Anda di halaman 1dari 2

Alat Bantu Dalam Penyampaian Dalam penyampaian, aspek lain yang perlu dititikberatkan ialah alat bantu dalam

penyampaian. Alat bantu sangat penting kerana ianya mampu membuatkan sesuatu penyampaian lebih menarik dan tidak membosankan. Selain itu, alat bantu juga boleh membuatkan para audien lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh penyampai dan ini akan memudahkan lagi komunikasi antara penyampai dan pendengar. Terdapat beberapa jenis alat bantu yang sering digunakan dalam bidang penyampaian ini iaitu: 1. Alat Pembesar Suara

Alat pembesar suara sering digunakan untuk membantu membesarkan suara penyampai ketika berucap di tempat yang luas dengan melibatkan audien yang ramai. Biasanya alat pembesar suara akan disambungkan dengan mikrofon untuk membolehkan suara penyampai boleh didengari melalui alat pembesar suara. Tambahan pula , alat pembesar suara dapat membantu suara penyampai didengari oleh audien dengan jelas sekaligus memudahkan pemahaman mereka terhadap apa yang cuba disampaikan oleh penyampai.

2. Tayangan Slaid/ Powerpoint

Tayangan slaid biasanya digunakan dengan alat pemancar atau lebih dikenali sebagai projektor. Melalui pengunaan projector, bahan penyampai contohnya nota pendek dapat dipancar keatas permukaan skrin dan para audien dapat melihat dengan jelas apa yang bakal disampaikan oleh penyampai.

3. Tayangan multimedia

Tayangan multimedia merupakan tayangan video yang berkaitan dengan tajuk yang akan disampaikan oleh penyampai. Melalui tayang video, ianya dapat membantu meransang pemikiran audien mengenai topik perbincangan

dan secara tidak langsung ianya juga dapat membantu mengelakkan para audien daripada merasa mengantuk dan bosan.

4. Muzik Tambahan

Muzik merupakan salah satu alat bantu yang sangat berkesan dalam menimbulkan sesuatu suasana atau emosi ke atas audien dan ini dapat membantu penyampai dalam membawa audien masuk ke dalam topik yang disampaikan dan seterusnya membuat audien merasa dan menghayati apa yang cuba disampaikan oleh penyampai.

5. Papan Tulis

Papan tulis salah satu alat bantu yang terawal digunakan dalam penyampaian kerana pada masa dahulu belum wujudnya alat elektronik yang canggih. Akan tetapi, papan tulis masih lagi digunakan sehingga sekarang kerana ianya senang digunakan dan cepat dalam penyediaan maklumat dalam penggunaanya.

6. Gambar Rajah

Gambar rajah merupakan alat bantu dimana ianya boleh merangsangkan pemikiran audien melalui gambar rajah yang digunakan. Gambar rajah membolehkan audien memahami topik penyampaian dengan lebih mendalam.

7. Peta Minda

Peta minda adalah cara berkesan untuk menunjukkan idea-idea yang terdapat dalam sesuatu topik yang bakal dibincang ataupun yang bakal disampaikan oleh penyampai. Selain itu, peta minda terbahagi kepada pelbagai jenis yang berbeza dimana setiap jenis peta minda boleh membawa pelbagai kesan yang berbeza kepada audien.

Anda mungkin juga menyukai