Anda di halaman 1dari 2

Hukum Memberi dan Menjawab Salam

0digg Umum mengetahui hukum memulakan salam adalah sunatdalil2nya juga telah banyak kita temui.Menjawab salam pula hukumnya wajibtetapi disana terdapat beberapa tempat yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab. Telah dinukilkan dalam kitab ghizaul albab karangan As-safarini jilid 1 m/s 242dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:

1. orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk ) 2. orang yang sedang berada didalam tandas 3. Orang yang sedang makan dan minum 4. orang yang sedang berperang 5. Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa 6. orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah ) 7. Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat 8. Orang yang mendengar khutbah dan nasihat. 9. Orang yang sedang azan dan iqamat. 10. Orang yang sedang qada hajat. 11. Orang yang sedang bersama isteri (jima) 12. Orang yang sedang iqamat 13. Orang yang sedang mabuk. 14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi 15. Orang yang sedang solat 16. Orang gila 17. kanak-kanak 18. Orang yang mengantuk @ sedang tidur 19. Orang yang sedang dalam urusan penghakiman 20. Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah

Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab # Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya. # Haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan ( yg bukan mahram ) yang cantik yang boleh menimbulkan fitnahjika diberi salam haram bagi perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi salam kpada lelakijika lelaki menjawab maka hukumnya makruh. Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya.

Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan.Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah samada kepada lelaki dan perempuan. Sll aku jumpa kes budak lelaki mengorat budak perempuan dgn bg salam, kemudian bila si perempuan tak menjwb, dikatanya tak baik tak jwb slm. Harus dijwb.. And yg best tu si pempuan plak kdg2 menerima je hujah tersebut tanpa berpikir panjang.. Berbalik kepada persoalan ke dua, Amende nye AsKum Assmekum? Kalau rs nk sgt bg salam, at least bg la salam dgn sebutan dan huruf yg lengkap. Tak payah nak tunjuk baik tapi malas nk type ayat yg betul. Takde maksud kalau kita taip Askum or Assemekum.

Ucapan Salam
Ucapan salam yang lengkap adalah Assalaamu alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh yang artinya semoga seluruh keselamatan, rahmat dan berkah Allah dilimpahkan kepada kalian. Ucapan salam ini sesuai dengan petunjuk Rasulullah SAW ketika beliau tengah bersama isterinya, Aisyah RA, beliau bersabda:Ini Jibril mengucapkan salam kepada kamu. Maka Aisyah RA menjawab:Wa alaihissalaam warahmatullaahi wabarakaatuh (HR. Bukhary dan Muslim). Idealnya seorang Muslim mengucapkan salam dengan lengkap, tetapi tetap diperkenankan seseorang untuk mengucapkan salam:

a. Assalaamu alaikum b. Assalaamu alaikum warahmatullaah, atau c. Assalaamu alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh (lengkap)

So kepada lelaki2 yg gatal tak ckup iman, lepas bc post ni tak boleh lagi guna alasan bg salam kat pempuan utk ngorat. Dosa ! Tuk pempuan plak, toksah la gedik suka sgt org laki bg alasan kena jwb slm yg diberi. Tak boleh juga buat tak tahu mengenai hukum ni, kerana skrg kamu dah tahu

Anda mungkin juga menyukai