Anda di halaman 1dari 8

PANDUAN MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN BAHAGIAN A

KANDUNGAN PERENGGAN PENDAHULUAN

TEKNIK 1 TEKNIK 2

T (Tema) T(Tema)
I (Isu/permasalahan/huraian berkaitan tema) I (Isu/permasalahan/huraian berkaitan tema)
K (Ayat kehendak/tugasan/fokus soalan)
A (Ayat tugasan/kehendak/fokus soalan)
P (Peribahasa/Penyambut tugasan)

TIK
TIAP
CONTOH SOALAN KARANGAN BAHAGIAN A
TEKNIK 1
BUAT ANALISIS SOALAN (TTSIF)

T = TEMA : AMALAN MEMBACA


T= TUGASAN SOALAN/KEHENDAK/FOKUS (ISI)-KEPENTINGAN DAN
LANGKAH MEMUPUK AMALAN MEMBACA
SI= SIAPA/SASARAN (MURID, MASYARAKAT)
F(FORMAT) = TIADA FORMAT -PENDAPAT
TEKNIK 1

RANGKA PENDAHULUAN TIK

T Amalan membaca merupakan amalan mulia yang sewajarnya dibudayakan dalam


(Tema) kalangan masyarakat.

I Malangnya, masyarakat Malaysia khususnya generasi muda kurang prihatin akan


(Isu) kepentingan membaca.

K Persoalannya, apakah kepentingan amalan membaca dan langkah-langkah efektif untuk


(Kehendak memupuk budaya membaca?
soalan)
TEKNIK 2

RANGKA PENDAHULUAN TIAP

T Amalan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia masih rendah.


(TEMA)

I Buktinya, kajian oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2014 menunjukkan
(ISU) bahawa secara purata, rakyat Malaysia hanya membaca 15 naskhah buku setahun.

A Oleh itu, masyarakat Malaysia haruslah sedar akan kepentingan membaca dan pelbagai
(Ayat langkah perlu diambil untuk membudayakan amalan membaca kerana membaca
Tugasan) jambatan ilmu.
P
(Peribahasa)
PENDAHULUAN LENGKAP TIK

Amalan membaca merupakan amalan mulia yang sewajarnya dibudayakan dalam


kalangan masyarakat. Malangnya, masyarakat Malaysia khususnya generasi muda kurang
prihatin akan kepentingan membaca. Persoalannya, apakah kepentingan amalan membaca
dan langkah-langkah efektif untuk memupuk amalan membaca?

(34 patah perkataan)


LATIHAN

 Soalan: Rujuk buku teks muka surat 6-7.


 E-sukan mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan di negara ini . Pada pandangan
anda, apakah kepentingan e-sukan kepada remaja?
Tulis satu perenggan pendahuluan yang lengkap untuk karangan Bahagian A berdasarkan soalan
di atas.
SEKIAN, TERIMA KASIH

SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM


SPM 2024

Anda mungkin juga menyukai