Anda di halaman 1dari 7

NASIHAT UNTUK PENUNTUT ILMU

‫َو اْس َتِع يُنوا ِبالَّصْبِر َو الَّص اَل ِةۚ َوِإَّنَها َلَك ِبيَر ٌة ِإاَّل َع َلى اْلَخ اِشِع يَن‬
ARTINYA: “JADIKANLAH SABAR DAN SHOLAT SEBAGAI PENOLONGMU. DAN SESUNGGUHNYA YANG
DEMIKIAN ITU SUNGGUH BERAT, KECUALI BAGI ORANG-ORANG YANG KHUSYUK.”
MENGAMBIL PENGAJARAN DAN TAULADAN DARI KISAH NABI
MUSA DAN KHIDIR

1. BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MENUNTUT ILMU


• Nabi Musa sanggup berjalan dari tempatnya berada ke tempat Khidir berada semata-mata untuk menuntut ilmu.
Walaupun jika perjalanannya memakan masa bertahun-tahun.

‫َوِإْذ َقاَل ُم وَس ى ِلَفَتاُه اَل َأْبَر ُح َح َّتى َأْبُلَغ َم ْج َم َع اْلَبْح َرْيِن َأْو َأْم ِض َي ُح ُقًبا‬

Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya, "Aku ti­dak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke
pertemuan dua buah lautan, atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun.“

• Maksud bersungguh-sungguh dianalogikan oleh Pak Hamka seperti seorang yang berlari mengelilingi sebuah padang
sehingga dia pitam. Jika tidak pitam dan dia berhenti berlari, itu hanya alasan yang dibuat, bukan usaha yang
dicurahkan.
2. MENJAGA ADAB KETIKA BERBICARA

‫َقاَل َلُه ُم وَس ى َهْل َأَّتِبُعَك َع َلى َأْن ُتَعِّلَمِن ِم َّم ا ُع ِّلْم َت ُر ْشًدا‬

Musa berkata kepada Khidir, "Bolehkah aku mengikutimu su­paya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang
benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?”

• Lafaz yang digunakan Nabi Musa ketika menginginkan Khidir mengajarkannya adalah dengan nada yang
sopan, tidak terburu-buru dan membebankan Khidir.

• Disini juga kita dapat ambil pengajaran bahawa Nabi Musa yang tinggi darjatnya disisi Allah merendahkan
egonya untuk menuntut ilmu dengan orang yang lebih alim daripadanya.

‫ِإَّنَك َلْن َتْس َتِط يَع َم ِع َي َص ْبًر ا‬

Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar ber­samaku.

• Khidir berkata begitu kerana ilmu yang dimilikinya tidak sama seperti ilmu yang dimiliki oleh Nabi Musa
dan begitu juga sebaliknya.

• Disini juga kita dapat ambil istifadah bukan murid sahaja perlu berhati-hati dalam berbicara, seorang guru
pun perlu menjaga kata-katanya dan jujur dengan ilmu yang ada.
NIAT YANG SAHIH

1. NIAT BELAJAR HANYA KERANA ALLAH, BUKAN KERANA DUNIA

‫ َسَّهَل ُهللا َلُه ِبِه َطِر يًقا ِإَلى اْلَج َّنِة‬،‫َم ْن َس َلَك َطِريًقا َيْلَتِمُس ِفيِه ِع ْلًم ا‬
Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga.

• Apapun ilmu yang dipelajari dan niatnya kerana Allah, In shaa Allah kita sedang membina langkah kita untuk ke Syurga Allah.

2. APA YANG DIMAKSUDKAN NIAT KERANA ALLAH ??


• Perlu difahami, Allah tak perlukan sesiapa pun untuk membantuNYA kerana Allah Maha Berkuasa atas segala ciptaanNYA.

• Maksud niat kerana Allah itu ialah berniat untuk membantu menyebarkan agama Allah kepada seluruh umat manusia dalam apa jua posisi kita.

• Memang kalau ikutkan Allah boleh sahaja mengislamkan semua manusia dari awal-awal penciptaan lagi. Tapi kenapa Allah tak buat macamtu ?
‫ٱَّلِذ ى َخ َلَق ٱْلَم ْو َت َو ٱْلَح َيٰو َة ِلَيْبُلَو ُك ْم َأُّيُك ْم َأْح َس ُن َع َم اًل ۚ َو ُهَو ٱْلَعِزيُز ٱْلَغُفوُر‬

Artinya: Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi
Maha Pengampun.
3. ISTIQOMAH DAN SABAR DALAM MENUNTUT ILMU

1. SYARAT MENDAPATKAN ILMU

‫َأخي َلن َتناَل الِع لَم ِإاّل ِبِس َّتٍة َس ُأنبيَك َع ن َتفصيِلها ِبَبياِن َذ كاٌء َو ِح رٌص َو ِاجِتهاٌد َو ُبلَغٌة َو ُص حَبُة ُأستاٍذ َو طوُل َز ماِن‬

Artinya: “Syarat mendapatkan ilmu itu ada enam. Yakni cerdas, berkeinginan tinggi, bersungguh-sungguh, berkemampuan harta dan tenaga , bersahabat
dengan guru (menghormati) , dan waktu yang lama.”

• Cerdas : Pandai mengurus dan membahagikan masa untuk dunia dan akhirat.

• Berkeinginan Tinggi : Menceburi sesuatu bidang kerana minat, bukan paksaan.

• Bersungguh-sungguh : Berusaha sehabis baik, bukan secara ala kadar sahaja.

• Berkorban harta dan tenaga : Modal kehidupan digunakan untuk perkara bermanfaat.

• Menghormati Guru : Menjaga hubungan murid dan guru sebaiknya

• Waktu yang lama : Mempunyai kesabaran yang tinggi kerana tiada jalan singkat untuk berjaya.
SENTIASA BERSANGKA BAIK KEPADA ALLAH

‫ُك ِتَب َع َلْيُك ُم اْلِقَتاُل َو ُهَو ُك ْر ٌه َلُك ْم َو َع َس ى َأْن َتْك َر ُهوا َشْيًئا َو ُهَو َخ ْيٌر َلُك ْم َو َع َس ى َأْن ُتِح ُّبوا َشْيًئا َو ُهَو َش ٌّر َلُك ْم َو ُهَّللا َيْع َلُم َو َأْنُتْم اَل َتْع َلُم وَن‬

Diwajibkan atas kalian berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kalian benci. Boleh
jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian; dan boleh jadi (pula) kalian
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah mengetahui, sedangkan kalian tidak
mengetahui.

• Setiap masalah yang kita hadapi, pasti ada hikmah.

• Setiap masalah yang kita hadapi, tidak satupun untuk melemahkan kita. Kalau ya untuk
melemahkan, maknanya Allah ni zalim lah kan? Dalam sifat wajib bagi Allah, takde satu pun sifat
zalim.

• Ujian menguatkan, bukan melemahkan.


‫َأْع َلم ُهّٰللَا‬

Anda mungkin juga menyukai