Anda di halaman 1dari 22

BAB 6 : Masalah Makroekonomi dan Dasar Penstabilan

A. Masalah ekonomi

fokus subtajuk : - guna tenaga penuh. - inflasi. - deflasi. - pemulihan ekonomi.

Konsep pendapatan negara sebenar dan pendapatan negara potensi

Rajah menunjukkan perubahan pendapatan negara (PN) benar berlaku dari satu tahun ke tahun yang lain. Perubahan PN benar yang berada di atas dan di bawah PN potensi telah menimbulkan beberapa keadaan ekonomi, iaitu a. b. c. d. ekonomi dalam guna tenaga penuh (GTP). inflasi. deflasi/kemelesetan ekonomi. pemulihan ekonomi.

PN benar (KNK benar) adalah jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang sebenar dicapai oleh sesebuah negara untuk tempoh satu tahun. PN potensi (KNK potensi) pula adalah jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dicapai oleh sesebuah negara dalam masa satu tahun ketika ekonomi mencapai GTP. GTP berlaku apabila kesemua faktor pengeluaran telah digunakan dengan sepenuhnya dan kadar pengangguran hanyalah 4% atau kurang. Merujuk pada rajah di atas, titik P menunjukkan ekonomi telah capai PN pada GTP dalam tahun T0.

Di antara titik P dengan titik Q ekonomi berada dalam keadaan melambung, menyebabkan PN benar melebihi PN potensi antara tahun T0 dan T1. Dalam tempoh tersebut berlaku kenaikan tingkat harga umum atau inflasi disebabkan oleh faktor-faktor berikut:i. lebihan perbelanjaan agregat. ii. kenaikan kos pengeluaran. iii. kenaikan harga barang import. Di antara titik Q dan R pula, kenaikan tingkat harga umum dan kegiatan ekonomi mula menurun tetapi PN benar masih lebih tinggi dari PN potensi. Oleh itu antara titik P dan R telah berlaku inflasi dalam ekonomi. Pada titik R, ekonomi sekali lagi telah capai tingkat PN GTP dalam tahun T2. Di antara titik R dan S ekonomi berada dalam keadaan kemelesetan, menyebabkan PN benar kurang dari PN potensi antara tahun T2. dan T3. Pada ketika itu ekonomi menghadapi keadaan peningkatan kadar pengangguran. Selepas titik S, ekonomi mula pilih dari keadaan kemelesetan apabila PN benar semakin bertambah sehingga capai PN benar sama dengan PN potensi pada titik V dalam tahun T4. Dari huraian di atas, jelas menunjukkan keadaan PN benar seperti itu telah menimbulkan masalah ketidakstabilan ekonomi. Oleh itu campur tangan kerajaan adalah perlu untuk membetulkan keadaan setelah ekonomi pasaran bebas gagal untuk mengatasinya. 1. Lompang Deflasi dan Lompang Inflasi

Lompang deflasi merujuk kepada perbelanjaan agregat yang berada di bawah penawaran agregat pada tingkat PN guna tenaga penuh.

Merujuk kepada rajah (a), O Ye.. adalah tingkat keseimbangan PN apabila Y = C + I + G dan O Yf. adalah tingkat PN guna tenaga penuh. Yf adalah kurang dari O Yf. menunjukkan keseimbangan PN yang dicapai adalah kurang dari tingkat PN guna tenaga penuh. Oleh itu faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya, maka wujud masalah pengangguran. Pada O Yf.. perbelanjaan agregat adalah D Yf manakala penawaran agregat adalah L Yf. Oleh itu wujud keadaan D Yf kurang dari LYf sebesar LD. Oleh itu LD di kenali sebagai lompang deflasi. Merujuk kepada rajah (b) pula, O Ye adalah tingkat keseimbangan PN apabila I + G = S + T. O Yf adalah tingkat PN guna tenaga penuh. O Ye adalah kurang dari O Yf .Oleh itu ia menunjukkan keadaan suntikan kurang daripada bocoran dan menghalang ekonomi capai guna tenaga penuh. Pada O Yf suntikan adalah D1 Yf dan bocoran adalah L1Yf. Oleh itu D1 Yf kurang dari L1Yf sebesar L1 D1 dan dikenali sebagai lompang inflasi. Oleh itu lompang inflasi boleh didefinisikan sebagai perbezaan antara perbelanjaan agregat yang perlu dicapai dengan perbelanjaan agregat yang sebenar dicapai pada tingkat PN guna tenaga penuh.

Lompang inflasi merujuk kepada perbelanjaan agregat yang melebihi penawaran agregat pada tingkat PN guna tenaga penuh. Merujuk rajah (a) O Ye adalah tingkat keseimbangan PN apabila Y = C + I + G. O Yf adalah tingkat PN guna tenaga penuh. O Ye melebihi O Yf menunjukkan keseimbangan PN yang sebenar dicapai melebihi tingkat PN guna tenaga penuh. Oleh kerana ekonomi telah capai guna tenaga penuh penawaran agregat tidak dapat ditambah untuk memenuhi lebihan perbelanjaan agregat. Oleh itu tingkat harga umum akan naik secara berterusan dan wujudnya inflasi.

Pada O Yf perbelanjaan agregat (L Yf) adalah melebihi penawaran agregat (I Yf) sebesar LI dinamakan sebagai lompang inflasi. Merujuk kepada rajah (b) suntikan (L1 Yf) melebihi bocoran (I1Yf) sebesar L1 I1 pada tingkat PN guna tenaga penuh dan lebihan ini dinamakan sebagai lompang inflasi. 1. Menghitung lompang deflasi dan lompang inflasi

Lompang deflasi dapat dihitung dengan menggunakan rumus berikut

5.

Jurang KNK

Jurang KNK ialah perbezaan antara KNK potensi dengan KNK keseimbangan.

i- Pengangguran
Tenaga Buruh : penduduk yang berumur 15-64 tahun yang sanggup bekerja. . Guna Tenaga : penduduk yang telah memperoleh perkerjaan. Penganggur : penduduk yang belum mendapat kerja tetapi sedang mencari perkerjaan. Formulae : Jumlah Penganggur = Jumlah Tenaga Buruh - Jumlah Guna Tenaga Kadar Penganggur = (Jumlah Penganggur/Jumlah Tenaga Buruh) x 100% Jenis-jenis Pengangguran : (a) Pengangguran Kitaran - apabila Ms , C , AE , nilai M , maka berlaku deflasi. - akibat AE, maka pengeluaran firma juga , kemudian Labour (L) akan . - pengangguran jangka panjang. (b) Pengangguran Struktur - sebuah negara mengalami struktur ekonomi. cth : dalam sektor utama, kehausan perlombongan bijih timah. - L akan menganggur kerana tiada kelayakan untuk berkerja dengan sektor lain. - pengangguran jangka panjang. (c) Pengangguran Teknologi - firma mengguna teknologi/mesin baru yang dapat produktiviti, maka firma akan L, untuk kos pengeluaran. (d) Pengangguran Geseran - pelajar sekolah yang sedang mencari perkerjaan. - pekerja yang berhenti kerja untuk mencari kerja yang lebih lumayan. - pekerja kontrak. - pengangguran bersifat sementara. (e) Pengangguran Bermusim - pesawah padi yang menunggu musim menanam semula setelah musim menuai. - penoreh getah yang tidak dapat menoreh kerana musim hujan. - nelayan yang tidak dapat ke laut semasa musim tengkujuh.

ii-

Inflasi

Inflasi : tingkat harga umum secara berterusan. - banyak duit, tapi barang sikit => RM10 boleh dapat 6 barang, tetapi semasa keadaan inflasi, RM10 hanya boleh dapat 2 barang sahaja. Formulae : Kadar Inflasi = (IH1 - IH0/IH0) x 100% IH1 = indeks harga pengguna tahun baru. IH0 - Indeks harga pengguna tahun lama.

Darjah inflasi dialami oleh negara menentukan sama ada inflasi akan menggalakkan perkembangan ekonomi atau sebaliknya : (a) Inflasi Sederhana - berlaku semasa kadar tingkat harga umum diantara 2% - 3%. - pelaburan dan kegiatan ekonomi adalah menggalakkan. - peluang pekerjaan bertambah. (b) Inflasi Merayap - berlaku semasa kadar tingkat harga umum diantara 4% - 5%. - isi rumah hadapi bebanan kos hidup. - firma hadapi beban kos pengeluaran. (c) Inflasi Melampau - berlaku semasa kadar tingkat harga umum sangat tinggi. - isi rumah hadapi masalah menanggung kos hidup. - firma kecil-kecilan akan muflis.

Inflasi Tertekan = dapat dikawal oleh G Inflasi Terbuka = gagal dikawal oleh G Slumpflasi = inflasi berlaku semasa deflasi (kemelesetan), iaitu tingkat harga umum secara berterusan diiringi kadar pengangguran yang membimbangkan.

Jenis Inflasi
(a) Inflasi Tarikan Permintaan - proses kenaikan harga umum akibat kenaikan AD. - berpunca daripada pertambahan dalam bekalan wang, pertambahan G, I, dan kadar T. - punca-punca tersebut akan AD sehingga wujud lebihan AD pada tingkat guna tenaga penuh.

Keluk Inflasi Tarikan Permintaan Huraian : keseimbangan ekonomi berada pada tingkat harga umum P, dan Yn ialah Y. Terdapat banyak faktor pengeluaran yang belum digunakan, maka permintaan agregat dapat ditambahkan dari AD kepada AD1, tanpa menaikkan tingkat harga umum P. Apabila tingkat Yn bertambah dari Y kepada Y1, menunjukkan bahawa ekonomi hampir mencapai tingkat guna tenaga penuh. Hanya tinggal sedikit faktor pengeluaran sahaja yang dapat digunakan untuk menambahkan AS daripada Y1 kepada Y2 bagi memenuhi permintaan agregat dari AD1 kepada AD2. Keadaan ini menyebabkan tingkat harga umum naik daripada P kepada P1. Apabila ekonomi mencapai guna tenaga penuh pada Y2, ini menunjukkan bahawa ekonomi telah mengguna seluruh faktor pengeluaran sepenuhnya. Kesannya, tingkat harga umum terus meningkat daripada P1 kepada P2, dan tarikan permintaan berlaku.

(b) Inflasi Tolakan Kos - proses kenaikan harga umum akibat kos pengeluaran. - berpunca daripada untung firma, upah buruh, dan kos faktor pengeluaran lain. - punca-punca tersebut akan AS sehingga tingkat harga umum.

Keluk Inflasi Tolakan Kos Huraian : apabila ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh pada Y, kuasa menuntut upah oleh kesatuan sekerja adalah sangat kuat. Keadaan ini akan menambahkan kos pengeluaran firma. Kenaikan kos pengeluaran menyebabkan firma akan mengurangkan penawaran untuk meninggikan harga bagi menampung beban pertambahan kos, pada masa yang sama firma telah memindahkan beban kenaikan kos kepada pihak pengguna. Jika banyak keluaran dalam pasaran mengalami kenaikan kos, AS akan berkurangan (keluk AS beralih ke kiri) dan tingkat harga umum akan naik. Kesannya, inflasi tolakan kos terjadi.

(c) Inflasi Diimport - keadaan berpunca daripada harga barang-barang diimport. - mata wang asing menyebabkan pertukaran wang tempatan bertambah. - apabila sesebuah negara mengimport barang dari negara asing yang sedang mengalami inflasi, maka barang yang diimport tersebut akan dijual dengan harga yang lebih tinggi di pasaran tempatan. Apabila banyak barang import mengalami harga, inflasi diimport berlaku di negara.

p/s : Inflasi => Kos Taraf Hidup Rakyat Meningkat.

B. Dasar Fiskal (dasar belanjawan)


dasar fiskal merupakan dasar mengubah kadar cukai (T) dan perbelanjaan kerajaan (G) untuk menjaga kestabilan ekonomi. Tujuan Utama - untuk mencapai pertumbuhan ekonomi berterusan tanpa inflasi dan pengangguran. - untuk mencapai pengagihan pendapatan yang lebih saksama dengan merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan miskin.

Pemantap Automatik - alat kerajaan yang dapat mengecilkan keadaan melambung-meleset ekonomi secara automatik. - menstabilkan ekonomi secara automatik. - kerajaan tidak perlu mengubah dasar fiskal atau dasar kewangan sedia ada. - tidak dapat mengatasi masalah inflasi dan pengangguran sepenuhnya, hanya dapat melambatkan perkembangan ekonomi atau kemerosotan ekonomi. Jenis-jenis Pemantap Automatik (a) Cukai Progresif dan Cukai Proposional - kutipan T Progresif dan T Proposional oleh kerajaan dapat mengubah Yb dan AD.

- Semasa ekonomi melambung, Y masyarakat meningkat, seterusnya AD meningkat, keadaan ini menyebabkan tingkat harga umum naik. Pengenaan T Progresif dan T Proposional akan mengurangkan Yb masyarakat, akibatnya peningkatan AD dikurangkan, keadaan ini dapat mengecilkan kenaikan tingkat harga umum. - Semasa ekonomi meleset, Y masyarakat berkurangan dan seterusnya AD berkurang, keadaan ini menyebabkan firma-firma mengurangkan SS dan penggunaan buruh, seterusnya kadar pengangguran meningkat. Pengenaan T Progresif dan T Proposional menyebabkan kutipan cukai Y berkurangan mengikut pengurangan Y masyarakat, ini bermakna pengurangan Yb tidak begitu besar, seterusnya pengurangan AD dikecilkan, keadaan ini dapat mengecilkan kenaikan kadar pengangguran. (b) Bayaran Pindahan Kerajaan - bayaran pindahan kerajaan termasuk elaun pengangguran kepada penganggur. - Semasa ekonomi melambung, jumlah penganggur berkurang, oleh itu, bayaran elaun pengangguran turut dikurangkan, keadaan ini mengurangkan kenaikan AD dan menekan kenaikan kadar inflasi. Semasa ekonomi meleset, jumlah penganggur bertambah, oleh itu, bayaran elaun pengangguran turut bertambah, keadaan ini mengurangkan kejatuhan AD dan menggalakkan pemulihan ekonomi. (c) Dasar Harga Max dan Dasar Harga Min - kedua-dua dasar ini secara automatik menjamin kestabilan tingkat harga dalam ekonomi. - Semasa ekonomi melambung, dasar harga Max akan menghalang kenaikan tingkat harga melebihi tingkat harga Max. - Semasa ekonomi meleset, dasar harga Min akan menghalang penurunan tingkat harga kurang daripada tingkat harga Min.

Dasar Fiskal Budi Bicara - merujuk kepada tindakan kerajaan mengubah G dan T demi mengatasi masalah inflasi atau pengangguran dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Jenis-jenis Dasar Fiskal Budi Bicara (a) Dasar Fiskal Menguncup - digunakan semasa ekonomi menghadapi inflasi, kerajaan akan meningkatkan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengurangkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah inflasi. (b) Dasar Fiskal Mengembang - digunakan semasa ekonomi menghadapi deflasi, kerajaan akan mengurangkan kadar cukai dan menambahkan perbelanjaan kerajaan bagi meningkatkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah pengangguran. (c) Dasar Fiskal Seimbang

- digunakan semasa ekonomi menghadapi deflasi, kerajaan akan menambahkan perbelanjaan kerajaan dan kadar cukai dengan jumlah yang sama bagi meningkatkan perbelanjaan agregat. pengurangan kadar pengangguran dan peningkatan pendapatan negara, dengan ini menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

p/s : alat mengawal kestabilan ekonomi.

Alat Dasar Fiskal


merujuk kepada perubahan G dan T Mengatasi Inflasi -G -T Mengatasi Deflasi -G -T

Kesan Dasar Fiskal Dengan Pendekatan Keynesian Mengurangkan Perbelanjaan Kerajaan ( G)

Huraian : Rajah diatas menunjukkan tindakan kerajaan mengurangkan G untuk menutup lompang inflasi. Inflasi berlaku apabila AE lebih besar daripada AS pada tingkat guna tenaga penuh. Apabila kerajaan mengurangkan G, keluk suntikan I+G akan beralih kepada keluk

I+G-G dan menyebabkan tingkat pendapatan negara berkurang dari Ye kepada Yf. Dengan ini, lompang inflasi sebesar XY dapat ditutup dan masalah kenaikan tingkat harga umum dapat diatasi. Menambah Cukai ( T)

Huraian : Rajah diatas menunjukkan tindakan kerajaan menambahkan T untuk menutup lompang inflasi. Inflasi berlaku apabila AE lebih besar daripada AS pada tingkat guna tenaga penuh. Apabila kerajaan menambahkan T, keluk bocoran S+T akan beralih kepada S+T+T dan menyebabkan tingkat pendapatan berkurang daripada Ye kepada Yf. Dengan ini, lompang inflasi sebesar XY dapat ditutup dan masalah kenaikan tingkat harga umum dapat diatasi. Menambah Perbelanjaan Kerajaan ( G)

Huraian : Rajah diatas menunjukkan tindakan kerajaan menambahkan G untuk menutup lompang deflasi. Deflasi berlaku apabila AE lebih kecil daripada AS pada tingkat guna tenaga penuh. Apabila kerajaan menambahkan G, keluk suntikan I+G akan beralih kepada I+G+G dan menyebabkan tingkat pendapatan bertambah daripada Ye kepada Yf. Dengan ini, lompang deflasi sebesar XY dapat ditutup dan masalah pengangguran dapat diatasi. Mengurangkan Cukai ( T)

Huraian : Rajah diatas menunjukkan tindakan kerajaan mengurangkan T untuk menutup lompang deflasi. Deflasi berlaku apabila AE lebih kecil daripada AS pada tingkat guna tenaga penuh. Apabila kerajaan mengurangkan T, keluk bocoran S+T akan beralih kepada S+T-T dan menyebabkan tingkat pendapatan bertambah daripada Ye kepada Yf. Dengan ini, lompang deflasi sebesar XY dapat ditutup dan masalah pengangguran dapat diatasi.

p/s : soalan berkenaan keynesian popular.

Kesan Dasar Fiskal Dengan Pendekatan AD-AS

Mengurangkan G atau Menambahkan T (dasar fiskal menguncup) - tindakan kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan agregat seterusnya menurunkan pendapatan negara dan harga umum.

Huraian : Keseimbangan asal tercapai apabila AD0=AS pada titik E0, dengan tingkat harga umum P0 dan tingkat pendapatan negara Y0. Apabila kerajaan mengenakan dasar fiskal menguncup dengan mengurangkan G atau menambahkan T telah menyebabkan keluk AD0 beralih kepada AD1. Keseimbangan baru tercapai apabila AD1=AS pada titik E1, dengan tingkat harga umum merosot kepada P1 dan pendapatan negara berkurangan kepada Y1.

Menambahkan G atau Mengurangkan T (dasar fiskal mengembang) - tindakan kerajaan untuk menambahkan perbelanjaan agregat seterusnya menaikkan pendapatan negara dan harga umum.

Huraian : Keseimbangan asal tercapai apabila AD0=AS pada titik E0, dengan tingkat harga umum P0 dan tingkat pendapatan negara Y0. Apabila kerajaan mengenakan dasar fiskal mengembang dengan menambahkan G atau mengurangkan T telah menyebabkan keluk AD0 beralih kepada AD1. Keseimbangan baru tercapai apabila AD1=AS pada titik E1, dengan tingkat harga umum meningkat kepada P1 dan pendapatan negara bertambah kepada Y1.

Kelebihan dan Kelemahan Dasar Fiskal Budi Bicara Kelebihan - selepas perlaksanaan, lompang inflasi dan lompang deflasi dapat dikurangkan. Ini menunjukkan masalah inflasi dan deflasi dapat dikurangkan. - membolehkan pendapatan guna tenaga penuh tercapai tanpa masalah inflasi dan deflasi. - untuk mengekalkan kestabilan ekonomi melalui masa. Kelemahan - ramalan kerajaan entang masalah ekonomi tidak selalu tepat. - kerajaan memerlukan jangka masa yang panjang untuk mengubah G dan T. - perlaksanaan dasar fiskal mengembang berterusan akan meningkatkan permintaan agregat dan seterusnya menyebabkan inflasi tarikan permintaan berlaku. Pertambahan permintaan agregat juga menyebabkan wujud persaingan di kalangan firma yang mengalami kekurangan faktor pengeluaran dan seterusnya menyebabkan inflasi tolakan kos berlaku. - dasar fiskal mengembang perlu dibiayai dengan pinjaman luar negara. Pinjaman ini menghalang pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang kerana perlu membayar pinjaman semula dan mengakibatkan pengaliran mata wang ke luar negara, ini menyebabkan berlaku pengurangan dalam sumber kewangan dalam negara. - perlaksanaan dasar fiskal menguncup berterusan akan mengurangkan permintaan agregat dan seterusnya mengurangkan penawaran agregat dan akhirnya berlaku kenaikan kadar pengangguran akibat firma memberhentikan pekerja untuk mengurangkan kos pengeluaran.

p/s : dasar fiskal ini adalah untuk mempengaruhi G dan T.

C. Dasar Kewangan
- selain pihak kerajaan.. pihak bank pusat juga memainkan peranan dalam mengawal kestabilan ekonomi dengan mengenakan dasar kewangan terhadap bank-bank. - dasar kewangan ini adalah untuk mempengaruhi bekalan wang (Ms) dan kadar bunga (r). - dibahagikan kepada 2 iaitu dasar kewangan kuantitatif (pengaruhi Ms dan r) dan dasar kewangan kualitatif (pengaruhi bentuk pinjaman dan pelaburan bank-bank perdagangan).

Dasar Kewangan Kuantitatif (a) Mengubah Kadar Bank - tindakan bank pusat membuat perubahan terhadap kadar faedah terhadap bank-bank perdagangan. - semasa inflasi, bank pusat akan menaikkan kadar bunga untuk meninggikan kos pinjaman yang diberikan oleh pihak bank perdagangan kepada peminjam. Ini adalah untuk mengurangkan kemampuan peminjam untuk melakukan urus niaga, keadaan ini menyebabkan permintaan agregat berkurangan dan seterusnya menurunkan tingkat harga umum, akhirnya inflasi dapat diatasi. - semasa deflasi, bank pusat akan merendahkan kadar bunga untuk menurunkan kos pinjaman yang diberikan oleh pihak bank perdagangan kepada peminjam. Ini adalah untuk menambahkan kemampuan peminjam untuk melakukan urus niaga, keadaan ini menyebabkan permintaan agregat bertambah dan seterusnya meningkatkan tingkat guna tenaga, akhirnya deflasi dapat diatasi. (b) Operasi Dalam Pasaran Terbuka - tindakan bank pusat menjual-beli bil perbendaharaan dan bon kerajaan di pasaran modal. - semasa inflasi, bekalan wang dalam ekonomi harus dikurangkan. Bank pusat akan menjual bil perbendaharaan atau bon kerajaan kepada bank-bank perdagangan dan orang ramai. Dengan ini, wang yang dipegang oleh bank-bank perdagangan dan orang ramai berkurang, seterusnya jumlah wang yang boleh dibelanja untuk urus niaga dapat dikurangkan juga, akhirnya inflasi dapat diatasi. - semasa deflasi, bekalan wang dalam ekonomi harus ditambahkan. Bank pusat akan membeli bil perbendaharan atau bon kerajaan daripada bank-bank perdagangan dan orang ramai. Dengan ini, wang yang dipegang oleh oleh bank-bank perdagangan dan orang ramai bertambah, seterusnya jumlah wang yang boleh dibelanja untuk urus niaga dapat ditingkatkan juga, akhirnya deflasi dapat diatasi. (c) Mengubah Nisbah Rizab Berkanun dan Mengubah Nisbah Harta Cair - kejayaan dasar kewangan kuantitatif adalah ditentukan oleh keadaan lebihan rizab bankbank perdagangan. - semasa inflasi, bank-bank perdagangan boleh beli bil perbendaharan dengan lebihan rizab dan tidak perlu kurangkan jumlah deposit semasa, dengan ini bekalan wang dalam ekonomi tidak dikurangkan. Akhirnya dasar kenaikan kadar bank dan operasi menjual bil perbendaharaan atau bon kerajaan di pasaran terbuka akan gagal. - semasa deflasi, nisbah rizab (berkanun dan harta cair) perlu diturunkan oleh bank pusat untuk meningkatkan keupayaan bank-bank perdagangan memberi kredit dan seterusnya menambahkan pelaburan dalan negara. Akhirnya bekalan wang dalam ekonomi bertambah dan deflasi dapat diatasi.

(d) Funding - tindakan bank pusat mengurangkan pengeluaran sekuriti kerajaan jangka pendek dan menambahkan pengeluaran sekuriti kerajaan jangka panjang bagi mengatasi inflasi. - melambatkan penjualan sekeruti kerajaan oleh bank-bank perdagangan dan orang ramai kerana tindakan ini memanjangkan tempoh matang sekuriti kerajaan. Akhirnya bekalan wang dalam ekonomi dikurangkan dan inflasi dapat diatasi.

Dasar Kewangan Kualitatif (a) Kredit Terpilih - bank pusat berperanan dalam menentukan jenis-jenis pinjaman yang patut dikurangkan pada masa inflasi atau ditambahkan pada masa deflasi Kawalan Kredit Ansuran - semasa inflasi, bank pusat akan menghalang orang ramai daripada membeli kenderaan secara kredit ansuran dengan meninggikan kadar bayaran pendahuluan minimum, mengurangkan jumlah kredit pinjaman dan memendekkan tempoh bayaran balik kredit ansuran, keadaan ini akan mengurangkan kemampuan orang ramai untuk membeli kenderaan secara kredit ansuran. - semasa deflasi, bank pusat akan menggalakkan orang ramai membeli kenderaan secara kredit ansuran dengan merendahkan kadar bayaran pendahuluan minimum, meningkatkan jumlah kredit pinjaman dan memanjangkan tempoh bayaran balik kredit ansuran, keadaan ini akan meningkatkan kemampuan orang ramai untuk membeli kenderaan secara kredit ansuran. Kawalan Gadai Janji - semasa inflasi, bank pusat akan menyekat orang ramai daripada membeli harta tetap secara gadai janji dengan mengetatkan syarat-syarat gadai janji untuk mengurangkan keupayaan orang ramai membeli harta tetap tersebut. - semasa deflasi, bank pusat akan menggalakkan orang ramai membeli harta tetap secara gadai janji dengan melonggarkan syarat-syarat gadai janji untuk menambahkan keupayaan orang ramai untuk membeli harta tetap tersebut. Kawalan Keperluan Margin - semasa inflasi, bank pusat akan menghalang orang ramai daripada membeli saham untuk tujuan spekulasi dengan meninggikan keperluan margin supaya dapat mengurangkan jumlah pinjaman yang dibenarkan oleh spekulator. cth, nilai saham ialah RM5000 dan keperluan margin ialah 30%, jumlah wang yang harus disediakan oleh pembeli saham ialah 30% x RM5000 = RM1500. Apabila keperluan margin dinaikkan dari 30% kepada 40%, maka jumlah wang yang harus disediakan oleh pembeli saham ialah 40% x RM5000 = RM2000, ini menunjukkan kenaikan keperluan margin sebanyak 10% dapat mengurangkan pinjaman wang daripada bank perdagangan sebanyak RM500. - semasa deflasi, bank pusat akan menggalakkan orang ramai membeli saham untuk tujuan spekulasi dengan menurunkan keperluan margin supaya dapat meningkatkan jumlah pinjaman yang dibenarkan oleh spekulator. cth, nilai saham ialah RM5000 dan keperluan margin ialah 30%, jumlah yang harus disediakan oleh pembeli saham ialah 30% x RM5000 = RM1500. Apabila keperluan margin diturunkan dari 30% kepada 20%, maka jumlah wang yang harus disediakan oleh pembeli saham ialah 20% x RM5000 = 1000, ini menunjukkan

penurunan keperluan margin sebanyak 10% dapat menambahkan pinjaman wang daripada bank perdagangan sebanyak RM500. (b) Pembujukan Moral - bank pusat melakukan pembujukan moral dengan memberi nasihat kepada bank-bank perdagangan agar menjayakan kaedah-kaedah kewangan yang sedang dilaksanakan oleh bank pusat. - bank pusat akan mengadakan pertemuan secara langsung dengan bank-bank perdagangan untuk menjelaskan kaedah-kaedah kewangan serta tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh bank-bank tersebut. - semasa inflasi, bank pusat akan memujuk bank-bank perdagangan supaya mengurangkan jumlah pinjaman untuk tujuan spekulasi. - semasa deflasi, bank pusat akan memujuk bank-bank perdagangan supaya menambahkan jumlah pinjaman untuk tujuan spekulasi.

D. Langkah-langkah Mengatasi Masalah Makroekonomi


Langkah-langkah Mengatasi Masalah Inflasi - inflasi berlaku apabila harga umum naik secara berterusan ini bermakna kos taraf hidup masyarakat naik berterusan. - semasa inflasi tarikan permintaan, dasar fiskal menguncup dan dasar kewangan menguncup akan dilaksanakan. - semasa inflasi tolakan kos, dasar sebelah penawaran, kawalan terhadap kesatuan sekerja dan dasar harga maksimum akan dilaksanakan. - semasa inflasi diimport, kawalan langsung dan kempen penggantion import akan dilaksanakan. (a) Dasar Fiskal Menguncup - kerajaan akan mengurangkan G dan menaikkan T, dengan ini kemampuan membeli masyarakat akan menurun, seterusnya akan mengurangkan AD dan AE.

-pengurangan dalam G dan pertambahan dalam T akan menyebabkan permintaan agregat berkurang akibat dasar fiskal menguncup seterusnya menyebabkan tingkat harga umum turun dan akhirnya masalah inflasi tarikan permintaan dapat diatasi. (b) Dasar Kewangan Menguncup - bank pusat akan mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi melalui menaikkan nisbah cadangan, menaikkan kadar faedah, menjual bon kerajaan, melaksanakan funding, mengetatkan kawalan kredit dan pembujukan moral.

- pengurangan bekalan wang dalam ekonomi akan menyebabkan permintaan agregat berkurang akibat dasar kewanganl menguncup seterusnya menyebabkan tingkat harga umum turun dan akhirnya masalah inflasi tarikan permintaan dapat diatasi. (c) Dasar Sebelah Penawaran - kerajaan menggalakkan pertambahan dalam penawaran agregat dengan mengurangkan T dan sebagainya.

- pertambahan penawaran agregat akibat dasar sebelah penawaran akan menurunkan tingkat harga umum, akhirnya inflasi tolakan kos dapat diatasi. (d) Kawalan Terhadap Kesatuan Sekerja - tuntutan kenaikan upah semasa tingkat guna tenaga penuh akan menaikkan kos pengeluaran firma-firma, keadaan ini menyebabkan firma akan mengurangkan penawaran agregat untuk mengurangkan kos pengeluaran dan akhirnya menyebabkan kenaikan dalam tingkat harga umum. - pihak kerajaan/kesatuan majikan akan berunding dengan kesatuan sekerja supaya tidak menuntut kenaikan upah, dengan ini dapat mengatasi masalah inflasi tolakan kos.

(e) Dasar Harga Maksimum - dasar harga maksimum akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengawal harga faktor pengeluaran.

- apabila kerajaan mengenakan dasar harga maksimum terhadap faktor pengeluaran, maka harga faktor pengeluaran tersebut tidak boleh dinaikkan lagi, akhirnya masalah inflasi tolakan kos dapat diatasi. (f) Kawalan Langsung - kawalan langsung dilaksanakan untuk mengatasi masalah inflasi diimport iaitu kenaikan tingkat harga umum disebabkan kenaikan harga barang import. - kawalan langsung melalui tarif (cukai import), kuaota (had maksimum kuantiti import) dan sebagainya bagi mengurangkan import untuk mengatasi inflasi diimport. (g) Kempen Penggantian Import - menggalakkan orang ramai mengguna barang tempatan. - cth, untuk menggalakkan orang ramai melancong dalam negara, maka pihak kerajaan dan swasta akan menganjurkan kempem cuti-cuti malaysia, dengan ini orang ramai akan kurang melancong ke luar negara. Akhirnya inflasi diimport dapat diatasi. (h) Peningkatan Kualiti Faktor Pengeluaran - melalui perkembangan teknologi dan perkembangan daya pengeluaran buruh boleh menambahkan penawaran agregat, kesannya keluk AS akan beralih ke kanan dan seterusnya menurunkan tingkat harga umum dan akhirnya inflasi tolakan kos dapat diatasi.

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Deflasi - deflasi berlaku apabila kadar pengangguran meningkat dan ini berlaku pembaziran sumber manusia dan wujud lebihan kapasiti ekonomi dalam negara. - apabila berlaku pengangguran, permintaan agregat lebih kurang daripada penawaran agregat setelah kemampuan membeli masyarakat adalah rendah.

- untuk menambahkan permintaan agregat, kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal mengembang, bank pusat akan melaksanakan dasar kewangan mengembang, pembanggunan sumber manusia dan sebagainya. (a) Dasar Fiskal Mengembang - kerajaan akan menambahkan G dan mengurangkan T untuk pertumbuhan pembanggunan negara dan menaikkan pendapatan boleh guna masyarakat.

- pertambahan G dan pengurangan T menaikkan permintaan agregat bertambah seterusnya masalah pengangguran dapat diatasi. (b) Dasar Kewangan Mengembang - bank pusat akan menambahkan bekalan wang melalui menurunkan nisbah cadangan, menurunkan kadar bank, membeli bon kerajaan, melonggarkan kawalan kredit terpilih dan pembujukan moral.

- pertambahan bekalan wang dalam ekonomi akan menaikkan permintaan agregat seterusnya masalah pengangguran dapat diatasi. (c) Pembangunan Sumber Manusia

- penganggur akan diberi latihan, kursus dan kemahiran supaya mereka dapat pekerjaan baru dalam sektor tertentu.

p/s : maka tamatlah bab 6.

Anda mungkin juga menyukai