Anda di halaman 1dari 24

U ND A NG -U N D A N G

PE R N I A G A A N
RU N D A NG A N D I M AL AYS IA
AB 1 P E NGE NAL AN KONSE P PE
B
E M A L AY S IA N L E GA L CO N C EPT
INTRODUCTION OF TH
1.1 PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG
• Perundangan : Satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli
masyarakat. Orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda
oleh mahkamah.

• Pemerintah : Membuat peraturan agar rakyat boleh hidup dalam keadaan aman
harmoni.

• Sistem Makhamah : Ditadbir oleh Hakim (Kadangkala dibantu juri atau magistrate),
untuk :-
a) mendengar pertikaian diantara pihak
b) Melaksanakan satu set peraturan
c) memastikan satu keputusan yang adil
• Polis : Lazimnya perlu terlatih dalam penguatkuasaan undang-undang, untuk :
a) Mengeluarkan amaran berbentuk undang-undang
b) Mengarahkan satu pencarian
c) apa-apa waran membuat penangkapan

• Pengamal undang-undang : Lazimnya mendapat latihan professional dalam undang-undang


sebelum
a) Dibenarkan mewakili satu pihak dalam satu makhamah undang-undang
b) Merangka dokumen undang-undang
c) Memberi bantuan guaman
Pemerintah

Makhamah

Pengamal undang-undang Pihak Polis

Masyarakat
• Undang-undang dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistem peraturan atau norma
yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika
peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum
atau didenda oleh mahkamah

• Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup,
bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh
sekumpulan orang yang berfikiran sama.

• Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah dimana hakim
(kadangkala dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengar pertikaian diantara pihak, dan
mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil
1.1.1 DEFINISI UNDANG-UNDANG
• Ahli falsafah terkenal menyatakan definisi undang-undang :

• John Austin “Perintah yang dikeluarkan oleh satu badan yang berkuasa untuk
orang orang biasa dan dikuatkuasakan melalui hukum.

• Thomas Hobbes “ Undang-undang adalah kaedah perlakuan (rule of conduct )


yang bertanggungungjawaban (obligation) iaitu yang patut dipatuhi dan bersifat
mendesak atau memaksa”
1.1.1 DEFINISI UNDANG-UNDANG
• Kamus Black ( Black’s Law dictionary )
“Undang-undang adalah yang diperturunkan, diperintah, dinyatakan. Satu
peraturan atau metode yang mana fenomena atau perbuatannya saling
berganding antara satu sama lain yang perlu dipatuhi atau diikuti oleh rakyat
tertakluk kepada hukuman atau kesan-kesannya”

• John Salmond
“Satu badan yang mengandungi prinsip-prinsip yang diperakui dan digunakan oleh
sesebuah negara dalam pentadbiran keadilannya. Atau dengan kata yang lain undang-
undang adalah peraturan yang diperakui dan dikuatkuasakan oleh mahkamah”
• Secara kesimpulannya, undang-undang juga bermaksud apa-apa yang telah digubalkan
atau ditentukan oleh sesuatu pihak berkuasa dan apa-apa yang dihasilkan mempunyai
kekesanan undang-undang
1.1.1.1 FUNGSI UNDANG-UNDANG
1.0 MENGAWAL MASYARAKAT IAITU IA DIGUNAKAN UNTUK MENGAWAL TINDAKAN
AHLI-AHLI MASYARAKAT
• Kawalan dilaksanakan dengan cara-cara yang jelas

• Undang-undang jenayah bertindak mengawal tindakan-tindakan anti-sosial di mana jika berlaku sesuatu
perkara yang melanggar undang-undang jenayah, orang itu akan dihukum.

• Ada juga undang-undang yang lebih lembut di mana ia tidak menghukum seperti undang-undang jenayah.

• Misalnya jika a secara cuai semasa menjalankan tugasnya terpotong jari seorang kanak-kanak, undang-
undang akan mempertanggungjawabkannya untuk membayar pampasan kepada kanak-kanak yang
dicederakan itu.

• Dengan undang-undang seperti ini individu akan lebih berhai-hati dalam tindak-tanduknya dengan
masyarakat supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain .
1.2 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
• Perlembagaan malaysia (tulisan jawi: ‫يا‬1‫أن مليس‬1‫)ڤرلمباڬ‬, dikenali juga sebagai perlembagaan persekutuan
malaysia mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di malaysia. Ia merupakan satu
dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan dua dokumen terdahulu iaitu
perjanjian persekutuan tanah melayu 1948 dan perlembagaan kemerdekaan tahun 1957.
• Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada suruhanjaya reid yang telah melakukan kajian
dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 ogos 1957.

• Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di london pada 18 januari hingga 6
februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada persekutuan malaya, yang mengandungi
empat wakil pemerintah, iaitu ketua menteri persekutuan (tunku abdul rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan
juga pesuruhjaya tinggi british di malaya dan penasihat-penasihatnya.
PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
SURUHANJAYA
REID DITUBUHKAN MAJLIS UNDANGAN
8 FEB 1956
BAGI MERANGKA PERSEKUTUAN
PERJANJIAN
PERLEMBAGAAN MELULUSKAN
LONDON : TUNKU
UNTUK TANAH PERLEMBAGAAN
ABDUL RAHMAN +
MELAYU YANG PERSEKUTUAN
KERAJAAN BRITISH
BAKAL MERDEKA TANAH MELAYU

SURUHANJAYA SEHINGGA KINI


JUN 1957 MAJLIS
REID DITUBUHKAN PERLEMBAGAAN
RAJA-RAJA
BAGI MERANGKA PERSEKUTUAN
MELAYU
PERLEMBAGAAN MALAYSIA MENJADI
BERSETUJU
UNTUK TANAH UNDANG-UNDANG
DENGAN
MELAYU YANG TERTINGGI DI
PERLEMBAGAAN
BAKAL MERDEKA MALAYSIA
1 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
• Adalah sumber utama undang-undang bertulis di malaysia.
• Terdapat perincian mengenai kuasa parlimen dan dewan perundangan negeri.
• Boleh dipinda melalui prosedur khas parlimen persekutuan di mana satu akta akan diluluskan
sekiranya mendapat persetujuan dua pertiga daripada majoriti dewan.

• Antara perkara terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan :


a) Ketua Negara : Yang Dipertuan Agung (YDPA) dan Raja Berperlembagaan, dilantik mengikut giliran dalam kalangan raja-
raja melayu setiap 5 tahun.

b) Ketua kerajaan di ketuai oleh Perdana Menteri dibantu oleh ahli cabinet/ jemaat menteri

c) Raja Melayu kekal sebagai Ketua Negeri, manakala Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Melaka bergabung dalam
persekutuan dan diketuai oleh Yang Dipertuan Negeri (YDPA)

d) Agama Islam agama rasmi tanah persekutuan ,tetapi agama lain bebas diamalkan.

e) Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan


1.1.2 UNDANG-UNDANG, KEADILAN & ETIKA
UNDANG-UNDANG : Merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli
masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang
melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah.

KEADILAN (UMUM) : Keadilan umum adalah keadilan menurut kehendak undang-undang, yang harus
ditunaikan demi kepentingan umum.

ETIKA : berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan,
tanggungjawab, keadilan; iaitu analisis konsep-konsep seperti ini dan justifikasi pertimbangan (pernyataan,
dakwaan) yang melibatkan konsep-konsep tersebut. Etika adalah teori tentang tingkah laku yang betul dalam
kehidupan yang baik bukannya amalan. Etika mengkaji fakta, menganalisisnya dan merumuskan apakah
tingkah laku yang sebetulnya.
1.3 KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG
1.3 KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG DI
MALAYSIA :UNDANG-UNDANG SEKULAR
• Undang-undang sekular ialah undang-undang ciptaan manusia yang boleh dibuat, diubah dan
dibatalkan pada bila-bila masa mengikut keperluan masyarakat.

• Di malaysia undang-undang sekular biasa disebut sebagai undang-undang sivil.


• Kebanyakan undang-undang yang berkuatkuasa di kebanyakan negara pada hari ini adalah
undang-undang sekular.

• Undang-undang sekular boleh diklasifikasikan sebagai :


1) undang-undang awam
2) undang-undang antarabangsa
3) undang-undang persendirian
1.3.1 UNDANG-UNDANG AWAM
• Undang-undang awam adalah undang-undang mengenai hubungan antara negara dan
individu.

• Ia boleh dibahagikan kepada empat iaitu :


I. Undang-undang jenayah,
Ii. Perlembagaan,
Iii. Industri
Iv. Pentadbiran
Undang-undang Awam

i. Undang- - Merupakan undang-undang yang menjadikan sesuatu kesalahan yang dilakukan terhadap negara.
undang - Ia bertujuan menghukum pesalah dan mengurangkan jenayah.
Jenayah - Undang-undang jenayah dikenakan ke atas individu untuk mengelakkan mereka daripada melakukan kesalahan
jenayah.
- Jika sesuatu perbuatan tidak dikategorikan sebagai satu kesalahan jenayah, maka jika ia dilakukan ia tidak akan
menjadi suatu kesalahan.
- Contohnya Akta Dadah Merbahaya, Akta Keselamatan Dalam Negari, Akta Senjata Api dan sebagainya

ii. Undang- - Undang-undang yang menggariskan hak individu di dalam sesebuah negara.
undang - Ia melihat kepada persoalan keagungan Parlimen dan hak rakyatnya.
Perlembagaan

iii. Undang- - Pentadbiran dan pelaksanaan kuasa eksekutif dalam mentadbir negara.
undang
Pentadbiran
iv. Undang- - Hubungan antara majikan dan pekerja dan perkara-perkara yang melibatkan industri.
undang
Industri
1.3.2. UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN
• Undang-undang berkenaan hak dan tanggungjawab seseorang individu dengan individu lain.
• Tujuan undang-undang ini ialah untuk memberikan ganti rugi kepada pihak-pihak yang
tercedera, membolehkan harta diambil alih semula dan menguatkuasakan tanggungjawab
kontrak dan amanah.

• Ia boleh dibahagi kepada tiga iaitu :


• Kontrak
• Tort
• Amanah
1.3.3 UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA
• Undang-undang antarabangsa ditafsirkan sebagai satu badan undang-undang yang mengandungi prinsip dan
peraturan perlakuan yang membuatkan negara-negara di dunia berasa terikat untuk mematuhinya, dan biasa
dipatuhi dalam hubungan antara mereka.

• Undang-undang jenis ini diwujudkan untuk kedamaian dalam negara seperti undang-undang pentadbiran, tanah
atau imigresen. Negara kita malaysia adalah anggota pertubuhan bangsa-bangsa bersatu mewujudkan satu
persefahaman di antara anggota-anggotanya melalui perjanjian-perjanjian.

• Antara undang-undang antarabangsa yang telah dipersetujui adalah mengenai penggunaan laluan
antarabangsa, penggunaan satelit di angkasa lepas dan hak asasi manusia. Mahkamah keadilan antarabangsa
ditubuhkan di eropah untuk mendengar kes-kes mengenai hak-hak asasi manusia.

• Ia boleh dibahagi kepada dua iaitu :


a)Undang-undang antarabangsa persendirian (conflict of laws or private international laws)
b) Undang-undang antarabangsa awam (public international law)
UNDANG-UNDANG SYARIAH
• Undang-undang syariah adalah undang-undang yang diturunkan oleh allah SWT yang
tidak berubah mengikut masa dan keadaan.

• Ia bersifat lengkap dan menjadi panduan kepada manusia


• Contohnya: Pembahagian Harta Pusaka mengikut Hukum Faraid, Hukuman Hudud,
Hukuman Qisas.
HUKUMAN QISAS
• Hukuman qisas (Bahasa arab: ‫ )قصاص‬adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu
hukuman yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T di dalam al-quran dan hadis. Hukuman
qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.

• Membunuh orang lain dengan sengaja.


• Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan
sengaja.

• Melukakan orang lain dengan sengaja.


SUDUT MAKHAMAH
• Dalam kes meor atiqulrahman ishak & 2 yang lain lawan fatimah sihi & 2 yang lain [2000] 1 AMR 366, yang juga diputuskan di akhir

tahun lalu tetapi hanya dapat dilaporkan dalam jurnal undang-undang pada januari tahun ini, ketiga-ketiga plaintif adalah pelajar

sebuah sekolah kebangsaan di serting hilir (felda), bandar baru serting, negeri sembilan. Apa yang menarik dalam kes ini ialah

ketiga-ketiga pelajar ini memakai serban bila mereka pergi ke sekolah _ plaintif pertama di darjah 5, plaintif kedua di darjah 3 dan

plaintif ketiga di darjah 2. Mereka dibuang sekolah kerana enggan mematuhi arahan sekolah supaya jangan memakai serban

semasa di sekolah. Terkilan dengan keputusan pihak pengurusan sekolah, plaintif telah memulakan tindakan undang-undang ini.

Defendan pertama adalah guru besar sekolah berkenaan.

• Hakim bicara (datuk mohd. Noor abdullah) memutuskan bahawa perkara 3 perlembagaan persekutuan (islam adalah agama bagi

persekutuan) hendaklah diberi tafsiran sewajarnya. Hakim selanjutnya menegur pembuat dasar kementerian pendidikan

berhubung uniform sekolah dan berkata bahawa peraturan pakaian seragam sekolah berkenaan (bil. 3/1983) 'adalah songsang

dan tidak selari dengan perlembagaan'. Mengenai peraturan sekolah yang dibuat oleh guru besar (defendan pertama), hakim

bicara memutuskan bahawa guru besar berkenaan tidak ada bidang kuasa untuk 'melarang semua murid memakai jubah, serban,

topi, ketayap dan purdah'. Di akhir perbicaraan, hakim bicara memutuskan bahawa tindakan sekolah itu adalah tidak sah dan batal.

• Hakim memerintahkan supaya plaintif diterima kembali oleh sekolah. Defendan juga diperintahkan membayar ganti rugi dan kos.
RUMUSAN UNIT 1
PENGENALAN KEPADA KONSEP PERUNDANGAN DI MALAYSIA
INTRODUCTION TO MALAYSIAN LEGAL CONCEPT

1.1 Pengenalan kepada Undang-Undang


Introduction to Law
1.1.1 Definisi Undang-Undang
Definitions of Law

1.1.2 Undang-Undang, Keadilan dan Etika


Law, Justice and Ethics

1.2 Undang-Undang dan Perlembagaan Persekutuan


Law and Federal Constitution

1.3 Klasifikasi Undang-Undang di Malaysia


Classifications of law in Malaysia
1.3.1 Undang-Undang Awam
Public Law

1.3.2 Undang-Undang Persendirian


Private Law

1.3.3 Undang-Undang Antarabangsa


International Law

Anda mungkin juga menyukai