Anda di halaman 1dari 5

UNIT3: TENIS

(FORMASI PERMAINAN
BEREGU)
By:Nur Batrisyia Umairah binti Zamidi
4 Ibnu Nafis (4/3)
FORMASI PUKULAN SERVIS OLEH PIHAK LAWAN
(CARA BERMAIN) FORMASI 1

• Murid A akan lakukan servis dalam petak servis kemudian akan bergerak ke arah jaring
manakala Murid A1 berada di petak yang sama dan bergerak lurus ke belakang bersedia
untuk membuat pukulan balas
• Murid B akan mengembalikan servis dengan pukulan lob ke belakang Murid A manakala
Murid B1 bergerak ke tengah gelanggang menanti pukulan Murid A.Jika pukulan Murid A ke
arah jaring maka Murid B1 akan membuat pukulan smesy.
• Pemain hadapan perlu mematikan hantaran pihak lawan dengan pukulan smesy/voli.
• Pemain yang berada di belakang perlu menghantar bola bagi menyerang kumpulan lawan
FORMASI PUKULAN LOB
(CARA BERMAIN) FORMASI 2
• Murid A membuat servis manakala Murid B membalas dengan pukulan lob ke belakang
Murid A1. Murid B bergerak ke hadapan jaring
• Apabila Murid A membalas pukulan Murid B dengan pukulan kilas menyilang ke arah
sebelah kiri gelanggang Murid B, Murid B1 akan membuat pukulan smesy ke arah sasaran
1-2-3-4-5
• Murid bebas bergerak dalam gelanggang mengikut keperluan permainan
• Pemain hadapan perlu mematikan pukulan pihak lawan dengan smesy/voli
• Pemain yang berada di belakang perlu menghantar bola bagi menyerang kumpulan lawan
FORMASI PUKULAN SMESY
(CARA BERMAIN) FORMASI 3

• Murid A membuat pukulan smesy di tengah gelanggang


• Murid B membalas dengan pukulan lob ke belakang bagi mengelakkan Murid A1
menyerang dengan pukulan smesy di jaring
• Murid A membuat pukulan kilas ke arah Murid B. Murid B membalas dengan
pukulan pepat ke pepenjuru kiri gelanggang Murid A
• Pemain yang menerima smesy perlu berada di garisan belakang gelanggang
kerana lantunan bola adalah jauh.
KEKUATAN DAN KELEMAHAN FORMASI
PUKULAN

KEKUATAN KELEMAHAN

Formasi 1 merupakan formasi asas kepada Pergerakan pemain adalah terhad dan
permainan beregu memudahkan pemain mematikan bola untuk
mendapatkan mata
Formasi 2 pula diubah mengikut jenis pukulan -
balas yang dibuat oleh pihak lawan

Anda mungkin juga menyukai