Anda di halaman 1dari 16

CIRI-CIRI MASYARAKAT

YANG DILAHIRKAN
ISLAM
Masyarakat Yang Saling
Menasihati
• Setiap muslim bertanggungjawab terhadap insan
sekelilingnya, dia perlu memberi nasihat & menerima
nasihat. Tiada siapa yang tidak layak ditegur dan tidak boleh
menegur.
• Ini adalah asas agama, juga refleksi iman, serta syarat untuk
terhindar dari kerugian :
• *rujuk Surah Al-’Asr & hadis Nabi Saw.
Masyarakat Yang Bersih &
Bernilai Tinggi
• Masyarakat muslim adalah pembersih & sentiasa mendidik tentang
kebersihan, mereka mengharamkan perkara yang keji samada yang
zahir atau yang batin. Arak diiktibar najis & amalan syaitan.
• Orang beriman disuruh untuk menjaga pandangan & kemaluan,
bersederhana dalam berhias supaya tiada yang dengki.
• Masyarakat muslim bukanlah malaikat, tetapi kita diminta untuk
menutup dosa dan maksiat yang dilakukan, bukan menyebarkan
kelakuan tersebut, supaya kesannya tidak tersebar. Orang yang
melakukan dosa diharapkan akan bertaubat selepas itu.
Masyarakat Yang Adil

• Masyarakat muslim adil dari segenap sudut :


• Keadilan dalam berinteraksi sesama manusia dalam urusan dunia.

• Keadilan ekonomi & sosial


• Orang kaya & berkuasa tidak boleh menindas orang miskin & lemah.
• Keadilan undang-undang & hukum
• Setiap individu boleh mendapatkan haknya walaupun perlu diambil
daripada seorang khalifah.
• Semua orang sama sahaja akibatnya apabila melaksanakan jenayah
Masyarakat Yang Maju

• Sifat yang paling penting untuk disandarkan kepada


masyarakat muslim adalah kemajuan.
• Kalimah ‘Maju’ perlu kepada penerangan kerana ia
membawa banyak tafsiran.
• Tamadun barat hari ini mengatakan bahawa mereka
adalah tamadun yang maju & negara-negara Islam pula
adalah negara yang mundur (kelas ketiga).
Prinsip Islam Terhadap Kemajuan

• Untuk menjawab persoalan ini, kalimah ‘maju’


perlu ditentukan dahulu maknanya.
• Maju :
• Secara mudah membawa maksud kita berada di
hadapan orang lain.
• Depan & belakang juga adalah perkara yang relatif
• Maju juga boleh disandarkan kepada objektif yang ingin
dicapai oleh manusia, setiap pergerakan yang membawa
seseorang lebih dekat kepada objektifnya adalah dikira
kemajuan.
• Pergerakan yang menjauhkan seseorang dari objektifnya
dikira kemunduran, begitu juga dengan berdiam diri, kerana
membiarkan orang lain mendahuluinya. Manusia itu
tabiatnya bergerak, itulah tanda ia hidup.
Apakah objektif hidup manusia?

• Islam meletakkan beberapa objektif hidup manusia,


antara yang utama adalah seperti yang disebut oleh
Imam Ar-Raghib Al-Asfahani :
• Beribadah kepada Allah
• Menjadi khalifah Allah di muka bumi
• Mengimarahkan bumi
1. Beribadah Kepada Allah

• Ibadah bermaksud : Ketaatan yang mutlak terhadap yang


disembah dengan penuh rasa cinta & mengagungkannya.
• Ketaatan sebegini akan datang apabila manusia mengenal apa
yang disembah.
• Siapa yang tidak mengenal apa yang disembah, ia tidak dikira
menyembah kerana boleh jadi ia menyembah sesuatu yang lain dalam
keadaan tidak sedar.
• Banyak agama yang mengaku menyembah Allah, sedangkan mereka
menyembah makhluk-makhluk bumi & langit.
• Antara tujuan penciptaan makhluk adalah untuk mengenal
Allah :

• Tiada pertentangan antara ibadah & mengenal Allah, bahkan


keduanya saling melazimi.
• Ibadah kepada Allah tidak sah tanpa ikhlas
• Kita tidak boleh mempersekutukan Allah dengan sesiapa
• Ibadah ini menjadikan manusia bebas dari tunduk kepada selain
Allah :
• Manusia (Rasul, Nabi, rahib, raja, orang-orang besar)
• Makhluk yang tidak dapat dilihat (Malaikat, jin, syaitan, dll)
• Benda tidak hidup (pokok, bintang, haiwan, berhala, dll)
• Hawa nafsu sendiri
• Hawa nafsu adalah sembahan yang paling jahat
2. Menjadi khalifah Allah di muka
bumi
• Tugas ini Allah khususkan untuk Nabi Adam & zuriatnya.
• Apa itu khalifah Allah?
• Melaksanakan arahan Allah di atas muka bumi & menegakkan kebenaran dan
keadilan
• Seperti yang Allah sebut kepada Nabi Daud

• Setiap manusia adalah pemimpin di dalam ruang lingkup masing-masing,


maka kita wajib menegakkan kebenaran dan keadilan dengan mengikut
petunjuk Allah
• Manusia yang dicela di dalam Al-Quran : Berfikiran negatif & lemah,
tidak menyampaikan kebenaran, tidak mampu melakukan sesuatu
yang bermanfaat, hanya pandai menghabiskan sesuatu & tidak
pandai menghasilkan apa-apa, tidak memberi manfaat kepada
sesiapa.
• Manusia yang terpuji : Berfikiran positif & aktif, baik dirinya &
memperbaiki orang lain, menyampaikan kebenaran & keadilan,
berada di atas jalan yang benar, jelas halatuju & tetap dengan
prinsip.
3. Mengimarahkan bumi

• Allah menugaskan manusia agar mengimarahkan bumi, ini


adalah sebahagian daripada tugas khilafah tetapi disebut
asing supaya manusia tidak salah faham bahawa agama
hanya menekankan aspek akhirat.
• Hakikatnya, dunia adalah ladang akhirat. Hidup ini walaupun sebentar,
tetap ada tujuannya, di sini kita diuji, diberi tanggungjawab & amal. Di
dunia kita beramal, di akhirat kita dihitung.
KESIMPULAN

• Ketiga-tiga tujuan penciptaan manusia ini adalah saling melazimi &


melengkapi.
• Ibadah adalah sebahagian daripada khilafah, khilafah & imarah pula adalah sejenis ibadah
kepada Allah.
• Orang beriman yang sebenar adalah yang mampu menggabungkan semuanya dengan serasi &
sempurna.
• Sejauh mana manusia melaksanakan tujuan ini, sejauh itulah ia akan mencapai
kemajuan. Dan sejauh mana ia meninggalkannya, sejauh itulah ia mundur.
• Tamadun barat mungkin mampu mengimarahkan bumi dengan segala kemajuan yang
ada, namun mereka tidak mempunyai dua unsur utama iaitu Khilafah & Ibadah,
bahkan mereka mungkin akan kehilangan unsur yang ketiga, imarah.

Anda mungkin juga menyukai