Anda di halaman 1dari 62

TAMADUN ISLAM

1
Topik Perbincangan

2.1 Pengenalan
2.2 Konsep Tamadun Islam
2.3 Asas Tamadun Islam
2.4 Pandangan Semesta Tamadun Islam
2.5 Jihad Dalam Islam
2.6 Faktor Kelahiran, Perkembangan dan
Kemerosotan Tamadun
2.7 Iktibar Daripada Kemerosotan Tamadun
2.8 Interaksi Tamadun Islam
2.9 Pencapaian & Sumbangan Tamadun Islam
2.10 Isu & Cabaran Semasa Tamadun Islam
2
2.1 PENGENALAN

a. menjelaskan pandangan semesta Islam;

Pada akhir
tajuk ini,
pelajar b. menghuraikan konsep menurut Islam;
dapat:

c. Menghuraikan faktor-faktor kemunculan,


kegemilangan dan kemerosotan serta sumbangan/
pencapaian Tamadun Islam

3
2.1 PENGENALAN

Risalah (ajaran) dari Allah S.W.T


Islam

Dit
uru
nk
a
(pe n kep
ny ad
am a R
pa asu
ia
ga l da
ma n N
) ab
i

4
TAKRIF ISLAM

Dari sudut bahasa Dari sudut istilah

Tunduk, patuh, menyerah diri Taat kepada Allah dengan sepenuh


dan sejahtera hati tanpa ragu serta tunduk dan
patuh kepada segala perintahNya

Juga dinamakan AD-DIN (cara hidup) :

Iaitu peraturan hidup yang lengkap dan


sempurna untuk sistem kehidupan
manusia dan alam.

5
2.2 KONSEP TAMADUN ISLAM
Dari sudut bahasa

Tamadun bererti kemajuan atau civilization.

Perkataan “tamaddun” adalah dari bahasa Arab.

Perkataan lain-‘umran, hadharah dan


madaniah’.

6
KONSEP TAMADUN ISLAM
Dari sudut istilah
kemajuan yang telah dicapai oleh umat Islam dalam
aspek kerohanian dan kebendaan dengan
berpandukan kepada Al -Quran dan al Sunnah
Rasulullah s.a.w.

menekankan kepada kemajuan dan kerohanian


secara serentak

agama Islam yang melahirkan Tamadun Islam.

7
Konsep Tamadun Islam
Perspektif Barat Perspektif Islam
J.K. Fiebleman: Ibn Khaldun:
-“tamadun ialah kepandaian -Istilah ‘umran” dan ‘hadharah’
masyarakat mengeksploitasi - dalam kitab al-Muqaddimah – umran
material”. diterjemahkan sebagai perbandaran
dan tamadun.
Arnold Toynbee: - Umran merangkumi semua aspek
-“ suatu sistem masyarakat yang kemajuan (kebendaan & kerohanian)
membantu manusia menambah hasil yg dicapai manusia / bangsa.
pengeluaran atau produktiviti dan
mempunyai empat unsur iaitu bahan Muhammad Farid Wajdi:
ekonomi, sistem politik, -Dlm kitab al-Madaniyyah wal Islam,
pengetahuan dan seni”. Syeikh Muhammad Abduh:
-Dlm kitab al-Islam wal Nasraniyyah
wal Ilm wal Madaniyyah,
-Mereka berdua menggunakan
perkataan madaniyyah menggantikan
umran.

8
Konsep Tamadun Islam (smbg)

Perspektif Barat Perspektif Islam


Jurji Zaydan:
- Dlm kitabTarikh al-Tamaddun al-
Islami (Sejarah Tamadun Islam);
- Beliau menggunakan perkataan
tamadun.
-Tamadun Islam mempunyai ciri-ciri
berikut - negara Islam dan
pemerintahan, bandar-bandar
Islam, stratifikasi sosial, sains dan
pengajaran bahasa Arab,
bangunan-bangunan serta seni-
binanya dan kesenian Islam.

-Ringkasnya, perkataan madaniyyah


dan tamadun mempunyai maksud yg
sama iaitu pencapaian manusia dlm
semua bidang kehidupan, material dan
spiritual yg. berpusat di bandar.

9
Pandangan sarjana – Konsep Tamadun Islam

Sayyid Qutb Said Hawa


- Kemajuan yg dihasilkan oleh Kemajuan yang ditegak atas
sekumpulan masyarat spt kebudayaan Islam dan hasilnya
sistem sosial, pemerintahan dll
relevan dgn kebudayaan
berteraskan syariat dan akhlak tersebut.
Islam.

Abu Bakar Hamzah Syed Naquib al-Attas


Sesuatu yg lahir dan Keadaan kehidupan insan
berkembang bersama dgn bermasyarakat yg telah
kehidupan manusia sama ada mencapai kehalusan tatasusila
bersifat bukan kebendaan @
sebaliknya. dan kebudayaan yg luhur.

10
Kesimpulannya - KONSEP TAMADUN ISLAM

Ibnu Khaldun :

“Sesuatu dianggap sebagai tamadun apabila


peringkat penyempurnaan (tahsiniyyah) dicapai
setelah perkara asas (daruriyyah) dan keperluan
(hajiyyah) dilengkapkan”.

Daruriyyah - Perkara yang utama bagi manusia (agama, nyawa, akal,


maruah & harta)
(Contoh – mesti menjaga nyawa, haram membunuh)
Hajiyyah - Keperluan / hajat manusia (keselamatan, keringanan)
(Contoh – ibadat puasa dikecualikan bagi orang sakit)
Tahsiniyyah - Pelengkap kehidupan manusia (perhiasan, teknologi dll)
(Memakai wangian, pembangunan canggih digalakkan)
11
2.3 Asas Tamadun Islam
Asas Kandungan Contoh
a) Akidah - bermaksud : kepercayaan / keimanan. 6 aspek kepercayaan;
- Perkara paling asas dalam kehidupan Muslim - Beriman dgn Allah, Malaikat,
dan tamadun Islam. Kitab, Rasul, Hari Akhirat
- kebenaran yang mutlak dan tetap. (pembalasan) & Qadak Qadar
- pendirian yang tetap dan teguh. (Takdir).

b) Syariah - bermaksud : peraturan & undang-undang. a)Ibadat - 5 rukun Islam


- Ketetapan /peraturan (sistem kehidupan) - solat, puasa, zakat, syahadah
Allah untuk manusia bagi mengatur & haji.
hubungan manusia dgn manusia, Allah & b) Perniagaan;
alam. – Halalkan jual beli yang sah dan
- Tujuan untuk mencapai kebahagiaan di dunia haramkan riba.
dan akhirat. c) Maqasid Syariah - 5 penjagaan;
- MAQASID SYARIAH (Tujuan2 syariat). - agama, nyawa, akal, keturunan
& harta.

c) Akhlak -bermaksud budi pekerti, tingkat laku dan a) Akhlak mahmudah;


tabiat. - menderma, ikhlas, rajin
- Akhlak baik (mahmudah) vs Akhlak jahat bekerja.
(mazmumah). b) Akhlak mazmumah;
- merompak, menipu, rasuah.

12
2.4 PANDANGAN SEMESTA TAMADUN ISLAM

Terbahagi Konsep Konsep


kepada 3 ; Keimanan Kekuasaan

13
2.3 Pandangan Semesta Tamadun Islam
Asas Kandungan
a) Konsep - Beriman kepada Tuhan Yang Esa (Allah SWT) adalah asas
Keimanan Tamadun Islam.
- Percaya, tunduk dan patuh dalam segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya.
b) Konsep - Allah s.w.t adalah Pencipta, Pemilik dan Penguasa kepada
Kekuasaan semua makhluk (ciptaan) termasuk alam semesta dan manusia.
- Allah Maha Berkuasa dan tiada tandingan.
- Manusia hanyalah sebagai khalifah atau pemegang amanah
yang tiada kuasa mutlak dalam menguruskan alam ini.
c) Konsep - Manusia adalah makhluk mukallaf (diberi tanggungjawab).
Kemanusiaan - Ciptaan manusia lebih baik drp makhluk lain sebab ada
gabungan roh, jasad, akal dan hati.
- Manusia wajib menjaga hubungan yang baik dengan Allah,
hubungan sesama manusia (diri, keluarga, masyarakat &
negara) dan hubungan bersama alam semesta.
- Konsep manusia & kemanusiaan dalam tamadun Islam terbina
atas ketakwaan kepada Allah.

14
Jalan Mencapai Matlamat Tamadun Islam

• Tamadun Islam menekan 3 aspek hubungan manusia:

Allah swt
Manusia Alam

Dizahirkan Saling
Sbg khalifah Allah
melalui akidah menghormati
S.W.T. –
dan dan hak-hak yg
bertanggungjawab
ibadah. ditentukan.
memelihara alam.

15
2.5 Jihad dalam Islam
• Berasal daripada perkataan bahasa Arab;
- Jahada (kata kerja)- bererti bersungguh-sungguh
- Jihad (kata nama) – bererti kesungguhan, berjuang

• Maksud yang lain;


- Setiap usaha secara bersungguh-sungguh yang
memerlukan pengorbanan, pemikiran dan segala
keupayaan untuk menegakkan kebenaran dan
memartabatkan Islam.

16
Sumber jihad
1- Al-Quran : surah Al-Saff (ayat 10 – 11) 
"Hai sekalian orang-orang yang beriman. Sukakah kalau Aku
tunjukkan kepadamu semua akan sesuatu perdagangan yang dapat
menyelamatkan engkau semua dari siksa yang menyakitkan? Iaitu
supaya engkau semua beriman kepada Allah dan RasulNya dan pula
berjihad fi-sabilillah dengan harta-harta dan dirimu semua. Yang
sedemikian itu adalah lebih baik untukmu semua, jikalau engkau
semua mengetahui.

2- Hadis Nabi.
Dari Ibnu Abbas (r.a) bahwa Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Tidak ada
hijrah setelah penaklukan kota Makkah, tetapi jihad dan niat." 

17
Kepentingan jihad
i- Lambang kekuatan umat Islam.
ii- Satu cara untuk menyebarkan dakwah Islam.
iii- Menunjukkan nilai iman dalam diri seseorang.
iv- Mendapat keredhaan dan pahala dari Allah.
v- Menjaga kepentingan agama dalam semua
perkara.

18
Musuh Batiniyah (tidak
Jihad Nafsu boleh dilihat):
(Jihad agung) Iblis & Syaitan

Bahagian Musuh Zahiriyah (boleh


Jihad Zahir
Jihad dilihat):
Kafir (penentang Islam) ,
Munafik (hipokrit), Fasik
(pendosa)

Cara berjihad:
1. Jihad dgn hati
2. Jihad dgn lisan
3. Jihad dgn tangan
4. Jihad dgn ilmu
5. Jihad dgn harta
6. Jihad dgn diri @ nyawa (perang)
19
2.6 KELAHIRAN, PERKEMBANGAN &
KEMEROSOTAN

20
FAKTOR KELAHIRAN
Faktor utama kelahiran tamadun Islam ialah ajaran Islam itu
sendiri.

Islam menekankan akidah dibina atas keyakinan


berasaskan ilmu. Kemantapan akidah adalah teras
pembanguna tamadun manusia.
Islam mementingkan ilmu pengetahuan dan penggunaan
akal dalam mencari kebenaran.
Berfikir amat perlu dalam mencari kebenaran dan tidak
boleh menerima sesuatu secara jahil.
Al-Quran merangkumi segenap ilmu yang tidak akan habis
ditimba manusia.
Al-Quran dan Sunnah sentiasa menggalakkan umat Islam
untuk mendalami pelbagai bidang ilmu.
21
Pemimpin- bertaqwa &
bijaksana

Keterbukaan kpd Sumber Ekonomi –


tamadun lain luas & banyak

FAKTOR
Prasarana – lengkap
KECEMERLANGAN Politik - stabil
& sempurna
TAMADUN ISLAM

Ketenteraan - kuat Kegiatan keilmuan –


luas & berkembang

Ajaran Islam –beri


keadilan menyeluruh
22
Faktor kecemerlangan Tamadun Islam
1. Pemimpin bertaqwa & - Ajaran Islam menggariskan kualiti untuk menjadi
bijaksana. pemerintah.
- Takwa kepada Allah SWT, bijaksana.

2. Sumber ekonomi luas & - Zakat salah satu sumber kewangan Islam.
banyak. - Zakat menjadi pendorong untuk berusaha mencari
harta.
- Apabila wilayah kekuasaan Islam semakin luas,
sumber ekonomi bertambah luas dan teguh.

3. Politik stabil. - Dari abad ke-8 hingga ke-13 Masihi, dunia


umumnya didominasi oleh umat Islam.
- Politik yang stabil dan negara yang aman –
memberi tumpuan kepada kegiatan keilmuan.

4. Kegiatan keilmuan luas & - Peranan institusi masjid – pusat melakukan ibadat
berkembang. khusus dan tempat pembelajaran serta kegiatan
ekonomi.
- Para ilmuan terawal lahir dari institusi masjid.
- Universiti-universiti terawal berkembang drp
institusi masjid. Cth: Universiti Al-Azhar di Mesir.

23
Sambungan…
5. Ajaran Islam - Adil kepada semua tanpa mengira agama anutan mereka.
memberi keadilan - Org bukan Islam diberi kebebasan sama spt orang Islam.
menyeluruh. - Lahir ramai ilmuan tersohor kalangan bukan Islam di
Andalusia dan Baghdad ;
i- Masyaalah b. Athari (Baghdad)- ahli falsafah.
ii- Moses ben Maimon (Andalusia) – ahli falsafah.

6. Ketenteraan (sistem - Elemen penting menjamin keamanan dan keselamatan.


pertahanan) yang - Menggerunkan musuh-musuh untuk meceroboh.
kuat. - Semangat jihad yang tinggi dan kental – salah satu rahsia
kekuatan negara Islam.

7. Prasarana yang - Pemerintah Islam menekankan penyediaan infrastruktur


lengkap & yang terbaik.
sempurna. - Contoh : Sayidina Umar al-Khattab r.a. – mengarahkan
pembinaan terusan atau tali air di Sungai Nil.
- Pemerintahan Bani Umaiyah di Andalusia, jalan yang
menghubungkan kota diturapi batu dan diterangi lampu.

8. Keterbukaan kepada - Mengiktiraf tamadun-tamadun lain yang baik dan bermanfaat


tamadun yg lain. untuk manusia sejagat.
- Contoh : terjemah karya Yunani dan Latin dalam bidang
falsafah dan perubatan ke bahasa Arab.

24
Kronologi pemerintahan dan kekuasaan Islam
Zaman Tempoh Catatan
Nabi Muhammad 610 – 623 M -Pemurnian akidah masyarakat Arab.
(s.a.w) -Revolusi moral dan budaya.
- Era Mekah
Nabi Muhammad 623 – 633 M -Tertubuh Kerajaan Islam Pertama.
(s.a.w) -Kesatuan Muslim & Bukan Muslim dlm
- Era Madinah Perlembagaan Pertama Bertulis (Piagam Madinah).
-Pembinaan masjid yg pelbagai fungsi.
-Pertanian kurma.
Khulafa al-Rasyidin 633 – 661 M -Khalifah Umar al-Khattab; beliau membuka Iran
(Parsi), Iraq, Khurasan, Baluchistan, Syria, Palestin,
Mesir ke Armenia.
-Mewujudkan kementerian dan jabatan.

25
SAMBUNGAN…
Zaman Tempoh Catatan
Empayar 661 – 750 M - Menguasai utara Afrika, Sepanyol (Andalusia),
Umawiyyah Perancis dan ke Timur meliputi wilayah Asia
Tengah dan India.
- Paling cemerlang di zaman Umar bin Abdul Aziz –
berjaya membasmi kemiskinan.
- Perkembangan dlm bidang sains, bahasa &
sastera.
- Buku tatabahasa Arab pertama disusun
al-Kitab.
- Pembinaan masjid Cordova (Andalusia).

Kerajaan 711 – 1492 M - Masyarakat diperkenalkan sistem pembelajaran


Andalusia (756 – 1031 M yg komprehensif dlm semua bidang.
adalah zaman - Pemerintah menaja pelajar2 semua bidang ilmu
kemuncak) yg boleh membina masyarakat.
- Khalifah Abdul Rahman al-Ausat membina
universiti & memberi elaun kpd ulamak2.

26
SAMBUNGAN…
Zaman Tempoh Catatan
-Khalifah al-Hakam telah mengambil inisiatif mendirikan
perpustakaan dan membeli buku2 rujukan.
-Hampir seluruh Andalusia mempunyai pusat pengajian
dan universiti antaranya di Seville, Toledo, Granada,
Valencia dan Cordova yg muncul sebagai pusat
intelektual yg terpenting di Eropah.
-Khalifah memberi pengiktirafan kpd cendikiawan bukan
Islam antaranya Moses bin Maimon dan Salomon bin
Gabirol dari bangsa Yahudi (ahli falsafah dan
penterjemah).
Empayar 750 – 1453 M - Kemuncak ketamadunan Islam khususnya di zaman
Abbasiyah Khalifah Harun al-Rashid dan al-Ma’mun.
-Lahir sarjana Islam dlm pelbagai bidang Perundangan
Islam ; Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain2.

27
SAMBUNGAN…
Zaman Tempoh Catatan
-Lahir sarjana Islam dlm bidang Hadith seperti Imam
Bukhari, Muslim, Turmizi, al-Nasai, Abu Daud & Ibnu
Majah.
-Lahir sarjana Islam dlm sains & teknologi spt Ibnu Sina,
al-Razi, al-Khawarizmi, al-Farabi, al-Biruni, Omar al-
Khayyam, Ibnu Batutah dll.
-Penubuhan Universiti Andalus, Univ Cordoba (968 M),
begitu juga di Seville, Malaga, Lisbon, & Toledo, Univ al-
Azhar di Mesir (988 M).
-Universiti di Eropah - Univ Bologna (1088 M), Univ
Paris (1150 M) dan Univ Oxford (1167 M).
Empayar 1299 – 1922M - Menguasai Austria, Hungary, Romania, Bulgariaa,
Uthmaniyah Czech, Yugoslavia dan Albania.
-Pembukaan Kota Constantinople (Istanbul) oleh Sultan
Muhd al-Fateh.
-Menguasai seluruh Kepulauan Greek, Albania dan
Crimea (Ukraine).

28
Pemimpin- zalim & lemah

Bencana alam & Sumber Ekonomi –


penyakit kurang & terhad

FAKTOR
KEMEROSOTAN
TAMADUN ISLAM

Ancaman musuh Kegiatan keilmuan –


luar tidak berkembang

Penyelewenan &
keruntuhan akhlak
29
Faktor Kemerosotan Tamadun Islam
1. Pemimpin yang lemah & - Negara menjadi kucar-kacir : politik tidak stabil
zalim - Ekonomi lumpuh, negara akan berpecah dan
runtuh
- Pemerintah yang zalim, kuku besi dan menindas
- Cth ; kejatuhan Andalusia (kerajaan Bani Umaiyah).
2. Sumber ekonomi – kurang - Tanpa sumber ekonomi, segala perancangan
& terhad pembangunan tidak dapat dilaksanakan.
- Masalah sosial – kegiatan mencuri & tidak bermoral
3. Kegiatan keilmuan tidak - Kurang memberi tumpuan kegiatan penyelidikan
berkembang dan pembangunan.
- Hanya menumpukan kegiatan mempelajari kitab-
kitab tulisan sarjana sebelumnya.
- Abad ke -15 hingga ke-18 Masihi, zaman
kemerosotan tamadun Islam.
4. Penyelewengan & - Tidak lagi mementingkan nilai takwa.
keruntuhan akhlak - Jawatan untuk penuhi hajat peribadi.
- Anggap mereka yang menolak kemungkaran dan
mengajak kebaikan sebagai antisosial dan
antikemajuan.
- Pemerintah Uthmaniyah di Turki – berfoya-foya
dengan arak dan wanita.

30
Faktor Kemerosotan Tamadun Islam
5. Ancaman musuh luar - Apabila dijajah oleh kuasa Barat – saki-baki
khazanah ilmu pengetahuan Islam di bawa balik.
- Banyak manuskrip penting terdapat di
perpustakaan di Barat spt Perpustakaan Escorial
Portugal, Perpustakaan Leiden, Belanda dan
Perpustakaan Uni. Cambridge, London.
- 1256 Masihi- tentera Monggol menyerang dan
memusnahkan kota Baghdad.

6. Bencana alam & penyakit - Wabak penyakit, kemarau panjang, banjir besar,
ribut taufan, tsunami, gempa bumi.
- Al-Quran – banyak merakamkan peristiwa-
peristiwa kaum-kaum terdahulu Allah SWT
binasakan – keingkaran dan kesombongan.

31
2.7 IKTIBAR DARIPADA KEMEROSOTAN
Iktibar yang perlu diambil dan dilaksanakan;

i- Peranan Individu;
- Meningkatkan ilmu dan iman.
- Mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.
- Mempergiatkan Sunnah Rasulullah (dakwah).
- Memperbaiki dan mempertingkatkan akhlak mulia.
ii- Peranan Pemimpin;
- Meningkatkan kualiti daya kepimpinan yang tinggi.
- Mengamalkan keperibadian mulia mengikut ajaran Islam.
- Mengunakan kuasa untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.
- Memfokuskan pembangunan tamadun dan peradaban manusia.
iii- Peranan Kerajaan;
- Perlu sentiasa bersedia dengan kekuatan ketenteraan dari ancaman
dan serangan musuh.
- Perlu bekerjasama dengan kerajaan (tamadun) lain untuk
mempertahankan wilayah masing-masing.
32
2.8 INTERAKSI TAMADUN ISLAM
• Interaksi merupakan asas kepada
persefahaman dan akhirnya membawa kepada
kerjasama.

• Interaksi dalam aspek kepercayaan, bahasa


dan kebudayaan sesebuah tamadun.

• Interaksi antara Tamadun Islam - Tamadun


India &Tamadun Cina.

33
Kepentingan Interaksi Antara Tamadun
• Perkongsian nilai yang pelbagai dapat memperkayakan
sesebuah tamadun (budaya, bahasa & pencapaian).
• Pertembungan yang positif memberi kebaikan kepada
generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara suatu
hari nanti.
• Permuafakatan boleh dibentuk hasil sikap saling faham-
memahami persamaan dan perbezaan tamadun.

34
Islam & Tamadun Cina
• Jumlah penduduk Islam ialah lebih kurang 77 juta
orang, menjadikan penganut Islam sebagai minoriti
terbesar di negara tersebut.

• Masyarakat Islam yang berketurunan China yang


dikenali sebagai Hui, selain daripada masyarakat Islam
keturunan Turki di wilayah Xing Jiang–Uighur.
• Masyarakat Islam merupakan penduduk majoriti di dua
buah wilayah iaitu wilayah autonomi Xing Jiang –Uighur,
wilayah autonomi Ning Xia dan dua buah wilayah lain
yang juga mempunyai penduduk Islam melebihi 40%
iaitu wilayah Kang Su.

35
Bagaimana Islam Sampai ke China?
• Islam telah sampai di negeri China pada tahun 652 M.
• Orang pertama yang tiba di negeri China ialah 2 orang
utusan daripada Khalifah Uthman ibn Affan r.a. iaitu Saad bin
Abi Waqqas dan Yusuf yang telah dihantar untuk berdakwah
di China.
• Saad berdakwah di wilayah Chang Chow sementara Yusuf
berdakwah di Guang Dong .

• Islam tersebar melalui jalan laut dan jalan darat.


• Islam terlebih dahulu tiba di dua buah wilayah di Selatan
China, iaitu Fujian (Hokkein) dan juga Guang Dong (Canton).

• Ramai orang Cina yang berasal dari dua buah wilayah ini,
khususnya yang terdapat di Asia Tenggara, tidak mengetahui
bahawa di wilayah Fukien (Hokkein) dan Guang Tong
(Canton) sehingga kini terdapat ramai penganut Islam
daripada keturunan mereka.
36
sambungan
• Islam tersebar di China melalui :
– Perdagangan
– Perkahwinan
– Politik
– Sikap dan sifat penganut Islam

• Gabungan budaya Cina dan budaya Islam melahirkan suatu


masyarakat Cina Islam yang unik, iaitu sedar tentang hukum-
hukum Allah dan perasaan manusia.

• Walaupun begitu, bilangan penduduk Islam tidak berapa menonjol


kerana beberapa sebab, antaranya:

– Berlaku proses asimilasi antara masyarakat muslim dan bukan


muslim.
– Ramai penganut Islam kurang menghayati ajaran agama dan
peraturan makanan.
37
Contoh Interaksi Tamadun Islam & Tamadun Cina
i- Interaksi - Pendidikan
• Menurut Prof. Muhammad Pai Shao Yi :
– Masyarakat Islam berjaya menubuhkan institusi pengajian agama
di masjid-masjid dan akhirnya pendidikan agama dilakukan di
sekolah-sekolah.
– Sekolah-sekolah juga dibangunkan.

• Dinasti Tang, Dinasti Sung dan terutamanya Dinasti Yuan melahirkan


ramai tokoh Islam terkenal.

ii- Interaksi - Penulisan


• Terdapat juga penerbitan media massa di kalangan masyarakat Islam
di negeri China.
– Lebih daripada 70 Review Islam diterbitkan.
– Paling awal ialah Review Bulanan Islam di Yunan dalam tahun 1915.
– Review yang paling lama bertahan ialah ‘The Crescent-Bulan Sabit’
dan ‘The Light Of The Crescent-Cahaya Bulan Sabit’ (Yueh Hwa) di
Beijing dan juga ‘Islamic Review’ di Shang Hai.

• Antara penulis yang terkenal ialah Elias Wang Ching Chai dan
Muhammad Yang Chong Ming.
• Mereka merupakan penterjemah al-Quran ke dalam bahasa Mandarin
dan kamus Arab-China.
38
iii- Interaksi - Penulisan
• Seorang penulis bernama Lee Yen Shen dikenali sebagai gergasi
literatur dalam zaman Dinasti Tang.
• Lee Hsiun dan Lee Shun Hsuan pula merupakan penyair-penyair
besar.
• Mi Fei merupakan seorang penyair dan penulis kaligrafi yang
terkenal dalam dunia penulisan Cina . Kaligrafinya yang berbentuk
bulat pada hujung tulisan masih digunakan sebagai model oleh
orang-orang Cina, Korea dan juga Jepun.

iv – Interaksi - Falsafah
• Dinasti Manchu;
– Ma Ming Loong.
– Sheikh Wang Tai Yu.
– P’u Sung Ling penulis hebat China menulis cerita ‘Liao Ch’ai’
yang bermaksud ‘rumah yang tidak dikehendaki’ atau ‘rumah
perbualan’.
• Cerita ‘Liao Ch’ai’ dianggap setaraf dengan cerita Arab; Seribu
Satu Malam.
• Syed Omar Shamsuddin, putera Hsien Yang dinasti Yuan
merupakan orang yang membuat lukisan Yin dan Yang.
39
• v- Interaksi – Ketenteraan & negarawan
• Negarawan Cina yang beragama Islam. Antaranya :

– Takutur Khan, iaitu cucu kepada Jenghis Khan.


– Laksamana Cheng Ho yang nama asalnya ialah Muhammad
Ma Ho dilahirkan di Yunan.
– Jeneral Muhammad Tso Pao Kwei pula merupakan seorang
jeneral yang terlibat dalam peperangan antara tentera China
dan Jepun pada tahun 1894.

– Jeneral Omar Pai Chung-His merupakan Marshal tentera


empat bintang yang meninggal dunia di Taipei pada 2
Disember 1966.
– Jeneral Muhammad Ma Chi Yuan, orang yang menumpaskan
tentera Komunis di wilayah Kansu pada tahun 1948.

40
Interaksi Antara Islam dan Cina di Malaysia

• Masyarakat Cina yang berhijrah ke Malaysia pada masa


lalu diterima dengan baik oleh masyarakat Melayu ketika
itu kerana ajaran Islam yang menekankan sifat
menghormati tetamu.

• Masyarakat Baba dan Nyonya yang wujud di Melaka


khususnya merupakan satu manefestasi interaksi yang
baik antara masyarakat Cina dan Melayu.

• Baba dan Nyonya terus mengamalkan agama asal


mereka walaupun mereka telah mengamalkan budaya
Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.

41
Islam & Tamadun India
• India telah diperintah oleh pelbagai dinasti kerajaan
Islam untuk jangka masa yang agak panjang.

• Kesan peninggalan pemerintahan Islam di India kekal


sehingga ke hari ini.

• Antara kesan pemerintahan Islam ialah di India, yang


kini penduduknya melebih 1 bilion orang terdapat hampir
150 juta penganut Islam.

• Bilangan penduduk Islam di India merupakan kedua


teramai selepas penganut agama Hindu.

• Pengaruh pemerintahan Islam di India tercatat juga


dalam seni bina dan pembentukan bahasa.

42
Kedatangan & penyebaran Islam di India
• Islam sampai di India pada abad ke 7 M.
• Mula berkembang semasa pemerintahan Khalifah Umar
bin Al-Khattab.
• Semasa pemerintahan Uthman bin Al-Affan, tentera
Islam menyerang wilayah Sind dan berjaya menawan
bandar Sistan dan Makran.
• Semasa pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan –
berjaya menawan Kabul dan Lahore.

43
Pemerintahan Islam
• Pemerintahan Islam berjalan selama lebih daripada 700
tahun bermula pada tahun 711 apabila seorang pahlawan
Islam bernama Muhammad bin Qasim menawan satu
daerah bernama Daybul.

• Masyarakat beragama Hindu dan Buddha yang tidak mahu


menganut agama Islam dan mahu hidup berbaik-baik telah
dilayan sebagai zimmi .

• Pemerintah Islam telah membangunkan bandar Islam


pertama di India bernama Mansurah pada tahun 730 dan
tidak lama selepas itu, bandar ini telah menjadi pusat Islam
dan ibu kota negara Islam pada tahun 850.

• Dari situ Islam telah berkembang ke Punjab di Utara dan


Gujerat di Timur dan Selatan.

44
Nama-nama Kerajaan Islam India
i. Kerajaan Ghaznawi (926M -1150M )
• Diasaskan oleh didirikan oleh Alptigin, berketurunan Turki.
Beliau menawan kota Ghaznah pada tahun 926 M dan
menjadikannya pusat kerajaan yang baru (Kerajaan
Ghaznawi).
• Pada tahun 977 M, Sabuktigin (menantu Alptigin) menaiki
takhta dan berjaya meluaskan kekuasaan kerajaan.
• Kemudiannya Sultan Mahmud (anak Sabuktigin) menaiki
takhta dan berjaya menakluki India setelah melakukan 18
serangan ke atas wilayah di India sepanjang hayatnya.
• Pemerintahan Sultan Mahmud dapat diterima oleh orang
beragama Hindu kerana mereka tidak ditindas bahkan diambil
bekerja sebagai tentera kerajaan.
• Kerajaan Ghaznawi mulai lemah selepas kemangkatan Sultan
Mahmud, pemerintah berikutnya kurang berkaliber dan
berlakunya perebutan kuasa.
• Kerajaan ini jatuh pada 1150M setelah diserang oleh Alauddin
Hussain dan memusnahkan kota Ghaznah.

45
Nama-nama Kerajaan Islam India
ii. Kerajaan Ghori ( 1186M-1206M) -
• Kerajaan Ghori didirikan oleh Alauddin Hussein bin
Hussein setelah memusnahkan Kerajaan Ghaznawi.
• Alauddin telah digantikan oleh anaknya saudaranya
Ghiyasuddin bin Sam sebagai pemerintah Ghor.
• Kemudiannya Ghiyasuddin melantik adiknya Mu’izzuddin
dikenali sebagai pemerintah Ghaznah dan dikenali
sebagai Sultan Muhammad al-Ghori.
• Muhammad al-Ghori dianggap orang yang
mengasaskan pemerintahan Islam di India mempunyai
matlamat untuk menyatukan seluruh wilayah Islam di
India.
• Beliau berjaya menawan seluruh kawasan lembangan
Indo-Ganges.
• Selepas kemangkatan anaknya (Mahmud) Kerajaan
Ghori jatuh ke tangan Kerajaan Kharizm (Khira).

46
Nama-nama Kerajaan Islam India
iii. Kerajaan Delhi (1206 – 1526M)
• Kesultanan Delhi terdiri daripada beberapa dinasti yang
berpusat di Delhi.
• Pemerintahan bermula dengan Qutbuddin Aibak
sehingga terbentuknya Kerajaan Moghul oleh Baber
(1526M).
• Dinasti yang terdapat dalam Kerajaan Delhi;
a) Dinasti Mamluk (1206 – 1290M)
b) Dinasti Khilji (1290 – 1321M)
c) Dinasti Tughluq (1325 – 1412M)
d) Dinasti Syeid (1414 – 1450M)
e) Dinasti Lodi (1451 – 1526M)

47
Nama-nama Kerajaan Islam India
iii. Kerajaan Mughal / Moghul (1530 – 1689M)
• Kerajaan Mughal merupakan kerajaan yang diasaskan
oleh orang-orang berketurunan Monggol.
• Pengasasnya ialah Baber (Zahiruddin Muhammad).
• Pemerintah seterusnya ialah Humayun, Maharaja Akbar,
Jahangir, shah Jehan dan Aurangzeb.
• Pemerintahan kerajaan Mughal / Moghul di India
memiliki sistem pentadbiran yang baik dan
membolehkan dinasti ini mencapai kemajuan dalam
pelbagai bidang.
• Pemerintahan Mughal berakhir dan digantikan pula oleh
pemerintahan Inggeris. Pemerintahan Inggeris di India
berakhir pada tahun 1947.

48
Contoh Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun
India
i. Interaksi - Bahasa
• Bahasa baru – Urdu (mempunyai tatabahasa Prakrit dengan
perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki).
• Ia ditulis dengan skrip Arab tetapi diubah untuk mewakili bunyi
bukan Arab.
• Bahasa ucapan disebut Hindustani.

ii. Interaksi – Pendidikan


• Era pemerintahan Akbar (pemerintah teragung zaman Moghul)
ramai orang Hindu berpeluang mempelajari bahasa Parsi dan
cemerlang di madrasah-madrasah serta menjadi guru.

• Terdapat juga ahli-ahli fizik Hindu yang melakukan penulisan buku


sains perubatan dalam bahasa Parsi.

49
iii. Interaksi – Penterjemahan
• Pemerintah-pemerintah Muslim menterjemah karya-karya Hindu
biasanya untuk motif kesarjanaan, antaranya :
– terjemahan Ramayana, Mahabhrata dan Bhagavata Purana ke
dalam bahasa Bengali.
– Mahabharata dan Rajatarangini (Sejarah Kashmir) ke dalam
bahasa Parsi.

iv. Interaksi - Persajakan


• Amir Khusraw ( 1253-1325) merupakan seorang Indo-Muslim yang
terulung dalam bidang persajakan dan sastera.

• Khawaja Najm-ud-din Hasan atau lebih dikenali dengan nama Mir


Hassan Dihlvi. Beliau amat terkenal dengan Ghazal Persia yang
menarik dan mudah difahami.

• Ghalib merupakan seorang penyair Urdu yang cemerlang dan Ghazal


ciptaan beliau masih popular sehingga sekarang.

50
v. Interaksi – Seni lukis
• Institut Lukisan Moghul telah mencerminkan aspirasi politik Akbar.
Antaranya ialah;
– Lukisan dinding berkembang maju di ibu kota Akbar iaitu Fathpur Sikri
(1570-85).
– Pelukis handalan Hindu yang terlibat ialah Basavan, Lal dan Dasvanth.
– Terdapat juga lukisan dalam Razm-Nama iaitu terjemahan
Mahabharata dalam bahasa Parsi.

vi. Interaksi - Seni bina


• Seni bina menunjukkan gabungan ciri-ciri India dan Parsi.

• Mengalami perkembangan pesat pada zaman Moghul dengan pembinaan


bangunan Kabuli Bagh di Panipat, Jami Masjid di Sambal dan sebuah
masjid di Agra.

• Shah Jahan merupakan seorang pemerintah yang unggul dalam bidang


seni bina dengan pembinaan Taj Mahal berdasarkan konsep dan gaya
Islam .

• Tetapi penggunaan bahan, kerja-kerja ukiran dan motif-motif bungaan lebih


bercirikan seni bina Hindu.
51
2.9 Pencapaian & Sumbangan Tamadun Islam
1. Akidah Tauhid - Islam telah membebaskan manusia daripada sebarang bentuk
(kepercayaan) perhambaan dan penyembahan sesama makhluk kepada
penyembahan kepada Allah.
- Penduduk Tanah Arab multi-etnik disatukan dgn ikatan akidah
dan persaudaran Islam.
2. Sosial - Islam telah memperkenalkan prinsip sosial yang berteraskan
keadilan, persamaan, toleransi, kehormatan dan kemuliaan
insan.
- Islam mengiktiraf bahawa manusia adalah sama tiada beza dari
sudut fizikal, warna kulit, jantina dan kaum.
- Islam mewajibkan umatnya agar hormat menghormati antara
satu sama lain.
3. Ekonomi - Islam memperkenalkan sistem ekonomi berteraskan keadilan
sesama manusia, mengharamkan riba dan segala bentuk
penipuan dan penindasan.
4. Politik - Islam memperkenalkan sistem pemerintahan yang menentang
kezaliman dan menegakkan keadilan.
- Kuasa dan kepimpinan politik adalah amanah (tanggungjawab)
yang wajib dilaksanakan untuk membawa kebaikan sejagat.
- Merubah geo-politik dunia sebelumnya yg didominasi oleh
kerajaan Rom dan Parsi.
52
Sambungan …
5. Ilmu - Ramai ulama yang dihasilkan & kitab-kitab mereka
pengetahuan - Contoh ; Ibnu Kathir (Al-Quran), Imam Bukhari (Sahih
i- Ilmu Al-Quran, Bukhari) & Imam Syafei (Al-Umm).
Hadis & Fekah;
ii- Matematik; - Beberapa penemuan telah menjadi asas kemajuan &
perkembangan matematik moden.
- Contoh - Al-Khawarizmi & Al-Biruni (sistem nombor,
algebra, trigonometri, geometri, aritmetik dan teori
nombor).

iii- Astronomi; - Buku terawal oleh pakar astronomi Islam iaitu Abdul
Rahman Al-Sufi yang mengklasifikasikan bintang
sehingga lebih daripada 1000 jenis.
- Contoh ; Algorab, Adbebara, Algedi & Atair.

iv. Geografi; - Ilmu pelayaran & pengembaraan


- Contoh ahli pelayaran; Al-Muqaddisi, Ibnu Batutah, Ibnu
Majid & Ibnu Jubair.

53
Sambungan …
5. v. Perubatan - Tokoh2 ilmu perubatan;
a) Al-Razi (Rhazes) – ahli perubatan pertama yang
membezakan antara cacar & campak. Antara kitabnya
(al-Hawi & al-Asrar).
b) Ibnu Sina (Avicenna) – Digelar sebagai “Bapa Segala
Doktor”. Antara kitabnya (al-Qanun fi Tibb).
c) Al-Zahrawi (Abucassis). Beliau memperkenalkan 150 alat
pembedahan yang masih digunakan sehingga kini.
Antara kitabnya (Al-Tasrif).
vi. Kesenian - Seni bahasa & tulisan
- Seni bina
- Seni ukir
- Seni muzik

54
Pencapaian Sarjana Islam dalam Pelbagai Bidang

Nama Bidang
1. Yahya Al- - Industri Kertas di Baghdad (800M)
Barmaki
2. Avicenna - Bapa Perubatan Moden
(Ibnu Sina) - Bukunya Qonun Fittib sukatan pelajaran ~ akhir kurun 16.
3. Jabir Ibnu - Bapa Kimia Moden (815M)
Haiyan
4. Al-Biruni - Saintis Pertama ~ orbit bumi.
5. Ibnu Batutah: - Pelayar Dunia Pertama
6. Ibnu Firnas - Pencipta Payung Terjun /Kapal Terbang Pertama.(887M) ~
ideanya diteruskan Orville & Wilbur Wright.
7. Ibnu Hawqol - Pakar Goeg. & Pembuat Peta Dunia Pertama. (997M).

8. Al-Khawarizmi - Pakar Matematik & Pemilik Algebra.

55
2.10 Isu-isu Cabaran Semasa

1- Kesatuan Politik yg Rapuh


2- Keadaan Ekonomi yg Lemah
3- Kurang Peka kpd Kehendak Semasa
4- Agenda Musuh Islam
5- Sejarah Pertentangan Timur-Barat
6- Kesan Penjajahan Barat
7- Pengekalan Hegemoni Barat
8- Kejahilan dan Ekstremisme Barat
56
1- Kesatuan Politik yg Rapuh
- Pertubuhan atau badan yang bertanggungjawab untuk
membela hak asasi umat Islam didapati lemah dan tidak
berperanan dalam menyelesaikan masalah meereka.
- Contoh ; Liga Arab dan Organisation of Islamic
Cooperation (OIC)
- Pertubuhan2 ini dilihat tidak mampu menyatukan negara
umat Islam dalam menentang penjajahan barat.

2- Keadaan Ekonomi yang Lemah


- Negara2 Islam lemah dari segi penguasaan ekonomi
dunia.
- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semua negara
OIC secara terkumpul sebanyak RM5.5 trillion yang
menyamai hanya satu pertiga KDNK negara Jepun.
57
3- Kurang Peka kepada Kehendak Semasa
- Bank-bank Islam di negara Islam masih konservatif, berwajah
lama dan tidak agresif. Sedangkan dunia kewangan dan
sektor perbankan sudah berubah.
- Umat Islam hanya banyak berteori sedangkan orang bukan
Islam lebih pandai mengambil peluang. Hari ini, kebanyakan
sektor perkhidmatan dan pembuatan produk halal dimonopoli
oleh orang bukan Islam.

4- Agenda Musuh Islam


- Kuasa2 Barat (Amerika) melihat ideologi Islam sebagai
ancaman berbahaya kepada sistem sekular mereka. Mereka
mengisytiharkan perang keganasan terhadap ideologi Islam.
- Melabelkan pejuang2 Islam di Iraq dan Afghanistan sebagai
pengganas dan menzalimi mereka dengan kejam.

58
5- Sejarah Pertentangan Timur-Barat
- Dunia Islam sudah menjadi sasaran kuasa Barat sejak permulaan
abad ke-19 lagi. Sepanjang tempoh 200 tahun, kuasa Barat telah
menduduki, menjajahi dan menindas umat Islam.
- Mereka mencipta beberapa ideologi baru kepada dunia Islam
seperti nasionalisme melampau, fasisme dan komunisme untuk
memecahkan perpaduan umat Islam.

6- Kesan Penjajahan Barat


- Penjajah Barat (British & Perancis) telah memecahkan bangsa
Arab kepada 25 buah negara supaya mereka menjadi lemah dan
tidak mampu mencabar hegemoni Barat.
- Kawasan dunia Islam yang kaya raya seperti Kuwait dibentuk
menjadi kecil (mudah dikuasai) berbanding kawasan ramai dan
miskin seperti Bangladesh dan Sudan dijadikan sebuah negara
besar (tidak stabil / tidak aman).

59
7- Pengekalan Hegemoni Barat
- Kuasa2 Barat sentiasa merancang untuk menjajah dan menjajah
semula mana-mana negara umat Islam yang berpotensi menjadi
kuasa besar dan mencabar hegemoni mereka.
- Menggunakan sistem ciptaan mereka seperti demokrasi dan hak
asasi manusia untuk campur tangan di negara umat Islam dan
menguasai politik mereka.
- Menggunakan pengaruh budaya Barat untuk menguasai pemikiran
dan budaya masyarakat Islam.

8- Kejahilan dan Ekstremisme Barat


- Barat menganggap umat Islam sebagai tidak punya apa-apa
sumbangan yang penting kepada peradaban dunia terutamanya
selepas tragedi peristiwa 11 September 2001.
- Gerakan Islam hanya dilihat sebagai pengacau kerana iri hati
terhadap kejayaan tamadun Barat moden.

60
Penutup
• Tamadun Islam adalah untuk semua (sejagat).
• Tamadun Islam menerangi dunia dengan sinar ilmu dan
membimbing manusia dengan petunjuk kebenaran
(akidah, syariat dan akhlak).
• Tamadun Islam bersumberkan Al-Quran, Al-Sunnah
dan intelektual.
• Tamadun Islam membentuk satu tamadun yg besar dan
memberi sumbgn kpd kebangkitan Eropah dan dunia.
• Tamadun Islam ada 2 matlamat utama – menjana
tamadun kemanusiaan dan membangunkan tamadun
fizikal.

61
RUJUKAN

Ahmad Zaki Abd. Latiff (et.al). (2012). Tamadun Islam dan Tamadun
Asia (TITAS). Edisi kedua. Shah Alam: Oxford Fajar.

Beg, M.A.J., (1985). Islamic and Western Concepts of Civilization. Kuala


Lumpur: Universiti Malaya Press.

Mohd Razimi Husin (2013) Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad (2012). Modul Pengajian
Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Quigley, Carrol (1961). The Evolution of Civilization : An Introduction to


Historical Analysis. Macmillan . New York.

Sivachandralingam Sundra Raja. (2001). Tamadun Dunia. Shah Alam: Fajar


Bakti Sdn. Bhd.
62

Anda mungkin juga menyukai