Anda di halaman 1dari 52

PENGHARGAAN

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

BAHAGIAN A

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

SENARAI KANDUNGAN PORTFOLIO PRAKTIKUM

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

Pengetahuan baru

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

BIODATA DIRI

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

SURAT PENGENALAN DIRI

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

PERNYATAAN PROFESIONAL

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

WAWASAN 2020 SEMBILAN CABARAN

Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan berkeyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur. Mewujudakn masyrakat saintifik dan progresif. Mewujudkan masyrakat penyayang dan budaya menyayangi. Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, giat, dinamik dan kental.
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010

Teras 1 - Membina Negara Bangsa Teras 2 - Membangunkan Modal Insan Teras 3 - Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Teras 4 - Merapatkan Jurang Pendidikan Teras 5 - Memartabatkan Profesion Keguruan Teras 6 - Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

LAPAN AGENDA PENGISIAN WAWASAN PENDIDIKAN 1. Perpaduan 2. Stail pengurusan


3. Stail kepimpinan

4. Perkhidmatan penyayang 5. Empowerment 6. Budaya ilmu 7. Sekolah penyayang 8. Budaya cemerlang

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA


Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapai cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya. i. Tanggungjawab Terhadap Pelajar. a) Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
b) Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,

mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. c) Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. d) Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. e) Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. f) Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

II. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa a) Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. b) Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. c) Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. d) Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. e) Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar. f) Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. III. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara. a) Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara. b) Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. c) Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. d) Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. e) Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

f) Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik. IV. Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan. a) Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. b) Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. c) Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
d) Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang

baru dalam profesion keguruan. e) Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan. f) Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

IKRAR GURU
Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

Dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara Pada setiap masa.

LAGU GURU MALAYSIA


Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putra putri negara kita

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

refleksi
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

aktiviti yang dijalankan

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

PANDUAN PENGGUNAAN BORANG PRAKTIKUM

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

HASIL KERJA HARIAN

BORANG
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

TAKWIM SEKOLAH

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

BORANG KEHADIRAN PRAKTIKUM

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

BAHAGIAN B

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

PETA LOKASI, PELAN SEKOLAH & BILIK DARJAH

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

PELAN LOKASI

PELAN SEKOLAH DAN BILIK DARJAH

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

MAKLUMAT SEK.KEB. SERI BUDIMAN II

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

VISI DAN MISI


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BUDIMAN ii

VISI
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

Membina insan berinovatif, berilmu, berakhlak mulia, kreatif dan bertanggungjawab.

MISI
Melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah melalui perkhidmatan pendidikan berterusan yang berkualiti selaras dengan arus teknologi maklumat dan alaf baru

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

SENARAI NAMA STAF (AKADEMIK DAN SOKONGAN)

SENARAI NAMA STAF (AKADEMIK) SENARAI NAMA GURU SESI PAGI


Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43

NAMA Asma Bt. Mokhtar. PJK. Radziah Bt. Abd. Samad (GPK 1) Norisah Bt. Suleiman (GPK HEM) Wan Nor Rani Bt. Wan Yusof (GPK KO-KU) Tuan Zarina Bt. Tuan Othman Noor Azlina Bt. Nawi Che Nailah Bt. Ahmad Massirah Bt. Sulaiman Zulfarihan Bt. Atan Idris B. Taha Zuraini Bt. Zulkifli Norhayati Bt. Noor Aris Suzana Bt. Ali Rosmizawati Bt. Daud Zainab Zulaili Bt. Abdullah Tahir Noraishah Bt. Othman Muhammad Harris Ong B. Abdullah Khairul Asmadi B. Samsudin Anida Bt. Abdullah Nurul Aini Bt. Abu Bakar Tuan Rohadi B. Tuan Kechik Azlina Bt. Ismail Sazeli B. Shamsuddin Asiah Bt. Abd. Rahman Amran Bt. Haji Seman Ismazilawati Bt. Ismail Azmah Bt. Embong Ezdiani Bt. Selamat Nor maryani Bt. Awang Anita Bt. Alfian Yusof Mohd Azley Bin Che Mat Azizah Bt Md. Lajim Mohd Roslan B. Ariffin Rosnah Bt. Mijan Nur Syazwani Pong Bt. Abdullah Yusri Bin Karim Nor Hayati Bt. Jamaluddin Romarzila Bt Omar Mohamad Bin Sawal Nooraini Bt. Amarjan Siti Jamilah Bt. Hj. Md. Yasin Azlina Bt. Mohd Tahir Norziah Bt. Hamisan

JAWATAN Guru Besar PK Kurikulum PK Hal Ehwal Murid PK Kokurikulum Guru Media Guru Bimb. & Kaunseling Guru Bimb. & Kaunseling Guru Data/EMIS Guru Data/SMM Guru disiplin S/U Peperiksaan S/U Akademik S/U HEM S/U Kokurikulum 6 Neptun/Penyelaras tahun 6 6 Uranus/KP. PSV/Peny. Protim 6 Zuhal/Sains 6 Musytari/KP. PSK 6 Marikh/Matematik 6 Bumi/BM/KH 6 Zuhrah/BM/KH 6 Utarid/BI 5 Uranus/Peny. PPSMI 5 Zuhal/Penyelaras tahun 5 5 Musytari/KP. Muzik 5 Marikh/KP. Matematik 5 Bumi 5 Zuhrah/BI 5 Utarid/Pend. Islam 4 Zuhal/BI 4 Musytari/Matematik 4 Marikh/Pend. Islam 4 Bumi/KP. Kemahiran Hidup 4 Zuhrah/Matematik 4 Utarid/KP. Kajian Tempatan KP. Bahasa Melayu KP. Agama Pend. Agama/ Penyelaras Surau KP. Pend. Jasmani & Kesihatan KP. Sains KP. Bahasa Inggeris Guru ICT/ PSV Guru BM

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

SENARAI NAMA STAF (SOKONGAN)

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

Piagam Pelanggan Sekolah Kebangsaan Sri Serdang


Kami warga sekolah berjanji akan:1. Memastikan murid mendapat perhatian dan layanan sama rata 2. Murid mendapat peluang untuk melibatkan diri dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. 3. Menyediakan prasarana yang kondusif, ceria dan selamat. 4. Member layanan dan perkhidmatan yang mesra, cepat dan berhemah semasa berurusan. 5. Mengambil tindakan segera terhadap aduan, teguran dan cadangan. 5. Berganding bahu dan bekerjasama dengan anggota masyarakat dan warga pendidik dalam usaha memperkasakan sekolah kea rah kecemerlangan

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

Kecemerlangan Murid Kepuasan Kami


PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH ARAHAN AM

Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertaluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut

Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu perkerjaan semata mata. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip prinsip Perkhidmatan Cemerlang Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Meletakkan Kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

KEDATANGAN

Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. Guru dikehendaki berada didalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu persekolahan bermula dan merakam kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik sekolah.

Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah hendaklah memberikan kenyataan dan sebab sebab yang wajar. Guru juga mestilah memaklumkan kepada pihak sekolah dengan kadar segera supaya jadual waktu ganti dapat disediakan.
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat diluar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan

Waktu persekolahan Hari Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Masa(Sesi Pagi) 7.30 pagi -1.10 petang 7.30 pagi -1.10 petang 7.30 pagi -1.10 petang 7.30 pagi -1.10 petang 7.30 pagi - 12.15 tgh Masa(Sesi Petang) 1.10 petang - 6.30 petang 1.10 petang - 6.30 petang 1.10 petang - 6.30 petang 1.10 petang - 6.30 petang 2.15 petang - 6.30 petang

KELUAR KAWASAN SEKOLAH DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN

Guru dan staf tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu persekolahan kecuali jika terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan/PPD dengan syarat mendapat kebenaran dari Guru Besar/Penolong Kanan

Guru dan staf dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan ditulis dalam Buku Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan Guru Besar/Penolong Kanan. Sebelum keluar, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Penolong Kanan.

CUTI

Cuti Rehat/Cuti Penggal Mengikut surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP)0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakkan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar. CUTI SAKIT

Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturut- turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi 14 hari dalam setahun. Cuti Sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Untuk menentukan pembayaran gaji.

CUTI TANPA GAJI

Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebabsebab persendirian yang mustahak. Cuti Tanpa Gaji kakitangan bukan guru hanya boleh diberikan selepas habis semua cuti rehatnya. Kelayakaan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negara hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun. Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantarke Jabatan Pelajaran Negeri 10 Minggu sebelum tarikh mula bercuti.

CUTI REHAT KHAS(CRK)


CRK adalah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja. Cuti diluluskan oleh Guru Besar bagi temp[oh 7 hari Setahun. CRK bukan hak tetapi keistimewaan, kelulusan adalah atas budi bicara Guru Besar bergantung atas keperluan sekolah.
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

Baki cuti boleh dikumpul bagi tujuan GHS sebanyak 120 hari (jika ada permohonan) sepanjang tempoh perkhidmatan.

CUTI KELUAR NEGERI

Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari jabatan. Sila isi borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

CUTI TANPA REKOD


Cuti tanpa rekod boleh diambil 30 hari setahun Cuti tanpa rekod boleh diluluskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. -bagi menghadiri perperiksaan -mengambil bahagian dalam olahraga/sukan(30 hari sahaja) -Ahli majlis/ jawatankuasa pertandingan -cuti urusan kematian ahli keluarga terdekat-diberi 3 hari sahaja untuk menziarahi dan membantu urusan berkaitan dengan kematian ahli keluarga terdekat. (Ahli keluarga terdekat bermaksud suami, isteri, anak-anak serta ibu bapa kandung kepada anggota keluarga berkenaan). Cuti ini bermula pada tarikh kematianatau pada hari berikutnya jika kematian selepas waktu pejabat. Tempoh cuti termasuk semua hari rehat dan hari pelepasan am. Salinan pengesahan kematian ahli keluarga perlu dikemukakan kepada Guru Besar untuk tujuan rekod.

PAKAIAN

Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. Guru perempuan Seluar trek/seluar panjang yang sesuai, kemeja-T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit. Guru lelaki - Seluar trek/seluar panjang yang sesuai, kemeja-T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau getah tanpa tumit.

PERHUBUNGAN SESAMA GURU

Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa mengawal tutur kata dan tingkahlaku mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.

Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan yang lain.

Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah ini.

BILIK GURU/BENGKEL

Kebersihan dan keselamatan bilik guru / bengkel adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuklah keselamatan harta benda di dalam bilik guru/ bengkel.

Guru hendaklah berada di dalam bilik guru/bengkel semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai non-teaching period dan bukannya free period. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru/ bengkel untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.

Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada dibilik guru

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

Guru yang berada di dalam bilik guru/ bengkel hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

TUGAS

Guru akan diberikan tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas khas. Laksanakan tugas yang diberikan dengan cekap , dedikasi dan bertanggungjawab.

Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan seperti menghadiri mesyuarat, pergi ke JPN , atau berkursus guru hendaklah mengambil tindakan sewajarnya. Guru tidak boleh mengarah guru lain melaksanakan tanpa kebenaran pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak atas persetujuan sesama, maka ia mesti sampai kepengetahuan Guru Besar.

BUKU REKOD MENGAJAR

Guru bertanggungjawab menjaga keselamatan buku rekod mengajar kerana ianya merupakan SKT setiap guru kecuali guru bimbingan dan kauseling Semua butiran hendaklah diisikan dengan kemas, teliti dan lengkap. Buku rekod ini hendaklah diserahkan ke Pejabat pada hari Jumaat atau hari akhir minggu berkenaan untuk tujuan semakan dan tandatangan oleh Guru Besar/Penolong Kanan.

Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan / Guru Kanan. Buku Rekod mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.

JADUAL WAKTU

Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Guru Besar.
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

Jadual

waktu

ganti

hendaklah

disediakan

oleh

S/U

Guru

Ganti

dan

ditandatangani oleh Pengetua/Penolong.

JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

Setiap guru kelas bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.

Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, Penyelaras Tingkatan bertanggungjawab menandanya.

Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat Hal Ehwal Murid. Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut pada waktu persekolahan, ibu bapa / penjaga hendaklah dimaklumkan melalui telefon dan bertulis. Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru Penolong Kanan HEM. Guru tidak dibenarkan membawa keluar Buku Kedatangan Pelajar.

KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah samada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.

Ketua Panitia hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan. Mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lainlain

Semua guru hendaklah memastikan perabot di dalam kelas/ bilik-bilik khas tidak diubah/dialeh ke tempat lain.

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

KEBERSIHAN

Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan ditempat yang selamat.

Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.

PERGI KE JABATAN PELAJARAN/PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

Guru-guru tidak digalakkan pergi ke JPN atau PPD untuk urusan peribadi.

PELAWAT

Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar / Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar/Penolong.

MEMBELI BARANG

Pembelian barang untuk P&P dibuat melalui Ketua Panitia Ketua Panitia dikehendaki mengisi Nota Minta untuk tujuan tersebut. Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.

KEGIATAN KOKURIKULUM

Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Guru-guru berkenaan wajib hadir mengikut jadual yang ditetapkan. (120 minit seminggu)
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

PERHIMPUNAN SEKOLAH

Semua guru wajib hadir perhimpunan sekolah pada hari-hari dan masa-masa yang ditetapkan. Guru lelaki hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher. Guru perempuan hendaklah berpakaian kemas, bersopan santun dan tidak memakai selipar / sandal. Guru wajib menyanyi bersama pelajar - Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah dengan penuh semangat.

MESYUARAT GURU

Dari masa ke semasa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru. Kehadiran guru adalah diwajibkan. Guru diwajibkan hadir mesyuarat yang diadakan oleh Penolong Kanan / Ketua Panitia.

TANDA NAMA

Semua guru dan kakitangan sekolah hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan dan majlis rasmi disekolah / diluar sekolah.

KEAHLIAN KELAB/PIBG

Yuran Kelab Guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat dan menjadi tanggungjawab ahli menjelaskan yuran keahlian kepada bendahari kelab. Semua guru digalakkan menganggotai Badan Ihsan Anggota Jabatan

Pendidikan Selangor. PENGGUNAAN ALAT-ALAT


Mesti mendapat kebenaran ketua-ketua bahagian / penjaga stok. Alat-alat hendaklah digunakan dengan betul serta mengikut peraturan.
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

Bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan alat-alat digunakan dan dikembalikan dalam keadaan baik. Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta.

ARAHAN DAN PEKELILING

Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya dan disimpan di dalam fail khas.

Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian, Jabatan Pendidikan / PPD guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.

TELEFON

Penggunaan telefon pejabat hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan hendaklah direkodkan.

KUNCI

Semua kunci mesti di simpan di pejabat pentadbiran sekolah. Guru dan kakitangan sekolah yang hendak menyimpan kunci mesti mendapat kebenaran bertulis dari Guru Besar. Sewaktu cuti penggal persekolahan semua kunci hendaklah diserahkan di pejabat pentadbiran sekolah.

ACARA ATAU MAJLIS RASMI SEKOLAH


Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara atau majlis rasmi sekolah Guru tidak dapat hadir kerana sebab sebab yang tidak dapat dielakkan mestilah menyertakan surat tunjuk sebab.

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

BAHAGIAN C

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

RANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

SENARAI NAMA AHLI DAN KEHADIRAN

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

SALINAN BORANG PENYELIAAN DAN BIMBINGAN PENSYARAH DAN GURU PEMBIMBING (BORANG PR1)

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

RANCANGAN PROJEK/ PERANAN LAIN

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

LAPORAN PROJEK/ PERANAN LAIN

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

BAHAGIAN D

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

FORMAT DAN CONTOH PENULISAN JURNAL

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

LAPORAN JURNAL MINGGUAN

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

EDARAN SEKOLAH

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN

Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010

Anda mungkin juga menyukai