Anda di halaman 1dari 3

BERIMAN KEPADA KIAMAT

APAKAH KIAMAT

Hari Kiamat ialah satu hari yang ditetapkan oleh Allah bahawa alam ini akan dimusnahkan seluruh makhluk yang hidu dimatikan kemudian dibangkitkan di alam akhirat untuk diadili dan diberi pembalasan yang sewajarnya. Hari kiamat mempunyai banyak nama, antaranya ialah :1. Hari kegoncangan 2. Hari pengumpulan 3. Hari penyesalan 4. Hari perhitungan 5. Hari pembalasan PENGERTIAN

Wajib diyakini dengan sepenuh hati bahawa hari kiamat tetap tiba tanpa diketahui saat berlakunya melainkan Allah. Oleh itu, manusia hendaklah bersedia dengan amalan yang sesuai untuk menghadapinya. Hari Kiamat itu bermula setelah seorang itu meninggal dunia sehingga manusia diberi pembalasan di akhirat. Kehidupan makhluk di dunia ini adalah kehidupan sementara. Kehidupan ini ditetapkan Allah dalam jangka masa tertentu. Makhluk atau manusia akan mati apabila telah cukup tempoh atau ajalnya. Kematian ialah perpisahan roh dari jasad. Jasad kembali kepada kejadian asal iaitu tanah. Roh kembali kepada Allah dan ditempatkan di alam Barzakh sementara menunggu hari pembalasan. Di alam barzakh, manusia akan ditanya oleh Malaikat yang bertugas dengan beberapa soalan. Mereka juga akan mendapat nikmat jika amalannya baik tetapi akan disiksa jika amalannya jahat. TANDA-TANDA KIAMAT Tanda-tanda berlaku kiamat terbahagi kepada dua :1. Tanda-tanda kecil 2. Tanda-tanda besar

Tanda-tanda kecil kiamat ialah keadaan yang menunjukkan hari kiamat sudah hampir tiba. Di antara tanda-tanyanya ialah : 1. Ilmu agama diangkat, ertinya ILMU AGAMA KURANG MENDAPAT PERHATIAN walaupun dari kalangan orang-orang Islam sendiri sehingga dunia dipenuhi kejahilan. 2. Tersebar maksiat secara terang-terangan. 3. Manusia berlumba-lumba mengejar kebendaan dan lupa agama. 4. Banyak bangunan-bangunan masjid yang indah tanpa dijalankan fungsinya. 5. Banyak berlaku fitnah, peperangan, bencana alam, dan sebagainya. Adapun tanda-tanda besar kiamat ialah keadaan yang menunjukkan hari kiamat sudah hampir benar akan berlaku. Di antara tanda-tanyanya ialah :1. Lenyap Al-Quran dari mashaf dan hati umat manusia sehingga mereka kehilangan pedoman dan menjadi kafir. 2. Muncul suatu bangsa suka membuat kerosakan di mana atau lebih dikenali dengan sebutan Yakjuj da Makjuj. 3. Muncul Dajjal, ertinya ahli-ahli pendusta yang mempengaruhi manusia dan mengajak kepada kekafiran. 4. Turun Nabi Isa a.s membanteras kekuasaan dan pengaruh Dajjal sehingga dunia kembali kepada ajaran Islam. 5. Terbit matahari dari arah Barat, menandakan taubat sudah tidak diterima lagi

KEBANGKITAN DI HARI AKHIRAT Apabila tiba saat kiamat, Allah memerintahkan Malaikat ISrafil meniup sangkakala yang mengakibatkan kedahsyatan dan kemusnahan seluruh makhluk. Setelah sekian lama, Allah memerintahkan ditiup sangkakala yang kedua, seluruh manusia dan haiwan dibangkitakn dari kubur untuk dihisab. Setelah dibangkitakn dari kubur, manusia dikumpulkan di Padang Mahsyar dan di sana mereka menanti hisab. Terdapat berbagai-bagai keadaan manusia di padang Mahsyar berdasarkan amalan masing-masing. Keadaan di Mahsyar mendorong manusia menemui para Nabi untuk memeohon Syafaat. Selepas menerima Syafaatul uzma, tibalah waktu hisab. Manusia diberi catatan amalan masing-masing dan disoal. Orang yang menerima catatan amalan dengan tangan kanan menandakan kegembiraan dan kenikmatan. Orang yang menerima catatan dengan tangan kiri atau dari belakang menandakan kesusahan dan kesengsaraan. Setelah pengadilan dan hisab, segala amalan ditimbang untuk diberi pembalasan. PEMBALASAN

Terdapat dua jenis pembalasan kepada manusia di akhirat iaitu Syurga dan Neraka. Bagi manusia yang taat dan mendapat keampunan Allah akan sejahtera di dalam syurga. Orang yang derhaka da kafir mereka akan kekal di dalam neraka. Adapun orang-orang yang berdosa dari kalangan orang yang beriman, mereka akan disiksa di dalam neraka dan akhirnya dimasukkan juga ke ke dalam syurga. Syurga ialah kediaman yang disediakan oleh Allah SWT untuk hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Di dalamnya tersedia kenikmatan yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan terlintas pada fikiran manusia. Syurga mempunyai beberapa nama , antaranya :1. Jannatul Mawa 2. Jannatul Firdaus 3. Jannatul Khuld 4. Jannatu Adn 5. Jannatu Daris Salam 6. Jannatu Naeim 7. Jannatu Daril Amin Neraka ialah tempat azab dan penyiksaan yang disediakan oleh Allah untuk mereka yang engkar dan menentang kebenaran. Mereka tersiksa di dalam dengan berbagai-bagai penyiksaan. Neraka juga mempunyai banyak nama, antaranya :1. Neraka Hawiyah 2. Neraka Jahannam 3. Neraka Saer 4. Neraka Saqar 5. Neraka Ladzo 6. Neraka Huthomah 7. Neraka Jahim

http://islam.dunyahalal.com/index.php?id=102&mnu=66

Anda mungkin juga menyukai