Anda di halaman 1dari 6

Unit Uniform Pengakap

GURU PENASIHAT Semua guru penasihat unit uniform pengakap


SETIAUSAHA Nur Azlin Binti Abd Manas
TARIKH/HARI/MASA 07/04/2021 Rabu 4.00 – 5.00 PM
TEMPAT Dewan sekolah
KEHADIRAN LELAKI 23/25 PEREMPUAN 27/30 JUMLAH 50/55

LAPORAN AKTIVITI  Perjumpaan keempat bagi unit beruniform pengakap pada tahun 2021.
 Guru penasihat telah memberi taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada minggu
tersebut.
 Aktiviti yang akan dijalankan pada minggu keempat ialah mempelajari asas ikatan dan simpulan
tali pengakap
 Belajar ikatan tindih kasih, buku sila, bunga geti, ikatan manuk, silang gunting, simpul belit,
ikatan seraya, simpulan pengail dan ikatan balak.
 Menjelaskan fungsi ikatan dan simpulan

HAL-HAL LAIN  Dua orang pelajar lelaki dan tiga orang pelajar perempuan tidak dapat menyertai khusus
kepimpinan.
 Semua guru penasihat mengambil bahagian semasa khusus ini berlangsung.
 Semua pelajar mengambil perhatian dan melibatkan diri.
PERANCANGAN

Aktiviti yang akan dijalankan pada 7 April 2021 iaiu pada hari Rabu. Ini
merupakan minggu ke empat untuk aktiviti unit beruniform dan untuk minggu ini
para pengakap akan menjalankan aktiviti mempelajari asas ikatan dan simpulan
tali pengakap yang akan berlangsung selama satu jam bermula empat petang
hingga lima petang. Aktiviti ini sangat penting untuk para pengakap di dalam
kehidupan seharian terutamanya untuk aktiviti luar seperti berkemah. Dalam
minggu ini, semua pelajar diberi pendedahan tentang jenis-jenis tali dan simpulan
seperti belajar ikatan tindih kasih, buku sila, bunga geti, ikatan manuk, silang
gunting, simpul belit, ikatan seraya, simpulan pengail dan ikatan balak. Sebelum
memulakan aktiviti para pelajar diberi sedikit taklimat yang disampaikan oleh guru
penasihat. Kemudian para pelajar diajar secara teori dan diberi demonstrasi
tentang jenis tali dan simpulan. Setelah selesai mendengar secara teori para
pelajar dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan untuk menjalani dan mencuba
sendiri apa yang telah dipelajari. Seterusnya para pelajar juga diminta untuk
menjelaskan kesimpulan tentang aktiviti seterusnya menghuraikan aplikasinya di
dalam kehidupan. Guru penasihat juga turut berada semasa khusus dijalankan
dan sedikit sebanyak membantu para pelajar untuk lebih memahami dan fokus
terhadap aktiviti tersebut. Aktiviti ini dijalankan di dewan sekolah kerana untuk
memudahkan dan memberi keselesaan kepada para pelajar sepanjang aktiviti
dijalankan.
Unit Uniform Pengakap
GURU PENASIHAT Semua guru penasihat unit uniform pengakap
SETIAUSAHA Nur Azlin Binti Abd Manas
TARIKH/HARI/MASA 23/04/2021 Rabu 4.00 – 5.00 PM
TEMPAT Dewan sekolah
KEHADIRAN LELAKI 21/25 PEREMPUAN 27/30 JUMLAH 48/55

LAPORAN AKTIVITI  Perjumpaan kelima bagi unit beruniform pengakap pada tahun 2021.
 Guru penasihat telah memberi taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada minggu
tersebut.
 Aktiviti yang akan dijalankan pada minggu keenam ialah mempelajari asas pertolongan cemas
serta keselamatan diri.
 Para pelajar di ajar secara teori dan ditunjukkan demonstrasi tentang asas-asas pertolongan
cemas
 Para pelajar diberi peluang untuk mencuba melakukan sendiri asas-asas yang dipelajari,

HAL-HAL LAIN  Disertai juga oleh wakil guru dan beberapa pelajar dari Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
 Empat orang pelajar lelaki dan tiga orang pelajar perempuan tidak dapat menyertai aktiviti pada
minggu ke lima ini.
 Semua guru penasihat mengambil bahagian semasa khusus ini berlangsung.
 Semua pelajar memberi tumpuan dan melibatkan diri di dalam aktiviti yang dijalankan.
PERANCANGAN

Aktiviti yang akan dijalankan pada 23 April 2021 iaiu pada hari Rabu. Ini
merupakan minggu ke lima untuk aktiviti unit beruniform dan untuk
minggu ini para pengakap akan menjalankan aktiviti mempelajari asas
pertolongan cemas serta keselamatan diri yang akan berlangsung
selama satu jam bermula empat petang hingga lima petang. Aktiviti ini
sangat penting untuk para pengakap di dalam kehidupan seharian
terutamanya untuk aktiviti luar seperti berkemah. Dalam minggu ini,
semua pelajar diberi pendedahan tentang asas bagaimana untuk
membantu seseorang jika kecederaan berlaku dan bagaimana untuk
mengawal diri dan persekitaran jika berlaku sesatu kecemasan.
Sebelum memulakan aktiviti para pelajar diberi sedikit taklimat yang
disampaikan oleh guru dari Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).
Kemudian para pelajar diajar secara teori dan diberi demonstrasi.
Setelah selesai mendengar secara teori para pelajar dibahagikan ke
dalam beberapa kumpulan untuk menjalani dan mencuba sendiri apa
yang telah dipelajari. Seterusnya para pelajar juga diminta untuk
menjelaskan kesimpulan tentang aktiviti seterusnya menghuraikan
aplikasinya di dalam kehidupan. Guru penasihat juga turut berada
semasa khusus dijalankan dan sedikit sebanyak membantu para pelajar
untuk lebih memahami dan fokus terhadap aktiviti tersebut. Aktiviti ini
dijalankan di dewan sekolah kerana untuk memudahkan dan memberi
keselesaan kepada para pelajar sepanjang aktiviti dijalankan.
Unit Uniform Pengakap
GURU PENASIHAT Semua guru penasihat unit uniform pengakap
SETIAUSAHA Nur Azlin Binti Abd Manas
TARIKH/HARI/MASA 26/05/2021 Rabu 4.00 – 5.00 PM
TEMPAT Dewan dan kantin sekolah
KEHADIRAN LELAKI 23/25 PEREMPUAN 29/30 JUMLAH 52/55

LAPORAN AKTIVITI  Perjumpaan keenam bagi unit beruniform pengakap pada tahun 2021.
 Guru penasihat telah memberi taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada minggu
tersebut.
 Aktiviti yang akan dijalankan pada minggu keenam ialah para pelajar menjalani aktiviti dalam
kumpulan.
 Para pelajar lelaki diminta untuk ke dewan untuk aktiviti mereka cipta manakala pelajar
perempuan perlu ke kantin untuk aktiviti memasak
 Para pelajar menjalankan aktiviti bersama para guru

HAL-HAL LAIN  Dua orang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan tidak dapat menyertai khusus
kepimpinan.
 Semua guru penasihat mengambil bahagian semasa khusus ini berlangsung.
 Semua pelajar memberi tumpuan yang baik dan mereka gembira dengan aktiviti yang
dijalankan.
PERANCANGAN

Aktiviti yang akan dijalankan pada 26 Mei 2021 iaiu pada hari Rabu. Ini
merupakan minggu ke enam untuk aktiviti unit beruniform dan untuk minggu
ini para pengakap akan menjalankan aktiviti di dalam kumpulan yang akan
berlangsung selama satu jam bermula empat petang hingga lima petang.
Para pelajar dibahagi kepada dua iaitu pelajar lelaki perlu ke dewan untuk
menjalankan aktiviti mencipta reka bentuk seterusnya pelajar perempuan
pula perlu ke kantin untuk aktiviti memasak. Aktiviti ini dipantau dan diawasi
oleh para guru penasihat kerana para pelajar perlu menggunakan alatan
yang tajam seperti pisau dan sebagainya. Setelah selesai aktitivi dijalankan
para pelajar perlu berkumpul di dewan dan menjamu selera makanan yang
telah disediakan tadi. Untuk reka cipta pelajar lelaki pula akan dipamerkan di
bilik kemahiran hidup. Setelah selesai aktiviti pelajar pulang ke rumah.

Anda mungkin juga menyukai