Anda di halaman 1dari 4

Tajuk : Perbandingan fenomena eureka dan ilham dari sudut pandangan Timur dan Barat.

1.0 Pengenalan Untuk artikel ini kita akan lihat tentang fenomena eureka dan ilham dari sudut pandangan Timur dan Barat. Ilham adalah sesuatu idea atau fikiran yang hadir di dalam hati atau akal secara melimpah tanpa dapat ditolak oleh orang yang menerimanya. Lebih tepat lagi, ianya adalah sesuatu yang menggerakkan hati atau menimbulkan daya cipta dan sebagainya untuk menghasilkan atau mencapai sesuatu. Fenomena eureka ini boleh berlaku tanpa dirancang serta tidak kira di mana saja kita berada atau apa yang kita sedang lakukan pada tika itu. Kebiasaannya situasi ini dialami oleh seseorang yang mempunyai masalah untuk diselesaikan tetapi mengalami kebuntuan. Oleh itu mereka mengambil keputusan untuk berehat sebentar dari permasalahan tersebut. Terdapat perbezaan pendapat, teori dan cara antara barat dan timur dalam mentafsir fenomena eureka dan ilham ini. Mula-mula kita akan lihat fenomena eureka dan ilham ini dari sudut pandangan barat dan diikuti pula dengan pandangan timur. Dari dua sudut yang berbeza ini kita akan buat satu perbandingan tentang kelebihan serta kekurangan kedua2 pandangan tersebut.

2.0 Fenomena Eureka dan Ilham dari sudut pandangan Barat Bagi mengupas pandangan barat tentang fenomena ini, kita akan lihat satu kisah antara Raja Hieron dengan ahli matematik yang bernama Archimedes di mana Archimedes telah memberikan maklumat kepada Raja Hieron tentang kesahihan kualiti mahkota raja itu. Pada waktu itu, ukuran-ukuran untuk matematik hanyalah ukuran untuk segitiga, segiempat, bulatan, segiempat tepat dan bentuk-bentuk ringkas yang lain. Sedangkan mahkota raja bukan antara bentuk-bentuk itu. Permintaan Archhimedes untuk melebur mahkota itu turut ditolak dan ini menambahkan kebingungan Archimedes untuk menyelesaikan masalah mahkota itu. Berhari-hari dia berfikir untuk merungkai kekusutan ini, namun tiada hasil. Sehinggalah suatu hari apabila dia mengambil keputusan untuk berehat sebentar dari memikirkannya. Archimedes telah pergi ke tempat mandi para aristokrat di tengah-tengah Kota Syracus dan ketika dia memasuki kolam mandi, terdapat satu perkara yang menarik perhatiannya. Idea yang tiba-tiba muncul dalam keadaan diri Archimedes yang santai telah membuatkannya berdiri secara tiba-tiba, keluar daripada kolam mandi tanpa seurat benang pun di badan dan berlari sambil berteriak Eureka, Eureka, Eureka. Isaac Asimov telah menyebut ianya sebagai Fenomena Eureka manakala Graham Wallas menyebutnya sebagai Idea Gembira. Situasi ini tidak hanya berlaku kepada Archimedes malah J.B. Watson, bersama Francis Crick berjaya menemui model Double Helix (rantai DNA) dan memperolehi hadiah Nobel kedoktoran atas penemuan mereka ini. Perkara yang sama namun berbeza situasi turut dialami oleh Friedrich August Kekule von Stradonist. Beliau merupakan seorang ilmuwan yang menemui struktur kimia berbentuk cincin pada molekul Benzena (1865). Kekule mendapat ilham ini semasa berada dalam keadaan relaks di dalam bas di mana dia melihat seekor ular sedang berlingkar. Kepala dan ekor ular itu bertemu. Dari situlah wujud struktur benzena yang berlingkar seperti ular, sebagaimana yang kita kenal sekarang.

Menurut Amabile (1983), apa yang dialami oleh para ilmuwan tersebut merupakan suatu proses dan ianya dipanggil proses kreatif. Proses yang diambil adalah dalam jangkamasa yang panjang kerana ada waktu pemendapan, pengembangan pemikiran , keseriusan berfikir dan ketenangan rutin. Maka, kreativiti turut dikatakan sebagai satu kemahiran. Orang-orang kreatif turut memerlukan latihan dan kelaziman untuk menjadi kreatif dan ianya boleh dimaksimumkan kerana proses kreatif tidak berlaku dengan sendiri. Tetapi proses kreatif berlaku daripada sesuatu yang telah ada dan orang yang kreatif berfikir dari sudut yang berbeza dari biasa. Dua langkah berfikir secara kreatif. Langkah pertama, fikiran "berjalan" ataupun "mengembara" ke mana-mana sahaja, termasuklah menelusuri sedalam-dalamnya suasana, situasi ataupun objek yang ada. Langkah kedua, selepas fikiran "mengembara", ia kembali dengan sesuatu yang baru dan bermanfaat. (Barker,1997:7) Dari sini dapat kita ketahui bahawa pemikiran kreatif terjadi apabila otak kanan ataupun otak intuitif bekerja. Apabila kita berbalik semula kepada kisah Archimedes dengan Raja Hieron, Archimedes cuba untuk menyelesaikan masalah mahkota raja dengan menggunakan formulaformula yang diketahuinya dengan melalui proses dan strategi berfikir linear, berturutan, memusat dan rasional yang khas daripada otak kiri. Kegagalannya untuk menyelesaikan masalah ini telah membuatkan dia menukar strategi. Dia mengambil keputusan untuk bersantai serta merehatkan diri. Walaupun dia berada dalam keadaan santai, otak kanannya tetap bekerja secara intuitif dan kreatif di luar pengetahuannya. Disebabkan inilah, Fenomena Eureka telah berlaku. Dari kisah Archimedes ini, Arthur Kostler memperoleh dua pemerhatian penting iaitu yang pertama ialah masalah yang berkaitan dengan penyelesaian masalah tersebut dan yang kedua ialah perihal Archimedes yang mengambil keputusan untuk merehatkan diri yang akhirnya merangsang kepada penemuan kepada penyelesaian masalah yang dihadapinya. Dua pemerhatian ini disebut sebagai "biosiasi" oleh Kostler.

2.1 Pemikiran Bisosiatif Pemikiran bisosiatif adalah apabila seseorang yang berfikir itu bersedia untuk memasuki bidang baru yang kelihatan seperti tidak mempunyai hubungan dengan objek pemikiran. Adakalanya ia tidak mengikut aturan umum sewaktu berfikir secara bisosiatif. Pemikiran bisosiatif turut menjadi ciri khas untuk individu yangberfikiran kreatif. Proses pemikiran bisosiatif adalah dengan mengoptimalkan fungsi kedua-dua belahan otak kiri dan kanan. Kemampuan otak adalah luar biasa dan berbeza antara peranan antara otak kiri dan kanan. Proses ini dimulakan dengan otak kiri berusaha untuk mencari jawapan kepada permasalahan dengan cara analisa dahulu. Ini disebabkan otak kiri bekerja secara berurutan serta mementingkan hal-hal konkrit, fakta dan realiti. Peranan otak kiri adalah untuk berfikir dengan rasional. Berbeza dengan cara otak kanan bekerja. Otak kanan lebih kepada fikiran intuitif-kreatif. Cara otak kanan bekerja adalah dengan cara paralel dan tidak berpola yang kadang-kadang di luar batasan serta mengutamakan hal-hal yang abstrak. Otak kanan hanya akan mengambil alih menginterpretasi masalah yang dihadapi apabila otak kiri gagal untuk menyelesaikannya. Di sini otak kanan akan mengambil alih dalam dunia imaginasi. Pencarian dalam dunia otak kanan ini berterusan sehingga terdapat kesinambungan antara permasalahan dan idea untuk jawapan. Lebih tepat lagi apabila jawapan kepada masalah tersebut telah ditemui.

Oleh itu, kemampuan seseorang itu untuk menggabungkan kedua-dua otak kanan dan kiri mampu untuk menghasilkan idea-idea yang besar serta kreatif. Lebih menarik lagi, pemikiran kreatif itu dapat dilatih serta dimaksimumkan. Jika dilihat dengan lebih teliti, Fenomena Eureka dan pemikiran bisosiatif berlaku dalam beberapa fasa. Dalam pemikiran bisosiatif contohnya, ada tiga langkah yang boleh diambil: 1. Menjadi orang luar kepada masalah yang dihadapi itu. 2. Melihat gambaran secara menyeluruh. 3. Pendekatan kreatif di mana tahap-tahap pemikiran kreatif diaplikasikan.

Ini dinyatakan oleh Taufik (2011), Hukum "tidak penat" otak : Apabila otak rasional menemui jalan buntu, otak intuitif segera melanjutkan perjalanan.

Rujukan Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz bdul Syukor (2008),

Jurnal

Rujukan Internet

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Kecerdasan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=emosi

Anda mungkin juga menyukai