Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN Menurut Ford, P.M.

(1981), Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar amat perlu dilaksanakan kerana alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Segala pencemaran yang telah berlaku terhadap alam sekitar sama ada pencemaran air, udara, bunyi dan sebagainya akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada alam sekitar dan juga manusia itu sendiri. Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gununggunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

LAPORAN RINGKAS MINI PROJEK PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR Tarikh: Masa: Tempat: 07.03.2013 (Khamis) 8.30 pg - 11.00 pagi Kawasan sekolah

Mini projek yang dijalankan ini melibatkan seramai 39 orang murid yang terdiri daripada tahun 4 perdana. Kawasan yang dipilih adalah di sekitar sekolah yang mana tumpuannya adalah lebih kepada tumbuhantumbuhan hijau serta habitat yang sedia ada. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut: a) Membersihkan kawasan mini projek. b) Mencatas dahan-dahan tumbuhan yang mati. c) Menerapkan nilai-nilai murni tentang kepentingan

pemuliharaan alam sekitar. d) Meletakkan label pada tumbuh-tumbuhan. e) Menghayati kehidupan yang sedia ada pada habitat kawasan mini projek tersebut. Segala aktiviti yang dirancang pada hari tersebut berjalan dengan licin dan mencapai objektifnya iaitu meningkatkan kesedaran dikalangan murid-murid tentang kepentingan memulihara alam sekitar dan membanteras kegiatan mencemarkan alam sekitar. Melalui aktiviti ini juga guru dapat memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah khasnya dan masyaratkat setempat amnya.

Pelajar-pelajar sedang membersihkan kawasan

Sedang menghayati keindahan tumbuhan berbunga

Kumpulan pelajar-pelajar perempuan sedang giat membuat aktiviti pembersihan

Memupuk semangat kerjasama

Pelajar-pelajar sedang memerhatikan hidupan yang sedia Memerhati hidupan yang ada dalam habitat ini ada

Salah seekor hidupan yang ada di habitat ini. Mereka memanggilnya siput babi.

Aktiviti pemuliharaan meliputi beberapa kawasan di sekitar sekolah

Salah seorang pelajar yang sangat rajin membuat cacatancatatan yang berguna.

KESIMPULAN

Perkembangan

teknologi

masa

kini

dan

peningkatan

aktiviti

manusia telah memberi banyak sumbangan dan kemajuan dalam bidang social, ekonomi dan politik sejagat. Namun secara tidak langsung, segala proses untuk pelaksanaan objektif pembangunan tersebut telah menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar. Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan penurunan taraf kesihatan demikian dan keselamatan penduduk, dan penipisan lapisan ozon, penghapusan hidupan akuatik serta kepupusan flora dan fauna. Oleh yang kepentingan pemuliharaan pemiliharaan berdasarkan objektif pendidikan konservasi amatlah penting untuk direalisasikan oleh manusia supaya keselamatan alam sekitar akan lebih terjamin pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai