Anda di halaman 1dari 17

GROUNDED THEORY (GT)

RAMLE BIN ABDULLAH


UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
PENGENALAN
• Satu kaedah penyelidikan yang diperkenalkan oleh
Glaser dan Strauss pada tahun 1967. Ianya
dikemaskini semula oleh Glaser pada tahun 1978 dan
dikukuhkan kembali oleh Strauss pada tahun 1987.
• Menggambarkan bagaimana proses induktif (proses di
mana data-data dianalisis untuk membentuk teori) itu
berlaku berasaskan elemen pembinaan konsep, temu
bual, pemerhatian/ pemerhatian ikut serta dll.
Tujuan utama ‘grounded theory’ ialah untuk membina
teori melalui bukti-bukti yang nyata.
Newman(1994) menyatakan sesebuah teori itu haruslah
mempunyai bukti-bukti sebagai sokongan supaya ia
mantap dan boleh diuji dan digeneralisasikan.
Elemen Pembentukan GT
Pandit (1996) menyatakan terdapat tiga elemen asas
dalam pembentukan GT:
o pembinaan konsep,
o pengkelasan data atau pengkategori data,
o penyataan
Konsep adalah unit-unit asas hasil daripada
pecahan sesuatu maklumat.
Kategori pula ditakrifkan sebagai tahap yang
lebih tinggi daripada konsep, di mana
penyelidik mula membuat perbandingan sama
ada melalui persamaan atau percanggahan
sesuatu maklumat itu.
Penyataan pula dihasilkan melalui cantuman-
cantuman di antara konsep-konsep kecil yang
terkandung di dalam kategori-kategori yang
berkenaan.
TAHAP PEMBENTUKAN
Mengumpul data
o Dalam membentuk sesuatu ‘grounded theory’ penyelidik
bermula dengan meneliti sesuatu fenomena itu secara
menyeluruh.
o Ia bermula di peringkat mikro dan diikuti dengan lebih
luas iaitu di peringkat makro. Di peringkat mikro
penyelidik akan meneliti data-data yang terkumpul dan
mengkaitkan dengan bukti-bukti sesuatu fenomena yang
dikaji.
Koding
o Dalam pembentukan ‘grounded theory’, koding digunakan
untuk mencari perkaitan di antara teks atau penyataan di
dalam sesuatu kategori itu.
o Koding dilakukan dalam tiga ‘mode’ iaitu koding terbuka
(open coding) axial koding (axial coding) dan koding
memilih (selective coding).
o Dalam koding terbuka konsep dikenalpasti melalui ciri-
ciri berpandukan dimensi tertentu. Data-data yang
dikumpulkan melalui temubual, dokumen, pemerhatian
dan lain-lain sumber akan dibanding-bandingkan untuk
dikelaskan mengikut tema masing-masing.
o Dalam ‘mode’ kedua, penyelidik mula mencari perkaitan
di antara kategori dan kategori-kategori pecahan (sub-
category). Perkaitan dilalukan melalui temubual, dan juga
pemerhatian yang memfokuskan kepada maklumat yang
mempunyai perkaitan dengan tema-tema berkenaan. Ini
juga dikaitkan dengan jalan cerita yang digambarkan
melalui lain-lain sumber sebagai perbandingan.
o Koding pemilihan (selective coding) pula dijalankan pada
peringkat akhir penganalisisan data. Pada tahap ini
penyelidik mengenal pasti kategori-kategori utama atau
core kategori. Pada tahap ini penyelidik mula
mengenalpasti cerita utamanya. Ianya diperkukuhkan lagi
dengan mengaitkannya dengan kategori-kategori yang lain
itu.
Tahap Ketepuan
o Pada tahap ini penganalisisan data telah hampir ke
bahagian penghujung.
o Terdapat 2 jenis ketepuan iaitu;
- ketepuan teoritikal, dan
- ketepuan sampel.
o Ketepuan teorikan berlaku apabila data-data yang diproses
memberikan gambaran yang sama dan berulang-ulang.
o Ketepuan sampel pula berlaku apabila tiada lagi sampel-
sampel tambahan diperlukan. Semua sampel telah
memberi maklumat atau gambaran yang sama dan
maklumatnya berulang-ulang.
o Pada tahap ini penyelidik telah mula menghasilkan
teori-teori bayangan atau ‘draft theory’. Teori
bayangan ini kemudiannya diuji dengan teori-teori
yang sedia ada untuk membentuk ‘grounded theory’.
ULASAN
Kaedah penyelidik ‘grounded theory’ boleh dianggap
sebagai satu pendekatan penyelidikan yang
komprehensif berdasarkan beberapa faktor seperti :
• Penyelidik harus mengumpul data yang banyak dan tepat
supaya proses perkaitan dapat dilakukan dengan jelas
dan tepat.
Tahap ketepuan juga tidak akan tercapai jika data-data
yang diproses tidak mencukupi.
Untuk memperolehi gambaran yang tepat penyelidik juga
harus menggunakan kaedah pungutan data yang berbeza
seperti soalselidik, temubual, pemerhatian, analisis
dokumen, video dan lain-lain.
Kaedah campuran kualitatif dan kuantitatif juga dapat
menghasilkan keesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi.
Ini dibantu dengan teknik triangulasi di mana data-data
daripada berbagai kaedah ini dapat dihubungkaitkan
dan diuji ketepatannya
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai