Anda di halaman 1dari 8

Persediaan Psikologi untuk

Peperiksaan
oleh Cikgu Hartina
PERSEDIAAN psikologi UNTUK peperiksaan

PRINSIP PELAJAR CEMERLANG


1. Pelajar yang ingin cemerlang perlu menanamkan prinsip yang
betul untuk mengatasi tekanan peperiksaan.
2. Pertama, pelajar perlu tanam dalam hati “Saya yang
mengawal keadaan,bukan keadaan yang mengawal
saya”. Maksudnya dalam apa jua keadaan atau masalah yang
dihadapi pelajar tahu apa yang perlu dilakukan.
3. Kedua, pelajar harus ingat bahawa setiap tekanan yang
dihadapi akan mendewasakan dan mematangkan pelajar dalam
mengharungi hidup sebagai pelajar.
PERSEDIAAN psikologi UNTUK peperiksaan

Kenalpasti punca tekanan


1. Selidiki dengan mendalam apakah punca masalah yang berlaku.
2. Kenal pasti alasan-alasan mengapa masalah itu berlaku.
3. Kenal pasti siapakah yang terlibat dalam masalah tersebut.
Adakah ia berpunca dari sikap anda sendiri, ibu bapa, keluarga,
kawan-kawan, sekolah, guru, jiran dan persekitaran.
4. Jika anda tahu apa yang berlaku, maka akan lebih mudah
untuk menyelesaikannya.
PERSEDIAAN psikologi UNTUK peperiksaan

Ambil tindakan
1. Pelajar perlu ambil tindakan atas perkara yang boleh dikawal.
2. Kenal pasti sama ada ia masalah dalaman atau luaran’
3. Masalah dalaman adalah yang dicetuskan oleh diri sendiri
seperti mengantuk masa belajar, malas, tidur.
4. Masalah dalaman boleh dikawal oleh diri sendiri.
5. Masalah luaran adalah dicetuskan oleh orang lain seperti ibu
bapa, keluarga, guru dan sebagainya.
6. Masalah ini memerlukan bantuan pihak ketiga yang dipercayai
untuk mengatasinya.
PERSEDIAAN psikologi UNTUK peperiksaan

Berehat sebentar
1. Pelajar perlu rehat sebentar selepas membaca dan
mengulangkaji untuk menenangkan fikiran dan mengembalikan
kesegaran minda.
2. Rehatkan minda seperti; berjalan-jalan di taman, berbual
dengan ahli keluarga, bermain dengan kawan, membaca bahan
bacaan ringan, membuat senaman dll.
3. Jika anda terlalu letih, tidurlah sejam dua untuk
mengembalikan kesegaran minda.
PERSEDIAAN psikologi UNTUK peperiksaan

Luahkan perasaan
1. Pelajar perlu luahkan perasaan kepada orang yang dipercayai
dan boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut.
2. Tanya kepada mereka cadangan atau cara yang boleh anda
gunakan untuk mengatasi masalah itu.
3. Luahkan perasaan dengan menulis di atas kertas atau diari
juga boleh mengurangkan tekanan.
4. Pelajar juga boleh meluahkan perasaan dengan menjerit
sepuas-puas hati di tempat yang sesuai seperti di tepi pantai, di
atas bukit dan di tempat sunyi yang tidak ramai orang untuk
mengelakkan kekecohan.
PERSEDIAAN psikologi UNTUK peperiksaan

Beri hadiah pada diri


1. Berikah hadiah dan pujian kepada diri sendiri. Jangan
mengharapkan pujian dan hadiah daripada orang lain yang
tidak peka dan mengambil berat akan diri anda kerana ia akan
menyebabkan anda kecewa.
2. Hadiahkan sesuatu yang anda suka sama ada bentuk
barangan atau aktiviti.
3. Berikan hadiah tersebut setelah anda penat belajar untuk
mengurangkan tekanan peperiksaan.
PERSEDIAAN psikologi UNTUK peperiksaan

Bantuan orang lain


1.Cuba dapatkan bantuan orang lain jika anda tidak dapat
menyelesaikan seorang diri.
2. Kongsi juga pengalaman anda dengan orang lain yang
mungkin pernah melalui perkara yang sama seperti anda. Cuba
cari jalan penyelesaian yang mungkin boleh anda gunakan dan
praktikkan untuk menyelesaikan masalah anda.

Anda mungkin juga menyukai