Anda di halaman 1dari 5

NAJIB TERDESAK LAWAT TUN MUSTAPHA?

Oleh : Pemerhati Politik

Tun Datuk Haji Mustapha Datu Harun Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak selaku Pengerusi BN
melancarkan Gelombang Janji Ditepati Peringkat Negeri Sabah pada 14hb. Okt 2012 di Kudat Sabah dan seterusnya kerumah Allahyarham Tun Mustapha di ISTANA TUN MUSTAPHA dilihat oleh beberapa Pemerhati Politik Negeri ini sebagai lawatan terdesak seorang Perdana Menteri yang mengakhiri saat saat penghujung pemerintahan BN di Malaysia. Kerajaan BN nampaknya terdesak di Negeri Sabah pada hari ini dengan mengadakan lawatan ke rumah mantan Bapa Kemerdekaan Sabah itu yang juga Pengasas Parti keramat Perjuangan rakyat Sabah iaitu USNO. Para pemerhati politik melihat tindakan itu dari berbagai sudut dan tidak kepada soal Pelancaran Janji ditepati , Sejarah perjuangan panjang Tun Mustapha Memerdekakan negeri Sabah dari penjajah British 1963 masih segar dalam ingatan rakyat Sabah walaupun ia telah pergi untuk selamanya sejak 17 tahun yang lalu (2hb. Feb 1995), Karisma dan roh perjuangan Tun Mustapha terus hidup dikalangan pemuda pemuda Sabah, Generasi ke 2 dan ke 3 penduduk Negeri ini. Beliau yang lahir sebagai Pemimpin Islam yang ternama dan terbilang adalah keturunan berdarah Diraja Sulu yang pernah mengadaikan Negeri ini kepada Alfred Dent sejak 1881, seorang pemimpin yang sangat dihormati disanjungi dan disayangi oleh rakyat Negeri ini disamping mempunyai karisma yang amat tinggi dalam hubungan antarabangsa khasnya Pertubuhan Negara Negara Islam sedunia.

1|Page

Beliau dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Tampakan , Kudat, Sabah. Beliau adalah anak ke-3 Datu Harun Datu Nasaruddin dan Norani Abdul Rahim. Bapanya bebangsa Suluk dan ibunya adalah Bajau Bannaran .Beliau mempunyai 8 adik-beradik. Adik-beradiknya; Dayang Bidari, Dayang Siti Sarah, Datu Mustapha, Dayang Karum, Datu Aliudin, Datu Muhammadun, Dayang Tahiyah & Dayang Khadijah. (sumber lisan dari adik bongsunya, Dayang Khadijah) Beliau mempunyai 5 orang isteri dan antaranya ialah Toh Puan Hajah Rahmah Haji Zulkarnain dan dikurniakan beberapa cahaya mata. Isteri yang pertama meninggal (tiada anak). Allahyarham Datu Abdul Hamid, Dayang Maimunah (dari isteri ke-2 sumber lisan dari anaknya, Dayang Maimunah), Datu Badaruddin, Datu Kamaruddin (dari isterinya ke-5, Toh Puan Rahmah kacukan Bajau Kagayan-Suluk),Dayang Zulfah (dari isteri berbangsa Cina), Dayang Zauyah,Dayang Rosnah,Dayang Aminah, Dayang Marina dan Datu Harun ( dari isterinya orang Inggeris). Perjuangan beliau terhadap Islam telah Berjaya mengislamkan rakyat Negeri Sabah golongan Pagan (Tiada Agama) hingga 80,000 orang ( Rekod yang tidak pernah dicapai oleh pemimpin Islam di Malaysia) untuk menjadi islam sejati khasnya dikawasan pedalaman Sabah,walaupun beliau terpaksa difitnah oleh beberapa pihak golongan finatik dan dituduh menahan beberapa pederi dari luar Negeri tanpa bicara namun beliau juga adalah seorang Mujahid Islam yang sangat Berjaya dizamannya dan seterusnya meninggalkan kepada rakyat Sabah satu pertubuhan Islam yang amat berpengaruh di Negeri ini USIA ( United Islamaic Nasional Organisation ). Tun Mustapha yang pernah dijatuhkan oleh bapa Najib sendiri pada tahun 1976 dengan meluluskan Parti Berjaya Pimpinan Haris Salleh dan bersubahat Donald Stephen untuk menjatuhkan beliau, melalui rancangan licik dari Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada sejarah perjuangan panjang rakyat Sabah khasnya USNO. Sebenarnya tiada keperluan untuk melawat rumah mantan bapa Malaysia dan bapa Kemerdekaan Sabah itu jika dilihat dari sudut sejarah, Najib tidak perlu melawat rumah itu jika bertujuan mengenang jasa beliau, sebab bapa najib sendirilah yang menjatuhkan Tun Mustapha dan kerajaan USNO pada 1976, namun keikhlasan Tun Mustapha jugalah yang memperlihatkan setelah bapa Najib menghembuskan nafas terakhirnya di London Tun Mustapha yang membawa janazah Tun Abdul Razak balik ke Malaysia. Tiada keperluan melawat Istana Tun Mustapha pada hari ini, kerana kerajaan UMNO dan BN Sabah tidak pernah memberikan penghormatan kepada Tun Mustapha disaat pemergianya, bahkan orang yang beliau percayai sendiri telah mengkhianati beliau walaupun pada masa itu menjadi TYT Negeri Sabah dan boleh memberikan penghormatan Negara kepada Tun Mustapha, Namun ini semua tidak terjadi, Tun yang sepatutnya dikembumikan di mahkam Pahlawan di Masjid negeri Sabah seperti mana Tuan Yang Terutama yang lain sebelumnya tidak juga terjadi sedangkan beliau adalah TYT Pertama negeri Sabah.
2|Page

Tiada keperluan untuk melawat Rumah itu jika hendak menunjukan kepada rakyat Sabah bahawa Tun Mustapha pemimpin yang berjasa kepada rakyat Negeri ini perlu dicontohi oleh rakyat Negeri ini kerana warisan Perjuangannya diteruskan oleh anak anaknya dan generasi ke 2 dan ke 3 untuk menghidupkan USNO semula tidak ada dalam agenda UMNO dan BN bagi memperkukuhkan cangkaman mereka di Sabah, USNO terus dikekang supaya tidak boleh menyertai Pilihanraya Sabah. Rakyat Sabah faham siapa Amir Kahar dan Siapa Aminah dalam susurgalur perjuangan Tun Mustapha terhadap Negeri ini, tidak mungkin mereka boleh menghentikan semangat perjuangan anak anak Tun Mustapha yang bakal menyertai pilihanraya ke 13 nanti. Selepas ketiadaan Tun Mustapha, bagi rakyat Sabah Datu Badaruddin adalah orang yang layak meneruskan perjuangan ayahnya. Badaruddin pernah mengistiharkan untuk menyertai PRU13 menentang Barisan Nasional dinegeri ini bersama rakan komponennya dalam UBA iaitu Parti STAR pimpinan Datuk Dr. Jeffry Kititngan tidak kelihatan dalam majlis lawatan ke ISTANA TUN MUSTAPHA wal hal sepatutnya beliau berada disana kerana rumah itu dibangun oleh Tun Mustapha bersama Ibunya Toh Puan Rahmah. Badaruddin yang mengisthiharkan DEKLARASI SEMPORNA 2012 di Semporna Sabah pada 19 Mac 2012 di Semporna bertujuan untuk Kerjasama diantara USNO dan KDMR menghadapi Piliharaya ke 13 akan menumpuhkan perhatian dikawasan bumiputera Islam khasnya Bajausuluk di Negeri Sabah sementara STAR akan tumpuhkan perjuangannya di kawasan KadazanDusun, Strategi yang dilihat bakal menumbangkan kerajaan BN dan UMNO di Sabah pada PRU13. DEKLARASI SEMPORNA 2012 adalah strategi kedua-dua Kumpulan seperti mana mereka menumbangkan kerajaan BN di Negeri Sabah pada 1985 dari Kerajaan Parti Berjaya Pimpinan Haris Salleh dan Mempertahankan kerajaan Bumiputera Sabah PBS pada 1994 Pimpinan abang Dr.Jeffry Kittingan sebelum ianya jatuh kepada UMNO hasil dari penyertaan Lajim dan Robin Balanng ke BN. Lajim sekali lagi keluar dari BN dan menyertai Pakatan ada julai 2012 lalu dengan menubuhkan APS bersama mantan Timbalan Presiden Pasok Wilfred Bumburing yang menubuhkan PPs. Dengan perkembangan terbaharu ini menunjukan bahawa Kerajaan BN Sabah bakal tumbang PRU ke 13 tidak lama lagi. Bajausuluk (USNO), KDMR (STAR), BruneiBisaya, (PPS), DusunRungus ( APS) yang bergerak disegenap Negeri Sabah hari ini sudah cukup membayangkan kepada kita bahawa sebenarnya Najib terus terdesak untuk balik ke Sabah bagi kali 5 sejak tahun 2012 ini dan menjadikan orang yang pernah menerima UMNO masuk ke Sabah itu sebagai symbol kekuatan mereka mempertahankan kuasa di negeri Sabah selama,

3|Page

Namun nasi sudah menjadi bubur, perbuatan dan dosa dosa UMNO kepada Rakyat Sabah khasnya kepada Wira Sabah Tun Datu Mustapha adalah amat sukar untuk dimaafkan dan memberikan sokongan UMNO dan Barisan Nasional. UMNO yang masuk ke Negeri Sabah melalui restu Parti USNO melalui Formula 14 (USNO) 6 ( BERJAYA ) nampaknya semakin terdesak dengan perkembangan terbaharu tindakan mantan pemimpin pemimpin dari Parti Berjaya yang menyertai PKR diantaranya Datuk Seri Yahya lampong bersama seorang Koporat dari Sabah Datuk Ibrahim Manudin yang dilihat salah seorang penasihat ekonomi kumpulan Parti Berjaya Datuk Haris Salleh. Kemasukan beramai-ramai pemimpin dari Kumpulan parti Berjaya dan PBS yang menyertai Pakatan nampaknya sukar untuk dibendung lagi, ketika Najib melawat Kudat beberapa pemimpin dari kumpulan Parti Berjaya,PBS dan UMNO pada masa yang sama dirasmikan kemasukan serta penyertaan mereka ke dalam Pakatan di Tawau dan Lahad Datu Sabah, Antaranya Pemimpin UMNO dari Tawau dan Lahad Datu dari Pantai Timur Sabah antaranya Bekas Adun Lahad Datu, juga bekas Ketua PBS Bahagian Silam dan pembantu Menteri Luar Bandar Sabah, Mohamadin Ketapi, juga keluar BN. Turut keluar BN bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Silam, Datu Halun Datu Abdul Karim; Ketua Umno Cawangan Sri Dewi Lahad Datu, Onga Langadai dan bekas Ketua PBS Tunku, Bolongan Panasi. Sementara Mesyarakat Cina Pimpinan Yong Teck Lee dari SAPP lebih awal telah keluar dari Barisan nasional dan mengisthiharkan diri untuk menentang BN di Negeri Sabah, disamping Penyokong-penyokong Kumpulan China dari Parti LDP yang pernah dikecewakan Oleh UMNO dalam kes dan Krisis Patung Mah Tzu di Kudat Sabah Pimpinan Chong kah kiat akan terus berdendam dan tidak menyokong BN pada PRU13, bahkan telah mengisthiharkan bahawa Parti Mereka tidak menyokong Pengerusi BN Negeri Datuk Musa Aman sebagai Ketua menteri Sabah. Jalan akhir yang dihadapi oleh UMNO dan BN di Negeri Sabah balik pangkal jalan iaitu Mengenang dan rujuk semula kepada Tun Mustapha untuk mempertahankan legasi mereka di Negeri Sabah. Namun semua ini tidak akan berlaku kerana keadaan serta situasi UMNO yang terus meminggirkan USNO dan Perjuang pejuang USNO melalui sekatan menghidupkan semula parti itu bakal memberikan melapata yang amat besar dalam sejarah Politik Malaysia.

4|Page

BARISAN PEMBANGKANG SABAH GABUNGAN MANTAP PRU13

USNO dan UMNO akan bertarung di Kawasan merah

UMNO hanya bergantung peluang akhirnya iaitu mantan USNO untuk meneruskan dan mengekalkan kuasa mereka di Sabah, tetapi siapa kah orang orang USNO itu?. UMNO dan Najib terdesak kerumah Tun Mustapha namum sukar menerima kenyataan kebangkitan USNO dalam bentuk semangat perjuangan yang terus mereka kekang ini bakal memecahkan undi BN dikawasan KDMR dan China dimana mantan USNO yang disekat itu akan memberikan undi mereka kepada Calon calon Pembangkang, sementara dikawasan Bumiputera Islam pula UMNO akan menghadapi tentangan dari calon calon USNO dalam UBA pimpinan Datu Badaruddin Tun Mustapha yang dilihat mendapat sokongan dipantai Timur Sabah dan dari Calon Calon APS dari Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Lajim Okin yang memberikan tumpuan di pantai barat Sabah. Kerjasama mantap pasukan UBA Sabah dan Pakatan Rakyat sudah meresap keseluruhan negeri Sabah dari pantai Timur, Utara, Pantai Barat dan Pedalaman Sabah yang diterajui oleh Badaruddin, Dr. Jeffry, Yong Teck Lee, Lajim Okin, Wilfred Bumburing dan kumpulan pemimpin mantan PBS dan Parti Berjaya yang keluar beramai-ramai dari BN Sabah juga diramal trend ini akan lebih hebat sebaik sehaja Pembubaran Parlimen dan Dun Sabah pada PRU13 dimana beberapa komponen Parti BN Sabah bakal menyertai pihak Pembangkang. Ulasan Pemerhati Politik Sabah. 15hb. Okt. 2012.

5|Page

Anda mungkin juga menyukai