Anda di halaman 1dari 2

Flax Fabrik yang diperbuat dari gentian flax dipanggil linen.

Gentian flax merupakan antara gentian yang terawal digunakan untuk membuat pakaian di hemisfera barat. Kebanyakkan tamadun awal yang dikaji meninggalkan banyak peninggalan fabrik linen. Gentian Flax diperolehi daripada bahagian dalam batang pokok flax. Fabrik flax boleh dikenali dengan permukaannya yang tebal dan nipis dan tidak sekata. Kebanyakkan gentian flax berwarna keperangan.

Proses yang terlibat dalam penghasilan gentian flax ialah: 1. Retting merupakan proses pereputan melalui tindakan bacteria terhadap pectins dan gums yang memegang gentian flax sebelum gentian boleh dikeluarkan. Proses pereputan boleh dilakukan di kolam, sungai, embun atau tangki (yang paling moden). 2. Breaking and Scutching adalah proses memecahkan batang pokok flax untuk mengeluarkan gentian. 3. Hackling iaitu menyikat gentian flax supaya lurus dan selari. Gentian linen merupakan gentian stapel yang panjangnya terdiri dari 10 ke 100 cm. Gentian panjang dipanggil line diantara 120 150cm manakala gentian pendek dipanggil tow panjangnya antara 10 15 cm. Nisbah panjang kepada diameter gentian kapas adalah dari 15000:1 ke 1500:1. Diameter gentian flax adalah 2 kali hingga 4 kali ganda gentian kapas. Rupabentuk memanjang gentian flax menunjukkan nodes seperti batang tebu manakala keratan rentassya berbentuk seperti polygon. Kekilauan gentian linen adalah lebih baik dari kapas kerana gentiannya yang lebih panjang dan tidak berpintal sesama sendiri seperti kapas. Gentian flax asalnya mempunyai lilin dan kurang berkilau dan akan menjadi lebih berkilau apabila ianya dibersihkan. Gentian flax lebih kuat dari kapas. Ini adalah kerana kedudukan polymer dalam gentian flax lebih tersusun dan selari. Gentian flax kurang fleksibel daripada kapas. Gentian flax juga adalah keras berbanding kapas dan mempunyai drape yang kurang baik. Fabrik linen lebih mudah berkedut.

18

Gentian flax bersifat hidrofilik. Gentian flax mengering dan membasah lebih cepat dari kapas. Gentian ini menjadi lebih kuat apabila basah dan lebih tahan kotoran daripada kapas kerana susunan polymernya yang lebih padat dan rapat diantara satu sama lain. Fabrik linen tidak mudah kecut atau berubah bentuk dan tahan haba yang tinggi. Suhu menggosok boleh sehingga 260C.

19

Anda mungkin juga menyukai