Anda di halaman 1dari 28

Wahyu Sebagai Sumber

Sains Teknologi Dan


Kejuruteraan

NORAINI BINTI ISMAIL


Jabatan Pengajian Am
PSMZA
Topik ini menjelaskan kedudukan sains serta fakta-
fakta saintifik yang terkandung dalam al-Quran dan
al-Hadis.
 

Hasil Pembelajaran Kursus :


CLO 2 : Menerangkan al-Quran dan al-Hadith sebagai
sumber sains, teknologi dan kejuruteraan.
Objektif
2.1. Memahami wahyu sebagai sumber sains, teknologi dan
kejuruteraan.
2.1.1 Menjelaskan pengertian wahyu menurut Islam.
2.1.2 Menerangkan peranan wahyu menurut Islam.
2.1.3 Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam bidang sains
teknologi dan kejuruteraan.

2.2 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran dan al-Hadith.


2.2.1 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran.
2.2.2 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Hadith.
2.1. Memahami wahyu sebagai
sumber sains, teknologi dan
kejuruteraan.
Pengertian wahyu

Bahas • Turun dari tempat yang tinggi

a
• Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan kepada

Istilah nabi dan rasul-Nya, melalui perantaraan


Malaikat Jibril dalam bentuk yang bertulis ‫وحي‬
‫ متلو‬atau yang tidak bertulis ‫ وحيغير متلو‬yang
mengandungi syariat
Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa: 163
“Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu
kepadamu (Wahai Muhammad) sebagaimana Kami
telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan nabi-
nabi yang diutus kemudian daripadanya dan Kami telah
memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail,
Nabi Ishak, Nabi Yaakub, serta nabi-nabi keturunannya
dan nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi
Harun, dan Nabi Sulaiman, dan juga Kami telah
memberikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur”
Al-Quran
Wahyu yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW dengan lafaz bahasa Arab yang
menjadi ibadat membacanya, ditulis pada mushaf dan dipindahkan secara mutawatir tanpa
syubhah.

“Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa”
Surah al-Baqarah: 2

“Yang mengajar manusia tentang apa yang tidak diketahui”- Surah al-Alaq : 5
Peranan wahyu
(Hukum hakam al-Quran)

Menjelaskan aqidah Islam


Beriman kepada Allah, malaikat, kitab-kitab,
Dipelajari dalam ilmu tauhid
para rasul, hari akhirat

Membersihkan akhlak
Sifat mahmudah seperti benar, ikhlas, sabar Dipelajari dalam ilmu akhlak / tasawuf

Menerangkan syariat Islam


(Perkataan dan perbuatan mukallaf)
Ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah. Ilmu fiqah.
Keistimewaan al-Quran

Nas dalam al-Quran adalah kalam Allah.


Tidak ada kelemahan dan kecuaian.

Diturunkan dalam bahasa Arab yang jelas


dari sudut lafaz dan makna

Diturunkan secara mutawatir tanpa keraguan


serta terjamin dipelihara oleh Allah

Mukjizat yang tidak mampu ditandingi oleh


manusia.
Wahyu sebagai sumber dalam bidang
sains teknologi dan kejuruteraan

Garis panduan kepada saintis dalam


melaksanakan sesuatu ujikaji
Menggalakkan supaya mengkaji alam tabi’i.

Mengajak manusia supaya menggunakan akal fikiran dan mata hati untuk berfikir.

Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut : 19


“Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-
makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula
sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah”.

Hadis daripada Abu Zar r.a daripada Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Fikirkanlah mengenai segala makhluk Allah dan janganlah kamu memikirkan zat
Allah kerana yang demikian akan menyebabkan kamu binasa (dalam kesesatan).
Riwayat Abu al-Syeikh
Kitab yang menjadi sumber pelbagai
cabang sains/teknologi

al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat yang dapat menjadi panduan


kepada pembentukan bidang-bidang dan cabang-cabang ilmu atau
klasifikasi ilmu dalam Islam.

Firman Allah dalam Surah Rum ayat 22 :


Maksudnya : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaanNya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan
perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang
berpengetahuan.”
Menggalakkan pembangunan teknologi

Memberi galakan dalam membina teknologi.

Umat Islam mestilah sentiasa bersedia dengan teknologi semasa.

Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 80:

“Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu,
untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu,
maka adakah kamu sentiasa bersyukur?”
Panduan dalam penggunaan teknologi

Penggunaan teknologi bagi membangunkan alam tidak boleh merosakkan


dan memusnahkan alam serta nilai akhlak manusia.

Ayat al-Quran yang berkaitan adalah dalam Surah Rum:41


“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut
dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya
yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari
balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya
mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
Menjadikan sains teknologi dan
kejuruteraan mencapai fakta dan bukti ke
arah kebenaran
Menunjukkan kebenaran hakikat sesuatu kejadian yang diciptakan Allah
berdasarkan bukti dan fakta sains, teknologi dan kejuruteraan Islam

Contoh: Teori Ledakan Besar (The Big Bang Teori)


Ada yang percaya kepada ‘teori keadaan yang tidak berubah’ (steady
state) iaitu dunia ini adalah seperti purbakala, tidak berubah. Dibuktikan
dengan ayat-ayat al-Quran.
2.2. Menjelaskan fakta-fakta
saintifik dalam al-Quran dan
al-Hadith.
Fakta al-Quran & al-Hadis

Alam
Manusia
tabie

Flora Fauna
Alam Tabie

Istilah yang sering diguna pakai untuk alam tabi’i adalah kosmos / cosmos yang
bermaksud tertib, harmoni, peraturan dan perhiasan.

Alam tabi’i meliputi seluruh langit dan isi kandungannya serta penghuninya,
bumi dan seluruh isi kandungannya serta penghuninya dan juga segala apa yang
berada antara di langit dan bumi.

Surah Al-Fussilat ayat 53:


Maksudnya : “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di
merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri,
sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah
ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa
Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”
Surah Al-Baqarah ayat 117
Maksudnya: “Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan
apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah
engkau!" Lalu menjadilah ia”

Alam diciptakan Surah Al-Furqan ayat 59


bukan terjadi Maksudnya: “Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya,
dengan sendiri. dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha
Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya”.

Surah Nuh ayat 15 – 16


Maksudnya : "Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan
tujuh petala langit bertingkat-tingkat, "Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta
menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang)”.

Surah ar-Ra’d ayat 3


Maksudnya: “Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya
gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-
Alam diciptakan buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih
berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang
berpasangan (mahu) berfikir”.

Surah An-Naba’ ayat 8


Maksudnya “Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang”
Surah Al-Anbiya’ ayat 33
Maksudnya: “Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan
bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa
lepas)”.

Peredaran planet
bumi dalam Surah Yaasin ayat 38
orbitnya Maksudnya : “Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke
mengelillingi tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha
matahari. Mengetahui”

Surah Yaasin ayat 38


Maksudnya : “Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke
tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha
Mengetahui”

Surah Fussilat ayat 11


“Kemudian Ia menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih
berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan
perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua
Penciptaan langit sedia menurut - patuh dengan sukarela"

Surah Al-Qaf ayat 6


“Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami
meninggikannya dan menghiasainya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikit pun”.
Menjelaskan Surah Az-Zumar ayat 5
mengenai Maksudnya: “Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia
wujudnya pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari
kejadian siang dan malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, -
malam dalam Al- tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah
Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.”
Quran

Surah an-Nur ayat 43


Kejadian dan Maksudnya: “Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarakkan awan, kemudian mengumpulkan
proses terjadinya antaranya kemudian Dia menjadikannya bertindih-tindih, maka kamu kan melihat hujan keluar dari
awan. celah-celahnya dan Allah juga menurunkan air dari langit iaitu dari gumpalan-gumpalan awan
seperti gunung-gunung”.

Menjelaskan Surah az-Zukhruf ayat 11


berlakunya Maksudnya: “Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami
fenomena hujan. hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan
dikeluarkan (hidup semula dari kubur).”

Surah az-Zukhruf ayat 11


Kejadian matahari Maksudnya: “Dialah yang menjadikan matahari bersinar (nur), bulan bercahaya (Dhiya’) dan
menerbitkan orbit (manzilah).
Manusia

Bahasa Arab : al-basyar atau perkataan yang sama erti dengannya seperti
an-nas, al-insan (dalam bahasa Melayu bermaksud pelupa)

Surah surah at-Tiin ayat 4


Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
dalam bentuk yang sebaik-baiknya”.

Malaikat telah sujud kepada Nabi Adam a.s setelah dicipta oleh Allah
SWT sebagai satu tanda penghormatan yang agung. Adam a.s bukanlah
makhluk ‘Homo Eretus’ seperti yang dikatakan oleh Teori Darwin.
Penciptaan Adam a.s
Peringkat turab (tanah bumi)
Ia bermula dengan peringkat pengumpulan tanah bumi dalam bentuk turab iaitu tanah yang berdebu
Allah menjelaskan proses ini dalam firmanNya yang bermaksud :
" Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa di sisi Allah adalah seperti penciptaan Adam. Allah menciptakan
Adam daripada turab (tanah) kemudian berfirman kepadanya. Jadilah (seorang manusia) jadilah dia."    (Ali Imran
: 59)

Peringkat tin (tanah liat)


Pada peringkat ini Allah s.w.t menyaringkan debu tanah untuk mendapatkan saripatinya (sulalah min tin ) dimana
Allah mengambil satu bahagian yang benar-benar suci dan bersih. Seterusnya pati itu dicampurkan dengan air
membentuk tanah liat (tin) atau tanah yang melekat (tin lazib). Di peringkat ini Allah menciptakan Adam dalam
bentuk manusia . Lembaga Adam a.s ini kekal selama 40 tahun.

Peringkat hama' masnun ( tanah yang berbau) Peringkat ini kekal selama 40 tahun.

Peringkat salsal (tanah yang keras)


Peringkat seterusnya ialah pembentukan struktur tanah yang keras seumpama tembikar (salsal kalfakhar).
Peringkat ini juga mengambil masa selama 40 tahun. Oleh itu genaplah proses kejadian Adam a.s selama 120
tahun sebelum peniupan roh oleh Allah s.w.t. Dengan ini peringkat ini merupakan peringkat terakhir dalam proses
pembentukan fizikal Adam a.s. Maksud firman Allah s.w.t" Dia menciptakan manusia daripada tanah kering
seperti tembikar (salsal kalfakhar)"  al-Rahman :14

Peringkat nafkh al-ruh (peniupan roh )


Setelah proses di atas selesai maka Allah s.w.t meniupkan roh ke dalam jasad Adam a.s. Dengan peniupan roh ini
bererti sempurnalah pembentukan kejadian Adam a.s. samada secara fizikal mahupun spiritual. Dengan itu juga
seluruh organ dan sistem tubuhnya berfungsi.
Penciptaan Hawa a.s
Surah an-Nisa’ ayat 1
Maksudnya: “Hai sekalian manusia ,
bertaqwalah kepada tuhan-Mu yang
telah menciptakan kamu dari seorang
diri, dan daripadanya Allah
menciptakan isterinya dan daripada
keduanya Allah memperkembang
biakkan lelaki dan perempuan yang
banyak….”
 Penciptaan Manusia menurut Al- Quran
Penciptaan zuriat Adam

Pembentukan tulang
Pembentukan organ Proses
Talqaih [Persenyawaan Al-Alaqah/Zigot Al-Mudhgah/Embrio yang dibalut dengan
dan darah (Nasy'ah perkembangan
Sperma & Ovum]/Nutfah [Segumpal darah] [Seketul daging] daging (‘Izam dan
Khalqan Akhar) bayi
Lahm )

• Persenyawaan • Tergantung di • Berlaku dalam masa • Memasuki bulan ke 3 • Pada bulan ketiga, • Bermula pada bulan
berlaku dalam dinding rahim 40 40 hari • Dilengkapi dengan semua tulang janin ke 5 hingga ke 9
tempoh 40 hari hari seperti lintah • Sudah wujud bentuk otak, kulit, darah, telah terbentuk serta 10 hari
• 1000 dari 250 juta • Firman Allah dalam manusia tapi terlalu otot-otot, organ- dengan sempurna. • Mula membesar dan
sperma berjaya surah al-Mukminun : kecil organ, alat Kuku-kukunya pun sedia untuk lahir
hampiri ovum 14 bermaksud: " • Tisu-tisu membaluti pernafasan, alat mula tumbuh.
• surah al-Insan : 2 " Kemudian Kami tulang penghadaman, hati, • Bermula pada bulan
Sesungguhnya Kami mengubah nutfah • Sel otot terbentuk limpa, jantung, dubur keempat, Roh
telah menciptakan menjadi alaqah" • Firman Allah dalam dan sebagainya. ditiupkan dan ditulis
manusia  daripada surah al-Mukminun : • Firman Allah dalam 4 perkara iaitu
setitis air mani yang 14 bermaksud : "lalu surah al-Mukminun : rezeki, ajal, amal
bercampur yang Kami ciptakan darah 14 bermaksud :"Lalu dan bahagia atau
Kami (hendak beku itu menjadi Kami mengubahkan sengsara (Nafkhur-
mengujinya dengan seketul daging" pula mudghah itu ruh)
perintah dan menjadi izam dan
larangan), kerana itu kemudiannya Kami
Kami jadikan dia membalutkan Izam
mendengar dan dengan daging"
melihat "
Flora
Surah al-An’am ayat 95 :
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah jualah yang
membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-
tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan
yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang
mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu
kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah
kamu dipalingkan dari menyembah-Nya (oleh benda-
benda yang kamu jadikan sekutu-Nya)?”

Antara fungsi tumbuh-tumbuhan adalah :


a. Sebagai bahan makanan bagi haiwan dan manusia seluruhnya.
b. Menyejukkan muka bumi daripada kehangatan matahari.
c. Menghalang dari berlakunya hakisan tanah dan banjir.
d. Sebagai hasil pendapatan manusia.
e. Sebagai bahan ubat-ubatan kepada manusia khususnya herba-
herba.
f. Membekalkan gas oksigen kepada hidupan dan menyingkirkan
gas karbon dioksida daripada atmosfera.
g. Sebagai punca untuk mengindahkan dan menceriakan alam ini.
Fauna

 Labah-labah
1. Allah menjelaskan penciptaan labah-labah dalam al-Quran. Labah-labah
mampu menangkap mangsanya yang sedang terbang tinggi dari jarak setengah
meter lebih.
2. Teknik yang digunakan oleh labah-labah adalah menggunakan daya tekan
hidrolik yang terdapat pada 8 kakinya.
3. Pada akhir penyerangan, labah-labah menyerang ke arah mangsanya dan
memakan dengan taringnya.
4. Secara alaminya, labah-labah ini tidak terfikir bahawa mata-mata
tambahannya mampu memberi kemudahan kepadanya lalu ia kemudian
menggunakan kemudahannya tersebut dengan secara keseluruhan.
 Lebah
1. Allah menjelaskan dalam al-Quran dalam surah an-Nahl ayat 68 :
Maksudnya : “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah
engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan
juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.”
2. Lebah madu membuat tempat penyimpanan madu lebah dengan bentuk yang amat baik
dan menarik sekali. Para ahli matematik merasa kagum ketika mengetahui perhitungan
lebah yang sangat cermat itu dalam mengendalikan tempat penyimpanan makanannya.
3. Lebah adalah seekor binatang yang amat patuh pada perintah Allah apabila Allah
menyatakan buatlah sarang di gunung-ganang dan pokok-pokok kayu, maka lebah taat
pada perintah Allah.
4. Menggunakan cara yang sangat menarik ketika membuat sarangnya yang mana dimulai
dengan membangunkan sel-sel tempat penyimpanan madu dari sudut-sudut yang berbeza
seterusnya pada akhirnya mereka akan bertemu di tengah.
5. Madu lebah yang telah dihasilkan tadi sebenarnya banyak kegunaan untuk manusia
dalam kehidupan. Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 69 iaitu: Maksudnya :
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau
sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan
dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman
(madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari
berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang
membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”

Anda mungkin juga menyukai