Anda di halaman 1dari 8

STRATEGI POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) DALAM MENGURANGKAN KENAIKAN JENAYAH INDEKS MENINGKATKAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT TERHADAP KEWIBAWAAN

DAN KREDIBILITI PASUKAN

1. Pengenalan Polis mempunyai tugas-tugas yang berkaitan dengan kerja-kerja keselamatan penguatkuasa dan ketenteraman awam. Peranan sejak polis sebagai

undang-undang

bermula

zaman

keagungan

empayar Rom dan Cina. Barker dan Hunter (1994) telah mendefinasikan polis sebagai pegawai daripada badan organisasi yang menjaga keselamatan seseorang serta keselamatan harta benda dan juga mengawal lalu lintas di jalan raya. Bayley (1975) pula mendefinisikan polis sebagai satu organisasi yang berpakaian seragam dalam memastikan kepatuhan undang-undang sesebuah masyarakat.

Manakala dalam bahasa yang lebih difahami umum, polis didefinisikan sebagai satu pasukan yang mengamalkan atau menjaga keamanan negara dan tatatertib awam, mencegah pelanggaran hukum dan lainlain. Dengan kata lain, polis merupakan satu pasukan atau badan organisasi yang menjalankan tugas demi menjaga kedaulatan undangundang, keselamatan rakyat, harta benda serta menjaga keamanan negara. Di Malaysia, konsep dan sistem kepolisan yang diamalkan adalah diwarisi dari penjajah British. Namun begitu, pengalaman ini telah dibuat

beberapa penyesuaian mengikut kepentingan dan keperluan negara masa kini. Dalam melaksanakan tugas, peranan dan kuasa-kuasa polis adalah tertakluk kepada Akta Polis 1967 iaitu Perlembagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Di bawah Akta ini, peranan polis dinyatakan dengan jelas untuk menjaga keamanan negara dan juga melindungi

keselamatan rakyat untuk membentuk suatu keadaan awam yang baik demi pembangunan dan kemajuan negara. Di samping menjaga keamanan dan keselamatan, polis juga bertanggungjawab dalam menjaga kedaulatan undang-undang negara. Peranan atau fungsi polis dijelaskan di bawah Seksyen 3(3) Akta Polis 1967 seperti berikut:

Pasukan polis hendaklah tertakluk kepada kehendak-kehendak akta ini, digunakan di seluruh persekutuan (termasuk kawasankawasan perairan) untuk mengekalkan undang-undang dan

ketenteraman, menjaga keamanan dan keselamatan persekutuan, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa orang-orang yang melakukan kesalahan dan mengumpul risikan keselamatan.

Selain menjalankan fungsi-fungsi utama di atas, pasukan polis juga menjalankan tugas-tugas am seperti menjaga kelancaran trafik,

mengadakan sekatan jalan raya dan sebagainya seperti mana di peruntukan di bawah Seksyen 20, Akta Polis 1967. Justeru itu, fungsi pasukan polis penting difahami kerana orang ramai akan melihat dan menilai pasukan polis sama ada berjaya atau tidak dalam menjalankan tugas mereka. Sekiranya rakyat melihat pasukan polis dapat

menjalankan tugas dengan baik, maka ini akan memberi imej yang baik terhadap polis dan begitulah sebaliknya. Malaysia kini mengalami transformasi pembangunan dan

pemodenan pesat yang mana ianya turut memberi implikasi kepada perubahan ekonomi, kawalan sosial dan pemikiran masyarakatnya. Ketidakseimbangan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat antara faktor yang turut mempengaruhi peningkatan kes-kes jenayah di negara ini. Kajian statistik menunjukkan peningkatan ketara jenayah indeks negara sejak tahun 1996. Pada tahun 1996 sebanyak 87,902 kes jenayah indeks dicatatkan berbanding tahun 2006 sebanyak 198,622 kes jenayah indeks dicatatkan bagi seluruh Malaysia. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 110,720 kes atau 12.6 % peningkatan kes bagi purata setahunan. Desakan ini mempengaruhi transmisi perubahan sikap masyarakat tentang peranan mereka dalam pencegahan jenayah. Ke arah itu, pihak Polis perlu membentuk satu mekanisme yang akan mendorong dan merangsang masyarakat untuk turut sama memainkan peranan dalam mencegah jenayah.

Kajian membuktikan bahawa pencegahan jenayah merupakan satu mekanisme yang komprehensif dan merupakan momentum untuk membendung serta menghalang dari berlakunya kejadian jenayah. Menerusi kaedah ini, pihak Polis dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan peranan yang boleh dimainkan oleh mereka serta langkah-langkah pencegahan yang boleh

dilaksanakan dalam usaha mengekang kes jenayah dari berlaku. Keberkesanan program pencegahan jenayah ini dapat merealisasikan 'utopia' masyarakat untuk hidup dalam keadaan selamat dan tenteraman serta mampu mengawal tahap 'fear of crime' masyarakat. Kepentingan dalam mewujudkan kerjasama ini turut dihuraikan oleh Perdana Menteri Malaysia menerusi petikan ucapan Perdana Menteri Malaysia ke-5, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa membentangkan usul mengenai Rancangan Malaysia ke 9, 2006-2010 di Dewan Rakyat pada 31 MAC 2006; "Keselamatan negara dan ketenteraman awam sangat mempengaruhi iklim politik dan iklim ekonomi. Negara yang bebas daripada ancaman dalam dan luar dapat meningkatkan keyakinan pelabur dan menjamin kestabilan politik. Kadar jenayah di dalam negara akan ditangani dengan berkesan. Di samping peranan utama anggota tentera dan pasukan Polis, seluruh warga diseru bersama membantu menjamin kestabilan sebuah negara Malaysia yang kukuh bersatu -teguh berpadu. Pihak media, parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan serta orang perseorangan perlulah prihatin akan isu-isu sensitif berhubung agama,kaum, budaya dan

bahasa; serta tidak juga mencetus isu sensasi yang boleh menjejas ketenteraman awam dan keselamatan negara." Dalam keterangan ini maka dapatlah kita rumuskan bahawa tugas pencegahan jenayah bukan hanya diletak diatas bahu PDRM semata-mata, masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam mungurangkan kejadian jenayah. Namun begitu kajian ini adalah bertujuan untuk melihat apakah strategi yang dilaksanakan oleh pihak PDRM dalam mengurangkan jenayah indeks benar-benar mampu meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap kewibaan dan kredibiliti pasukan ini. 2. Objektif Kajian Objektif umum kajian ini ialah untuk melihat persepsi masyarakat di daerah Timur Laut, Pulau Pinang terhadap PDRM. Secara khusus, kajian ini mempunyai objektif berikut: (i) Melihat corak persepsi masyarakat terhadap tugas kepolisan di kawasan tersebut benar-benar mengembalikan keyakinan

penduduk kepada PDRM, (ii) Melihat kepercayaan masyarakat terhadap kewibawaan dan kredibiliti PDRM berasaskan faktor keadilan, kecekapan, amanah dan dedikasi terhadap tugas. (iii) Melihat perbezaan tahap kepercayaan masyarakat terhadap polis berdasarkan latar belakang demografi seperti jantina, taraf pendidikan, etnik dan kumpulan umur.

3.

KAJIAN LITERATUR 3.1 Pengenalan Bab ini akan membincangkan beberapa kajian lepas tentang strategi pengurangan jenayah indeks dan tahap kepercayaan

masyarakat terhadap kewibawaan dan kredibiliti pasukan polis yang dijalankan oleh pakar-pakar di dalam negara mahupun di luar negara. Secara umumnya, kajian literatur ini diklasifikasikan kepada beberapa kategori iaitu definisi, kajian lepas mengenai strategi pencegahan

jenayah dan juga pengukuran tahap kepercayaan masyarakat terhadap tindakan polis dalam mengurangkan jenayah indeks. Sebelum penerangan lanjut berkaitan pelaksanaan strategi

pengurangan jenayah indeks dihuraikan, kupasan berkaitan definasi jenayah, pencegahan jenayah dan 'community-oriented policing'

diketengahkan untuk pemahaman dan pengetahuan. Paul Tappan (1960) mendefinasikan jenayah sebagai niat melakukan pelanggaran undang-undang jenayah yang dilakukan tanpa pertahanan atau justifikasi dan keizinan dari kerajaan atas tindakan jenayah yang dilakukan (an intentional act or omission in violation of criminal law committed without defence or justification and sanctioned by the state for punishment as a felony or a misdemeanour). Seksyen 2 Kanun Prosedur Jenayah pula mentakrifkan kesalahan jenayah sebagai sebarang perbuatan atau ketinggalan yang boleh dihukum oleh

sebarang undang-undang yang sedang berkuatkuasa (any act or omission made punishable by any law for the time being enforced) Steven Lab (1992) mendefinasikan pencegahan jenayah sebagai sebarang tindakan yang dirancang bagi mengurangkan tahap jenayah yang sebenar atau mengurangkan perasaan takut terhadap jenayah ('Crime prevention entails any action designed to reduce the actual level of crime and or the perceived fear of crime'). Menurut Edward Eldefonso (1983) pula, pencegahan jenayah adalah satu langkah yang diambil sebelum sesuatu jenayah itu berjaya dilaksanakan bagi tujuan menghalang perbuatan tersebut. Terdapat banyak teori dan pengertian mengenai 'CommunityOriented Policing' di antaranya Stevens (2002) - "A preventive approach through an empowered problem-solving partnership of police and community to control crime, reduce the fear of crime and enhance lifestyle experiences of all community constituent". Ortmeir (2002) - "A philosophy and a strategy which promotes community engagement, participation, and problem solving, action which leads to the discovery and implementation of solutions to community problem". Berdasarkan kedua-dua kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa Polis dan masyarakat perlu bekerjasama dalam menangani sebarang isu atau kecelaruan sosial yang berlaku dalam masyarakat. 4. Reka Bentuk Kajian

Penyelidikan ini adalah sebuah kajian berbentuk deskriptif. Ia bertujuan menghuraikan kepercayaan dan kredibiliti masyarakat terhadap

perkhidmatan polis berdasarkan kepada empat pembolehubah utama iaitu dimensi strategi operasi yang dijalankan, kecekapan polis, sifat amanah polis dan sifat dedikasi polis. Kajian ini akan membuat

penjelasan deskriftif bagi melihat sama ada masyarakat sangat bersetuju atau sebaliknya bersetuju, sederhana setuju, tidak setuju atau sangat tidak setuju terhadap pembolehubah yang dinyatakan di atas iaitu berkaitan dengan tugas polis dan perkhidmatan yang diberikan polis kepada orang ramai. Kepercayaan dan kewibawaan serta kredibiliti polis adalah berhubung kait dengan pengetahuan dan pandangan orang ramai atau masyarakat. Justeru itu, kajian ini akan memberi penekanan kepada perkara-perkara atau soalan-soalan yang berkaitan dengan pemikiran, pandangan atau persepsi seseorang individu mengenai strategi oleh polis dalam mengurangkan jenayah indeks. Kajian ini akan melibatkan kaedah pengumpulan data secara sekunder dan primer dan melibatkan teknik analisis data secara kuantiatif dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Teknik pengumpulan data melalui borang soal selidik dan perisian SPSS digunakan sebagai alat untuk membantu analisis kajian.

Anda mungkin juga menyukai