Anda di halaman 1dari 21

GARIS PANDUAN

PENGURUSAN PANITIA
MATA PELAJARAN
DI SEKOLAH BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
QR CODE
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
PANITIA MATA PELAJARAN
PANITIA MATA PELAJARAN
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
QR CODE
2
TUJUAN

Makluman Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan


2/2023 – Garis Panduan Pengurusan
Panitia Mata Pelajaran di Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

SPI tersebut akan membatalkan SPI KPM


Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran
LATAR BELAKANG 3
PANITIA MATA PELAJARAN
Jawatankuasa Mata Pelajaran
yang melaksanakan fungsi secara aktif dan
Penambahbaikan Garis Panduan berkesan dalam merancang, mengurus tadbir
garis panduan pengurusan panitia mata dan mencari penyelesaian kepada isu strategik
pelajaran yang ditambah baik diperlukan bagi berdasarkan latar belakang sekolah masing-
memperincikan kriteria pemilihan ketua masing.
panitia supaya mereka yang dilantik dapat Modal Insan
menguruskan panitia mata pelajaran dengan
cekap dan berkesan. Panitia mata pelajaran yang berkualiti
dapat membangunkan modal insan
yang seimbang, berpengetahuan dan
Perubahan & berketerampilan serta berdaya saing
tinggi.
Keperluan Semasa
SPI sedia ada telah digunakan selama lebih 36
tahun, justeru dicadangkan semakan semula SPI Sedia Ada
dan pindaan dilaksanakan bagi memantapkan SPI KPM Bil. 4/1986: Panitia Mata
fungsi serta peranan panitia sebagai peneraju Pelajaran bertarikh 13 Mac 1986
pelaksanaan kurikulum yang berkesan di sekolah (Lampiran 1) bertujuan memastikan
seiring dengan perubahan dan keperluan pengurusan kurikulum dilaksanakan
semasa. dengan lebih mantap di sekolah.
4
OBJEKTIF GARIS PANDUAN

Objektif Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran adalah untuk memastikan perkara
yang berikut:

pemilihan ketua panitia mata pelajaran adalah


berdasarkan kriteria yang ditetapkan;

peranan dan tanggungjawab ketua panitia dan ahli panitia


dapat dilaksanakan dengan kefahaman yang jelas; dan

pengurusan panitia dapat dilaksanakan secara


sistematik dan berkesan.
KRITERIA PEMILIHAN KETUA 5
PANITIA MATA PELAJARAN
Pemilihan ketua panitia mata pelajaran hendaklah dalam kalangan guru yang memenuhi kriteria dan syarat
ditetapkan mengikut keutamaan berikut:

opsyen ikhtisas gred DG44 dan ke atas @ gred DG48 dan ke atas
bagi sekolah rendah bagi sekolah menengah

mencapai tahap prestasi yang ditetapkan,


iaitu sekurang-kurangnya 85%
Tujuan Penubuhan Panitia Mata Pelajaran

Merancang strategi Meningkatkan tahap Mewujudkan kolaboratif


01 02 03
pengajaran penguasaan murid dengan Kokurikulum
Struktur dan Organisasi Panitia Mata Pelajaran
01 Dianggotai semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama

PGB melantik seorang Ketua Panitia mengikut kriteria


02

03 Ketua Panitia ahli Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum

04 Merujuk PGB atau Penolong Kanan untuk setiap keputusan atau pemakluman
Peranan Panitia Mata Pelajaran
PENGURUSAN PANITIA

a Menentukan penggunaan DSKP yang dikemas kini

Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah PdP


b yang dikemas kini.

c Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan.

d Mengurus pentaksiran mata pelajaran di peringkat sekolah

Merekod dan menganalisis maklumat PBD murid dan merancang


e Tindakan susulan untuk meningkatkan tahap penguasan murid
Peranan Panitia Mata Pelajaran

Menentukan buku rujukan, bahan bacaan tambahan atau sumber


f pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid dan kegunaan guru
untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah

g Berkerjasama kepada jawatankuasa SPBT untuk menjaga keselamatan


buku teks yang digunakan

h Menyediakan bahan atau alatan untuk pameran atau aktiviti berkaitan


panitia mata pelajaran, jika diperlukan

i Meneliti dan menentukan jenis buku latihan/buku kerja bagi setiap


kelas, jika diperlukan

Mengambil tindakan kepada setiap perubahan baharu yang diperlukan seperti


j
kurikulum, kaedah PdP, jika ada
Peranan Ketua Panitia Mata Pelajaran
k Membuat anggaran perbelanjaan tahunan dengan persetujuan pihak
sekolah
Melaksanakan program/aktiviti/intervensi bagi meningkatkan prestasi murid di
l peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM

Melaksanakan mesyuarat panitia seperti yang ditetapkan


m

Memastikan hasil kerja murid disemak oleh pentadbir sekurang-


n kurangnya dua (2) kali setahun
Peranan Panitia Mata Pelajaran
PENGOPERASIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

Mematuhi ketetapan yang diputuskan dalam Jawatankuasa Pengurusan


a Kurikulum Sekolah.

Mengumpul dan menganalisis data pentaksiran untuk digunakan


b sebagai perancangan intervensi PdP

Melaksanakan pencerapan dan seterusnya bimbingan berdasarkan


c dapatan pencerapan bagi menambah baik pengoperasian PdP.

Mengenal pasti dan membekalkan maklumat murid yang belum menguasai


d
kemahiran 3M untuk dirujuk kepada guru pemulihan (sekolah rendah sahaja)
Peranan Panitia Mata Pelajaran

e Melaksanakan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan di dalam


bilik darjah.

Menyemak dan memberi maklum balas terhadap hasil kerja murid untuk tujuan
f penambahbaikan
Peranan Panitia Mata Pelajaran
PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN KOAKADEMIK
Merancang intervensi kecemerlangan akademik dan koakademik bagi
a meningkatkan potensi diri dan motivasi murid dalam menghadapi peperiksaan
dan menjalani kehidupan seharian dengan lebih bermakna

Melaksanakan intervensi yang dirancang untuk tujuan berikut:


b • Memberikan peluang kepada guru dan murid untuk berinteraksi dan
bertukar pandangan
• Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan dan
perkembangan murid
• Memberikan pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di
rumah
• Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke
arah kejayaan dan perkembangan murid.

c Melaksanakan penilaian program intervensi kecemerlangan akademik untuk


penambahbaikan
Peranan Ketua Panitia Mata Pelajaran
01 Memastikan setiap ahli panitia mempunyai dokumen kurikulum yang terkini bagi
mata pelajaran yang diajar.

Memastikan setiap ahli panitia memahami, menghayati, menguasai dan melaksanakan kandungan
02
dokumen kurikulum yang terkini bagi mata pelajaran yang diajar.

03 Menyelaras Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang disediakan oleh ahli panitia berdasarkan
dokumen kurikulum dan takwim sekolah.

04 Memilih dan mencadangkan buku rujukan, bahan bacaan tambahan atau sumber
pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid dan kegunaan guru untuk dibekalkan di
pusat sumber sekolah.
Peranan Ketua Panitia Mata Pelajaran
05 Memastikan ahli panitia melaksanakan perkara berikut dalam pentaksiran:
• merancang dan melaksanakan ujian formatif dan sumatif mengikut keperluan dan
kesesuaian sekolah;
• merekod pencapaian dan perkembangan murid;
• menganalisis data pentaksiran bagi tujuan intervensi yang bersesuaian dengan
keperluan murid;
• penjaminan kualiti pentaksiran dilaksanakan;
• menilai pelaksanaan pentaksiran bagi tujuan penambahbaikan;
• menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) jika perlu; dan
• menyediakan bank soalan jika perlu.

06 Merancang, melaksana dan menyelaras strategi peningkatan prestasi murid melalui


program akademik yang berkesan dan berkualiti;
Peranan Ketua Panitia Mata Pelajaran
07 Merancang intervensi khusus bagi murid yang kurang menguasai kemahiran membaca, menulis,
mengira dan menaakul.

Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun atau
08 mengikut keperluan.

09 Mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa bagi menangani isu berkaitan pedagogi melalui
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC).

Memastikan peningkatan kompetensi profesionalisme ahli panitia secara berterusan melalui aktiviti
10
bimbingan, perkongsian amalan terbaik, latihan dalam perkhidmatan, lawatan penandaarasan, dan
sebagainya
Peranan Ketua Panitia Mata Pelajaran
11 Mewujudkan jalinan dan jaringan kolaboratif dengan panitia lain dalam sekolah atau sekolah lain
(daerah, negeri atau luar negara) serta komuniti untuk meningkatkan kompetensi guru dan
kemenjadian murid.

12 Melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli untuk membantu ketua panitia dalam pengurusan
mesyuarat dan dokumen panitia.

Menyelenggara fail panitia yang berkaitan termasuk menyemak buku stok bahan bantu mengajar
13
(BBM) secara sistematik, kemas kini dan mudah diakses.

Membantu pentadbir menjalankan pencerapan guru dan semakan hasil kerja murid.
14

15 Mengurus perbelanjaan peruntukan Geran Per Kapita panitia mengikut prosedur dan tatacara
kewangan yang sedang berkuat kuasa secara berintegriti serta berhemah.
Peranan Ketua Panitia Mata Pelajaran
Menyelaras penyediaan dan penggunaan BBM untuk membantu keberkesanan penyampaian PdP.
16

17 Menyelaras penyediaan dan penggunaan bilik khas yang kondusif dan selamat untuk PdP

18 Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB dari semasa ke semasa
KESIMPULAN

Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata


Pelajaran yang dikemas kini dapat menjadi
rujukan kepada pentadbir sekolah dan
ketua panitia untuk memantapkan
pengurusan panitia agar lebih cekap dan
berkualiti yang akhirnya akan membantu
dalam memastikan kemenjadian murid.
TERIMA KASIH
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Anda mungkin juga menyukai