Anda di halaman 1dari 3

MODEL: MATA PELAJARAN: TEMA: STANDARD KANDUNGAN:

Pembelajaran Berasaskan Projek Sains Tahun 2 Sains Fizikal Terang dan Gelap 4.2 Mengaplikasikan pengetahuan tentang pembentukkan bayang-bayang.

STANDARD PEMBELAJARAN: 4.2.1 Mencipta permainan bayang-bayang seperti wayang kulit PENTAKSIRAN: Kaedah Hasil projek Lembaran Kerja MASA: 60 minit

FASA
1 Persediaan - Tinjauan berfokus - Penyoalan Indikator Amalan: 1.1.1Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. 1.2.7 Mengimbas kembali idea.

CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN KOMUNIKASI

Guru memulakan pengajaran dengan menyanyikan lagu Bayang-bayang. Guru meminta murid menyanyi bersama-sama. (Lampiran 1) Guru menayangkan video permainan wayang kulit. (Video 1)

Mendengar dan menyanyikan lagu

- Bilakah bayang-bayang terbentuk? - Dalam keadaan apakah bayang-bayang terbentuk?

Guru meminta murid menerangkan tentang bayang-bayang berdasarkan pengetahuan mereka pada pengajaran yang lalu.

2 Imaginasi -Merancang Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang murid. Setiap kumpulan dibekalkan dengan lampu suluh, manila kad, lidi sate, gunting, gam dan benang. Indikator Amalan: 2.1.3 Menghasilkan idea yang bermakna. Setiap kumpulan dikehendaki merancang objek dalam permainan seperti wayang kulit. Dengan menggunakan bahan dan alatan yang diberikan, rancang satu permainan wayang kulit. Apakah bentuk objek yang anda pilih? Bagaimanakah lakaran itu? 3 Perkembangan -Membuat prototaip -Meneroka Indikator Amalan: 3.1.2 Mengubah suai idea. 3.1.3 Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea. Setiap kumpulan mempersembahkan permainan wayang kulit di hadapan kelas. Guru bertanya soalan Bagaimanakah anda boleh menghasilkan bayang-bayang dalam saiz yang lebih besar? Bagaimanakah anda boleh menghasilkan bayang-bayang dalam saiz yang lebih kecil? Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan permainan berbentuk wayang kulit

4 Tindakan -Merumus -Mentaksir Indikator Amalan: 4.1.1Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan khusus. Murid menerangkan hasil kerja yang dihasilkan dengan memberi penekanan terhadap bentuk bayang-bayang dan saiz bayang-bayang. Guru bertanya soalan Mengapakah permainan wayang kulit dimainkan pada waktu malam? Kenapa perlu adanya terang dan gelap dalam pemainan wayang kulit? Latihan pengayaan untuk murid (Lampiran 2) Pentaksiran Murid berupaya mengaplikasikan pengetahuan tentang pembentukan bayang-bayang dalam permainan seperti wayang kulit. KPS: Memerhati Berkomunikasi Mengawal Pembolehubah Nilai dan Sikap Bekerjasama Berfikir secara rasional

Ahli Kumpulan : 1. Wan Harman Bin Wan Nuh SK Desa Petaling, Kuala Lumpur 2. Siti Ruhaiza Binti Mohd Siran SK Subang, Shah Alam 3. Nur Aqilah Binti Yahaya SK(2) Gombak, Selangor

Anda mungkin juga menyukai