Anda di halaman 1dari 2

BIODATA SAIDINA ALI BIN ABU TALIB Nama : Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib Keturunan

: Bani Hasyim Tarikh Lahir : 10 tahun sebelum Nabi menjadi rasul 601 masihi Tempat lahir : Dalam kaabah di Mekah Al-Mukarramah Jawatan : Khalifah ke-4 daripada Khalifah Ar-Rasyidin Hubungan : Sepupu Nabi sebelah bapa Tarikh Menjadi Khalifah : Tahun 35 Hijrah bersamaan 655 Masihi Tempoh Pemerintahan : 4 tahun Tarikh Wafat Sebab Kewafatan Gelaran : 17 Ramadan tahun 41 Hijrah 661 Masihi : Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljim di Bandar Kufah : Abu Hasan / Abu Turab

SIFAT PERIBADI Bersikap adil Bijaksana Berwawasan Pintar Berfikiran luas Berusaha mencari ilmu Berani menegakkan kebenaran Terbuka Taat mengerjakan suruhan ALLAH SWT Kreatif dan sanggup berkorban kerana ALLAH SWT KELUARGA RASULULLAH SAW Mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Rasulullah SAW Adalah sepupu dan menantu Rasulullah Sejak kecil tinggal bersama Rasulullah dan dididik oleh Baginda Banyak mewarisi keperbadian dan akhlak Rasulullah Sangat mencintai dan menyayangi Rasulullah

KANAK-KANAK PERTAMA MEMELUK ISLAM Memeluk Islam ketika berumur 10 tahun Kanak-kanak pertama memeluk Islam Terkenal dengan panggilan Karramallahu Wajhah bermaksud ALLAH SWT memuliakan wajahnya kerana beliau tidak pernah menyembah berhala Tidk pernah dikotori keburukan jahiliah Mentaati dan tidak pernah membantah Rasulullah Salah seorang 10 sahabat dijamin masuk syurga

SEORANG CENDIKIAWAN TERULUNG Terkenal dengan ilmu pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti bidang sastera, ilmu hisab dan kehakiman Sehingga digelar gedung ilmu

PEMUDA YANG BERANI Terkenal dengan sifat gagah berani di medan perang Menggunakan pedangnya bernama Zulfakar dan menyertai hampir semua peperangan menentang musyrikin kecuali peperangan Tabuk. Semasa peperangan khandak telah dicabar berlawan satu sama satu dengan pahlawan Quraisy bernama Amru bin Wahid. Berjaya menewaskannya walaupun Amru lebih berpengalaman.

PEMERINTAH YANG ADIL DAN KREATIF Dilantik oleh Rasulullsh menjadi hakim di Yaman. Seorang hakim yang adil dan pentadbir yang kreatif serta tabah. Melengkapkan angkatan tentera berkuda Islam. Menubuhkan pasukan polis diberi nama As-syurtah Menubuhkan tentera berjalan kaki dan badan perisik yang belum ditubuhkan oleh Khalifah sebelumnya. PENGORBANAN DAN JASA SAIDINA ALI BIN ABU TALIB Jurutulis Perjanjian Hudaibiah. Mengetuai misi dakwah di Hamadan (Iraq). Mengembangkan ilmu Islam. Pensihat dalam bidang kehakiman kepada ketiga-tiga khalifah Ar-Rasyidin. Menerima jawatan khalifah dalam keadaan huru-hara Menjadi hakim di Yaman. Penulis wahyu. Berusaha menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah.

SEBAB BERLAKUNYA PEPERANGAN DI ZAMAN PEMERINTAHAN Berpunca daripada perancangan jahat kaum munafikin yang diketuai oleh Abdullah bin Saba Mereka berusaha menggagalkan setiap perdamaian yang diketuai oleh Saidina Ali Contoh:dalam perang Jamal,tentera Saidina Ali mencapai kata sepakat dengan kumpulan Saidina Talhah dan Saidina Zubair untuk berdamai.Pada malamnya kaum munafikin membuat perancangan jahat untuk mencetuskan peperangan antara kedua belah pihak

Anda mungkin juga menyukai