Anda di halaman 1dari 26

SISTEM ENDOKRINA

OLEH: SOFIAH BINTI AHMAD SITI HAJAR BINTI HARUN NURUL IZZATI BINTI SHAMRI NORHASANAH BINTI MOHAMAD YUSSOP

SISTEM ENDOKRIN Sistem endokrin menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan sebagai hormon. Sistem pengaliran darah bertanggungjawab untuk membawa hormon ke seluruh tubuh.

Terdapat empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon: (a) Menolong mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan kimia dan isi padunya di dalam tubuh badan. (b) Membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan jangkitan, trauma, stres, pendehidratan, kebuluran, pendarahan dan perubahan suhu yang melampau. (c) Memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh. (d) Memainkan peranan dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru lahir.

Hormon-hormon yang dirembeskan pada tisu perantara bertindak ke atas sel-sel sasaran di merata tubuh. Sistem endokrin mempunyai kesan yang perlahan tetapi berpanjangan dan lebih merata. Sel-sel sistem endokrin bertugas dengan mensintesis dan merembeskan hormon. Kelenjar endokrin terbina apabila sel-sel endokrin berkumpul. Hasil yang didapati dari kelenjar endokrin akan dirembeskan terus ke dalam tisu perantara. Kelenjar endokrin yang terdapat di dalam sistem tubuh terdiri daripada kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid, adrenal, pineal dan timus. Terdapat juga sel endokrin yang berkumpul di dalam organ tubuh badan seperti pankreas, ovari, testis, ginjal, hepar, trek gastrousus, plasenta dan otot jantung.

Kelenjar pituitari Digelar sebagai kelenjar induk kerana dapat menghasilkan banyak hormon dan mengawal aktiviti tubuh; Bergaris pusat hanya 1.3cm sahaja dan berbentuk bulat; Dibahagikan kepada dua lobus: lobus anterior dan lobus posterior; Lobus anterior mewakili 75% daripada berat kelenjar pituitari; dan Kedua-dua lobus ini mengeluarkan beberapa hormon di dalam tubuh.

Lobus tersebut adalah lobus anterior dan lobus posterior.

Lobus anterior
Hormon pertumbuhan mengawal tumbesaran tubuh. Hormon tirotropik mengawal aktiviti kelenjar tiroid dalam menghasilkan tiroksin. Hormon adrenokortikotropik mengawal aktiviti suprarenal dalam menghasilkan kortisol dari korteks kelenjar suprarenal. Hormon perangsang folikel merangsang perkembangan folikel Graafian dalam ovari dan pembentukan spermatozoa dalam testis. Hormon luteinising mengawal rembesan estrogen dan progesteron dalam ovari dan testosteron dalam testis. Hormon prolaktin mengawal rembesan air susu dan mengekalkan bekalan korpus luteum semasa kehamilan.

Lobus posterior Hormon antidiuretik mengatur jumlah air yang dikumuhkan melalui ginjal. Hormon oksitosik meransang pengecutan uterus sewaktu melahirkan bayi dan pengeluaran air susu sewaktu menyusukan bayi.

KELENJAR PITUITARI

Kelenjar tiroid Terletak di bahagian depan leher, anterior dan lateral terhadap larinks dan trakea; Kelenjar tiroid kaya dengan bekalan darah; Sel kelenjar tiroid merembeskan koloid tiroid yang mengandungi sebatian iodin; Kelenjar tiroid berfungsi dalam mengatur susunan kimia tisu dan sebagai perangsang proses pengoksidaan; Secara tidak langsung kelenjar tiroid mengatur pengeluaran karbon dioksida Terdapat dua keadaan dalam kelenjar tiroid iaitu hiperembesan dan hiporembesan.

Hiporembesan

Berlakunya kretinisme iaitu kekurangan rembesan pada waktu bayi mengakibatkan pertumbuhan mental dan fizikal terencat. Bagi golongan dewasa, keadaan ini menyebabkan miksedema di mana proses metabolik sangat perlahan dan cenderung untuk menjadi gemuk, pergerakan lembap, kulit menjadi tebal dan kering, rambut gugur dan menjadi jarang, suhu badan di bawah normal dan denyut nadi perlahan.

Hiperembesan Kadar metabolisme menjadi tinggi dan suhu badan lebih tinggi daripada normal. Pada keadaan ini, pesakit kehilangan berat badan, gelisah dan mudah marah, kadar denyutan nadi naik, output jantung bertambah dan mengalami simptom kardiovaskular seperti fibrilasi atrium dan kegagalan jantung.

KELENJAR TIROID

Kelenjar Paratiroid Terbina daripada tisu yang kecil dan bulat dan dilapisi oleh fasia pratrakea berserta dengan kelenjar tiroid. Hormon paratiroid yang dikeluarkan berfungsi untuk mengatur metabolisma kalsium dan mengawal jumlah kalsium di dalam darah dan tulang.

Hipoparatiroidisma Kekurangan kalsium dalam kandungan darah. Keadaan ini menyebabkan keadaan seperti tetanus iaitu gejala kekejangan otot dan konvulsi terutamanya pada tangan dan kaki yang dikenali sebagai karpopedal spasma. Gejala ini dapat diredakan dengan memberikan kalsium dalam kadar segera

Hiperparatiroidisma

Aktiviti kelenjar yang berlebihan berkaitan dengan pembesaran (tumor) kelenjar. Pengagihan kalsium terganggu di mana kalsium dikeluarkan semula dari tulang dan dimasukkan kembali ke serum darah. Ini akan menyebabkan penyakit tulang di mana bahagian tulang menjadi nipis. Kegagalan ginjal juga boleh berlaku jika kalsium terbina di dalam ginjal.

KELENJAR PARATIROID

Kelenjar timus Terletak dalam toraks. Berwarna kemerah-merahan dan terdiri daripada dua lobus; Saiznya sangat kecil dengan berat kira-kira 10 gram bagi bayi yang baru lahir. Beratnya bertambah kepada 30 hingga 40 gram pada waktu remaja dan kemudian ia mengecut semula. Kelenjar timus berkaitan dengan penghasilan antibodi. Timus membesar sewaktu pubertas dan mengecil setelah dewasa. Kelenjar ini merupakan kelenjar penimbunan hormon somatotrof atau hormon pertumbuhan dan setelah dewasa tidak berfungsi lagi. Menghasilkan timosin yang berfungsi untuk merangsang limfosit.

KELENJAR TIMUS

Korteks adrenal Terbahagi kepada tiga zon. Zon pertama adalah glomerulosa yang menghasilkan rembesan mineralokortikoid. Zon tengah pula dikenali sebagai zon fasikulata dan merembeskan hormon glukokortikoid manakala zon dalam dipanggil zon retikularis dan merembeskan hormon androgen.

Medulla adrenal
Mempunyai sel-sel kromafin yang menghasilkan hormon. Rembesan hormon dikawal oleh sistem saraf autonomik. 80% daripada rembesan medula adalah adrenalin dan ianya bersifat lebih poten daripada noradrenalin.

Kelenjar pineal Terletak pada korpus kalosum dan bersaiz kecil dan berwarna merah. Dilapisi oleh kapsul yang bernama pia mater. Menghasilkan hormon melatonin dan adrenoglomerulotropin. Melatonin boleh merencatkan aktiviti pembiakan dengan cara merencatkan hormon gonadotropik. Sementara adrenoglomerulotropin pula merangsang korteks adrenal untuk merembeskan mineralokortikoid.

KELENJAR PINEAL

TINDAKAN HORMON
TINDAKAN POSITIF

Terdapat hormon yang terhasil dengan mengaktifkan kelenjar yang menghasilkan hormon tersebut. Hasilnya adalah berlawanan dengan tindakan negatif. Dalam tindakan positif, peningkatan sel hormon akan menghasilkan lebih banyak hormon. Contoh peningkatan hormon boleh dilihat pada kontraksi semasa ingin melahirkan bayi.

TINDAKAN NEGATIF
Kekurangan hormon akan menyebabkan kelenjar merembes dengan lebih banyak dan tekanan darah akan meningkat. Tindakan negatif berlaku di mana pembuluh-pembuluh akan tertarik semasa rembesan hormon yang banyak dikeluarkan. Boleh dikatakan seperti mengawal kelajuan pada kereta, apabila speedometer menunjukkan kelajuan melampau, kita akan megurangkan kelajuan. Apabila kita sedar kelajuan semakin berkurangan, kita akan menekan pedal minyak untuk menambah kelajuan. Kebanyakan kelenjar mempunyai kepekaan sebegitu untuk memberitahu tentang kelajuan endokrin. Oleh itu, kelenjar-kelenjar ini akan mengeluarkan rembesan yang sesuai untuk menyeimbangkan kandungan hormon dalam darah.

SEKIAN, TERIMA KASIH..

Anda mungkin juga menyukai