Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN PENILAIAN Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian,

pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Anda sebagai jurulatih perlu membuat pertimbangan dan keputusan berhubung dengan suasana atau sesi latihan yang perlu berlangsung untuk menentukan sama ada objektif latihan yang ada sudah dicapai atlet atau memerlukan ulangan semula dan sebagainya.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia

sukan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya, sesetengah jurulatih

apabila mengadakan sesi latihan , mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau menilai

prestasi atlet dalam sesebuah pasukan, tanpa menghirau maksud latihan yang

mendukung istilah-istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan

mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

Dalam dunia sukan Definisi ini melepasi maksud pengujian dan pengukuran.

Popham (1975) menyatakan penilaian yang

sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena latihan.

penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua factor

yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh, akan membantu atlet dan

jurulatih dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat.

Penyimpanan data yang tepat melalui penilaian yang sistemetik juga akan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan masa akan datang sekiranya berlaku pertukaran jurulatih atupun atlet ke tempat lain.Segala kekuatan ,kemahiran dan juga data sokongan akan dapat membantu banyak pihak yang mengambil alih tugas dan juga menjimatkan masa,tanpa perlu membuat penilaian berulang.

Dalam sukan penilaian penguasaan kemahiran tertentu dapat dibuat dalam dua keadaan iaitu

1. Secara Intrinsic iaitu dari dalaman dri atlet sendiri-contohnya membaiki kemahiran memukul dalam badminton apabila merasakan

cara pukulan itu tidak betul dan menyebabkan bulu tangkis tidak masuk gelanggang.

2. Secara Extrinsic iaitu dari pemerhatian orang lain seperti jurulatih.Apabila ditegur kita akan tahu kesalahan dan membaikinya.Contoh dalam permainan bola cara mengantar bola tidak tepat kerana kedudukan kaki tidak stabil.

Anda mungkin juga menyukai