Anda di halaman 1dari 5

Guru pemangkin transformasi pendidikan negara: (keyword pemangkin)

1. Menghayati sumbangan pendidik. Selama 54 tahun Malaysia merdeka, dasar pendidikan negara berubah dari semasa ke semasa, demi memacu modal insan bermutu. Bermula dari era penjajahan, diikuti dengan era pasca penjajahan, Laporan razak, rahman talib, dan falsafah pendidikan kebangsaan. Segala-galanya dipacu oleh seorang guru. Buktinya, pemansuhan dasar PPSMI adalah usaha yang telah dilakukan oleh guru-guru bahasa Melayu. Bukan berniat untuk menolak dasar kerajaan tetapi berasa ada perkara yang boleh ditambah baik. Hasilnya hari ini lahirlah dasar MBM MBI. Terima kasih guru-guru sekalian.

2. Aspek pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.


Pernahkah kita sedari bahawa, jatuh dan bangunnya sebuah tamadun bangsa adalah dipacu oleh sistem pendidikan itu sendiri. Dari aspek pengajaran seorang guru Hinggalah profesionalisme yang digalas di bahu. Daripada nilai integriti yang diamalkan, Hinggalah nilai-nilai murni yang dititik beratkan. Segala-galanya perlu untuk menjadikan nilai tanggungjawab dan integriti sebagai asas jati diri. Aspek pengajaran yang kreatif perlu diaplikasikan, dengan kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai. Bahan bantu belajar yang memberangsangkan, serta mengaplikasikan aspek 5P dalam P&P.

(Keyword: Guru/pendidik.)
1. Aspek pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Pernahkah kita sedari bahawa, jatuh dan bangunnya sebuah tamadun bangsa adalah dipacu oleh sistem pendidikan itu sendiri. Dari aspek pengajaran seorang guru Hinggalah profesionalisme yang digalas di bahu. Daripada nilai integriti yang diamalkan, Hinggalah nilai-nilai murni yang dititik beratkan. Segala-galanya perlu untuk menjadikan nilai tanggungjawab dan integriti sebagai asas jati diri. Aspek pengajaran yang kreatif perlu diaplikasikan, dengan kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai. Bahan bantu belajar yang memberangsangkan, serta mengaplikasikan aspek 5P dalam P&P.

2. Nilai-nilai murni atau sahsiah pendidik.


Aspek pengajaran dan pembelajaran sebenarnya tidak hanya berakhir di bilik darjah, tetapi juga merangkumi aspek penilaian di luar bilik darjah. Guru harus menampilkan imej seorang guru, dari segi pakaiannya, tutur katanya, dan pergaulan dengan masyarakat setempat, kerana yakin dan percayalah, murid akan mengikut apa yang dilakukannya. Bukan hanya di dalam bilik darjah. Jika gurunya kencing berdiri, muridnya pasti kencing berlari. Fikir-fikirkan. _________________________________________________________________________________ _

(Keyword: pendidik kreatif)


1. Isi 1 sama dengan isi pengajaran dan pembejalaran di bilik darjah.

2. Gerak kerja ko-kurikulum


Konsep kerak kerja kokurikulum merupakan kaedah nilai tambah yang perlu dilakukan oleh seorang guru yang kreatif jika mahu melahirkan murid yang inovatif. Banyak ilmu pengetahuan tidak dapat diajarkan di dalam bilik darjah seperti badan uniform, dan persatuan. Melalui aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam kokurikulum ini pastinya akan dapat melahirkan modal insan yang inovatif, seterusnya mampu menyumbang kepada negara. Adakah anda percaya, jika seorang guru meminta anak muridnya untuk membentuk sebuah robot daripada permainan lego, adakah robot sebenar akan dapat dibangunkan? Jika anda bertanya kepda saya, Saya akan menjawab YA, kerana Negara Jepun telah membuktikannya!

(Keyword: integriti)
1. Aspek kepemimpinan Pernahkah kita sedari, bahawa jatuh bangunnya sesebuah negara adalah ditunjangi oleh aspek kepemimpinan bangsa itu sendiri. Daripada corak pemerintahan seorang raja, Hinggalah pengabdian seorang hamba, Daripada kejujuran seorang pemimpin, hinggalah ketaatan orang yang dipimpin. Segala-galanya perlu untuk menjadikan nilai tanggungjawab dan integriti sebagai asas jati diri. Edward Gibbon dalam bukunya The Decline and false of the roman empire telah bercerita kepada kita bagaimana maharaja luisios axtivis severudge telah menanam.....bla..bla..bla.. Akibatnya, kebajikan rakyat tidak terbela, yang kaya terus kaya, yang papa terus derita. Di Malaysia, saya cukup berbangga, apabila kepemimpinan berintegriti dijadikan panduan, pelan integriti nasional mula dilaksanakan bagi menjaga kebajikan rakyat jelata, tanpa mengira bangsa, warna kulit dan budaya. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

2. Kita perlu bermuhasabah diri, menilai isu yang berlaku pada hari ini.
Dunia pada hari ini sememangnya diakui hebat. Benar! namun adakah kita layak untuk dikatakan (_____sesuaikan dgn tajuk_________) sekiranya pengamalan moral tidak sama diadun. Berminda kelas pertamakah kita, sekiranya pembangunan metarial yang dijana, telah menghalalkan alam sekitar diseksa dan diperkosa oleh tangan-tangan manusia. Berminda kelas petamakah kita, sekiranya senjata canggih yang dicipta telah menghalalkan kekejaman, pembunuhan dan penindasan kepada mereka yang tidak berdosa. Daripada serangan pengganas di mumbai, hinggalah pertelingkahan antara palestin dan israel, adakah itu minda kelas pertama yang kita banggakan? Anda jawab. Kesimpulan: Dunia hari ini sebenarnya sudah penat, untuk melihat kebejatan moral yang semakin melarat. Seks bebas sudah dijadikan adat, hubungan sejenis mula mendapat tempat. Untuk menjadi hebat ilmu sudah tidak lagi dianggat, sebalinya korupsi menjadi syarat. Sudah tiba masanya untuk kita menetapkan satu matlamat......bla,bla,bla

(Keyword: pelajar)
1. Kecemerlangan akademik
Saban tahun negara melahirkan pelajar yang mempunyai intelektual yang bijaksana. Bermula dengan Nur Amlina Che Bakri, Nik Nur Madihah, dan Azali Azlan, hari ini Malaysia melahirkan ribuan pelajar yang celik akalnya. Hasilnya, hari ini Malaysia mampu untuk berdiri megah di pentas dunia, dari bidang sukan hinggalah inovasi rekacipta, kita memahat sejarah sebagai juara! Keratan akhbar Kosmo! bertarikh 25 Mac 2011, cukup membuktikan, pelajar yang cemerlang dari segi akademiknya mampu untuk menjadi pemangkin negara gemilang,, apabila 5 orang pelajar dari universiti teknikal melaka, telah berjaya mendapat 3 emas dan 1 gangsa dalam pertandingan inovasi reka cipta yang berlangsung di Geneva. Pertubuhan-pertubuhan dunia, seperti negara Islam, Negara Berkecuali, Asean mahupun Komenwell, kita sudah berasa untuk duduk di kerusi pengerusinya. Segala-galanya dek kecemerlangan akademik yang kita lahirkan.

2. Sahsiah Diri.
Tokoh Falsafah dunia Aristotle pernah perkara: untuk menjadi hebat bukan hanya ilmu yang perlu diangkat tetapi sahsiah perlu dimartabat Kerana apalah gunanya mempunyai pelajar berminda kelas pertama, tetapi tempang dari segi sahsiahnya. Tarikh 01.01.2001 merupakan tarikh yang cantik bagi kebanyakan orang untuk melangsungkan perkahwinan. Tetapi lain ceritanya untuk anak muda. Tahun bahru digunakan untuk melampiaskan nafsu! takhta diri akan digadaikannya. Akhirnya, akan lahirlah anak-anak yang tidak berbapa. Adakah ini merupakan generasi pelajar yang hendak kita lahirkan? Anda jawab. Kesimpulannya, maka percayalah kata-kata saya, dengan menggabungjalinkan nilai akademik dan sahsiah diri, generasi yang gemilang akan dapat dihasilkan! Sekian.!

1. Guru Pemangkin Pembangunan Pendidikan Negara. 2. Pendidikan Teras Pembangunan Negara. 3. 4. 5. 6. Pelajar Cemerlang Pemangkin Generasi Gemilang. Pelajar Berintegriti, Cerminan Kesejahteraan Negara. Pelajar Berintegriti Sahsiah Kecemerlangan Berkualiti. Kualiti Pelajar Cerminan Kualiti Pendidik.

7. Pendidik Kreatif Teras Transformasi Pendidikan Negara. 8. Pendidik Kreatif, Pelajar Inovatif. 9. Pendidik Cemerlang Pelajar Gemilang. 10.Pendidik Penyubur Budaya Integriti. 11.Guru Cemerlang Penentu Kejayaan Pelajar. 12.Pendidik Pembentuk Jati Diri Bangsa Berintegriti. 13.Pendidik Berintegriti Tunjang Kejayaan Negara. 14.Integriti Pendidik Asas Kecemerlangan Bangsa. 15.Guru Cemerlang, Murid Gemilang, Negara Terbilang. 16.Karekter Pendidik Ikutan Pelajar. 17.Integriti Membentuk Pelajar Cemerlang. 18.Integriti Inti Pati Transformasi Negara. 19.Integriti Asas Pembangunan Sosial. 20.Integriti Penjana Prestasi Pendidikan Negara. 21.Integriti Menjanakan Minda Kelas Pertama. 22.Integriti Menjanakan Transformasi Budaya Kerja. 23.Integriti Tunjang Kesejahteraan Organisasi. 24.Integriti Penjana Kesejahteraan Negara. 25.Bangsa Berintegriti Bangsa Bermaruah. 26.Pembudayaan Integriti Dalam Kalangan Pelajar, Realiti Atau Fantasi. 27.Pembudayaan Integriti Bermula Di Rumah

Anda mungkin juga menyukai