Anda di halaman 1dari 26

HAKISAN

GEOLOGI

TANIH

>Hakisan di bawah keadaan semula jadi

> Hakisan geologi yg dipercepat dan dijanakan oleh manusia.

AGEN-AGEN HAKISAN
AIR
Hakisan percikan air hujan Hakisan galur @Hakisan larian air permulaan Hakisan galir Hakisan sungai

ANGIN

SALJI DAN GLASIER MANUSIA

Hakisan percikan air hujan

Jenis-jenis hakisan permukaan


Hakisan galur
Hakisan galir

Impak :
oPengcungkilan partikel tanih oMelonggarkan dan merosakkan ikatan antara butiran(granul)

oPercikan bertindak sebagai agen pengangkutan partikel

HAKISAN PERCIKAN AIR HUJAN


Setiap titisan air mempunyai tenaga kinetik dan tenaga potensi untuk melonggarkan struktur tanah Tenaga kinetik dan potensi air hujan yang berbeza-beza faktor saiz,halaju,kelebatanny a @intensiti nya

Hakisan galur
Galur=1 unit alur yang paling kecil yang terbentuk di atas permukaan cerun, dan bersifat sementara. Sering terhapus oleh hujan lebat Kewujudan gegalur berubah dari semasa ke semasa Contoh:di tepi lebuh raya. Di dalam gegalur ini berlakunya hakisan larian air permukaan khususnya ketika air bergerak menuruni cerun- cerun bukit.

Hakisan galir

Galir= alur air yang kekal, bertebing curam dan berisi air semasa hujan lebat Kekal dalam jangka masa yang panjang Boleh juga disamakan sebagai hakisan sungai Pelbagai jenis mekanisme hakisan berlaku;
Hakisan larutan Hakisan lagaan

Hakisan hidraulik

Hakisan kikisan/ geselan

Larian air permukaan (RUN-OFF)


Juga dikenali sebagai larian Horton Mengikut Horton, larian air permukaan merupakan hakisan yang terhasil dari baki air yang tertinggal di permukaan setelah ditolak dengan yang tersejat ke udara,yang meresap ke bumi dan yang diguna tumbuhan selepas hujan (kerpasan) berlaku.
FORMULANYA:LARIAN AIR PERMUKAAN

= jumlah hujan - (sejatan + susupan + yang diguna tumbuhan)

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar hakisan larian air permukan

Kuantiti air hujan dan bentuk hujan mengikut masa

Pengaruh geologi setempat

Pengaruh faktor kecerunan (gradien)

Pengaruh faktor tumbuhan

Kuantiti air hujan dan bentuk hujan mengikut masa

Semakin banyak kuantiti air hujan, semakin tinggi kadar hakisan larian air permukaan Terbukti kerana tenaga potensi yang kuat untuk menghakis

2 situasi:hujan renyai dalam jangka masa lama (tidak menghasilkan larian air yang kuat kerana mempunyai ruang masa tangguhan untuk meresap ke dalam tanah) hujan lebat dalam masa yang singkat (kadar hakisan tinggi kerana tidak berkesempatan untuk meresap kedalam tanah tapi cepat mengalir di atas permukaan cerun)

PENGARUH GEOLOGI SETEMPAT


Mempengaruhi kadar susupan air hujan iaitu, larut resap air ke bawah permukaan cerun mengikut masa. Kepesatan hakisan berkait rapat dengan ciri-ciri geologi seperti keporosan, peratus liang pori,struktur, rekahan (jointing) Kadar susupan dan kadar larian air permukaan mempunyai hubungan songsang. Kadar susupan , larian air permukaan rendah. Jika kadar susupan , maka larian air permukaan tinggi

Contoh 1:

Bagi batuan poros seperti batu pasir yang kasar, kadar susupan yang tinggi kerana peratus liang pori yang banyak. Jadi kadar hakisan larian air permukaan adalah berkurang.

Contoh 2:

Tanah liat peratus liang pori yang sedikit, sifat yang lembut telah menambahkan kadar hakisan larian air permukaan
Contoh 3:

Batu Granit peratus liang pori sikit, kadar larian air permukaan sikit kerana sifat yang keras(amat sukar dihakis)

CERUN LANDAI Kadar hakisan rendah kerana daya graviti dan cengkaman lebih kuat berbanding daya kinetik larian air permukaan

PENGARUH FAKTOR KECERUNAN (GRADIEN)

CERUN CURAM Kadar hakisan tinggi Daya graviti dan cengkaman lebih rendah dari kuasa kinetik larian air permukaan

Selain itu mengikut R.E Horton, bentuk permukaan cerun juga menjadi faktor

CERUN CEMBUNG >kadar hakisan rendah

CERUN CEKUNG
>kadar hakisan kuat >sudut tuju lebih tepat berbanding cerun cembung

PENGARUH FAKTOR TUMBUHAN


tumbuhan berfungsi untuk menutup dan melindungi cerun titisan air hujan menimpa cerun dengan kadar yang perlahan sahaja akan cenderung untuk meresap ke dalam tanah

kadar susupan tinggi mengurangkan kadar hakisan permukaan

kadar hakisan tinggi di hutan sekunder kerana litupan tumbuhan nipis dan ketinggian pokok tidak seragam

air hujan tidak sempat meresap kedalam tanah sebaliknya membentuk larian air permukaan

Hakisan sungai

Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor: i) hakisan berlaku secara semula jadi ii) pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras dan menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek.

Aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.

Banjir
Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas. Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan, selalunya kawasan rendah, ditenggelami dengan air. Banjir yang buruk biasanya akan berlaku apabila air sungai melimpah tebing sungai berkenaan.

Banjir adalah bencana alam yang kerap dialami di seluruh dunia. Oleh itu, ia adalah sukar atau mustahil untuk mendapatkan polisi insurans bagi melindungi barangan serta harta yang rosak akibat banjir

Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:

1.Hujan yang berterusan Hujan yang berterusan tanpa berhentihenti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.

2.Proses pembandaran
Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasankawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.

3.Hakisan sungai
Ia berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Manakala aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat

4.Hutan tadahan Hutan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.

5.Sistem perparitan tidak terancang Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

Kesan-kesan banjir :

Kerosakkan fizikal- Struktur-struktur seperti bangunan rosak akibat air bah banjir. Tanah runtuh juga mungkin berlaku. Bekalan air- Pencemaran bekalan air. Air bersih akan sukar dicari. Tanaman dan bekalan makanan- Kekurangan bekalan makanan akibat kemusnahan tanaman yang dimusnahkan air banjir

Kejadian-kejadian banjir yang terkenal :


Banjir besar yang berlaku di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sumatera pada bulan Disember 2006 dan bulan Januari 2007 dianggap paling teruk dalam tempoh 100 tahun, menyebabkan lebih kurang 100,000 orang terpaksa tinggal di pusat pemindahan banjir di negeri Johor. Pada bulan Ogos 2006 banjir paling teruk berlaku di Habsyah.

Anda mungkin juga menyukai