Anda di halaman 1dari 38

QSE6044 Pentaksiran Kurikulum

Pendidikan Sains Sukan


Dr Norkhalid bin Salimin

Kuliah 2
DEFINISI PENTAKSIRAN
• Satu proses yang melibatkan pemerolehan bukti
melalui hasil soalan khusus seperti ujian dan
tinjauan yang digunakan untuk menentukan
kesimpulan berdasarkan segala penemuan
daripada kaedah tersebut.
• Instrumen yang digunakan juga dapat
mendefinisikan status atau nilai sesuatu peristiwa,
benda atau kebolehan manusia berdasarkan
pencapaian atau kepentingan (Rayment, 2006).
• Dalam konteks pendidikan, pentaksiran boleh didefinisikan
sebagai satu proses mengumpul dan mengorganisasi
maklumat tentang tahap kemajuan pembelajaran pelajar.
• Maklumat diperolehi dari pelbagai teknik (mengkaji,
meneliti dan menguji) dan sumber melalui proses
pengukuran secara berterusan.
• Dalam konteks guru, pentaksiran melibatkan proses
mengumpul maklumat, mengesan perkembangan,
kebolehan, kemajuan, pencapaian pembelajaran pelajar
dan menjangkau unsur penggredan.
• Dalam konteks pelajar, pentaksiran boleh menjelas dan
menggambarkan pencapaian sebenar pelajar (apa yang
pelajar perlu tahu dan boleh melakukan dalam tugasan
belajarnya).
• 8 elemen penting dalam amalan pentaksiran iaitu:
1. Kaedah siasatan bagi menentukan tahap pembelajaran.
2. Kaedah untuk memperoleh dan mengumpul maklum balas
penting.
3. Proses menilai pelajar dalam konteks pendidikan.
4. Proses mendokumentasikan pengetahuan, kemahiran, sikap
dan nilai.
5. Pendekatan dan teknik pengajaran yang penting.
6. Proses yang sentiasa berterusan dan berkaitan terhadap
penilaian proses pengajaran dan pembelajaran.
7. Kaedah untuk menentukan hala tuju pengajaran dan
pembelajaran.
8. Instrumen diagnostik dan penilaian yang digunakan.
Fungsi, Matlamat dan Tujuan Pentaksiran

• Pentaksiran di sekolah adalah berdasarkan kepada


dua asas iaitu kemudahan pengajaran dan
pembelajaran dan juga penilaian program (Rink &
Hensley, 1996).
• Pentaksiran proses pengajaran dan pembelajaran
adalah berdasarkan maklumat formatif
berpandukan proses, maklum balas daripada
pelajar dan proses penggredan.
• Maklumat yang diperoleh adalah untuk digunakan
oleh guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
• Pentaksiran penilaian program pula digunakan
bagi mendapatkan maklumat sumatif dalam
penilaian keberkesanan program, membuat
dasar, perkembangan kurikulum baharu dan
bagi mengukuhkan akauntabiliti sesuatu
program.
• Maklumat yang diperoleh ini berguna kepada
guru, pihak pentadbir, masyarakat, pihak
berkuasa negeri dan persekutuan.
Pentaksiran terhadap konteks guru

• Membantu memastikan rancangan pengajaran,


sama ada jangka panjang atau jangka pendek
berkesan dan bersesuaian.
• Memastikan segala strategi pengajaran dan
pembelajaran terbukti berkesan.
• Meningkatkan kesedaran terhadap guru dan
memperkukuhkan hubungan positif dengan pelajar
melalui proses pengajaran.
• Mempertingkatkan hubungan antara guru dan
pelajar di mana guru dapat menunjukkan minat
dan berusaha bersungguh-sungguh demi
kemajuan dan pencapaian pelajarnya.
• Pentaksiran terhadap konteks guru berfungsi sebagai:
• Membantu pelajar menjadi pemantau yang lebih baik
dan melibatkan diri mereka dalam pembelajaran mereka
sendiri.
• Membantu mengatasi sebarang perasaan anonimiti
terutamanya apabila berada dalam kumpulan besar.
• Menonjolkan sebarang aspek yang perlu diberikan
perhatian dan mencadangkan perubahan positif bagi
meningkatkan pencapaian.
• Menunjukkan bahawa guru secara aktif memberikan
perhatian khusus terhadap pencapaian pembelajaran
pelajar.
• Membantu meningkatkan harga diri dan keyakinan diri
mengikut keupayaan pelajar
• Matlamat utama pentaksiran adalah untuk
mendapatkan gambaran tentang kemajuan
pembelajaran pelajar disamping memberi maklum
balas tentang keberkesanan pengajaran guru.
• Tujuan pentaksiran adalah untuk menyelesaikan
masalah dalam bentuk ‘keadaan sebenar’ yang
berkaitan dengan pengalaman pembelajaran
pelajar.
• Ia juga mampu mengukur secara langsung apa
yang pelajar perlu tahu dan boleh lakukan dalam
situasi kehidupan sebenar serta menekankan
kepada proses pemikiran aras tinggi dan
melibatkan aktiviti kolaboratif.
Pentaksiran terhadap konteks pelajar
• Menilai kerjanya sendiri dan memahami bagaimana
untuk meningkatkan lagi pencapaian pembelajarannya.
• Mengesan perkembangan pemahaman, sikap dan
kemahiran pelajar secara menyeluruh.
• Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar dalam
pembelajaran lebih awal dari masa ke semasa.
• Merekodkan kemajuan pembelajaran pelajar.
• Mengkaji keberkesanan kaedah pengajaran.
• Memantau kesesuaian penggunaan sumber pengajaran
dan pembelajaran.
Pentaksiran yang berkesan
• Membuat penilaian sejauh mana pembelajharan telah terlaksana.
• Bahagian penting dalam proses pembelajaran bagi guru & pelajar.
• Bertindak sebagai proses yang sistematik dalam mengumpulkan
bukti.
• Menggalakkan pembelajaran berkesan apabila dilaksanakan dengan
betul.
• Menentukan langkah seterusnya yang diperlukan dalam proses P&P
• Menawarkan cara positif dalam pengesahan semula bakat,
kebolehan dan pemahaman.
• Melihat tahap pencapaian dan mengesan ruang penambahbaikan.
• Mempunyai pelbagai bentuk dan teknik.
• Membantu guru menyampaikan pengajaran dan maklum balas yang
tepat dan bermaklumat.
• Dapat digunakan untuk memantau kemajuan sosial, akademik,
Guru dan amalan pentaksiran berkesan
• Dikongsi bersama pelajar yang terlibat dan apabila perlu,
dikongsi bersama rakan sebaya, guru lain , ibu bapa dan penjaga.
• Memberi fokus pada bahagian pembelajaran yang khusus dan
kemajuan individu pelajar.
• Digunakan untuk membantu pelajar mengenal pasti cara terbaik
untuk memperbaiki diri sendiri.
• Sasaran dan pencapaian jelas dan berhubung kait.
• Mentaksir pencapaian & usaha yang secara jujur & positif.
• Ringkas dan padat.
• Berkaitan dengan mata pelajaran khusus.
• Mengakui kemajuan dan menerangkan dengan jelas cara untuk
mempertingkatkan kemajuan.
Keperluan Mengurangkan Beban Amalan Pentaksiran

• Kepentingan kepada amalan pentaksiran yang berkualiti


adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:
1. Membolehkan guru dan pelajar menetapkan standard
kerja dan memikirkan cara mereka dapat memperbaiki
kerja.
2. Membantu guru merancang pengajaran yang berkesan
bagi memenuhi keperluan setiap pelajar.
3. Membolehkan pemantauan terhadap kualiti pengajaran
guru.
4. Membolehkan kemajuan pelajar dipantau secara
berkesan bagi memastikan sasaran dan objektif tercapai.
5. Dapat membantu dalam memotivasikan pelajar.
6. Dapat membantu pelajar mendapatkan
maklumat yang lengkap tentang pilihan
pendidikan dan kerjaya mereka.
7. Dapat memastikan kurikulum yang berkualiti
disampaikan dan dikekalkan.
8. Dapat memastikan sumber dan kewangan yang
diperlukan telah digunakan di sekolah dengan
sebaik-baiknya.
9. Dapat membantu memastikan segala ujian dan
tugasan adalah relevan dan mendorong proses
pencapaian.
Panduan guru
1. Atur dan kurangkan jumlah pentaksiran yang diperlukan.
Tumpukan perhatian pada bidang pentaksiran utama dan tetapkan
tugasan yang menfokuskan pada bidang pentaksiran tertentu.
2. Apabila perlu, pilih tugasan pentaksiran yang mengambil masa
yang singkat untuk ditandakan.
3. Peruntukan masa yang realistik untuk menguruskan penandaan
pentaksiran dan pengemaskinian.
4. Gunakan panduan pemarkahan yang jelas dan berikan salinan
kepada pelajar sebagai rujukan.
5. Gunakan contoh secara berkesan dala pengajaran guru supaya
pelajar jelas akan peranan mereka.
6. Gunakan pendekatan pentaksiran yang lebih luas peranannya.
7. Berikan ulasan serta komen ringkas terhadap setiap tugasan
pelajar.
8. Agihkan penandaan tugasan pelajar kepada rakan sejawat.
SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
• KBSR dan KBSM menuntut pembangunan menyeluruh
potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
• Namun, penekanan kepada peperiksaan menyebabkan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih menjurus
kepada menyediakan pelajar untuk boleh menjawab
soalan peperiksaan sahaja.
• Malah, sistem pentaksiran sedia ada juga lebih
mengarah kepada pentaksiran aspek intelek sahaja
tanpa memberi banyak tumpuan kepada penilaian
pertumbuhan dan perkembangan potensi-potensi lain.
• Pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan
Kebangsaan (SPPK) mampu memberikan satu bentuk
pentaksiran menyeluruh potensi pelajar.
• Dilaksanakan melalui penggabungan hasil
pentaksiran berasaskan sekolah dengan pentaksiran
dan peperiksaan pusat.
• Strategi ini turut ditambah melalui pengenalan secara
meluas penggunaan ujian psikometrik dalam
pengumpulan data dan maklumat tentang
perkembangan dan pertumbuhan pelajar.
• Selain itu, konsep pentaksiran pelajar diperluaskan
merangkumi aspek penglibatan dalam kegiatan
kokurikulum dan aspek lain berkaitan domain
keinsanan dan sahsiah.
Pentaksiran ”Lima Serangkai”
Pentaksiran Sekolah
• Pentaksiran sekolah merupakan pentaksiran
yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa dan
dilaporkan oleh guru di sekolah yang
melibatkan pelajar, ibu bapa dan organisasi luar.
• Pentaksiran sekolah boleh dilaksanakan dalam
bentuk pentaksiran formatif yang dilaksanakan
seiring dengan proses pengajaran dan
pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir
tahun.
Pentaksiran Pusat
• Pentaksiran pusat merupakan suatu pentaksiran yang
mempunyai piawai (standard prestasi), panduan dan peraturan,
instrumen pentaksiran dan kaedah menganalisis data yang
disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
• Pihak sekolah bertanggungjawab mentadbir, memeriksa respons
pelajardan menyediakn pelaporan.
• Pentaksiran ini dilaksanakan secara pentaksiran sumatif
berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia.
• Markah yang diperolehi akan dihantar ke Lembaga Peperiksaan
Malaysia untuk dianalisis dan dimoderasikan sebelum dihantar
semula ke sekolah untuk pelaporan penguasaan sekolah.
Peperiksaan Pusat
• Konsep pelaksanaan peperiksaan seperti sistem
sedia ada yang dikendalikan sepenuhnya oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia masih dikekalkan.
• Perkara yang ditaksirkan adalah berkaitan dan
memenuhi sukatan pelajaran yang ditetapkan.
• Prestasi pelajardalam peperiksaan pusat akan
dilaporkan dalam sijil yang dianugerahkan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan mengambil
kira prestasi pelajardalam pentaksiran pusat dan
pentaksiran sekolah.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan kokurikulum

• Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum


adalah bertujuan bagi mengukur dan menilai
prestasi, penglibatan dan penyertaan pelajar
dalam pelbagai aktivit jasmani.
• Kokurikulum dan extra-curriculum. Instrumen
dan panduan pentaksiran akan disediakan
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia bersama
organisasi yang berkenaan dengan bidang
kepakaran mereka.
Ujian Psikometrik
• Ujian psikometrik digunakan untuk mentaksir
trait psikologi pelajaryang berhubung dengan
tahap pembelajaran mereka.
• Instrumen ujian psikometrik, cara
menganalisis dan mentafsir data akan dibina
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan
pentadbirannya dilaksanakan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia atau sekolah.
• Transformasi Kurikulum Kebangsaan dan SPPK
merupakan dua strategi yang saling
melengkapi ke arah merealisasikan agenda
membangunkan modal melalui pendidikan.
• Kedua-dua strategi menekankan kepada
pencapain standard yang ditetapkan.
• Transformasi Kurikulum melalui penetapan
standard kandungan dan standard pencapaian
manakala Sistem Pentaksiran Pendidikan
Kebangsaan melalui Ujian Rujukan Standard.
Pendekatan Rujukan Standard Transformasi Kurikulum Kebangsaan dan Sistem
Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan
CIRI-CIRI PENTAKSIRAN
• Ciri pentaksiran terbahagi kepada dua iaitu
pentaksiran tradisional dan pentaksiran
alternatif.
• Pentaksiran alternatif meliputi pentaksiran
autentik dan pentaksiran berasaskan
perlakuan bagi menilai pencapaian
pembelajaran pelajar (Herman, Aschbacher &
Winterrs, 1992).
Kerangka Konsep Pentaksiran

Pentaksiran

Tradisional Alternatif

Autentik Perlakuan
Pentaksiran tradisional
• Mengandungi ujian bertulis, ujian amali dan ujian
kecergasan bertujuan untuk mengkaji serta menilai
pengetahuan dan kemahiran dalam bentuk pemberian gred.
• Kelemahan pentaksiran tradisional adalah ia tidak
menjelaskan bagaimana pelajar dapat menggunakan
pengetahuan dan kemahiran melalui gred yang mereka
perolehi.
• Ujian yang dijalankan tidak menyediakan maklumat tentang
penambahbaikan dalam proses pembelajaran.
• Oleh itu, pelajar dilihat seolah-olah bertanding sesama
sendiri bagi memperoleh gred yang dikehendaki.
Pentaksiran alternatif
• Mempunyai format tersendiri untuk menguji
pelajar pada aras yang paling rendah sehingga
aras yang tertinggi dalam konteks pemikiran
dan penaakulan kognitif pelajar.
• Pelajar dikehendaki memberikan jawapan
secara bertulis, lisan atau perlakuan
kemahiran dan dikehendaki menunjukkan
hasil kerja yang telah dilakukan dalam satu
tempoh masa yang ditetapkan.
Bil Teknik Penaksiran Alternatif

1 Senarai Semak : Semakan Bergandingan (Peer Check)

2 Senarai Semak : Semakan Kendiri (Self Check)

3 Borang Tugasan (Task Sheets)

4 Borang Kadar (Rating Sheets)

5 Bermain dalam Permainan (Game Play)

6 Tugasan Acara (Event Task)

7 Tugasan Bertulis (Written Assignment)

8 Jurnal (Journals)

9 Penulisan Refleksi (Reflective Writing)

10 Projek Individu (Individual Project)

11 Projek Berkumpulan (Group Project)

12 Soal Selidik (Questionnaires)

13 Main Peranan (Role Play)

14 Log Pembelajaran (Learning Log)

15 Temu bual/Temu duga (Interviews)

16 Soalan Tindak Balas Terbuka (Open-Response Questions)

17 Portfolio / Folio (Portfolios)

18 Kertas Kritik (Critiques Paper)

19 Peta Konsep/Peta Minda (Mind Mapping)

20 Laporan Makmal/Laporan Tugasan (Lab Report/Task Report)

21 Pembentangan Lisan/Demonstrasi (Oral Presentation/ Demonstration)

22 Esei (Essey)

23 Kajian Kes (Case Study)


Pentaksiran autentik
• Dipopularkan oleh Wiggins (1989) berdasarkan
kepada empat kriteria iaitu
(i) pentaksiran autentik adalah direka bentuk
berdasarkan kepada situasi sebenar;
(ii) pentaksiran autentik memerlukan perhatian yang
lebih oleh guru semasa proses pengajaran;
(iii) penilaian kendiri pelajar; dan
(iv) pelajar diharapkan dapat melakukan apa yang
diketahui dan mengikut keupayaan masing-masing.
• Berbentuk tugasan (task) menilai prestasi atau
persembahan perlakuan (performance) pelajar
secara langsung dalam konteks yang spesifik
dan pada situasi sebenar.
• Pelajar dikehendaki memperlihatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran sukan dalam
aktiviti tugasan belajar.
• Pemerhatian guru dijalankan secara
keseluruhan pembelajaran melalui situasi
sebenar (real life) dan tumpuan penekanan
penilaian adalah kepada proses pembelajaran
berbanding dengan hasil yang diperolehi.
Pentaksiran perlakuan (performance)
• Melibatkan pelaksanaan sesuatu aktiviti seperti
melakukan tunjuk cara atau demonstrasi sesuatu
kemahiran dengan tumpuan kepada menghasilkan sesuatu
produk atau membuat projek.
• Contoh pentaksiran ini adalah seperti menyediakan
portfolio (penulisan esei, brosur, phamplet dan
sebagainya).
• Pelajar dikehendaki menerangkan perlakuan atau tunjuk
cara sesuatu kemahiran, projek, produk atau portfolio.
• Menurut Linn dan Gronlund (1992), pentaksiran perlakuan
kadang-kadang disebut sebagai pentaksiran autentik atau
pentaksiran alternatif.
• Pentaksiran alternatif kurang memberi
penekanan kepada ujian kertas dan pensil
manakala pentaksiran autentik lebih kepada
penilaian aplikasi dan amali terhadap sesuatu
tugasan yang dilakukan di dalam keadaan
sebenar.
• Oleh itu, bagi mata pelajaran Pendidikan
Jasmani pentaksiran perlakuan adalah sangat
sesuai untuk menilai pencapaian pelajar
dalam domain psikomotor dan afektif.
• Pentaksiran perlakuan biasanya menilai berdasarkan tahap
keupayaan pelajar semasa proses melakukan kemahiran
khusus atau hasil yang dibuat oleh pelajar berdasarkan
arahan yang diberikan (Ryan & Miyasaka, 1995).
• Ciri-ciri pentaksiran berasaskan perlakuan pula adalah
menggunakan tugasan ’open-ended’, tumpuan yang lebih
tinggi, kemahiran yang kompleks, aplikasi strategi khusus,
penyelesaian masalah, berdasarkan individu atau kumpulan,
kebebasan memilih oleh pelajar dan juga berasaskan
standard (Baker, O’neil & Linn, 1993; dan Marzano et al.,
1993).
• Pentaksiran berasaskan perlakuan adalah lebih luas dan
menyeluruh seperti portfolio, esei, eksperimen,
pembentangan lisan, main peranan, pameran dan
persembahan (Melograno, 1997; Bartz, Anderson-Robinson
& Hillman, 1994; dan Feuer & Fulton, 1993).
• Terdapat enam kriteria yang boleh digunakan untuk
menilai tugasan pentaksiran (Bhasah, 2007) iaitu
(i) memadankan ketepatan dengan kehendak
pengajaran;
(ii) tentukan kandungan dan kemahiran yang
dijangkakan boleh dicapai oleh pelajar;
(iii) beri peluang kepada pelajar menunjukkan
kecekapan dan kebolehan mereka;
(iv) membuat pentaksiran yang mempunyai berbagai-
bagai tujuan;
(v) memastikan tugasan adalah autentik; dan
(vi) membenarkan pendekatan dari berbagai disiplin.
Ciri-ciri pentaksiran perlakuan
• Menekankan perkembangan individu;
• Berdasarkan kepada kemampuan pelajar dan bukan untuk
perbandingan antara pelajar;
• Menggalakkan penilaian kendiri dengan melatih pelajar
menilai kemajuan sendiri secara berterusan;
• Mengesan perkembangan pembelajaran secara menyeluruh
dari aspek intelek, rohani, emosi, fizikal dan sosial;
• Penilaian menyeluruh melibatkan domain kognitif
(pengetahuan), psikomotor (kemahiran) dan afektif (nilai
murni);
• Melibatkan perkembangan model insan.
Kriteria asas dalam pembentukan pentaksiran perlakuan dalam
mata pelajaran Pendidikan Jasmani iaitu
1. Tugasan mestilah bermakna dan sesuai diuji;
2. Mestilah satu sampel yang sah dan dapat mengukur prestasi
pelajar secara keseluruhan;
3. Kriteria penskoran mestilah autentik dengan memberikan
penetapan skor bagi skala tertentu;
4. Piawaian untuk penetapan skor haruslah bertepatan dan
sesuai dengan taraf perkembangan pelajar;
5. Rubrik penskoran mestilah mewakili trait yang terdapat dalam
pelaksanaan perlakuan sebenar;
6. Suasana mestilah realistik dan menghampiri keadaan
sebenar;
7. Tugasan mestilah mempunyai kesahan;
8. Penskoran mempunyai kebolehpercayaan;
9. Keputusan pentaksiran mestilah dapat diguna dan dilaporkan.

Anda mungkin juga menyukai