasi.
Pendekatan Empat Faktor
Bowers dan Seashore memperkenalkan empat
pendekatan :
 Stail sokongan: Gelagat pemimpin diambil sebagai

faktor kemanusaian yang sangat penting.


 Stail kemudahan interaksi: Gelagat pemimpin

menekankan kepada usaha mewujudkan suasana


persaudaraan yang mesra.
 Stail penekanan matlamat: Gelagat pemimpin

berkisar semata-mata pada soal pencapaian


matlamat organisasi.
 Stail kemudahan bekerja: pemimpin melaksanakan

aktiviti-aktiviti tanggungjawabnya mencapai


matlamat organisasi.
Pendekatan Kontinum Gelagat Kepimpinan:
Tannenbaum dan Schmidt kemukakan
tujuh stail kepimpinan yang berbeza
1. Stailkepimpinan Autokratik tidak membuka ruang untuk
pekerja bawahan melibatkan diri dalam proses membuat
keputusan.
2. Proses membuat keputusan masih dikuasai oleh
pengurus selaku pemimpin kerana pemimpin dapat
menyelami perasaan pekerja bawahan dan menyedari
akan kemungkinan dapat penentangan dari mereka.
◦ Tetapi masih cuba mempengaruhi mereka untuk
memastikan mereka menerima keputusannya yang dibuat.
3. Pengurus mengemukakan idea-idea mereka dan
membenarkan para pekerja bawahannya melahirkan
sebarang pertanyaan.
◦ Stail ini ada kemungkinan perubahan dilakukan ke atas
keputusan yang diambil.
4. Keputusan sementara dibincangkan bersama-
sama dengan pekerja bawahannya
◦ pandangan mereka diambil kira sebagai asas untuk
membuat perubahan atau pembetulan kepada keputusan
yang telah dibuat.
◦ Pekerja bawahan mempunyai sedikit pengaruh dalam
proses membuat keputusan.
5. Pengurus menyatakan masalah sebenar,
mendapatkan pandangan dari pekerja bawahan,
dan membuat keputusan.
6. Pengurus menentukan batasan, meminta ahli
kumpulan membuat keputusan.
7. Pengurus membenarkan pekerja bawahan
melaksanakan fungsi-fungsi tertentu mengikut
batasan-batasan yang ditetapkan oleh pihak
atasan.
Gerak Kuasa Di Sebalik Stail
Kepimpinan
 Gerak kuasa dalam diri pengurusan sendiri
 Gerak kuasa dalam diri pekerja bawahan
 Gerak kuasa dalam sesuatu situasi
Y.K Shetty menjelaskan tentang bagaimana
kaedah tertentu boleh mempengaruhi
bentuk gelagat kepimpinan.
 Kaedah-kaedah pengeluaran: Sistem kawalan yang
longgar diperlukan oleh pekerja di unit
pengeluaran berbanding dengan unit-unit lain
kerana pekerja-pekerja mahir selalunya mahukan
kebebasan dalam melaksanakan tanggunjawab.
 Pembahagian kerja: Tugas–tugas yang dibahagikan
kepada bahagian tertentu selalunya memerlukan
sistem kawalan yang lebih ketat.
 Aliran dan jalinan Kerja: Proses delegasi kuasa
dapat dilakukan dengan lebih meluas sekiranya
tugas dalam unit bergantung dengan tugas dan
unit yang lain.
Y.K Shetty menjelaskan tentang bagaimana
kaedah tertentu boleh mempengaruhi
bentuk gelagat kepimpinan.
 Kejelasan tugas: Ia mempengaruhi gelagat kepimpinan.
Sekiranya pemimpin mempunyai perhubungan yang
mesra dengan ahli kumpulan tetapi banyak ganjaran
dan hukuman yang boleh dikenakan, tugas yang tidak
jelas lebih mudah dikendalikan oleh stail kepimpinan
yang pasif, bertimbangrasa dan bersikap tidak kisah.
Struktur organisasinya lebih ketat dan tersusun rapi,
maka stail kepimpinan yang lebih menekankan
kawalan, aktif dan objektif lebih berkesan.
 Struktur organisasi: Struktur organisasi lebih kecil dan
tidak complex kebiasaanya lebih cenderung kepada
stail kepimpinan Autokratik kerana bilangan pekerja
bawahan yang lebih kecil berbanding dengan
organisasi yang besar saiznya.
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai