Anda di halaman 1dari 32

1.

0 Pengenalan

Komunikasi bertulis merupakan perkara yang amat penting bagi sesebuah organisasi. Tanpa satu sistem komunikasi yang berkesan, akan menyebabkan proses perancangan sesebuah organisasi tidak akan dapat berjalan dengan lancar dan teratur bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Oleh itu, ia merupakan nadi yang menghidupkan perjalanan sesebuah organisasi. Komunikasi adalah proses pertukaran dan pemindahan maklumat dari individu atau satu pihak kepada seseorang atau pihak lain menerusi simbol-simbol yang bermakna. Kita perlu memahami bahawa keberkesanan komunikasi akan melancarkan perjalanan perancangan ke arah mencapai matlamat sesebuah organisasi. Kesemua fungsifungsi elemen proses pengurusan akan disalingkaitkan melalui komunikasi.

Dengan itu, komunikasi merupakan satu aspek penting bagi memastikan organisasi dapat berfungsi seperti yang diharapkan. Komunikasi bertulis terdiri daripada minit mesyuarat, ucapan, laporan, pengacaraan majlis, kertas kerja, rencana dan berita. Komunikasi bertulis ini dapat kita lihat dari segi definisi, jenis, format dan ciri-cirinya. Kemahiran komunikasi menjadi satu kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar dalam konteks pencarian ilmu. Oleh itu, pelajar harus ada sikap ingin menguasai kemahiran komunikasi bertulis secara lisan dan bertulis agar dapat meningkatkan serta melahirkan generasi yang berketerampilan dalam berbahasa.

2.0 Definisi

2.1 Definisi Rencana

Dalam mendefinisikan sesuatu perkataan bukan perkara yang mudah untuk dilakukan. Pendefinisiannnya lebih rumit jika kata itu bersifat abstrak seperti. Rencana ditakrifkan

sebagai penulisan yang terperinci tentang sesuatu perkara benar yang membolehkan penonjolan keperibadian penulis sama ada melalui pandangan yang diutarakannya, tentang persoalan yang digarapnya, ataupun menerusi gaya yang digunakannya. Rencana ialah karangan yang mengandungi maklumat, ulasan, huraian atau penceritaan sesuatu perkara yang biasanya berdasarkan fakta-fakta sebenar. Fakta-fakta yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan, tinjauan dan rujukan yang dilakukan oleh penulis rencana. Fakta-fakta yang berkaitan juga perlu berdasarkan sumber yang mempunyai pertalian atau hubungan dengaan tajuk rencana. Buah fikiran daripada wawancara juga merupakan Rencana bukanlah

sumber bagi mendapatkan fakta sebenar untuk penulisan rencana.

bersifat cereka tetapi memberikan tumpuan kepada sesuatu tajuk yang khusus.

Terdapat beberapa tokoh yang cuba mendefinisikan perkataan rencana. Tidak ada satu pun definisi yang dapat merangkumi keseluruhan konsep rencana itu. Namun begitu, definisi ini wajar dilihat kerana ia menggariskan ciri-ciri yang membezakan penulisan rencana dengan penulisan lain seperti penulisan berita.

i)

Penulisan yang kreatif, kadang-kadang subjektif yang mempunyai tujuan khusus untuk menghibur dan memberitahu pembaca tentang sesuatu kejadian, keadaan atau satu aspek kehidupan. Williamson (1975) dalam bukunya Feature Writing for Newspapers Media yang membolehkan sentuhan cereka dimasukkan dalam penulisan bukan cereka sehingga ia dapat dianggap sebagai buku bukan fiksyen yang telah diperkecil serta menekankan persoalan kejadian, pergerakan, aliran, proses dan penekanannya kepada orang lain. Nelson, Roy Paul (1978) dalam Articles and Features

ii)

iii)

Penulisan berbentuk penyelidikan dan bukan penyelidikan. Kelly, Jerome E. (1978) dalam Magazine Writing Today.

iv)

Cerita yang dikarang berdasarkan kejadian sebenar untuk menonjolkan aspek manusia dan kemanusiaan. Mencher (1984) News Reporting and Editing.

v)

Bentuk tulisan yang biasanya berukuran lebih panjang dan terperinci daripada berita, mengandungi buah fikiran, huraian, atau penceritaan yang biasanya berdasarkan peristiwa benar. Mustaffa Suhaimi (1986) dalam Jurnalisme Akhbar.

3.0 Jenis Rencana

3.1 Rencana Profil

Rencana profil bersifat ringan apabila dibandingkan dengan bentuk rencana yang lain. Maka tidak hairanlah jika kita sering menatap rencana jenis ini dalam pelbagai penerbitan sama ada surat khabar mahupun majalah. berminat untuk mengetahui kehidupan orang lain. Orang ramai

Mereka ingin mengetahui

bagaimana orang lain boleh bangun semula daripada kejatuhan, bagaimana orang lain bangun semula selepas kejayaan dan bagaimana orang lain boleh tersenyum selepas menangis. Penulisan profil juga dikenali sebagai profil tokoh. Walau apa nama sekali pun yang diberikan kepada penulisan seumpama ini, subjek yang dipentingkan dalam tulisan berbentuk ini ialah siapa. Siapa

mungkin setinggi-tinggi menteri sehinggalah orang di jalanan. Pengalaman dan kehidupan unik seseorang itu diolah dan digarap agar khalayak dapat menyelami suka duka, pahit maung dan asam garam orang itu.

Penulisan profil umpama sebuah mini biografi.

Apabila bahan itu

dikembangkan dan dimantapkan dengan pelbagai anekdot, dialog dan maklumat lain, ia mampu diolah semula menjadi buku. Kebanyakan biografi tokoh

perniagaan yang berjaya telah dibukukan seperti Akio Morita yang menjadi pengasas syarikat gergasi elektronik Sony. Di Malaysia, biografi Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Dato Seri Anwar Ibrahim dan ramai lagi telah banyak ditulis beberapa orang penulis. Tulisan biografi dalam bentuk buku memperincikan. buku yang membicarakan personaliti seseorang itu disebut sebagai biografi. Apabila tokoh itu sendiri mengarangnya, ia disebut sebagai autobiografi. Pengumpulan bahan untuk menulis profil bukan berkisar kepada subjek itu sahaja yang menceritakan pengalaman lalu dan sekarang. Anda akan mengumpul pelbagai bahan dan memeriksa kesahihan maklumat terkumpul dengan sumber lain. Maklumat tambahan ini diperoleh daripada kawan-kawan, sanak saudara, ibu bapa dan sesiapa sahaja yang mengenali tokoh itu.

Terdapat tiga objektif utama dalam penulisan profil i) Profil untuk menghiburkan pembaca. Ini akan memusatkan perhatian kepada anekdot-anekdot tertentu yang menceritakan pengalaman orang itu atau penulis yang menemu bualnya.

ii)

Profil untuk mendidik pembaca. Ini sering digunakan apabila penemuan tokoh itu memusatkan perhatian kita kepada sesuatu yang belum diketahui umum.

iii)

Profil untuk memberi maklumat kepada pembaca. Ini dilakukan apabila orang itu tidak dikenali umum, maka profil akan melakarkan perwatakan unik orang itu.

Dengan kata lain, penulisan rencana profil mementingkan soalan siapa yang merupakan soalan utama dan teratas. Dalam majalah hiburan, rencana ini banyak

menyentuh peribadi artis atau penghibur itu. Tulisan seumpama ini banyak disiarkan dalam majalah-majalah hiburan tempatan dan akhbar mingguan. Gosip artis dan penghibur ini

lebih bersifat ringan dengan menekankan fungsi hiburan. Sketsa personaliti yang disiarkan dalam majalah dan akhbar lebih mementingkan nilai pendidikan dan pemberitahuan tentang seseorang individu. Tulisan ini menitikberatkan penyelidikan yang mendalam bagi

mengumpulkan bahan-bahan supaya personaliti orang berkenaan dapat ditonjolkan selengkap mungkin. Cerita yang diungkapkan ialah tentang harapan, masalah, keinginan, kawan, musuh dan bagaimana mereka mengatasi dan menghadapi masalah itu.

3.2 Rencana Berita

Rencana jenis berita adalah rencana tentang isu semasa yang masih menjadi perhatian orang ramai. Rencana jenis ini mempunyai maklumat terkini tentang

sesuatu perkara. Rencana jenis ini mengupas dengan lebih lanjut tentang perkara yang sedang hangat diperkatakan pada sesuatu masa. Rencana jenis berita

berasaskan kenyataan atau isu semasa dan memberi keutamaan terhadap sesuatu kejadian yang baru, luar biasa dan bernilai beritanya. Biasanya, rencana berita

mengandungi huraian lanjut tentang berita yang hangat diperkatakan. Dalam penulisan berita, penulis dikehendaki melaporkan apa yang benar-benar berlaku di samping memberikan pendapatnya.

3.3 Rencana Penerangan

Rencana jenis penerangan adalah bentuk rencana yang paling umum. Penulis rencana akan memberikan fakta untuk menerangkan sesuatu perkara. Rencana jenis ini lebih bersifat naratif. Penulis mahu memberitahu sesuatu kepada pembacanya. Kebanyakkan rencana dalam akhbar dan majalah mengetengahkan fakta dengan lebih jelas dan menyeluruh. Segala aspek tentang topik tersebut diberi penerangan yang berupa fakta daripada berita harian. Rencana jenis ini ditulis oleh sidang editor majalah semasa timbulnya sesuatu isu atau perkara yang susah difahami oleh umum.

3.4 Rencana Pendapat

Rencana pendapat terbahagi kepada dua iaitu rencana editorial dan rencana kolumnis. Perbezaan antara kedua-duanya terletak dari segi pendirian yang dibawa olehnya. Rencana editorial melambangkan pendirian atau dasar akhbar itu manakala rencana kolumnis tidak melakukan fungsinya sebab ia mencerminkan pendirian atau pegangan penulisnya.

i)

Rencana Editorial

Editorial disebut juga sebagai lidah pengarang iaitu tulisan informasi berfungsi untuk menyatakan pendirian akhbar atau media itu berhubung dengan sesuatu isu. Editorial boleh melakukan fungsi ini sebab sifatnya yang tidak terikat kepada konsep objektiviti seperti dalam penulisan berita. Editorial sebagai bentuk rencana yang

membolehkan penulisnya menyatakan pendapat atau pandangan, mengesahkan pendirian media tentang sesuatu isu berbangkit. Terdapat enam fungsi editorial. Fungsi yang pertama adalah mempengaruhi pendapat. Pembentukan pendapat umum merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik masyarakatnya. Tulisan itu tidak semestinya berjaya mengubah pemikiran pembacanya. Yang

dipentingkan di sini ialah percubaan oleh seseorang penulis itu untuk mengubah sikap pembaca kepada cara pemikirannya. Pembaca yang berpegang kepada sesuatu sikap tertentu tidak mudah dilenturkan berdasarkan tulisan seseorang itu.

Fungsi yang kedua adalah memberitahu dan menjelaskan. Penulis akan mempermudah sesuatu isu yang kompleks atau menjadi minat orang ramai. Tulisan itu dilihat sebagai mentafsir atau

menyuluh sesuatu isu bukannya untuk berhujah daripada satu sudut pandangan. Dengan editorial, implikasi isu yang kompleks itu dapat difahami oleh pembaca. Fungsi yang ketiga adalah menghiburkan atau mengagumkan. menggunakan nada Dua tujuan terdahulu daripada ini mungkin penulisan yang serius. Tujuan ketiga

menggunakan nada bersahaja, malah ada kalanya bersifat sinis. Perkara yang dibincangkan mungkin serius tetapi disampaikan dengan struktur yang mudah sehingga bahan itu kelihatan ringan.

Fungsi yang keempat adalah memasukkan latar belakang. Penulis akan dapat meletakkan sesuatu kejadian itu dalam perspektif yang sebenar. Pembaca akan dapat menilai kepentingan sesuatu

kejadian itu jika perkara itu dilihat dalam konteks yang lebih besar dan menyeluruh. Fungsi yang kelima adalah meramalkan masa depan. Di samping menganalisis kejadian semasa, penulis editorial mungkin meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan.

Walaubagaimanapun ramalan itu bukannya seperti ramalan seorang tukang tilik. Ramalan itu berdasarkan logik tentang perkara-perkara

yang mungkin berlaku.

Fungsi yang terakhir adalah membuat penilaian moral. Penulis editorial merupakan penjaga moral masyarakatnya yang dilantik secara tidak rasmi. Jika berlaku salah laku dalam kalangan anggota masyarakat, maka menjadi tanggungjawab penulis editorial menegur perkara itu. Penulis editorial meletakkan dan membuat

penghakiman nilai terhadap gejala negatif yang berlaku dalam masyarakat.

ii)

Rencana Kolumnis

Walaupun rencana kolumnis mirip rencana editorial tetapi perbezaan paling ketara ialah kolumnis menandatangani ruangannya itu dengan namanya tetapi editorial

ditandatangani dengan nama akhbar atau penerbitan itu. Pelajur menggunakan nama sebenar atau nama samarannya. Rencana editorial tidak ditandatangani oleh penulis tertentu. Pembaca sukar menentukan siapakah pengolah sesuatu editorial itu. Nama pelajur itu menyebabkan mereka lebih

dikenali berbanding dengan penulis editorial. Tulisan mereka itu menjadi ikutan. Mereka diberikan tempat untuk menulis

sesuatu penerbitan itu kerana mempunyai ikutan atau pembaca setia. Pelajur dilantik oleh sesuatu penerbitan

kerana pencapaian mereka dalam bidang masing-masing.

3.5 Rencana Penyiasatan

Rencana jenis ini cuba menyelongkar tentang sesuatu isu, masalah atau situasi yang menjadi perbualan orang ramai. Dalam rencana jenis ini, penulis akan menyiasat tentang sesuatu. Rencana ini juga bersifat pembongkaran tentang

sesuatu perkara yang mana sebelum itu tidak diketahui oleh orang ramai.

Apabila sesuatu isu berkepentingan nasional berbangkit, media massa di negara ini membuat tinjauan untuk mendapatkan reaksi daripada orang ramai. Tinjauan ini dilakukan di tempat awam seperti perhentian bas, kompleks membelibelah dan orang ramai yang kebetulan berada di situ diminta memberikan pendapat mereka tentang isu itu. Berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh empat atau lima orang, pemberita berkenaan dapat menghasilkan penulisan yang disebut sebagai rencana penyiasatan. Penulisan rencana ini mempunyai beberapa ciri tertentu. Ciri-ciri ini membezakan rencana penyiasatan dengan rencana lain.

Ciri rencana penyiasatan yang pertama adalah fenomena sosial. Fenomena yang dipilih untuk diperhatikan merupakan fokus utama dalam rencana penyiasatan. Penelitian tentangnya membolehkan anda dan masyarakat lain memahami sesuatu perkara itu dengan lebih jelas lagi. Pencerakinan tentangnya membolehkan anda mendidik dan memberitahu khalayak bagaimana fenomena itu mempengaruhi mereka. Ciri yang kedua adalah penyelidikan. Penggunaan kaedah pengkajian

sains sosial membezakan penulisan bentuk rencana atau berita lain. Penulisan itu berpusat kepada dapatan daripada kajian yang dijalankan. Dapatan itu merupakan hasil penelitian secara sistematik dan objektif terhadap sesuatu fenomena sosial.

Ciri yang ketiga adalah analisis. Bentuk dan ketelitian semasa melakukan pencerakinan data akan mempengaruhi dapatan kajian. Berdasarkan jenis data

yang terkumpul, anda menggunakan kaedah perangkaan yang bersesuaian. Ia juga membantu anda membuat kesimpulan berdasarkan fenomena sebenar bukannya dipengaruhi oleh persepsi anda sebagai pengkaji. Ciri yang terakhir adalah

implikasi. Selepas melakukan pencerakinan mendalam terhadap fenomena itu, anda harus menerangkan apakah maksud dapatan itu. Anda mestilah mampu

menjelaskannya dengan menggunakan bahasa mudah agar dapat difahami. 10

3.6 Rencana Perbahasan

Dalam rencana jenis ini, penulis akan memberikan sesuatu pendapat tentang sesuatu perkara dan dalam masa yang sama menentang pendapat lain tentang perkara yang sama. Penulis seolah-olah berbahas dalam rencananya. Biasanya dalam rencana jenis ini, penulis akan mengambil satu-satu pendirian terlebih dahulu, iaitu sama ada menyokong atau mengkritik sesuatu perkara. Dalam rencana ini, penulis biasanya mengetengahkan teori kemasyarakatan dan menyampaikan hujahhujah dengan berasaskan falsafah, politik, penyelesaian masalah ekonomi ataupun strategi dalam permainan dan sukan. Melalui rencana jenis ini, penulis lebih berani memperkatakan pendapatnya sama ada bersetuju atau menentang pendapat pihak lain.

3.7 Rencana Kritikan

Rencana jenis ini lebih kurang sama seperti rencana jenis pendapat. Ini kerana kritikan yang dilontarkan adalah pendapat penulis rencana semata-mata. Kritikan bermakna penulis rencana akan memberikan pendapat atau pandangannya tentang kebaikan atau keburukan sesuatu perkara. Selalunya, kritikan lebih merujuk kepada menerangkan keburukan sesuatu perkara. Untuk memberi pengaruh kepada kritikan yang diberikan, penulis rencana akan memberikan fakta-fakta yang kukuh dan bernas. Selalunya, rencana kritikan akan menyatakan kelemahan atau keburukan sesuatu perkara. Kritikan dan penulisan rencana seumpama ini bersikap adil dan mengemukakan kelemahan yang perlu diperbaiki dan kekuatan yang patut diberikan pujian

3.8 Rencana Umum

Rencana jenis umum adalah rencana tentang sesuatu perkara yang telah diketahui ramai. Antara contoh rencana jenis umum adalah rencana tentang bencana banjir, bencana pantai, bencana hutan dan sebagainya. Isi kandungan rencana jenis umum ini bukannya sesuatu yang baru. 11

4.0 Format Rencana

Format rencana terdiri daripada pendahuluan, tubuh rencana dan penutup rencana. Pendahuluan merupakan bahagian pengenalan dalam sesuatu rencana. Bahagian ini penting dan seharusnya dapat menarik minat dan menimbulkan perasaan ingin membaca rencana itu sehingga akhir. Untuk menarik minat pembaca, bahagian pengenalan rencana boleh dimulakan dengan unsur-unsur yang menarik seperti data, peribahasa dan sebagainya. Pemilihan gaya pendahuluan haruslah dibuat dengan berhati-hati supaya dapat menggambarkan tajuk rencana dan persoalan umum yang akan dibincang dalam rencana tersebut. Selain itu, kenyataan inti boleh ditulis sebagai kenyataan penutup dalam bahagian pengenalan. Seterusnya adalah tubuh rencana. Tubuh rencana dibahagikan kepada beberapa perenggan yang dapat merangkumi keseluruhan tema rencana. Perenggan ini merupakan perkembangan kepada tema rencana. Perkembangan ini boleh dilakukan melalui ilustrasi seperti menggunakan angka, fakta, rajah, dan sebagainya. Ilustrasi ini bertujuan menyokong idea dan pendapat penulis. Ilustrasi ini juga menjadikan sesebuah rencana itu menarik dan mudah difahami. Dengan menggunakan ilustrasi yang berkenaan, sesebuah rencana boleh ditulis dalam bentuk gambaran, laporan, cerita atau ulasan. Namun begitu, tiga prinsip iaitu kesatuan idea, urutan idea dan penonjolan idea utama perlu diadakan pada setiap perenggan. Prinsip-prinsip ini perlu diberi perhatian untuk memastikan peralihan idea berlaku secara lancar dan memudahkan pembaca mengikuti perkembangan idea tersebut. Untuk mendapatkan kesatuan idea, penulis harus memilih tema atau idea utama dan mengekalkan tema atau idea iaitu dari awal hingga akhir penulisan. Bahan-bahan yang tiada hubungan dengan idea haruslah diketepikan. Hubungan idea perenggan ke perenggan lain hendaklah dikawal dan disusun mengikut urutan yang difikirkan logik berdasarkan kerangka idea yang telah disediakan. Penutup rencana pula ialah bahagian yang memenuhi perasaan ingin tahu dan seterusnya menimbulkan rasa puas hati di kalangan pembaca kerana semua persoalan dan maklumat telah diketengahkan. Untuk mencapai tujuan ini, penulis biasanya merumuskan isi-isi penting atau membuat kesimpulan tentang penulisan tersebut.

12

FORMAT DAN STRUKTUR KARANGAN RENCANA

Karangan rencana terdiri daripada tajuk dan nama penulis. Struktur binaan karangan rencana sama dengan perbincangan, pendapat, ulasan dan komen. Struktur karangan terdiri daripada pendahuluan, tubuh rencana, dan penutup rencana seperti yang dinyatakan.

Format Karangan Rencana :

Tajuk: [Nama penulis]

Pendahuluan..............................................................................................

Perenggan 1. ..............................................................................................................

Perenggan 2. ...............................................................................................................

Perenggan 3. ..............................................................................................................

Perenggan 4. ..............................................................................................................

Perenggan penutup fakta karangan..................................................................

13

5.0 Ciri-ciri Penulisan Rencana

Penulisan rencana mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Antaranya adalah rencana digolongkan dalam bentuk esei formal. Penulisan rencana melibatkan penggunaan bahasa baku yang lebih konvensional berbanding dengan esei yang tidak formal dan mempunyai struktur yang lebih terancang. Rencana mempunyai perenggan-peranggan pendahuluan dan penutup yang rapi. Setiap perenggan pula mempunyai ayat topik dan turutan yang logik. Ciri-ciri personal termasuk humor kurang diadakan dalam penulisan rencana. Ciri penulisan rencana yang kedua adalah tujuan penulisan rencana adalah serius. Melalui rencana terdapat maklumat yang merangsang minda pembaca untuk turut berfikir dan

menginterpretasikannya. Rencana ilmiah terutamanya ditulis oleh orang yang mahir dalam sesuatu bidang dan pendapat yang dikemukakan, biasanya berdasarkan kepada penyelidikan oleh penulis itu sendiri atau orang lain. Setiap fakta, ulasan dan pendapat haruslah ada asasnya. Oleh itu, nota kaki, bibliografi serta lampiran perlu disertakan sebagai sokongan bagi sesuatu fakta. Ciri yang ketiga adalah penulisan rencana itu mempunyai digniti (maruah). Penulisan rencana mempunyai martabatnya kerana mempunyai nilai intelektual. Ciri ini penting kerana penulisan rencana mementingkan ketepatan dan kejituan maklumat serta hujah yang berdasarkan penyelidikan, rujukan dan tinjauan oleh penulisnya. Rencana yang berbentuk ilmiah atau berunsur sejarah misalnya mempunyai digniti yang tinggi kerana tetap kekal dan dijadikan bahan rujukan oleh pelajar dan pencinta ilmu. Bagi rencana yang berunsur sejarah pula dibuat koleksi dan disimpan di Arkib Negara, Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara dan sebagainya. Ciri yang keempat adalah mempunyai ukuran kepanjangan. Sesebuah rencana yang bermutu mempunyai ukuran kepanjangan yang tertentu. Sebaik-baiknya lebih panjang daripada nota dan lebih pendek daripada monograf. Biasanya sesetengah editor majalah dan surat khabar mempunyai ketentuan tentang panjang rencana yang akan disiarkan. Rencana kewartawanan misalnya mempunyai gaya penulisan yang langsung dan terus kepada isi kandungaan mengikut skop yang dipilih. Dengan itu, sesebuah rencana tidak perlu terlalu panjang kerana akan menjejaskan minat pembaca terhadap rencana berkenaan.

14

Ciri yang kelima pula adalah penulisan rencana yang jelas dan jitu. Penulisan rencana padat dengan maklumat yang berupaya menarik minat pembaca untuk terus membaca bagi mendapatkan maklumat. Rencana yang meleret-leret perkataannya akan menghambarkan selera pembaca. Idea yang disampaikan dalam rencana juga harus berturutan dan ada pertalian sambil dipertautkan dengan hujah penulis. Pada

keseluruhannya, penulisan rencana menggunakan perkataan yang konkrit, tepat untuk sesuatu idea, mudah difahami dan tidak menggunakan perkataan secara berlebihan. Namun terdapat juga penulisan rencana yang menggunakan perkataan-perkataan yang

mengindahkan gaya bahasa, menghidupkan dan memberikan tenaga kepada rencana tersebut. Ciri yang keenam pula adalah menyampaikan maklumat. Penulisan rencana dapat menyampaikan maklumat yang lebih banyak dan jelas kepada para pembaca. Penulis rencana boleh melakukan wawancara dengan beberapa pihak yang terlibat dan berdasarkan maklumat yang dikumpul maka ditulisnya sebuah rencana memaparkan tentang masalah. Contoh masalah sosial yang sering berlaku adalah isu pendatang asing budaya punk dan masalah pekerja kilang merupakan tajuk rencana yang menarik. Kadangkala hasil daripada penulisan rencana seperti ini dapat mendidik dan membantu proses perubahan dalam kalangan masyarakat. Ciri yang ketujuh adalah rencana bersifat ulasan subjektif. Melalui penulisan rencana, penulis dapat melahirkan perasaan dan pandangan terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan. Misalnya, sekiranya para pembaca mendengar sesuatu peristiwa penting di radio atau televisyen maka mereka boleh mengikuti rencana yang lebih mendalam mengenai peristiwa tersebut di akhbar. Rencana seumpama ini biasanya memuatkan ulasan-ulasan yang mengandungi pendapat dan perasaan penulis. Perasaan dan pendapat penulis ini mempunyai tujuan yang tertentu seperti meminta pembaca berfikir dan membuat pertimbangan unttuk mendapatkan simpati pembaca terhadap sesuatu peristiwa dan sebagainya.

15

Ciri yang kelapan adalah tempoh masa penulisan rencana tidak terhad sebagaimana yang berlaku pada penulisan berita. Seseorang penulis rencana boleh memilih sudut pandangan yang dikehendakinya untuk dibicarakan dalam penulisannya. Tumpuan daripada satu idea ke idea yang lain merupakan tugas penulis supaya isu yang ditimbulkan tetap menarik. Selain itu, penulis rencanaa tidak perlu mengejar tarikh akhir penerbitannya dan rencana yang dihasilkan boleh disimpan untuk beberapa hari di dalam fail dan akan digunakan apabila perlu. Sesuatu rencana itu tidak akan basi walaupun peristiwa yang berkenaan hanyalah berupa imbasan kembali. Ciri yang kesembilan adalah organisasi penulisan yang logik. Maklumat yang disampaikan dalam rencana adalah logik dan berdasarkan rujukan penyelidikan dan tinjauan dengan pihak-pihak yang berkaitan. Rencana berdasarkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara biasanya disokong dan dimantapkan dengan keterangan data, jadual, peta dan sebagainya bagi menjelaskan maksud penulisannya dan kesahihan perkara tersebut. Ciri yang terakhir adalah pembatasan pembicaraan. Rencana ditulis berdasarkan skop yang dipilih sahaja. Walaupun sesuatu isu itu hangat dan besar, namun penulis rencana biasanya cuba menjuruskan sudut penulisannya kepada sesuatu aspek sahaja.

16

6.0 Contoh Teks Karangan Rencana

6.1 Rencana 1

Punca-Punca Kemalangan Jalan Raya Oleh : Nik Tik Hajar Aisyah bt Ismail

Adalah menjadi harapan saya agar rakyat Malaysia akan sentiasa beringat dan berwaspada semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Bersama kita jadikan jalan raya kita jalan yang selamat. Demikianlah sedutan ucapan Yang Amat Berhormat mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Putrajaya baru-baru ini. Peribahasa alah bisa tegal biasa kini telah menjadi sinonim dengan masyarakat Malaysia memandangkan saban hari rakyat Malaysia disajikan dengan berita-berita kemalangan jalan raya yang menyayatkan hati sama ada di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Walaupun OPS Sikap XIII sempena aidilfitri barubaru ini berjaya mengurangkan kes kemalangan maut daripada 213 kes kepada 203 kes, namun statistik masih menunjukkan bahawa kemalangan keseluruhan pada tahun ini meningkat sebanyak lima peratus berbanding tahun lalu. Persoalannya, apakah puncapunca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya walaupun pelbagai pihak telah memainkan peranan mereka dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM), sikap pemandu ketika berada di jalan raya merupakan faktor dominan berlakunya kemalangan jalan raya. Memang tidak dapat dinafikan, pemandu ini memandang enteng terhadap peraturan-peraturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Buktinya, ramai pemandu yang tidak mematuhi speed limit terutamanya ketika memandu di lebuh raya sehingga menyebabkan mereka gagal mengawal kenderaan apabila cuba membelok ke kanan atau ke kiri di selekoh-selekoh jalan. Risiko untuk seseorang mengalami kecelakaan jalan raya adalah lebih tinggi bagi mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk atau pun mabuk kerana akan hilang tumpuan semasa memandu.

17

Selain itu, sikap sesetengah pemandu yang leka berbual-bual dengan rakan sebelah serta mengggunakan telefon bimbit ketika memandu turut menyebabkan kemalangan. Pernyataan ini diperkuatkan lagi apabila statistik menunjukkan bahawa 94 peratus pengguna jalan raya terlibat dalam kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap acuh tak acuh mereka ketika berada di jalan raya. Pendek kata, kecuaian pemandu ketika di jalan raya merupakan penyumbang utama kemalangan jalan raya. Bak kata pepatah Melayu, kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya. Selain daripada faktor manusia, keadaan fizikal jalan raya yang tidak memuaskan turut membawa kepada kemalangan jalan raya. Di samping struktur jalan yang berlekak-lekuk serta mempunyai permukaan yang tidak rata, infrastruktur jalan yang turut gagal berfungsi juga boleh membahayakan pengguna jalan raya khususnya bagi mereka yang memandu pada waktu malam. Seperti yang kita ketahui, rakyat Malaysia gemar memulakan perjalanan mereka pada waktu malam khususnya pada musim perayaan bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas. Namun, ketiadaan lampu jalan di sepanjang jalan raya menyebabkan keadaan sekeliling menjadi gelap dan seterusnya membataskan penglihatan para pemandu terhadap objek di hadapan mereka. Keadaan sebegini bukan sahaja mengganggu tumpuan pemandu malah secara tidak langsung menyebabkan pemandu tidak sedar akan posisi sebenar kenderaan mereka. Aktiviti lumba haram yang semakin menjadi-jadi juga sering menyebabkan kemalangan maut. Tanpa mengira keadaan trafik, para pelumba motosikal haram ini akan berkumpul dan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mereka bermaharajalela di jalan raya dan menjadi pemandu yang beraja di mata dan bersultan di hati dengan aksi-aksi yang membanggakan diri masing-masing. Aksi-aksi lumba haram yang ganas seperti drift and drag, gaya aerospace dan superman bukan sahaja salah di sisi undang-undang negara, malah membahayakan nyawa penguna jalan raya yang lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri. Maka, tidak hairanlah jika aktiviti lumba haram menjadi salah satu punca utama peningkatan kadar kemalangan jalan raya yang kini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

18

Dalam pada itu, kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan juga merupakan punca kecelakaan di jalan raya. Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat serta mampu memberi kesan terhadap psikologi masyarakat tempatan, namun ketidaktegasan dalam pelaksanaan undang-undang sudah pasti membuka ruang kepada sesetengah pihak untuk terus melakukan kesalahan di jalan raya. Sebagai contoh, akibat daripada ketidakjujuran segelintir pihak berkuasa yang sanggup menerima rasuah, pemandu bas yang mempunyai 13 saman dan dua waran tangkap masih terlepas daripada tindakan undang-undang. Hal ini diperkukuhkan lagi apabila sebuah bas yang digunakan sejak tahun 1987 serta telah empat kali gagal dalam pemeriksaan Puspakom Sdn Bhd kerana masalah brek, serta disaman 19 kali oleh pihak polis sejak tahun 1991 dan merekodkan 79 saman daripada pihak JPJ semenjak lima tahun lalu masih lagi dibenarkan beroperasi di jalan raya. Tuntasnya, kelemahan penguatkuasaan undangundang turut menjadi dalang dalam masalah kemalangan jalan raya. Secara intihanya, kemalangan maut di jalan raya berpunca daripada pelbagai faktor. Pada hakikatnya, kecelakaan jalan raya bukan sahaja mengakibatkan kecederaan serta menyebabkan banyak nyawa terkorban, malah telah memusnahkan alam sekitar dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di jalan raya. Hal ini secara tidak lansung telah menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara memandangkan pihak kerajaan terpaksa menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk membaik pulih infrastruktur jalan. Oleh hal yang demikian, pelbagai pihak haruslah berganding bahu dalam mencari jalan supaya kadar kemalangan maut jalan raya di Malaysia dapat dikurangkan. Jika negara Beijing berjaya melakukannya, mengapa tidak Malaysia? Malaysia boleh! Insya-Allah.

19

6.2 Rencana 2

Kesan-kesan Tabiat Merokok dan Langkah-langkah Untuk Menanganinya Oleh : Noor Shuhaida Muhammad Kempen Tak nak merokok acap kali menjadi polemik di media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik. Namun, apa yang menyedihkan, semakin banyak kempen diadakan semakin ramai pula para remaja terlibat dalam gejala merokok. Umum mengetahui bahawa di sebelah kotak rokok sudah dijelaskan secara terang-terangan bahawa bahaya merokok tetapi perkara tersebut dipandang sebelah mata sahaja oleh para perokok. Malah, gambar penyakit akibat merokok yang tertera di kotak rokok juga tidak diendahkan sama sekali. Sememangnya, gejala merokok tiada satu pun kebaikan malah 100 peratus mempunyai kesan negatif yang memudaratkan penagihnya. Jadi, semua pihak perlu mengambil pelbagai langkah yang proaktif bagi menangani masalah ini daripada menjadi duri dalam daging sepanjang masa. Merokok membahayakan kesihatan itulah slogan yang sering kita dengar akan bahaya daripada perbuatan menghisap rokok. Perkara ini terjadi kerana bahan yang digunakan untuk membuat rokok terdiri daripada pelbagai bahan kimia seperti racun tikus, tar, nikotin, tembakau, dan sebagainya. Apabila manusia merokok, segala bahan kimia yang terdapat di dalam rokok akan bertindak balas dengan tubuh badan manusia yang terdiri daripada organ-organ yang amat penting. Sebagai contoh, anggota mula-mula yang bertindak balas dengan rokok ialah mulut. Kesan bahan kimia kepada mulut sahaja boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti gigi menjadi kuning, bibir menjadi biru dan kanser mulut. Penyakit lain seperti asma, sakit jantung, barah otak, angin ahmar dan migrain antara penyakit yang dibuktikan akibat gejala merokok. Jadi, merokok secara jelasnya menyebabkan kesihatan manusia terjejas.

20

Selain itu, gejala merokok juga menyebabkan pembaziran wang yang keterlaluan berlaku dalam kalangan perokok. Hal ini kerana, setiap tahun pihak kerajaan akan sentiasa menaikkan harga rokok melalui belanjawan yang dibentangkan di parlimen. Walaubagaimana, para perokok tidak mempedulikan harga rokok meningkat mahal kerana mereka telah ketagih. Tidak dapat tidak, mereka akan mengusahakannya bagi mendapatkan rokok. Misalnya, bagi golongan perokok yang sudah berkeluarga sudah pastinya mereka tetap merokok walaupun menjejaskan perbelanjaan isi rumah. Begitu juga pelajar sekolah, mereka sanggup mengikat perut semata-mata ingin menyedut asap yang berpenyakit itu. Dalam agama Islam sudah diterangkan bahawa membazir adalah amalan syaitan tetapi masyarakat tidak mengendahkannya seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri . Pendek kata, menghisap rokok merupakan perkara yang nyata membazir dan merugikan wang. Sedar atau tidak, kesan perbuatan merokok juga bukan sahaja kepada individu yang merokok malah tempiasnya turut terkena kepada individu yang tidak merokok di sekeliling mereka. Hal ini kerana asap rokok yang dilepaskan di udara akan dihidu oleh orang yang berada di sekeliling perokok. Asap yang dihidu juga membawa bahan kimia dan memberi kesan kepada kesihatan orang lain. Buktinya dalam sesebuah keluarga, jika seorang bapa merokok maka si ibu dan anak-anak berkemungkinan besar mendapat penyakit seperti batuk dan asma kerana berada dalam lingkungan si bapa yang merokok. Kajian juga memperlihatkan bahawa perokok pasif iaitu orang yang tidak merokok berisiko mendapat penyakit daripada asap rokok lebih tinggi daripada perokok. Teguran kepada para perokok supaya berhenti merokok seperti mencurahkan air ke daun keladi walhal perbuatan mereka nyata menyusahkan orang ramai.

21

Setiap penyakit pasti ada ubatnya . Oleh itu, untuk mencegah tabiat merokok daripada menular pasti ada caranya. Antaranya ialah pihak kerajaan seharusnya mengubal dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan rokok. Hal ini penting bagi mengekang para remaja dan orang dewasa daripada merokok. Pihak kerajaan patut menggubal undang-undang baru dan menubuhkan badan khas bagi menjalankan tugas menguatkuasa untuk mengurangkan masalah ini. Sebagai contoh, pihak kerajaan wajar mengenakan hukuman penjara kepada mana-mana pemilik kedai yang menjual rokok kepada remaja yang berumur 18 tahun ke bawah. Selain itu, undang-undang lebih tegas juga dikenakan kepada golongan dewasa yang merokok di tempat awam seperti bayaran kompaun yang lebih tinggi dan perlu dibayar serta merta melalui badan penguatkuasa yang ditubuhkan. Dengan penguatkuasaan yang lebih tegas mampu meredakan keegoan perokok sekaligus menakutkan perokok-perokok dan secara tidak langsung mereka berfikir akan bahayanya merokok. Langkah lain yang lebih berkesan dalam menangani masalah tabiat merokok ialah dengan mengadakan kempen secara berterusan terutamanya pada peringkat institusi pendidikan. Hal ini kerana melalui kempen di sekolah dilihat mampu memberi maklumat secara berterusan kepada pelajar dan masyarakat. Perkara ini amat penting kerana dilihat mampu mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan pelajar dan masyarakat melalui pengajaran yang bermotivasi. Sebagai contoh, kempen tersembunyi dalam bilik darjah dapat diterapkan dalam mata pelajaran Sains. Dalam mata pelajaran Sains, pelbagai kesan merokok dapat diketahui oleh pelajar berserta dengan bukti yang kukuh dan maklumat yang diperoleh melalui pengajaran guru. Jadi, secara khususnya, dapatlah dikatakan bahawa kempen secara berterusan merupakan cara berkesan yang patut diteruskan dalam mengurangkan jumlah perokok sedikit demi sedikit di negara kita. Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa tabiat merokok merupakan penyakit yang agak sukar untuk diselesaikan secara mendadak oleh semua pihak di negara kita. Walaubagaimanapun, perkara ini bukan mustahil untuk diselesaikan seperti yang kita tahu ada satu perpatah mengatakan sehari selembar benang lama-lama menjadi kain iaitu setiap langkah penyelesaian pasti ada kesudahannya. Oleh itu, usaha menangani tabiat merokok sudah pastinya memerlukan komitmen daripada semua pihak bermula daripada institusi keluarga lagi melalui didikan ibu bapa terhadap anak-anak dan seterusnya pada peringkat yang lebih tinggi.

22

6.3 Rencana 3 Faktor-faktor Berlakunya Bencana Alam Oleh : Muhammad Faez Kamarudin Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. Berita-berita yang menyedihkan hati kita ini terpampang di dada-dada akhbar dan dikongsi bersama-sama oleh manusia sejagat. Kesannya, bencana alam ini telah meragut banyak nyawa yang tidak berdosa. Fenomena ini dibuktikan melalui kejadian tanah runtuh, banjir kilat, jerebu, tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi yang sering melanda dunia. Malangnya, tiada jalan penyelesaian untuk menghalang bencana alam ini daripada berlaku. Hal ini demikian kerana, sudah menjadi lumrah alam iaitu apabila tiba saat dan ketikanya, bencana alam ini pasti akan terjadi. Tiada satu kuasa pun yang mampu menangani kuasa alam, namun kejadian bencana alam yang berpunca daripada sikap manusia itu sendiri perlu diberikan perhatian agar nyawa manusia tidak terancam.

Aktiviti pembalakan memang merupakan antara penyumbang ekonomi, namun antara sedar ataupun tidak, aktiviti ini menjadi punca berlakunya bencana alam. Individu yang terbabit dalam aktiviti pembalakan seharusnya memikirkan kesannya sebelum menebang pokok kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kawasan hutan yang telah ditebang dan jika tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu, biasanya akan terdedah kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkan kerosakkan harta benda. Oleh itu, langkah yang bijaksana dan efektif perlulah dijalankan untuk menangani masalah ini daripada berlaku.

Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka. Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jerebu ini pula boleh menyebabkan pesakit asma mengalami masalah dan menyebabkan penyakit mereka semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan berhati-hati semasa melakukannya supaya tidak berlaku sebarang bencana. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan membantu kita untuk menyelamatkan nyawa manusia sejagat yang tidak berdosa.

23

Seterusnya, terdapat sesetengah anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab iaitu dengan membuang sampah ke dalam longkang dan sungai dengan sesuka hati. Secara sedar atau tidak, golongan ini sebenarnya menganiayai masyarakat seperti kata pepatah, kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya. Hal ini demikian kerana, sistem perparitan akan tersumbat oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai dan longkang. Masalah sistem perparitan yang tersumbat ini pula akan menyebabkan banjir kilat berlaku. Kejadian ini sudah pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidak berdosa. Oleh itu, pihak berkuasa haruslah mengkaji masalah ini hingga ke akar umbinya.

Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng-lereng bukit. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku. Sebagai contohnya, sebanyak 14 buah rumah di Bukit Antarabangsa musnah akibat tanah runtuh dan mengorbankan empat nyawa pada 6 Disember 2008 yang lalu. Hal ini disebabkan oleh pihak pemaju yang membangunkan kawasan tersebut tidak mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Mereka tidak membuat sistem perparitan yang sempurna untuk menyalurkan air atau membina tembok konkrit untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh. Perkara ini penting dilakukan kerana kebanyakkan kejadian tanah runtuh berlaku akibat pergerakan air di dalam tanah yang menyebabkan tanah itu longgar dan mudah runtuh.

Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahu dengan mengamalkan peribahasa seperti aur dengan tebing untuk menangani masalah ini. Janganlah kita mengamalkan peribahasa seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Jika perkara ini tidak dilakukan, sudah pastinya semua pihak terpaksa menanggung akibat buruk daripada sikap kita sendiri. Oleh itu, anggota masyarakat perlulah sedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak terletak di bahu kerajaan semata-mata. Kita harus sedar bahawa, sebenarnya Allah menganugerahkan kepada kita amanah untuk dijaga. Mahukah kita hidup di dalam kawasan tanah runtuh, jerebu, banjir dan kemarau? Oleh hal yang demikian, tepuklah dada, tanyalah selera, sebelum bertindak.

24

7.0 Laporan Simulasi

Saya telah ditugaskan untuk membuat laporan rencana berkaitan simulasi yang telah diadakan iaitu sempena majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan. Saya membuat laporan berdasarkan ucapan yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah, Puan Hajah Siti Firusah binti Saibudan@Adan.

Bulan Bahasa Kebangsaan Oleh : Noor Shahira Binti Mohd Rozi

Bahasa merupakan alat komunikasi. Lebih daripada itu, bahasa juga merupakan sarana dalam membina tamadun sesuatu bangsa dan negara. Sebagai alat komunikasi, pembinaan dan pembentukan sesebuah negara harus memfokus kepada usaha memperkasa bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara tersebut. Tanpa alat komunikasi yang berkesan, segala hasrat dan tindak-tanduk sesebuah kerajaan akan mengalami kekangan malahan boleh mewujudkan jurang komunikasi dan salah maklumat. Di Malaysia, bahasa yang diangkat menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

Demikianlah sedutan ucapan Yang Berbahagia Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah Puan Hajah Siti Firusah binti Saibudan@Adan semasa merasmikan majlis Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Sekolah Kebangsaan Kerubong pada 13 Ogos yang lalu. Ucapan yang disampaikan oleh beliau begitu menarik perhatian hadirin yang hadir terutamanya pelajar Sekolah Kebangsaan Kerubong itu sendiri.

Di Malaysia, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan sekali gus berfungsi sebagai bahasa rasmi negeri. Bahasa kebangsaan ditakrifkan sebagai bahasa yang diterima dan digunakan oleh penduduk dalam sesebuah negeri. Bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Pentakrifan bagi bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan. Selain dua fungsi bahasa tersebut, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi.

25

Semangat perjuangan menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu tercetus apabila jiwa rakyat telah timbul kesedaran untuk menjadi bangsa berdaulat. Salah satu cara menjadi bangsa berdaulat ialah dengan memerintah sendiri negera tanpa dikuasai atau ditunjuki oleh penjajah. Setelah tercapainya kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Fungsi ini telah termaktub dalam Bahagian 12 Am dan pelbagai 152 fasal (1) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut bahawa, Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh parlimen. Maka terbuktilah bahawa bahasa Melayu merupakan kebebasan dan kedaulatan negeri daripada belenggu penjajahan. Ditinjau dalam sejarah kerajaan-kerajaan Melayu terdahulu, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca. Ia digunakan oleh semua kaum untuk semua urusan pentadbiran dan perdagangan.

Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, amat wajar sekali Malaysia mempunyai satu bahasa kebangsaan kerana bahasa kebangsaan sebagai gambaran akan status sesuatu bangsa. Bangsa yang bermaruah mempunyai bahasa kebangsaan sendiri, menggunakan bahasa sendiri dan bangsanya mempunyai identiti kebahasaan sendiri. Oleh itu, untuk memupuk sifat sayangkan bahasa kita, pelbagai kempen telah diadakan seperti Cintai Bahasa Kita, Bahasa Jiwa Bangsa dan sebagainya. Rakyat dari pelbagai kaum akan dapat mengenali dan mendekatkan diri dengan bahasa kebangsaan. Justeru, bahasa Melayu dengan segala sifatnya dapat menjadi pembakar semangat kebangsaan di negara ini Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu di sekolah-sekolah termasuk di maktab-maktab perguruan dan universiti-universiti. Bahasa ilmu pula ialah bahasa komunikasi yang bermaksud bahasa sebagai alat penyebaran, penyampaian dan penerimaan maklumat. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu banyak merakam pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang yang ditulis oleh pakar bidang berkenaan. Salah satu tujuan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah untuk memperkasakan bahasa Melayu. Justeru, kursus-kursus yang ditawarkan disampaikan dan dirakam dalam bahasa Melayu, termasuk ilmu dalam bidang sains dan seknologi. Sehingga kini, UKM telah mengeluarkan ramai graduan dalam bidang sains dan teknologi dan sedang berkhidmat di pasaran. Telah sekian ramai ahli perubatan dan ahli kimia dikeluarkan dan khidmat mereka ibarat duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pakar-pakar yang mendapat pendidikan dari Barat. Khidmat mereka pula menetaskan tenaga-tenaga khidmat yang lain

26

Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri keintelektualan bahasa. Keintelektualan bahasa bermaksud keupayaan bahasa dalam menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dengan tepat dan dapat dilenturkan dengan mudah. Bahasa Melayu juga boleh menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri kesempurnaan bahasa iaitu kestabilan seperti sistem pembentukan istilah atau konsep dan peraturan seperti ejaan, sebutan, pemakaian, tatabahasa dan lain-lain lagi. Satu lagi ciri kesempurnaan bahasa ialah kelenturan di mana bahasa Melayu mudah untuk disesuaikan dengan persekitaran dan perubahan yang berlaku dari masa ke semasa. Kesimpulannya, bahasa Melayu dianggap dapat memikul tanggungjawab yang besar dalam mengangkat martabat bahasa dan bangsa di tanah air tercinta ini. Oleh sebab itu, segala fungsi bahasa Melayu iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi perlu terus didaulatkan agar keperkasaan bahasa Melayu kekal dan dikagumi.

27

8.0 Refleksi

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah serta kurnianya dapatlah saya menyiapkan kerja kursus Bahasa Melayu (I) Akademik (PM 3311 P4) ini. Kerja kursus ini telah mula diberikan kepada saya dan rakan sekelas pada 27 Julai 2012 dan perlu dihantar pada 27 Ogos 2012. Berkat kesabaran dan hasil pertolongan rakan-rakan serta pensyarah pembimbing, kerja kursus ini berjaya dihantar dengan sempurna dan tepat pada masanya. Tak kenal maka tak cinta, itulah perumpamaan yang dapat saya samakan dengan hasil pengalaman yang telah saya timba daripada kerja kursus ini. Banyak pengalaman manis dan pahit yang saya dapat sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini. Antaranya semasa melaksanakan simulasi pengacaraan majlis sempena Bulan Bahasa Kebangsaan. Di sini pengalaman yang bermakna bagi saya adalah kerjasama dan kata sepakat yang saya dan rakan sekelas persetujui bagi menjayakan simulasi ini. Walaupun kami telah dibahagikan tugas masing-masing oleh pengerusi simulasi namun kami tidak merasakan yang kami terbeban dan kami masih sama-sama membantu rakan yang lain tanpa mengira bidang tugas. Selain itu, saya dapat merasakan pengalaman mengadakan persembahan lakonan bagi mencantikkan lagi simulasi kami. Saya juga turut serta dalam lakonan tersebut bersama tiga lagi rakan sekelas saya. Mesej yang hendak kami sampaikan menerusi lakonan itu adalah kita perlu memartabatkan bahasa kebangsaan kita tanpa mengira warna kulit mahupun di negara mana kita belajar. Alhamdulillah mesej yang kami cuba bawa dapat difahami dan diterima oleh rakan-rakan yang lain. Tidak kurang hebat juga persembahan rakan-rakan yang lain, terdapat input dan mesej yang tersembunyi dalam persembahan mereka dan saya ambilnya sebagai satu tambahan ilmu kepada saya. Pengalaman lain yang amat berguna bukan sahaja pada diri saya malah buat rakan sekelas adalah pengalaman kami semasa melaksanakan simulasi pengacaraan majlis ini. Sebagai bakal guru kelak, sudah pasti di sekolah nanti kami perlu mengadakan majlis seperti ini. Oleh itu, kami dapat jadikan simulasi ini sebagai rujukan dan ilmu buat kami untuk menjadikan majlis di sekolah nanti lebih baik. Bukan itu sahaja malah ajaran dan teguran oleh pensyarah pembimbing di akhir simulasi sangat bermanfaat kepada saya dan rakan-rakan. Teguran beliau dapat kami ambil sebagai pengajaran agar kami tidak melakukan kesalahan dan kesilapan semasa menjayakan sesuatu program atau majlis di sekolah kelak.

28

Selain itu, melalui tugasan penulisan akademik yang dilakukan secara individu juga memberi pengalaman yang tidak sia-sia kepada saya. Dalam tugasan ini saya perlu mencari maklumat tentang definisi, jenis, format dan ciri-ciri komunikasi bertulis bagi tajuk rencana. Maklumat tersebut perlu diolah dan dihasilkan dalam bentuk esei. Pengalaman yang saya dapat adalah sentiasa bersikap peka dan tidak mengambil mudah sesuatu perkara. Apa yang dapat saya katakan di sini adalah saya perlu peka dan cakna semasa menaip esei. Saya perlu teliti agar tidak mengalami kesalahan ejaan dalam esei yang saya hasilkan. Pengalaman lain yang dapat saya kongsikan di sini adalah berlaku kesalahan dan ketidaksamaan maklumat yang terdapat di dalam buku dengan yang saya layari menerusi internet. Hal ini kerana maklumat yang saya dapat itu daripada blog dan bukannya laman web yang sah. Daripada pengalaman ini, dapat mendidik diri saya agar berhati-hati dan sentiasa peka semasa mencari maklumat kelak. Semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini terdapat kekangan dan masalah yang saya alami. Selalu kita dengar orang berkata adat pertandingan ada kalah dan menang, begitu juga saya fikir adat belajar sudah pasti ada halangannya. Walaubagaimanapun saya menganggapnya sebagai satu motivasi dan cabaran kepada saya untuk menghasilkan kerja kursus ini dengan baik dan sempurna. Masalah yang saya alami adalah maklumat yang saya peroleh tidak begitu banyak dan baik, maklumat yang saya peroleh melalui buku dan internet tidak cukup bagi saya untuk diolah dan dihasilkan dalam bentuk esei. Oleh itu, saya merujuk pensyarah pembimbing untuk menambah maklumat dan memastikan ketepatan maklumat yang saya peroleh. Masalah lain yang saya hadapi adalah berlaku kesuntukan masa semasa melaksanakan latihan simulasi. Latihan simulasi pengacaraan majlis yang kami jalankan ini tidak dapat kami lakukan dengan sepenuhnya kerana kesuntukan masa. Kami akui bahawa kami tidak dapat menguruskan masa dengan sebaik mungkin. Walaubagaimanapun simulasi yang sebenarnya dapat kami laksanakan dengan baik dan kami berasa lega dan berpuas hati. Komen yang diberikan oleh pensyarah pembimbing kami terima sebagai pengajaran. Bagi mengelakkan perkara seperti ini daripada berlaku lagi, saya dan rakan sekelas akan lebih bijak menguruskan masa dan bersikap lebih proaktif semasa melaksanakan sesuatu tugasan yang telah diamanahkan.

29

Hasil yang berguna daripada pengalaman dan masalah yang saya hadapi semasa proses melakukan tugasan ini sangatlah banyak dan mampu meningkatkan kefahaman saya tentang hasil pembelajaran kursus. Hasil pembelajaran kursus daripada kerja kursus ini ialah dapat mengetahui pembahagian huruf-huruf vokal, konsonan, dan diftong bahasa Melayu dan mengetahui serta mengaplikasikan sistem ejaan rumi dengan betul. Selain itu, hasil pembelajaran kursus adalah mempraktikkan bahasa dalam komunikasi bertulis dengan berkesan. Kesemua hasil pembelajaran kursus ini dapat saya fahami kerana melalui tugasan individu saya dikehendaki menulis esei berkaitan rencana. Semasa menulis esei sudah pastinya terdapat beribu perkataan yang mempunyai pembahagian sama ada huruf vokal, konsonan dan diftong. Daripada itu, saya dapat mengenal dan mengetahui dengan lebih mendalam huruf-huruf tersebut. Selain itu, semasa menulis rencana saya menjumpai banyak perkataan yang sebelum ini belum pernah saya gunakan. Oleh itu, saya merujuk kamus dewan untuk mengetahui makna perkataan tersebut. Maka, saya dapat mengetahui dan mengaplikasikan sistem ejaan rumi dengan betul. Dengan pengalaman ini juga, saya dapat mempraktikkan bahasa dalam komunikasi bertulis dengan berkesan bukan sahaja pada rencana tetapi juga pada komunikasi bertulis yang lain seperti laporan dan sebagainya. Saya juga dapat mengetahui bahawa sistem ejaan rumi lebih teratur, terutama dari segi keselarasan huruf vokal, aturan pengejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa asing dan pengejaan istilah khusus hasil daripada kerja kursus ini. Dengan pengetahuan yang sedikit sebanyak ini dapatlah saya gunakan pada masa hadapan. Pada pendapat saya, kesemua pengetahuan yang saya peroleh ini amat berkait rapat hubungannya dengan pengajaran dan pembelajaran saya semasa di sekolah nanti. Kesimpulannya, kerja kursus ini sangat memberi makna dan faedah kepada saya. Ini kerana kesemua isi tugasan dapat saya praktikkan dalam kehidupan dan memanfaatkannya kepada anak murid saya pada masa akan datang.

30

9.0 Bibliografi

Aminudin Mansor. ( 2012, Julai ). Bahasa Memancarkan Budi Bahasa. Dewan Bahasa, 12:40-41 Baharum Sulaiman. (1995, Disember). Bahasa Sastera dalam Pengajaran Bahasa Melayu, Pelita Bahasa, 12:18-21 Dr. Abdull Sukor Shaari, Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff & Mohd Isha Awang. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Bentong: PTS Publications & Distribution Sdn. Bhd. Mus Chairil Samani. (1997). Penulisan Rencana Berkesan. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Noresah Baharom et al. (Ed.). (2000). Kamus Dewan (edisi ke-3). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Sulaiman Masri, & Ahmad Khair Mohd Nor. (2005). Seni Mengarang. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Mohd Shafuan Zulkafli. Nota Rencana. Dicapai pada 29 Julai 2012, daripada http://www.scribd.com/doc/25677929/Nota-Rencana

31

LAMPIRAN

32

Anda mungkin juga menyukai