Anda di halaman 1dari 1

Nama: Foong Hui Wah Kelas: 4M No I/C: 961207-56-5301 Tajuk yang saya ingin menyampaikan adalah isu semangat

kejiranan. Jiran merupakan antara orang yang paling dekat dengan kita kerana tinggal berhampiran dengan rumah kita. Setiap orang digalakkan agar berbaik-baik dengan jiran tanpa mengira bangsa dan agama. Semangat kejiranan patut diamalkan kerana jiranlah yang diharapkan untuk memberikan pertolongan apabila kita menghadapi musibah, seperti kebakaran, kehilangan harta benda dan kemalangan, bak kata pepatah, condong diumpil, lemah dianduh. Di samping itu, hubungan baik sesame jiran dapat melahirkan kehidupan yang aman tenteram dan seterusnya mengukuhkan ikatan silaturahim dan memupuk perpaduan. Namun demikian, semangat kejiranan kini kian luntur, terutama dalam kalangan masyarakat bandar. Hal ini berpunca daripada kesibukan masing-masing dalam kerjaya dan aktiviti peribadi. Mereka tidak mempunyai masa untuk beramah mesra dengan jiran tetangga, apatah lagi untuk berbincang tentang hal komuniti setempat dan bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Usaha-usaha yang sesuai wajar dilakukan secara giat dan berterusan untuk memupuk semanget kejiranan dalam kalangan masyarakat. Program, seperti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman dan persekitaran, sukaneka dan hari keluarga boleh dianjurkan agar masyarakat dapat mewujudkan suasana mesra dan harmoni sekali gus mengukuhkan perpaduan kerana bersatu teguh bercerai roboh dan bersekutu bertambah mutu. Tuntasnya, semangat kejiranan haruslah menjadi amalan masyarakat demi melahirkan masyarakat penyayang dan seterusnya merealisasikan Wawasan 2020. Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan merupakan kunci keamanan Negara.

Anda mungkin juga menyukai