Anda di halaman 1dari 10

5 - KEPIMPINAN

5.1 PENGENALAN

Pemimpin muncul apabila ada kelompok manusia. Dalam kelompok manusia, ketua atau
pemimpin diperlukan agar segala rancangan dan tindakan setiap anggota kelompok dapat
berjalan dengan baik. Pemimpin boleh dikatakan sebagai penyatu hasrat kelompok. Oleh
itu, tidak ada kelompok yang boleh hidup sebagai sebuah masyarakat tanpa pemimpin.

Malah dalam perkembangan kehidupan masyarakat hari ini kita tidak boleh memilih untuk
hidup tanpa pemimpin, kita memerlukan pemimpin pada semua peringkat kehidupan. Ini
kerana pemimpin adalah penanda atau pelengkap pada reka bentuk organisasi. Tanpa
pemimpin juga carta organisasi tidak akan sempurna dan organisasi tidak akan kekal lama.

Pemimpin juga berfungsi sebagai penentu sempadan bidang kuasa dan tindakan antara
peringkat bawahan dengan peringkat atasan. Tanpa pemimpin hukum beradat dalam
masyarakat tidak akan wujud. Dengan cara ini sahaja sesebuah organisasi akan berjaya
mengalami perubahan. Pemimpin juga merupakan penggerak utama dalam sesebuah
organisasi. Tanpa pemimpin sesebuah organisasi tidak akan dapat bergerak lancar kerana
tiada pengawasan dan pengarahan.

5.1.1 DEFINISI PEMIMPIN

 Pemimpin adalah seorang yang memegang kedudukan yang dominan atau unggul di
dalam bidangnya dan dapat menjalankan suatu tahap pengendalian atau pengaruh
yang tinggi terhadap orang lain.
 Pemimpin merujuk kepada suatu kuasa yang dapat mempengaruhi orang lain iaitu
kuasa yang dapat menghubungkan pemimpin (ketua) dan juga pengikut (pekerja)
untuk mendorong pekerja supaya menggunakan tenaga secara tersusun untuk
mencapai satu matlamat.

5.1.2 DEFINISI KEPIMPINAN

 Kepimpinan adalah satu proses yang mana seseorang individu mempengaruhi orang
lain untuk mencapai matlamat kumpulan atau organisasi.
 Kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh antara perseorangan yang diarahkan
melalui proses komunikasi, ke arah pencapaian satu matlamat atau beberapa
matlamat.
 Kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh antara perseorangan dimana kuasa dan
pengaruh diagihkan secara tidak sama rata sehingga seorang individu boleh
mengarah dan mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan
mereka ke atas individu itu
5.2 TEORI-TEORI KEPIMPINAN

5.2.1 TEORI TRET

Terdapat kepercayaan yang meluas pada abad ke-20 bahawa pemimpin adalah semula jadi
bukan dibentuk. Pemimpin dianggap lebih tinggi kedudukannya daripada anggota-anggota
lain dalam kelompok dan diberi sifat-sifat ketuhanan. Pemimpin juga diistilahkan sebagai
orang kenamaan yang mana seseorang pemimpin itu mempunyai sifat-sifat yang tinggi
untuk orang lain mengikutinya.

Kajian Teori tret selalunya mengambil bentuk pebandingan sifat-sifat fizikal, intelek
dan personaliti antara pemimpin dengan pengikut. Mengikut kajian Cartwright dan Zander
menyatakan pemimpin adalah lebih besar saiz fizikalnya dan lebih cerdas daripada anggota-
anggota lain. Pemimpin yang diterima dengan baik menunjukkan penyesuaian yang lebih
baik dalam pelbagai ujian personaliti. Manakala kajian yang berpusatkan kemahiran
pemimpin lebih cenderung kepada memberi maklumat dan lebih kerap membuat penjelasan
tentang sesuatu situasi berbanding dengan lain-lain anggota. Kepercayaan terhadap
peranan tret ini jugalah yang melahirkan pandangan tentang sifat karisma.

Antara ciri asas dalam kepimpinan adalah berkarisma, kreatif dan fleksible, pemacu
pencapaian, motivasi kepimpinan, jujur dan berintegriti, berkeyakinan diri, keupayaan
kognitif, berpengetahuan dalam perniagaan dan kematangan emosi

5.2.2 TEORI TINGKAH LAKU

Lahir daripada teori tret dimana teori tingkah laku cuba menerangkan fenomena kepimpinan
berasaskan pola tingkah laku yang didefinisikan sebagai tindakan atau gaya pemimpin.

a) Kajian Universiti Ohio

 Gaya kepimpinan terbahagi kepada dua jenis iaitu initiating structure dan
consideration

i) Gaya initiating structure yang tinggi sentiasa akan mengambil berat tentang :

 Matlamat melalui pengagihan tugas


 Penetapan jadual kerja
 Tanggungjawab dan hubungan kerja
 Penetapan standard yang mesti dicapai
 Penetapan kerja mengikut tarikh dan sebagainya

ii) Gaya consideration yang tinggi ada pada pemimpin yang akan mengambil berat tentang
pekerjanya yang merujuk kepada :

 Kepimpinan yang didasari kepercayaan


 Hormat menghormati antara pemimpin dan subordinat
 Penghargaan kepada pandangan

b) Kajian Universiti Michigan

 Menghasilkan penemuan seakan sama dengan Universiti Ohio. Dua jenis gaya
pemimpin iaitu pekerja dan pengeluaran
i) Gaya kepeimpinan berorentasikan pekerja merupakan pemimpin yang memberi
penekanan tentang hubungan antara perorangan

ii) Gaya kepimpinan berorentasikan pengeluaran iaitu pemimpin yang memberi


penekanan kepada pencapaian tugas dan ahli kumpulan sebagai salah satu cara untuk
mencapai matlamat organisasi

c) Grid Pengurusan

Berdasarkan dua dimensi tingkah laku iaitu :

i) Keprihatinan untuk orang : sejauh mana seorang pemimpin mengangap keperluan ahli
pasukan sebagai kepentingan mereka, dan bidang pembangunan peribadi apabila
memutuskan cara terbaik untuk mencapai sesuatu tugas.

ii) Keprihatinan untuk pengeluaran : sejauh mana seorang pemimpin menekan objektif
konkrit, kecekapan organisasi dan produktiviti yang tinggi apabila memutuskan cara terbaik
untuk mencapai suatu tugas.

5.2.3 TEORI KONTINGENSI FIEDLER

Teori ini mengandaikan bahawa tidak munasabah untuk menjangkakan bahawa seorang
pemimpin boleh melakukan segala-galanya pada setiap masa lebih baik daripada orang lain.
Setiap pemimpin yang mempunyai ciri yang baik akan berbeza daripada kumpulan dengan
kumpulan yang lain dan situasi dengan situasi yang lain. Keberkesanan bergantung kepada
pemboleh ubah situasi yang kompleks iaitu hubungan pemimpin pengikut, struktur tugas dan
kuasa jawatan.

Hubungan pemimpin pengikut melibatkan sejauhmana pemimpin diterima dan disukai iaitu
hormat dan taat setia anggota-anggota kepada pemimpin itu. Bagi Fiedler ini adalah unsur
terpenting dalam menentukan pengaruh pemimpin dalam kumpulan kecil. Pemimpin yang
diterima dengan sepenuh hati akan membuatkan orang bawahannya menjalankan kerja
dengan lebih baik.

Dimensi kedua dalam membentuk situasi ini ialah struktur tugas. Tugas kumpulan adalah
diberi oleh organisasi yang memiliki kumpulan itu untuk mencapai matlamatnya. Bila struktur
tugas tinggi maka organisasi melalui ketua kumpulan boleh mengawal sejauhmana tugas
yang akan dilaksanakan. Sesiapa yang melakukan kesalahan akan mudah dapat dilihat.
Tugas seperti ini tentulah meletakkan pemimpin dalam keadaan yang sukar berbanding
dengan tugas yang boleh diprogram dengan teratur dan terkawal.

Dimensi ketiga dalam situasi kepimpinan ialah kuasa jawatan iaitu sejauhmana jawatan itu
membolehkan pemimpin membuat anggota-anggota kelompoknya mematuhi dan menerima
arahan kepimpinannya. Fiedler menyarankan ketiga-tiga dimensi ini bergabung untuk
membentuk keberuntungan situasi.
5.2.4 TEORI SITUASI HERSEY DAN BLANCHARD

Hersey & Blanchard (1988) telah mengilhamkan satu model gaya kepimpinan yang
mengikut kepada situasi orang bawahan dengan membahagikan gaya kepimpinan kepada
empat dimensi, iaitu gaya kepimpinan memberitahu (telling), menjual (selling), penyertaan
(participating) dan penyerahan tugas (delegating). Pemimpin yang bijak akan memilih gaya
yang bersesuaian dengan situasi semasa dan kemampuan kumpulannya. Tetapi tidak ada
satu gaya yang dapat dianggap sebagai terbaik kerana ia bergantung pada situasi,
pengalaman pengikut dan tugas yang perlu dilaksanakan.

i) TELLING (M1)

 Gaya kepimpinan ‘telling’ (memberitahu) adalah gaya kepimpinan yang dikatakan


pemimpin yang tidak mempercayai orang bawahannya dan banyak memberi arahan
kepada orang bawahan untuk melakukan segala sesuatu yang perlu dilakukan tanpa
melihat hubungan antara pemimpin dengan orang bawahannya. Pemimpin mengenal
pasti masalah, membuat keputusan dan menetapkan tindakan yang perlu dilakukan
secara sendirian. Pemimpin seperti ini tidak memikirkan perasaan dan pandangan
orang lain terhadap keputusan yang telah dibuatnya. Sesuai dengan pengikut yang
rendah tahap kesediaannya Contohnya: Seseorang pengurus itu akan lebih banyak
mengarah dan menyuruh apa yang perlu dilakukan oleh orang bawahannya dari A ke
Z.

ii) SELLING (M2)

 Gaya kepimpinan ‘selling’ (menjual) menunjukkan hubungan tinggi dari segi


penyelesaian masalah dan hubungan dengan orang bawahan adalah rapat sebagai
satu organisasi. Pemimpin akan menerangkan lebih lanjut tentang pendapatnya
mendapat sokongan daripada pengikut. Dalam gaya kepimpinan ini, keputusan
masih dilakukan oleh pemimpin dan kemudian menerangkan lebih lanjut tentang
pendapatnya untuk mendapat sokongan daripada pengikut. Dengan cara ini,
pengikut faham apa yang ditetapkan dan bersedia melaksanakan tugas. Sesuai
dengan pengikut yang digolongkan sebagai rendah – sederhana di segi tahap
kesediaan. Contohnya : Seseorang pengurus itu biasanya dilihat lebih kepada
pendekatan sosial (social approach) untuk memimpin kumpulan atau lebih kepada
perbincangan yang bersifat terbuka.

iii) PARTICIPATING (M3)

 Gaya kepimpinan ’participating’ (menyertai) dilihat dengan perilaku pemimpin yang


lebih banyak memfokuskan perhatian pada kualitas hubungan dan kurang
memperhatikan penyelesaian tugas-tugas. Pemimpin yang lebih menumpukan
perhatian pada kualiti hubungan dan memperlihatkan penyelesaian tugas. Pemimpin
meminta reaksi dan pandangan dari pengikutnya sebelum membuat keputusan.
Bagaimanapun keputusan masih di tangan pemimpin. Ia sesuai dengan pengikut
yang mempunyai tahap kesediaan antara sederhana ke tinggi. Pengikut yang
berkebolehan tetapi tidak sanggup dan tidak yakin memerlukan sokongan supaya
meningkatkan motivasi.

iv) DELEGATING (M4)

 Gaya kepimpinan ’delegating’ (menyerahkan) tugas menunjukkan peningkatan


kepercayaan yang tinggi dari pemimpin terhadap orang bawahannya dan
memberikan kepercayaan orang bawahan untuk melakukan tugasnya sendiri dengan
sedikit pengarahan dan sedikit sekali hubungan antara personal. Pemimpin
mengenal pasti masalah, merangka panduan, batasan dan syarat bertindak lalu
menyerahkan kepada pengikut untuk membuat keputusan. Walaupun autoriti telah
diagihkan, tangungjawab dan akauntabiliti terhadap keputusan yang dibuat masih
terletak di bahu pemimpin.

5.2.5 TEORI LALUAN MATLAMAT

Teori Kepimpinan Laluan Matlamat (Path Goal Theory) yang diperkenalkan oleh Robert
House mencadangkan bahawa tingkah laku pemimpin seharusnya dilihat sebagai suatu
tindakan yang boleh memotivasikan pekerja. Seorang pemimpin perlu menguatkan
hubungan di antara gaya kepimpinannya dengan perwatakan pekerja dan agenda tugas
sesebuah organisasi. Dengan ini, pemimpin akan memahami bahawa pekerja akan
termotivasi sama ada dalam keadaan merasa berkemampuan untuk mencapai sesuatu
tugas yang diberikan ataupun mereka dapat menjangkakan hasil kerja yang akan disiapkan
ataupun berkepercayaan tentang aspek penghargaan yang akan diberikan berkaitan
dengan hasilnya

Justeru, adalah menjadi cabaran kepada seseorang pemimpin untuk menggunakan gaya
kepimpinan terbaik bagi menemukan titik keperluan motivasi pekerja. Pemimpin perlu
menyediakan elemen-elemen yang difikirkan dapat mengisi keperluan pekerja bagi
mencapai matlamat organisasi. Teori Laluan Matlamat menggariskan tentang empat gaya
kepimpinan yang boleh dimanfaatkan untuk memotivasikan pekerja iaitu:
a) Kepimpinan berorientasikan arahan (Directive Leadership)

 Ia dikaitkan dengan gaya menyampaikan atau memberi penjelaskan kepada pekerja.


Pemimpin memberikan arahan mengenai sesuatu tugas. Dengan menyertakan
mengenai apakah harapannya berkaitan tugas tersebut. Pemimpin juga turut
memberikan klu mengenai bagaimana tugas itu boleh disempurnakan dan juga
penetapan waktu yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya. Arahan yang baik
disampaikan kepada pekerja secara spesifik supaya pekerja mendapat gambaran
awal dan kefahaman yang jelas untuk memulakan sesuatu tugasan yang diberikan.

b) Kepimpinan berorientasikan sokongan (Supportive Leadership)

 Ia merujuk kepada tingkah laku memberi pertimbangan kepada pekerja. Iaitu dengan
gaya beramah mesra dan prihatin sebagai seorang pemimpin. Tingkah laku ini
bertujuan untuk mewujudkan suasana kerja yang menyenangkan kepada pekerja. Di
samping itu, seorang pemimpin melayan pekerja tanpa berdasarkan mobiliti sosial
dan turut menghormati status kedudukan mereka. Gaya kepimpinan ini mampu
mewujudkan suasana mesra agar pekerja termotivasi dengan penuh rela hati bagi
melaksanakan sesuatu tugasan

c) Kepimpinan berorientasikan penyertaan (Participative Leadership)

 Gaya ini pula merujuk kepada pemimpin yang mengalu-alukan penyertaan pekerja
untuk mereka berkongsi menetapkan sesuatu keputusan. Pemimpin membuka ruang
untuk rundingan kepada pekerja agar mereka dapat menyumbang idea serta
pandangan. Begitu juga dengan peluang untuk meningkatkan cadangan dalam
sesuatu keputusan berdasarkan persetujuan organisasi

d) Kepimpinan berorientasikan pencapaian (Achievement-Oriented Leadership)

 Kepimpinan dengan gaya ini memberikan cabaran kepada pekerja untuk


melaksanakan tugasan pada peringkat tertinggi kemampuan mereka. Pemimpin
akan sentiasa mencari peningkatan dan pencapaian yang berkesinambungan. Ini
melalui langkah menyatakan keyakinan yang tinggi bahawa pekerja mempunyai
kemampuan untuk mencapai matlamat bagi cabaran tersebut.

Teori Laluan Matlamat tidak mengongkong seseorang pemimpin untuk menggunakan hanya
satu gaya kepimpinan sahaja. Sebaliknya terbuka kepada penggunaan pelbagai gaya
mengikut kesesuaian situasi. Cuma ia lebih tertumpu kepada pemberian motivasi kepada
pekerja agar mereka lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas dengan sempurna

5.2.6 TEORI Z

Pendekatan yang ingin dibawa oleh Teori Z ialah memastikan setiap anggota dalam
sesebuah organisasi tersebut berada dalam keadaan yang selamat. Keselamatan
merupakan satu perkara yang perlu dipandang berat. Keselamatan mestilah sentiasa
dipantau dan dikekalkan dalam tempoh masa yang panjang. Selain daripada itu, teori ini
juga mementingkan permuafakatan ataupun musyuawarah dalam menggapai sesuatu suara
di mana ini amat penting dalam membentuk perpaduan dalam kalangan ahli organisasi.
Dengan cara ini setiap ahli organisasi mempunyai hak dan juga bahagian dalam
menentukan arah tuju organisasi berkenaan dan kuasa pemerintahan tidak terkumpul di
atas bahu seseorang individu atau pihak yang tertentu sahaja.

Teori Z mementingkan penilaian jangka panjang dan bukannya jangka pendek ke atas ahli-
ahlinya. Penilaian ini adalah di atas kualiti yang diperlihatkan oleh ahli-ahli yang berkenaan.
Ini amat bersesuaian dalam mewujudkan suasana bekerja yang selesa, kondusif dan tidak
menekan. Sesebuah organisasi akan bergerak dengan baik sekiranya dapat memahami dan
menggunakan teori Z dengan baik dan berkesan.

Teori Z mementingkan pentadbiran kemanusiaan. Walaupun Teori Z menitikberatkan


budaya berkerja secara kumpulan tetapi ianya masih mengekalkan eleman-eleman birokrasi
seperti haraki kedudukan berasakan jawatan yang dipegang, kuasa yang berasaskan
kepada tugas-tugas yang diberi, penilaian hasil kerja dan tugas-tugas yang dikaitkan
dengan kepakaran.

Dengan pengekalan sistem hieraki dalam sesebuah organisasi, pemimpin akan tetap
dihormati dan dipatuhi segala arahan yang berkaian dengan kebaikan dan kepentingan
organisasi. Secara keseluruhannya, Teori Z merupakan sebuah teori yang berasaskan idea
pemikiran atau perbincangan dua hala antara pihak pengurusan dan juga ahli-ahli bawahan
di mana semua buah fikiran dan saranan di ambil kira. Selain daripada itu, teori ini
mementingkan semangat kerjasama antara semua yang berhubung di dalam sesebuah
organisasi. Apabila sesebuah organisasi tersebut mampu bergerak seiring dan sentiasa
mengembleng tenaga, segala wawasan dan impian organisasi pasti akan mudah untuk
dicapai dan direalisasikan.

5.2.7 TEORI KEPIMPINAN KARISMATIK

Teori Kepimpinan Karismatik dirujuk kepada kepimpinan yang berwibawa dan mampu
mempertahankan kepimpinannya kerana pemimpin tersebut dilihat seolah-olah sebagai
saviors of the nations. Pemimpin yang mengamalkan teori ini dianggap sebagai agen
perubahan, mereka cepat melihat kekurangan dalam apa-apa keadaan sekalipun dan
mampu bertindak secara drastik dan professional. Pemimpin seperti ini tidak merasa puas
dan sentiasa mencari kesempatan untuk membuat perubahan. Pemimpin seperti ini juga
tidak mengambil masa yang lama untuk berfikir serta ingin melihat hasil perubahan dengan
cepat.

Tokoh yang dapat disesuaikan dengan teori ini adalah seperti Archie McGill. Beliau
merupakan seorang tokoh yang berani dan penuh wawasan. Beliau terkenal dengan sifat
yang tidak pernah duduk berdiam diri, ciri-ciri ini menggambarkan bahawa beliau adalah
seorang yang berkarismatik. Ketokohan beliau dilihat sewaktu American Telephone and
Telegraph (AT&T) mengambil beliau bekerja sebagai pengarah pemasaran di syarikat itu
pada awal tahun 1970. Sewaktu menjawat jawatan tersebut, beliau bijak menangani
masalah-masalah yang timbul dalam syarikat. Ini dapat dilihat pada waktu itu, pemasaran
telah dibanjiri oleh produk pesaing dari seluruh dunia. Keadaan ini menyebabkan pasaran
pemasarannya merosot sama sekali. Bagi menghindari daripada berulang lagi,beliau telah
berpaling kepada pasaran luar. Bagi beliau, tanggapan cepat terhadap jualan lebih penting
daripada infisiensi intern. Selain Archie McGill, terdapat tokoh lain juga yang boleh dikaitkan
dengan teori kepimpinan ini seperti Mahatma Gandhi, John F. Kennedy, Peron, Sukarno,
Tito, Castro, Mao Tze Tung, Nelson Mandela dan Ayatollah Khomeini (Sivamurugan 2005:
11).

5.3 PEMIMPIN TRANSFORMASI DAN TRANSAKSIONAL

5.3.1 KEPIMPINAN TRANSFORMASI

 Satu proses seseorang pemimpin mempengaruhi para pekerjanya dalam melakukan


sesuatu perubahan di dalam sesebuah organisasi

5.3.2 KEPIMPINAN TRANSAKSIONAL

 Menekankan kepada pemberian arahan daripada pemimpin kepada pekerja untuk


mencapai sesuatu matlamat seseorang pemimpin

5.3.3 PERBEZAAN ANTARA PEMIMPIN TRANSFORMASI DAN TRANSAKSIONAL

TRANSFORMASI TRANSAKSIONAL

• Kepimpinan proaktik • Kepimpinan responsif

• Bekerja dengan mengubah budaya • Bekerja dengan budaya organisasI


organisasi dengan memperkenalkan
idea baru

• Pemimpin transformasional • Pemimpin transaksional menjadikan


memotivasi dan mendorong pekerja pekerja mencapai objektif organisasi
untuk mencapai objektif organisasi melalui ganjaran dan hukuman
dengan menerapkan nilai moral yang
tinggi

• Memotivasi pekerja dengan • Memotivasi pekerja dengan


menggalakkan mereka untuk menerapkan minat tersendiri
menyebarkan minat mereka kepada
kumpulan atau unit

5.4 KAEDAH MEMBENTUK PEMIMPIN YANG BERKESAN

Pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang mampu membawa matlamat kumpulannya
ke arah yang baik. Terdapat beberapa kaedah yang perlu diambil untuk membentuk
pemimpin yang berkesan iaitu :

• Dapatkan rasa hormat dengan memberi penghormatan


• Pastikan semua orang mengetahui dengan tepat apa peranan mereka

• Memberi penghargaan

• Tetapkan harapan yang tinggi terhadap pengikut

• Membangunkan kejayaan daripada kegagalan

• Cabar pengikut setiap hari untuk mencapai lebih banyak kejayaan

• Pimpin pengikut melalui contoh/teladan

• Bijak dalam komunikasi

• Menjadikan tempat kerja sebagai tempat yang gembira dan menyeronokkan tetapi
sangat serius dalam menjalankan tugasan

• Menjaga reputasi dengan mempunyai integriti yang tinggi

Selain itu, terdapat tujuh ciri utama yang perlu dimiliki untuk menjadi pemimpin yang
berkesan iaitu :

i. Cerdas
 Kecerdasan harus dimiliki oleh seorang pemimpin. Kecerdasan merupakan titik
utama yang menentukan seberapa baik langkah yang diambil oleh seorang
pemimpin jika berhadapan dengan sesuatu masalah. Pemimpin yang berkesan
adalah pemimpin yang cerdas dalam membawa diri yang berserta dengan
kemampuan berfikir dan peka terhadap hal-hal sekitar. Dalam menjalankan
tugasnya, seorang pemimpin yang berkesan akan mampu berfikir luas dan memiliki
idea-idea baru untuk memastikan kelangsungan kepentingan kumpulannya
terpelihara.

ii. Berinisiatif
 Pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang berinisiatif jika berhadapan dengan
suatu masalah. Pemimpin yang berinisiatif adalah pemimpin yang mampu
menggerakkan dirinya sendiri terlebih dahulu untuk memulakan sesuatu tanpa ada
paksaan. Dengan sifat inisiatif yang ada dalam diri pemimpin, kekuatan diri dari tiap
ahli untuk menjalankan matlamat kumpulan akan terjamin dengan baik.

iii. Bertanggung jawab


 Bertanggung jawab berarti berani untuk menanggung kesan dari segala keputusan
yang timbul akibat tindakan yang telah dilaksanakan. Pengambilan keputusan
terhadap cara kerja dan pelaksanaan matlamat sesuatu kumpulan tentunya diambil
dengan tidak tergesa-gesa. Pemimpin yang bertanggung jawab adalah pemimpin
yang tetap teguh dan mampu berfikir secara kreatif untuk menerima segala risiko
yang wujud dari keputusan yang diambil.

iv. Dipercaya
 Pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang ahlinya akan dengan rela hati mahu
mempercayai pemimpin tersebut untuk mengambil keputusan. Pemimpin yang dapat
kepercayaan adalah pemimpin yang mampu mendamaikan hati semua ahli. Setiap
ahli akan merasa lebih yakin untuk bersatu hati dan menciptakan keseragaman
kumpulan yang utuh.

v. Jujur
 Kejujuran dalam diri seseorang tentunya menjadi ciri khas yang harus dimiliki oleh
seorang manusia, terutama oleh seorang pemimpin. Pemimpin yang jujur akan
terbuka dan telus dalam memberikan segala maklumat yang penting pada kumpulan.
Pemimpin yang berkesan dengan tingkat kejujuran tinggi akan mendapatkan
kepercayaan yang luas dari kumpulannya.

vi. Rela Berkorban


 Rela berkorban bermaksud pemimpin rela mempertaruhkan diri demi kepentingan
kumpulannya berbanding dengan kepentingan peribadi. Pemimpin yang rela
berkorban akan mampu memfokuskan diri untuk mencapai visi kumpulan secara
mendalam. Sifat rela berkorban ini pun tentunya harus diikuti dengan kecerdasan
dan kebijaksanaan dari seorang pemimpin. Pemimpin yang berkesan yang rela
berkorban akan mampu mengambil keputusan secara tepat tanpa merugikan banyak
pihak.

vii. Dicintai dan Mencintai Kumpulannya


 Segala bentuk tingkah laku yang hadir dari seorang pemimpin yang berkesan akan
diiringi dengan unsur cinta yang akan meminimumkan pengkhianatan. Kumpulan
yang dipimpinnya pun akan mampu mencintai pemimpin tersebut tanpa adanya
unsur paksaan. Pemimpin yang berkesan jelas akan mampu menciptakan tindakan
dengan cinta yang tersusun rapi untuk kemajuan.

Anda mungkin juga menyukai