Anda di halaman 1dari 4

BONGAI ASAL-USUL Bongai dipercayai satu-satunya lagu rakyat yang asli kepunyaan Negeri Sembilan.

Begitulah pendapat yang penuh meyakinkan yang diberitahu oleh Encik Udin Bin Hussin ( Pak Din Bongai) salah seorang penggiat Bongai yang masih terdapat di Negeri Sembilan Berbagai pandangan telah dibuat mengenai Bongai. Ada yang berpendapat Bongai adalah perkataan yang tersendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana perkataan pun. Encik Udin Bin Husin atau lebih dikenali sebagai Pak Din Bongai, ialah seorang penyanyi Bongai yang aktif di Negeri Sembilan, mengatakan nama Bongai berasal daripada perkataan 'Bong dan Lai' yang bererti 'sayang'. Abdul Latif Oyek, seorang tokoh budaya tempatan memberi pengertian bahawa perkataan 'bongai' dicipta dari dua perkataan, iaitu perkataan 'bong' dan perkataan 'aye' bererti saya ......". Bongai mempunyai keunikannya tersendiri dan telah diterima sebagai identiti lagu bagi Negeri Sembilan (mulai 1997) serta telah mula diterima oleh kebanyakan masyarakat negeri ini.Pendapat ini telah disokon oleh ramai ahli kumpulan Bongai Seri Petasih di Kampong Kepis, Kuala Pilah. Namun bagi kebanyakan pengkaji, Bongai dikatakan berasal daripada Sumatra Barat, Indonesia, yang dibawa masuk oleh orang-orang Minangkabau, semasa mereka berhijrah ke Negeri Sembilan suatu ketika dahulu. Keadaan ini disebabkan oleh wujudnya persamaan antara lagu kesenian rakyat Minangkabau yang diberi nama 'Berbilang Panjang' dengan 'Lagulagu Bongai'. Persamaan ini meliputi inti dan cara ia dipersembahkan. Lagu Bongai - Budu Landai (Lelaki)

Putik pauh daghilah pomatang singgah moghapat papanlah kemudi ..........................sayang daghi jauh sayolah ni datang mondapekkan adiklah yang baik budi.

(Perempuan) Putik pauh topilah pomatang sayanglah solasih lah dimasak minyak........................sayang daghi jauh abangku ni datang teghimolah kasihlah yang banyak-banyak.

(Lelaki) Anak ompek dikatokan onam laghilah induk tingal an sarang ......................................sayang sakit diubek matilah ditanam itulah yang budi ey dikonang oghang.

(Perempuan) Apo bona lah kan keladinyo makolah ditanam ditopilah kolam..................................sayang apo bonalah kan ni budinyo makolah dikonang siang dan malam.

(Lelaki) Kalau adolah peghio pait oghangnya baghulah monangkap udang.....................sayang kalau ado budilah yang baik monjadilah abu lah dikonang oghang.

(Perempuan) Kalau ke ghimbo lah ko payo jangan maghi bokudo banyaklah yang lalu.................................sayang kalau bojumpo lah togamang jangan adatlah yang mudo sajolah begitu.

(Lelaki) Anak bolando pandailah momoto

poto di lukih cantiklah ghononyo.....................................sayang kalaulah boto e adikku bokato kasihlah adik tu apolah tandonyo.

(Perempuan) Dughian lah bobandu lah bandu ondak dibolah lah boghuang-ghuang..............................sayang adik sajo baklah kain baju bia lah lusuh lah dek abang soghang.

(Lelaki) Kalau ado selasihlah tani tanam ketolo di ghumpunlah buluh..................................sayang kalau adik kasihkan sayo ni bak lah ey tualo nak monyapu poloh.

(Perempuan) Tanam ketolo di ghumpun lah buloh papan di jawo sayolah dighikan........................................sayang jangan tuolo nak monyapu poloh nyawo lah dan bodan adiklah soghahkan.

'Berbongai' bererti berbalas pantun yang disampaikan dalam bentuk lagu oleh para pemantunnya. Bongai adalah sejenis lagu rakyat tradisional Negeri Sembilan yang dinyanyikan secara solo atau berduet atau beramai-ramai. Namun, konsep persembahan adalah, hanya seorang sahaja boleh menyanyi atau berpantun dalam satu-satu masa. Orang lain tidak boleh menyanyi atau mengganggu ketika pasangannya sedang menyanyi.Persembahan secara solo boleh dinyanyikan samada oleh lelaki atau wanita.

Begitu juga jika ia mengekalkan konsep asal,iaitu hanya seorang sahaja boleh menyanyi dalam satu-satu masa, yang kemudiannya disahut atau disambut oleh orang lain dalam kumpulan yang sama.Begitu juga, jika dipersembahkan secara berduet, ia boleh menggunakan pasangan lelaki dan wanita atau kedua-duanya lelaki atau kedua-duanya wanita. JIka persembahan dibuat secara beramai-ramai, ia mengekalakan konsep asal,iaitu hanya seorang sahaja boleh menyanyi dalam satusatu masa, yang kemudiannya disahut atau disambut oleh orang lain dalam kumpulan yang sama.

Anda mungkin juga menyukai