Anda di halaman 1dari 8

PERMASALAHAN

PEMBUNGKUSAN
• Warna (F1)
- warna yang tidak menyerlah
- tidak mengekspresikan tekstur,ciri dan konotasi
barang
- warna yg sesuai digunakan : warna terang

• Reka bentuk (F2)


- sukar untuk dipegang
- memakan terlalu banyak ruang
- bentuk yang sesuai digunakan : silinder
• Mudah pecah (F3)
- Tidak sesuai diletakkan di tempat yang terbuka
- Berat untuk dibawa
- Berisiko tinggi kepada kanak-kanak
- Botol yg sesuai digunakan : botol plastik
PENDAHULUAN
Pembungkusan adalah salah satu kaedah
penyimpanan dan melindungi sesuatu barangan
daripada rosak dan tercemar. Produk
pembungkusan yang baik boleh menarik perhatian
pengguna yang membeli produk. Dengan adanya
pembungkusan, ia dapat memudahkan kerja
penyimpanan dan menjamin kualiti barang.
Pembungkusan minyak wangi yang dipamerkan
sangat unik dan berbeza dari pembungkusan yang
lain. Minyak wangi tersebut terlihat elegan tetapi
terdapat beberapa aspek permasalahan
pembungkusan bagi minyak wangi tersebut.
F1
Pemilihan warna yang digunakan oleh
produk minyak wangi tersebut tidak menyerlah
daan tidak menarik perhatian pengguna untuk
membeli. Hal ini kerana warna biru laut yang
digunakan tidak mengekspresikan tekstur, ciri
dan konotasi produk. Contoh pilihan warna
yang menarik adalah warna terang seperti
merah dan kuning. Warna terang sering
digunakan bukan sahaja produk minyak wangi
tetapi produk lain juga seperti makanan dan
baju. Hal ini membuktikan pemilihan warna
terang pada produk sangat membantu untuk
melariskan produk.
F2
Reka bentuk juga memainkan peranan
yang sangat penting bagi sesuatu produk.
Pemilihan reka bentuk yang dipilih oleh produk
minyak wangi tersebut tidaak sesuai kerana reka
bentuk yang dihasilkan menyebabkan sukar
dipegang oleh pengguna. Reka bentuk
pembungkusan minyak wangi itu juga memakan
terlalu banyak ruang jika disimpan atau diletakkan
di atas meja solek yang kecil. Reka bentuk yang
sesuai digunakan adalah pembungkusan
berbentuk silinder. Reka bentuk silinder dapat
menjimatkan lebih banyak ruang.
F3
Permasalahan pembungkusan yang
seterusnya ialah botol minyak wangi yang
digunakan mudah pecah. Pengguna yang membeli
minyak wangi tersebut perlu meletakkan minyak
wangi tersebut di tempat yang tertutup agar
selamat dan tidak mudah jatuh. Jika botol minyak
wangi pecah, ia juga merisikokan kanak-kanak
yang melalui kawasan itu kerana masih ada
serpihan kaca kecil. Botol yang sesuai digunakan
dalam penghasilan pembungkusan minyak wangi
ini adalah botol plastik. Botol plastik berrsifat
ringan, mudah dibawa kemana sahaja dan sukar
untuk pecah atau retak.
PENUTUP
Pembungkusan adalah salah satu aspek
yang sangat penting bagi penghasilan sesuatu
produk. Ia merangkumi keseluruhan aspek dari
segi warna, reka bentuk dan ketahanan.
Cadangan saya agar setiap pembungkusan
produk yang dihasilkan perlu memenuhi
citarasa dan kehendak pengguna. Ia juga perlu
memudahkan pengguna untuk memegang dan
membawa produk. Pembungkusan produk yang
menepati ciri-ciri tersebut dapat menarik lebih
banyak pembeli untuk membeli.

Anda mungkin juga menyukai