Anda di halaman 1dari 24

USN6123

FIQH AL-SIRAH
NOTA 5

AIDA HARTINI NAN
JABATAN USULUDDIN
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
SEKSAAN TERHADAP
ORANG ISLAM

 Selepas turunnya wahyu supaya Nabi berdakwah
secara terang-terangan, maka bermula la seksaan
dahsyat yang diberikan oleh kafir Quraisy kepada
orang Islam
 Seksaan ini disebabkan oleh rasa tidak puas hati atas
penyebaran ajaran Rasulullah s.a.w – dianggap
seperti khianat kepada agama nenek moyang
 Mereka mula dengan memberi tekanan emosi dan
mental kepada Nabi dan umat Islam
 Fitnah Nabi sebagai ahli sihir, gila, pemutus
hubungan kekeluargaan, pengacau dalam


masyarakat
 Membuat sekatan di setiap penjuru Kota Mekah
untuk halang Nabi dan umat Islam sebarkan ajaran
Islam.
 Abu Jahal menghina nabi secara berhadapan dan
bertubi-tubi dengan kata yang kasar (Nabi
diselamatkan oleh Hamzah dan memeluk Islam)
 Melihat kepada keberanian dan keteguhan umat
Islam, mereka mengganggu golongan hamba
Bilal bin rabah
Keluarga Yaser
 HIKMAH:
1. Allah hendak menjelaskan tentang maksud

mukallaf (kewajipan sebagai hamba Allah di dunia
mewujudkan 2 perkara, iaitu:
Berpegang teguh dengan Islam dan membangunkan
masyarakat secara benar
Menghadapi segala rintangan, kesukaran dan risiko
dengan mengorbankan nyawa dan harta demi
mewujudkan kewajipan itu
2. Pembuktian kebenaran orang-orang yang benar dan
orang-orang yang berdusta. Pembuktian mesti
berdasarkan ujian
HIJRAH KE HABSYAH

 Faktor penghijrahan: keganasan musyrikin Quraisy
kepada kaum muslimin semakin meningkat
 Faktor pemilihan Habsyah:
Mempunyai raja yang adil
Mempunyai raja yang beragama Nasrani

 Penyertaan: 15 orang (10 lelaki,5 wanita)


 Diketuai oleh Uthman bin Affan
 Abu Sufyan (Ketua musyrikin Quraisy) menghantar


wakil Abdullah bin Abi Rabiah dan Amru bin al-ash
untuk bertemu Raja Najasyi dan minta semula
orang-orang Islam
 Mereka memfitnah kaum muslimin sebagai
golongan yang mengkhianati kaum dan agama
nenek moyang
 Raja Najasyi menolak hadiah yang diberikan dan
minta mereka untuk melakukan perbincangan secara
bersama dengan kaum muslimin
 3 PERSOALAN YANG DIKEMUKAN OLEH RAJA
NAJASYI KEPADA JAAFAR BIN ABU THALIB

1. Apakah agama yang dianuti?
Jaafar menjawab dengan memberi perbezaan corak
kehidupan mereka sebelum dan selepas kedatangan
Islam
2. Apakah yang dibawa oleh Muhammad?
Jaafar membacakan surah Maryam (yang menjelaskan
tentang kehidupan Maryam dan Nabi Isa)
3. Apakah pandangan kamu tentang Isa?
Jaafar menjelaskan tentang Isa adalah hamba dan utusan
Allah sama seperti yang yang diimankan oleh Raja
Najasyi.
 HIKMAH
1. nilai keagamaan dan kesetiaan kepada ajaran yg

sangat kuat- sanggup berhijrah ke habsyah
meninggalkan keluarga/harta demi jaga agama
2. 2. Nilai kepimpinan nabi yg sentiasa menjaga
kebajikan anak pimpinannya- tidak ikut ke habsyah
sbb menjaga keselamatan golongan islam yg tak
mampu berhijrah (uzur) - memberi cadangan utk ke
habsyah kerana tak sanggup lihat kemudaratan yg
berlaku kepada umatnya
3. 3. Sifat orang2 musyrik- yg sentiasa tidak berpuas hati
dengan Islam- merancang apa sahaja cara utk
musnahkan Islam (hantar 2 org wakil utk ambil
semula islam yg berhijrah)
4. Agama nabi muhammad adalah agama lanjutan nabi isa-
melalui dialog yg berlaku antara jaafar ttg surah maryam


menunjukkan ajaran nabi muhammad adalah sama seperti
ajaran isa (membawa kepada agama/tauhid yg sama
5. Kebenaran ajaran nabi muhammad- apabila raja najasyi
menerima hampir keseluruhan jawapan yg diberi jaafar,
menunjukkan ajaran nabi adalah benar seperti mana yg
dijelaskan di dalam injil
6. Kaedah perdebatan yg baik mbawa kepada penerimaan
islam- mencari persamaan antara yg dibawa oleh kitab dulu
dan sekarang (surah maryam) - menggunakan kata2 yg baik
dan lemah lembut (tidak guna kata2 kasar atau marah) -
menghormati agama org lain dengan meberi kepujian kepada
kebaikkan yg dibawa (jaafar menceritakan tentang isa sama
seperti apa yg diimani oleh najasyi)
PEMULAUAN TERHADAP
ORANG ISLAM

 Berlaku selepas peristiwa penghijrahan ke hijrah ke
Habsyah
 Punca orang Islam pulang semula ke Mekah:
Rindu kepada ahli keluarga dan halaman
Tidak dapat keserasian hidup di tempat orang
Ahli keluarga ramai memeluk Islam (dusta)
 Orang Islam tidak dibenarkan masuk ke kota mekah
sehingga ada orang yang menjamin memberi
perlindungan
 PERJANJIAN PEMULAUAN
Nabi dan para sahabat tetap meneruskan dakwah
baginda di kota Mekah 
Pembesar Musyrikin menawarkan Nabi dengan
harta, wanita dan pangkat
Mereka juga menawarkan seorang pemuda yang
terhormat untuk menjaga Abu Thalib supaya Abu
Thalib menyerahkan Nabi Muhammad (tidak
dipersetujui oleh Abu Thalib)
Quraisy tidak berpuas hati atas penolakan tersebut,
maka tercetusnya pemulauan terhadap orang Islam
 KAEDAH PEMULAUAN
Mereka tidak mau menjalinkan sebarang

perhubungan dengan orang Islam
Mereka tidak mahu berjual beli dengan orabg Islam
Memutuskan ikatan persaudaraan dengan orang
Islam
Tidak boleh ada sebarang ikatan perkahwinan
dengan orang Islam
Mereka bersepakat mengeluarkan orang Islam dan
keturunan Bani Muthalib keluar daripada Mekah
Pemulauan ini berlaku selama 3 tahun berturut2
 KESAN PEMULAUAN
Mengalami sekatan makanan sehingga terpaksa

makan daun kayu dan kulit unta yang dibakar
Kesan kepada keuntungan perniagaan
Keuzuran dan kesakitan
Kesan dari aspek emosi
 PEMBATALAN PEMUALAUAN
Sebahagian daripada pembesar Quraisy tidak

bersetujuan dengan pemulauan
Rasa bersalah kerana mereka menghormati golongan
Bani Muthalib
Nabi Muhammad pernah menyuarakan tanpa
melihat:
“Jika aku membawa perkara yang benar, risalah
perjanjian pemulauan itu akan dimakan oleh anai2
kecuali kalimah Allah “
Perkara tersebut berlaku dengan benar (mukjizat
Rasulullah s.a.w)
Berlakulah pembatalan perjanjian
KEHADIRAN UTUSAN NAJRAN
BERTEMU RASULULLAH S.A.W

 Utusan Najran beragama Nasrani datang bertemu
baginda lalu beriman (beriman kerana akhlak dan
kebenaran ajaran Nabi)
“orang2 yang Kami berikan kitab sebeum turunnya
alQuran, mereka beriman kepadanya dan apabila
turunnya alQuran,mereka berkata:”Kami beriman
kepadanya,sesungguhnya ia adalah perkara yang betul
lagi benar dari Tuhan kami. Sesungguhnya kami
sebelum ia diturunkan,telahpun mematuhi”
(al-qasas 52-53)
 Pemelukan Islam mereka dihina dan diugut oleh
Abu Jahal

“Dan apabila mereka mendengar perkataan yang
sia2,mereka berpaling daripadanya sambil
berkata:”bagi kami amal kami dan bagi kamu amal
kamu. Selamat sejahtera ke atas kamu. Kami tidak ingin
berdamping dengan orang-orang yang jahil”
(al-qasas 55)
 Keingkaran dan keangkuhan musyrikin terhadap
Allah s.w.t:


“Dan ingatlah (wahai muhammad), ketika mereka
(orang-orang musyrik) berkata:”wahai Tuhan
kami,jika betul (alQuran) itu ialah yang benar daripada
sisiMu,maka hujani;ah kami dari batu dari langit atau
datangkanlah kepada kami azab yang tidak terperi
sakitnya”
(Al-Anfal 32)
 HIKMAH PENGUTUSAN NAJRAN:
1. Menjelaskan tentang setiap ujian dan cabaran ada

hikmah dan kebaikkan (setiap kesakitan ada
penawar)
Pemelukan Islam oleh utusan Najran adalah sebagai
hadiah dan penawar kesakitan Nabi dan orang Islam
Menaikkan semangat juang dalam dakwah

2. Membuktikan kebenaran ajaran Rasulullah s.a.w


Ajaran nabi dibenarkan oleh golongan Nasrani
Keimana mereka adalah lanjutan daripada keimanan
kitab dan ajaran yang sebelumnya
 UJIAN KEMATIAN SAIDATINA KHADIJAH R.A
DAN ABU THALIN

1. Memberi kesan mendalam kepada jiwa Rasulullah
s.a.w
2. HIKMAH:
 Perlindungan, pertolongan dan kemenangan itu
hanyalah daripada Allah. Ada atau tidak pembelaan
manusia, Allah tetap akan beri kemenangan kepada
mereka yang berada di jalan Allah (menjelaskan
tentang kekuasaan Allah/ kehendak Allah s.w.t)
 Perlindungan dan penjagaan tidak semestinya
terhindar daripada ujian dan gangguan – sunnatullah
untuk didikan rohani
HIJRAH KE THAIF

 Punca: disebabkan siksaan dahsyat yang dialami oleh orang Islam
 Tujuan: meminta perlindungan kepada orang Islam dan ajaran
Islam
 Kenapa pilih Thaif:
 Mempunyai hubungan kerabat dengan ibu Nabi
 Perjalanan yang lebih dekat (tidak mengganggu emosi
masyarakat Islam yang sedang lemah diuji)
 Sumber bumi yang subur
 Taburan pemimpin
 Berhijrah bersama Zaid bin Harithah:
- HIKMAH: mengelirukan pandangan musyrikin Quraisy untuk
menyembunyikan strategi penghijrahan (pandangan kebiasaan
masyarakat)
 Cabaran penghijrahan di Thaif:
Tawaran dakwah ditolak sepanjang permusafiran


Zaid dan Nabi Muhammad
Permintaan perlindungan ditolak oleh penduduk
Thaid (Kaum Bani Thaqif)
Tawaran dakwah tentang ajaran Islam ditolak oleh
penduduk Thaif
Zaid dan Nabi Muhammad dihina dan dicederakan
dengan batu
Memberi kesan emosi yang pedih kepada Nabi
Muhammad
 DOA SEBAGAI NILAI TAWAKAL
“Ya Allah, aku mengadu kepadamu tentang lemahnya

kekuatanku, sedikitnya idea dan kemampuan dan
hinanya aku di mata manusia. Wahai Tuhan yang
Maha Penyayang,Engkaulah Tuhanku. Kepada siapa
lagi Engkau ingin serahkan aku. Kepada orang Jauh
yang bermasam muka denganku atau kepada musush
yang menguasai urusanku. Sekiranya tidak
menimbulkan kemurkaanMu, maka aku tidak peduli”

- HIKMAH DOA: bukan berputus asa, tetapi mengadu


dan berharap kepada Allah adalah keperluan dalam
sifat pendakwah
 KISAH AL-ADDAS
Nabi berehat di kebun anggur bersama Zaid

Bertemu al-Addas seorang pekerja upahan di kebun
tersebut
Al-Addas berasa kasihan kepada Nabi dan Zaid,
maka dia beri buah anggur
Nabi membaza basmalah, al-Addas berminat dengan
bacaan tersebut
Nabi membacakan ayat al-Quran yang berkaitan
dengan Nabi Yunus (sesuai dengan ajaran dan
keyakinan al-Addas)
Al-Addas memeluk agama Islam
 HIKMAH THAIF
1. Penderitaan hanyalah sebagai sebahagian daripada
proses dakwah 
2. Mengadu hanya kepada Allah s.w.t (nilai Raja dan
Tawakal)
3. Sifat seorang anak pimpinan terhadap pemimpin
4. Setiap ujian ada hikmah dan kebaikkan selepasnya
5. Setiap kesakitan, ada penawar

Anda mungkin juga menyukai