Anda di halaman 1dari 9

Unsur Kimia Cesium

Aretha Nethania Putri Osadi


Xii ipa 4
06
Pengertian Cesium
• Sesium adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Cs
(dari nama Latinnya, Caesium) dan nomor atom 55. Unsur kimia ini
merupakan logam alkali yang lunak dan berwarna putih keemasan, yang
adalah salah satu dari lima unsur logam berwujud cair pada atau sekitar
suhu ruangan. Penggunaan paling terkenal unsur kimia ini adalah dalam
jam atom.
Karakteristik Cesium
• Cesium adalah logam alkali berwarna perak, lembut, ulet. Cairan di ruangan hangat,
mencair pada suhu 28.4 oC (83.1 oF).

• Cesium adalah salah satu dari sedikit logam yang cair pada sekitar suhu kamar. Yang
lainnya adalah galium, francium dan merkuri.

• Cesium adalah logam yang sangat reaktif dan paling basa dari unsur-unsurnya. Logam Ini
bereaksi secara eksplosif saat kontak dengan air yang menghasilkan cesium hydroxide
(CsOH), basa yang sangat kuat yang dapat dengan cepat menimbulkan korosi pada kaca
Sejarah Cesium
• Cesium adalah elemen pertama yang ditemui dengan spektroskop oleh Robert
Wilhelm Bunsen dan Gustav Robert Kirchhoff iaitu Ahli Kimia berbangsa Jerman
pada tahun 1860 melalui analisis spektroskop pada air mineral Durkheim.

• Mereka menamakannya cesium kerana ia menghasilkan garisan berwarna biru


apabila diperhatikan pada spektrumnya. Mereka dapat menghasilkan sekitar kira-
kira 7 gram cesium klorida dari kaedah ini tetapi tidak dapat mengekstraknya
sehinggalah Carl Theodor Setterberg berjaya memperolehinya melalui proses
elektrolisis daripada cesium cyanida, CsCN.
Pada hari ini sumber utama mineral cesium diperolehi dari mineral polucite (CsAlSi2O6). Walau
bagaimanapun, untuk mendapatkan cesium yang asli agak sukar kerana bijih cesium sering bercampur
dengan rubidium. Untuk mendapatkan cesium yang asli, bijih cesium dan rubidium harus dihancurkan
dan dipanaskan terlebih dahulu dengan logam natrium sehingga mencecah suhu 650 ° C untuk
membentuk aloi yang kemudiannya dapat dipisahkan melalui proses yang dikenali sebagai penyulingan
pecahan.
Logam cesium terlalu reaktif untuk dikendalikan dengan mudah dan biasanya ia dijual dalam bentuk
cesium azida (CsN3). Cesium boleh diasingkan dengan mudah dari cesium azida dengan hanya
memanaskannya.
Sifat Cesium
SIFAT KEREAKTIFAN
• Cesium sangat reaktif dan piroforik di mana ia akan menyala secara spontan di
udara serta pantas bertindak balas dengan air lalu menghasilkan letupan malah ia
boleh bertindak balas pada suhu yang rendah seperti ais pada suhu melebihi -116 °
C.
• Walau bagaimanapun letupan yang berlaku antara cesium dengan air kurang
berbanding letupan antara natrium dengan air. Cesium hanya meletup seketika
apabila bersentuhan dengan air lantas tidak banyak jumlah hidrogen yang
terkumpul.
Cesium juga mampu bertindak balas dengan halogen untuk membentuk fluorida, klorida,
bromida, dan iodida. Logam cesium teroksida dengan cepat apabila terdedah ke udara lalu
membentuk superoksida berbahaya pada permukaannya.

Memandangkan cesium bertindak balas pantas dengan air, cesium sering dianggap
sebagai unsur yang harus dikendali dengan cermat. Oleh itu ia harus disimpan dalam
tempat yang selamat seperti lapisan minyak tanah atau minyak mineral atau dalam vakum
untuk menghalangnya dari beraksi atau menyala apabila terdedah kepada kelembapan di
udara.
Kegunaan dan Aplikasi harian

1. Penggunaan yang paling biasa adalah dalam bentuk sebatian cesium yang digunakan sebagai cecair
penggerudian
2. Cesium nitrat digunakan untuk membuat kacamata optik khas.
3. Cesium juga digunakan dalam industri sebagai pemangkin untuk meningkatkan prestasi logam oksida yang lain
dalam kapasiti yang tinggi serta digunakan dalam proses hidrogenasi sebatian organik yang tertentu.
4. Salah satu kegunaannya yang paling penting adalah pada jam cesium atau dipanggil sebagai jam atom. Jam ini
merupakan bahagian penting dalam rangkaian internet dan telefon bimbit serta satelit Sistem Penentukedudukan
Global (GPS). Ia memberikan ukuran masa standard dan sangat tepat.
5. Kadang-kadang cesium digunakan untuk menghilangkan kesan oksigen dalam tiub vakum mentol lampu.
6. Cesium klorida digunakan dalam sel fotolistrik dan digunakan untuk meningkatkan sensitiviti tiub elektron.
7. Memandangkan cesium adalah ion yang mudah diionisasi serta mempunyai jisim yang tinggi, maka ramai
merumuskan bahawa suatu hari ion cesium dapat digunakan sebagai pengaktif pada enjin dalam kapal angkasa
dan dalam peralatan pemantauan radiasi.

Anda mungkin juga menyukai