Anda di halaman 1dari 22

AIDID AMIR

PERAKUS
PEROSAK
ALAM
PERAKUS PEROSAK ALAM
Cetakan Pertama / First Printing, 2024
Hak Cipta/Copyright Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI, 2024

Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak


boleh diterbitkan semula,disimpan dalam cara yang boleh
digunakan semula, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk,
atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik,
mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya
tanpa mendapat izin daripada persatuan penulis BUDIMAN
terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced


or transmitted in any form or by any means, electronic or
mechanical including photocopy, recording or any information
storage and retrieval system, without permission in writing from
Penerbit Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, UPSI

.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
PENERBIT JABATAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR
Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malaim, Perak

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalamPenerbitan /

Cataloguing-in-Publication Data
Judul.eISB
Di sebuah kota kecil yang
damai, hidup seorang pemilik
kilang bernama Sopian.
Kilangnya memproses
produk-produk berunsur
bahan kimia dan meskipun
usahanya mencapai kejayaan
dari segi keuntungannya,
terdapat satu aspek yang
membuatnya menjadi
kontroversi iaitu kesan
pencemaran sungai yang
disebabkan oleh bahan
buangan dari kilangnya.
Pada awalnya, Sopian adalah
seorang pengusaha yang
berkomitmen untuk mematuhi
undang-undang dan peraturan.
Namun, seiring berjalannya
waktu, tekanan untuk
meningkatkan penghasilan
produk dan mengurangi
pengeluaran kos membuatkan
Sopian mencari jalan pintas.
Tanpa mempertimbangkan
jangka panjangnya, Sopian
mula membuang bahan
buangan industri ke sungai
terdekat tanpa pengolahan
yang sempurna.
Pencemaran ini mula
mendapat perhatian
masyarakat setempat. Warga
kota ini mula merasakan
dampaknya ketika sungai
yang dulu jernih dan bersih
sekarang menjadi keruh dan
berbau busuk. Ikan-ikan mati,
tumbuhan air layu, dan air
sungai tidak lagi dapat untuk
digunakan oleh penduduk
setempat.
Pada suatu hari,beberapa
aktivis yang disertai penduduk
kota mula mengecam Sopian
dan kilangnya. Mereka
mengadakan protes, menuntut
dia untuk mengambil tindakan
terhadap pencemaran yang
berlaku disebabkan oleh
aktiviti kilangnya. Namun,
Sopian mengabaikan dan
menganggap keuntungan yang
diperoleh lebih penting
daripada permasalahan yang
sedang berlaku di kawasan
tersebut.
Pemerintah kota juga
mendapat tekanan oleh orang
ramai untuk selesaikan
perkara ini. Setelah
didesak,pihak berkuasa telah
menghantar pasukan untuk
menyiasat kes ini.Mereka
menemui bukti kilang Sopian
telah melanggar banyak
peraturan dan tidak mengikuti
prosedur dalam menjalankan
kegiatan menghasilkan bahan-
bahan kimia di kilangnya.
Pemerintah memberi amaran
untuk memperbaiki masalah
tersebut atau kilangnya bakal
ditutup.
Selepas diberikan notis
amaran sita tersebut,akhirnya
Sopian setuju untuk mulakan
langkah-langkah pemulihan
sungai yang tercemar.Setelah
melawat sungai tercemar
tersebut,dia menyadari
bahawa kesan jangka panjang
pencemaran.Dia juga sedar
permasalahan ini juga
mengancam kesihatan
masyarakat dan kesejahteraan
perniagaan dia sendiri jika
berterusan.
Sopian memutuskan untuk
menyalurkan sebahagian besar
keuntungannya untuk
memperbaharui sistem
pengelolaan sisa kilangnya.
Dia juga mendirikan program
memulihara sungai bersama
dengan komuniti setempat
untuk membersihkan dan
mengembalikan ekosistem
sungai yang terkesan.
Proses pemulihan memakan
waktu, tetapi dengan
sokongan penuh daripada
penduduk dan pihak-pihak
yang terlibat, sungai akhirnya
kembali seperti
sediakala.Sopian belajar
daripada kesalahannya dan
berazam untuk menjalankan
perniagaanya dengan lebih
bertanggungjawab.
Kisah ini menggambarkan
perjuangan antara keuntungan
ekonomi dan tanggungjawab
seseorang ahli perniagaan,
serta kesan yang akan terjadi
apabila mereka ini bersikap
tamak dan akhirnya
memberikan kesan buruk
bukan hanya pada diri sendiri
tetapi kepada masyarakat dan
alam sekitar.
Kisah ini menunjukkan perbezaan antara
tanggung jawab lingkungan dan keuntungan
ekonomi. Sopian menunjukkan betapa pentingnya
kesadaran akan kesan bisnis terhadap masyarakat
dan alam sekitar dengan belajar dari kesilapannya
dan berjanji untuk menjalankan perniagaannya
dengan cara yang bertanggungjawab.

BIODATA PENYELENGGARA

Dr. Kamarul Ismail, Profesor Madya dalam bidang


Geografi di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Perak. Beliau memegang
jawatan sebagai Ketua Jabatan Geografi dan Alam
Sekitar dan sangat aktif dalam kerja-kerja sosial yang
melibatkan penjagaan alam sekitar, pembersihan
pantai dan program kitar semula. Beliau juga sering
dijemput sebagai penceramah dalam bidang
kelestarian alam dan kesedaran teknologi hijau.

Aidid Amir, pelajar semester 3 Ijazah Sarjana Muda


Pendidikan Sains dengan Kepujian serta minor di
dalam subjek Geografi.Buku ini ditulis dengan
pengalaman sepanjang 15 tahun saya menetap di
kawasan perindustrian di Klang.Cerita ini diolah
mengikut kreativiti untuk menjadikan jalan cerita
lebih menarik dan mudah difahami oleh pembaca.

Anda mungkin juga menyukai