Anda di halaman 1dari 38

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN MURID YANG MUNDUR DAN LEMBAM ABSTRAK


Menurut Syed Abu Bakar (1997), pendidikan pemulihan adalah untuk kanak-kanak yang tidak kelihatan cacat tetapi mengalami kesulitan memperoleh kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Di Malaysia pada tahun 70-an, beberapa kebimbangan telah disuarakan oleh beberapa pihak berkenaan dengan permasalahan yang melibatkan kelemahan dalam menguasai kemahiran 3M ini. Beberapa penyelidikan telah dilakukan sehingga Kementerian Pendidikan menggubal dan menyusun semula kurikulum sekolah. Ini semua bagi tujuan untuk mengatasi permasalahan dalam menguasai kemahiran 3M. Kebanyakan murid yang mengalami masalah ini banyak ketinggalan dari segi akademik disebabkan gagal mengikuti pelajaran yang diajar di dalam kelas arus perdana. Pada kebiasaannya murid-murid pemulihan ini tidak jauh berbeza dengan murid-murid lain. Tetapi bila dari aspek pendidikan seperti pencapaian mereka bila membaca, menulis serta mengira perbezaannya amat ketara sekali. Dan ada beberapa pendapat yang mengatakan murid-murid ini boleh diketegorikan sebagai mundur atau murid lembam. Beberapa faktor boleh dikaitkan terjadi murid-murid lembam ini seperti intelektual, persekitaran serta pun disebabkan beberapa penyakit seperti autisme, disleksia dan sindrom down. Ciri-ciri yang boleh kita lihat dalam diri budak pemulihan atau lembam ialah pada tahap mereka sekarang iaitu pada umur 8 tahun mereka masih gagal dalam menguasai hurufhuruf dan menyebut suku kata. Walhal pada kajian yang pernah dibuat pada usia murid menjangkau 8 tahun, murid sudah boleh membaca ayat-ayat mudah. Penampilan murid-murid pemulihan ini juga boleh dibezakan seperti keadaan baju sekolah yang comot dan tidak kemas. Manakala hasil tulisan murid-murid sukar untuk difahami dan ada juga yang mengalami masalah untuk mengenal huruf seperti huruf b, d, p dan q. Murid-murid ini sering terkeliru dalam membezakan huruf-huruf ini. Dari sebutan pula mereka tidak dapat menyebut huruf r dengan tepat. Ini dapat di buktikan melalui ujian diagnostik yang dijalankan kepada murid-murid ini. Pelbagai inisiatif yang boleh diambil oleh orang di sekeliling bagi mengatasi serta membantu mereka untuk menguasai kemahiran 3M. Oleh itu masyarakat tidak harus mempertikaikan mereka yang tergolong diantara murid pemulihan atau lembam ini. Kemahiran anak-anak pada kebiasaannya adalah berbeza-beza mengikut kanak-kanak itu sendiri. Jika mereka tidak cenderung dalam bidang pendidikan, mungkin terdapat kemahiran lain yang boleh dicungkil dalam diri murid ini.

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

1.0

PENGENALAN

Masalah

Bagi menjalankan tugas yang diberi saya telah memilih beberapa sampel, dengan itu saya memilih Mohamad Amirul Bin Azhar sebagai sampel yang akan saya kupas pada kajian kes kali ini. Saya mengenali murid ini semasa memasuki semasa kali pertama saya memasuki kelas 3 Bestari. Di mana pada ketika itu saya ditugaskan untuk mengajar kelas 3 Bestari bagi subjek Bahasa Melayu. Semasa sesi suai kenal diantara murid dan guru dijalankan murid ini tidak banyak bercakap. Kemudian bila kertas kerja diberi, murid ini mengalami masalah dalam memahami arahan yang diberi oleh guru. Selain itu, murid ini juga gagal menulis nama penuhnya dengan betul dan cantik. Seterusnya, bila dirujuk kepada Pn. Lim Hoi, Guru Pemulihan Sekolah Kebangsaan Pinji, murid ini merupakan salah seorang daripada murid pemulihan dan murid yang lemah dari tahun tiga. Apa yang diceritakan oleh Pn Lim Hoi, Murid ini telah dimasukkan kedalam kelas pemulihan sejak dari tahun dua selepas tidak melepasi Ujian Pelepasan Kia2M. Bagi mengetahui kemahiran murid ini, satu ujian telah dijalankan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid ini. Ujian diagnostik yang dijalankan menunjukkan beberapa kelemahan yang dihadapi oleh murid ini. Di antara kelemahan yang paling ketara adalah dari segi tulisan. Murid ini menghadapi dalam menulis perkataan-perkataan dan mengambil masa yang lama untuk menulis dan tulisan murid ini terlalu buruk dan amat tidak berpadanan dengan usia murid ini.

2009

KAJIAN KES (SK PINJI) Selain itu, masalah lain yang dihadapi murid ini ialah dari segi mengenali huruf-

huruf. Murid ini mengambil masa yang lama untuk mengenal huruf yang ditunjukkan oleh guru. Di mana Ujian Diagnostik Lisan telah dijalankan, murid menghadapi masalah dalam mengenal setiap huruf yang di tunjukkan oleh guru. Terdapat sesetengah huruf seperti p, q, b dan d murid-murid ini menghadapi masalah dalam mengingat setiap perkataan yang di pamerkan secara rawak. Keyakinan diri murid ini juga agak rendah. Setiap kali guru memberikan latihan yang melibatkan murid kehadapan, murid ini selalu akan mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan soalan serta tidak yakin dengan jawapan yang diberi. Pada pemikiran murid ini, setiap jawapan yang diberi adalah salah. Disebabkan murid ini menghadapi masalah dalam mengenal huruf serta dalam mengeja, murid ini juga banyak menghadapi masalah dalam mengikuti pembelajaran di dalam kelas lain. Mengikut temubual saya bersama guru mata pelajaran lain, murid ini menghadapi banyak masalah dan sering tertinggal di dalam pembelajaran. Guru-guru lain terpaksa memberi perhatian yang lebih kepada murid ini agar tidak ketinggalan di dalam pembelajaran.

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

2.0

LATAR BELAKANG MURID

Nama

Mohamad Amirul Bin Azhar Ipoh, Perak 9 Tahun Melayu Islam

Tempat lahir : Umur Bangsa Agama : : :

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

Latar belakang murid ini diperolehi melalui temubual bersama murid ini dan juga temubual bersama Guru Pemulihan Khas, Pn. Lim Hooi. Murid ini perwatakannya seperti kanak-kanak yang lain tetapi Muhamad Amirul agak aktif di luar kelas dan di dalam kelas. Di sebabkan saya juga mengajarnya di dalam kelas arus perdana 3 Bestari, murid ini nampak agak berlainan kerana murid ini menjadi pasif bila diajukan soalan atau berkehendakan murid ini menjawab soalan. Murid ini merendah diri di sebabkan dia berada di dalam kelas pemulihan. Ini menyebabkan murid ini menjadi pasif dan kurang aktif dalam kelas. Melalui temubual yang dibuat, murid ini mempunya 3 orang adik beradik sahaja. Dia mempunyai kakak yang berada di tingkatan 5 dan juga seorang adik yang masih tidak bersekolah. Bapanya bekerja sebagai Pembantu am di Majlis Bandaraya Ipoh manakala ibunya bekerja di kilang. Murid ini masuk ke kelas pemulihan khas mungkin di sebabkan kurang perhatian daripada ibu bapa serta keluarganya. Di rumah menurut murid ini, ibu, bapa dan kakaknya tidak membimbingnya langsung dalam menyiapkan kerja rumah yang diberi. Ini menyebabkan murid ini menghadapi masalah dalam pembelajaran.

3.0

PENYATAAN MASALAH

2009

KAJIAN KES (SK PINJI) Menurut teori perkembangan Jean Piaget yang dikeluarkan bahawa

perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepadaempat peringkat iaitu :

Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun) Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun) Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun) Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa) Kajian ini akan lebih menyentuh di dalam tahap operasi konkrit (7 hingga 12

tahun). Pada tahap ini kanak-kanak pada usia ini boleh dilihat dari beberapa sudut iaitu; Kebolehan mengklasifikasi Pada tahap ini kanak-kanak sudah boleh mengkategorikan sesuatu benda. Pengekalan Pada tahap ini kanak-kanak sudah boleh melihat kepada perubahan bentuk ataupun sifat sesuatu benda. Perkaitan Logik Kanak-kanak pada tahap ini sudah membuat susunan atau mencari benda tersembunyi. Tingkah laku Prasosial Kanak-kanak pada tahap ini sudah mempunyai perasaan belas kasihan serta mengamalkan sikap perkongsian. Manakala dalam teori pembelajaran Gange pembelajaran adalah sebagai satu cara pemerosesan data dan maklumat. Proses pembelajaran bergerak daripada peringkat yang paling mudah menuju kepada peringkat yang rumit. Pembelajaran pada

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yang rendah. Gagne telah mengenal pasti lapan jenis pembelajaran iaitu: I. Pembelajaran isyarat. II. Pembelajaran rangsangan gerak balas III. Rangkaian. IV. Pertalian berbahasa. V. Pembelajaran diskriminasi. VI. Pembelajaran konsep VII. VIII. Pembelajaran hokum Penyelesaian masalah.

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teori konstruktivisme pula ada mengatakan ianya boleh dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip berikut (Khadijah, Mahani & Ramlah, 2002).

Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep. Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain. Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka. Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap pandangan mereka. Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar. Menyediakan aktiviti-aktiviti berbentuk hands on dan minds on.

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar. Menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya. Meminta pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina. Menggalakkan pelajar mengemukakan hipotesis. Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar. Memberi peluang pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-pelajar lain. Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar. Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan.

4.0

OBJEKTIF KAJIAN

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

Kajian masalah murid mundur dan lembamini yang dijalankan adalah berdasarkan objektif-objektif berikut : 1) Mengenalpasti punca masalah murid tidak dapat membatangkan suku

kata. Punca-punca masalah murid tidak dapat menguasai kemahiran untuk mengenal huruf, membatangkan suku kata dan membaca dapat dikenalpasti dengan adanya kajian ini. 2) Mengenalpasti masalah-masalah pelajaran yang dihadapi oleh murid yang

mengalami masalah inil. Masalah-masalah yang dikenalpasti dapat membantu murid dalam meningkatkan keyakinan diri murid ini dalam pelajaran. 3) Mengenalpasti kaedah dan keberkesanannya. Kaedah-kaedah yang

digunakan dalam mengatasi masalah murid yang menghadapi masalah kemunduran dan lembam. 4) Mengatasi masalah murid yang kurang minat dalam pengajaran dan

pembelajaran yang disampaikan.

5.0

METADOLOGI

2009

KAJIAN KES (SK PINJI) Bagi menyelesaikan kajian kes yang dibuatm, beberapa kaedah telah dilakukan

bagi memastikan setiap maklumat yang diperolehi mempunyai kesahihan serta tepat. Kaedah ini berbentuk kualitatif dan antaranya ialah :1. Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik telah dijalankan keatas murid pada awal saya mengajar murid ini. Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahasa Melayu dan Matematik. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid. Selain itu, ujian ini juga untuk membina kumpulan dalam pengajaran yang bakal dijalankan kelak. 2. Pengumpulan maklumat

Pengumpulan maklumat dijalankan dalam mencari maklumat berkaitan teori, latar belakang murid dan kajian yang lepas. Oleh itu, maklumat yang berkaitan dengan teori di perolehi melalui bacaan buku-buku, maklumat di internet dan perkongsian maklumat di antara rakan-rakan. Manakala pengumpulan maklumat mengenai latar belakang murid dibuat melalui buku rekod pelajar. 3. Pemerhatian

Bagi pemehatian, saya telah melakukan pemerhatian tehadap murid ini sejak mula saya mengajar murid ini. Di antara pemerhatian yang dijalankan melibatkan tingakah laku murid ini, cara berkomunikasi dan pergaulannya bersama muridmurid lain, keperibadiannya dan juga emosinya. 4. Temubual

2009

KAJIAN KES (SK PINJI) Beberapa sesi temubual telah saya jalankan. Di antaranya bersama murid ini sendiri bagi mengetahui masalah sebenar murid ini. Selain itu, saya telah menemubual Puan Lim Hooi yang mengajar murid ini bagi kelas pemulihan sejak murid ini di tahun dua ini bagi mengetahui perkembangan murid ini sejak dari awal di masukkan ke dalam kelas pemulihan, Sesi temubual seterusnya adalah bersama dengan guru kelas murid ini ini bertujuan mengetahui sifat peribadi murid serta mengetahui latar belakang murid ini. Beberapa sesi temubual bersama guru-guru matapelajaran lain juga telah dijalankan bagi melihat bagaimana tingkah laku murid ini sepanjang proses pembelajaran berjalan. Temubual terakhir adalah bersama ibubapa murid ini. Temubual ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh murid ini sama ada ianya berpunca dari rumah atau pun sekolah.

5.1

Temubual Bersama Mohamad Amirul bin Azhar

Satu temubual bersama murid ini telah dijalankan. Ini bertujuan untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh murid ini. Sesi temubual ini berjalan

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

selepas waktu kelas pemulihan. Saya telah menemubual murid ini dan bertanyakan berkenaan dengan latar belakang murid ini. Menurut murid ini, bapanya bekerja sebagai pembantu am di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) manakala ibunya bekerja di Kilang. Dia juga mempunyai 3 orang adik beradik. Seorang kakak yang berada di Tingkatan Lima dan seorang adik yang masih tidak bersekolah. Menurutnya, setiap kali pulang ke sekolah tiada siapa yang menunjukkan murid ini untuk membuat atau menyiapkan kerja sekolah. Tiada orang yang membimbingnya semasa menyiapkan kerja. Jadi murid akan menghabiskan masa di waktu petang dengan bermain sahaja dan bila di dalam kelas murid ini. Tiada istilah mengulangkaji di rumah oleh murid ini. Bapa murid ini hanya menghantar dan mengambil murid ini ke sekolah. Ini amat menyedihkan kerana murid ini tiada bimbingan semasa di rumah. Hanya menerima sesi pembelajaran di sekolah tiada di rumah. Ini menyebabkan murid tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi.

5.2

Temubual Bersama Guru Pemulihan Pn Lim Hooi.

Memandangkan murid ini telah berada di dalam kelas pemulihan selama hampir dua tahun, jadi saya bercadang untuk menemubual Puan Lim Hooi bagi mengetahui perkembangan murid ini. Menurut Puan Lim Hooi, pada permulaan murid ini memasuki

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

kelas pemulihan, murid ini tidak mengenal huruf langsung. Ini bermakna Puan Lim Hooi akan mengajar murid ini dari permulaan lagi bagi mengenali huruf-huruf kecil dan huruf besar. Menurut Pn Lim juga, murid ini agak lambat dalam menerima pelajaran yang diajar. Ianya akan mengambil masa yang lama bagi memastikan murid ini dapat mengikuti isi pelajaran atau sesuatu kemahiran. Tumpuan yang lebih juga sering diberikan kepada murid ini supaya murid ini mudah faham. Setakat Puan Lim Hooi mengajar sehingga pertengahan murid ini di Tahun 3, murid ini hanya boleh menguasai dalam membunyikan suku kata KV dan masih tergagap-gagap kerana masih tidak boleh memastikan sebahagian huruf. Satu lagi masalah yang dihadapi oleh Puan Lim ialah kehadiran murid ini kesekolah. Murid ini sering kali tidak hadir ke sekolah dengan berbagai alasan yang tidak munasabah. Ini menambahkan kepayahan kepada Pn Lim untuk mengajar murid ini. Sikap murid ini yang tidak minat dalam pembelajaran juga membuatkan murid ini semakin jauh ketinggalan.

5.3

Temubual Bersama En Ratno Hadi (Guru Kelas 3 Bestari)

Satu sesi temubual telah dijalankan bersama En Ratno Hadi yang merupakan guru kelas kepada murid ini iaitu tahun 3 Bestari. Temubual bagi melihat sejauh mana sifat murid ini di dalam kelas arus perdana biasa, Menurut En Ratno, murid ini sering

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

kali menghadapi masalah dalam menerima isi pelajaran yang diajar. Ini semua disebabkan kegagalan murid ini untuk membaca. Selain itu, dari markah ujian dan markah peperiksaan, murid ini sering sahaja tidak lulus. Selain itu, masalah kehadiran murid ini agak serius kerana murid ini sering sahaja tidak hadir ke sekolah walaupun telah diberikan amaran berulang kali. Ini juga merupakan faktor penyumbang kepada ketinggalan murid ini dalam pelajaran. Pihak sekolah telah berulang kali memberi nasihat kepada murid ini supaya hadir ke sekolah. Tapi nasihat ini tidak mendatangkan kesan apa-apa. Murid masih kerap tidak hadir ke sekolah.

5.4

Temubual Bersama En Siva Naidu (Guru Matapelajaran Sains)

En Siva Naidu merupakan guru bagi matapelajaran sains. Ketika saya menemubual En. Siva banyak komen diberikan mengenai murid ini. Berkanaan dengan tingkah laku murid ini semasa di dalam kelas, murid ini sering menyendiri dan kurang

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

memberi tumpuan kepada pelajaran yang diajar oleh guru. Apa yang guru boleh lakukan hanyalah menegur dan memberi tunjuk ajar kepada murid mengenai isi pelajaran yang diajar pada masa tersebut. Perhatian yang penuh juga diberikan lebih kepada murid ini bertujuan supaya murid ini tidak ketinggalan dari aspek pelajaran. Seperti guru lain juga, En. Siva menyatakan kelemahan murid ini dalam membaca mengakibatkan murid ini sering ketinggalan di dalam kelas. Memandangkan mata pelajaran sains diajar dalam Bahasa Inggeris, ini lebih menyulitkan guru untuk mengajar murid ini. Sebelum ini En Siva sering memberi kerja rumah kepada murid ini tetapi kerja yang diberi jarang diselesaikan oleh murid ini. Oleh itu, En. Siva jarang memberi kerja rumah kepada murid ini. Apa yang dilakukan hanya membimbing murid ini sepanjang di dalam kelas agar murid ini tidak ketinggalan.

5.5

Temubual Bersama Bapa Mohamad Amirul (En.Azhar).

Disebabkan

kesibukan

ibubapa

Mohamad

Amirul,

saya

hanya

boleh

menjalankan temubual bersama bapanya melalui talian telefon sahaja. Tetapi banyak yang boleh saya perolehi dari perbualan yang dijalankan. Menurut bapa murid ini, tingkah laku Mohamad Amirul memang agak aktif kerana dia merupakan satu-satunya

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

anak lelaki dalam keluarga ini. Menurut bapanya, sebelum ini Mohamad Amirul jarang menelaah buku dan menunjukkan hasil kerjanya kepada bapanya. Menurut bapanya, dia sememangnya agak sibuk kerana mencari pendapatan untuk keluarganya bagi menampung keluarga ini. Ibunya juga bekerja di kilang berhampiran. Ini menambahkan ibubapa murid ini kurang dapat memberi perhatian kepada murid ini. Sebelum ini, kakak Mohamad Amirul yang sekarang berada di tingkatan lima, pencapaiannya pada tahap yang sederhana. Manakala adik kepada Mohamad Amirul masih tidak bersekolah.

6.0

ANALISIS MASALAH

Mohamad Amirul bin Azhar merupakan murid tahun 3 Bestari. Telah memasuki kelas pemulihan khas sejak dari tahun 2 lagi. Jika dilihat dari segi fizikal murid ini, perwatakannya sama sama seperti murid-murid yang lain. Cuma yang membezakannya adalah dari segi pelajaran dan tingkah lakunya yang agak aktif. Aktif dimaksudkan disini

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

adalah murid ini sering menganggu murid-murid lain dan tidak melakukan kerja yang diberi semasa di dalam kelas. Jadi guru-guru yang mengajarnya akan memberi perhatian kepada murid ini agar murid ini tidak menganggu murid lain sepanjang proses P&P. Murid ini diketegorikan sebagai murid yang lemah dalam mengenal huruf, membatang suku kata dan mengeja perkataan atau juga dikenali dengan murid yang lembam. Ini berdasarkan teori yang dikeluarkan oleh Burt (1950) yang menyifatkan murid lembam sebagai murid yang pada pertengahan alam persekolahannya tidak berkebolehan untuk mengikuti pelajaran dalam kelas satu peringkat lebih rendah daripada kelas yang sesuai dengan umurnya. Mengikut Kirk (1972), kemunduran pada umumnya merupakan label yang diberikan kepada kes murid yang pencapaian akademiknya jauh lebih rendah daripada kebolehan semula jadinya. Jelas kita lihat Muhammad Amirul ketinggalan dari segi akademik berbanding rakan sebayanya yang lain. Menurut kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Giddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Berdasarkan pemerhatian saya, bila murid ini memasuki kelas arus perdana murid ini menjadi seorang yang pendiam dan kurang berkomunikasi dan mengambil bahagian di dalam aktiviti yang dijalankan. Murid menjadi pendiam bila diajukan soalan kerana murid tidak mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan yang diberikan. Menurut Dr Koh Boh Boon (1980), keyakinan diri yang rendah menyebabkan murid kurang aktif dan kurang minat untuk menyertai kegiatan pelajaran dalam bilik darjah. Sebagai guru kelas pemulihan yang mengajar murid ini, saya merasakan murid ini boleh mengenal huruf dan membaca suku kata serta perkataan jika murid ini

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

diberikan perhatian yang sepenuhnya dan sesi P&P yang menarik minat pelajar ini. Dari pemerhatian yang saya lihat bila murid ini di dalam kelas arus perdana murid ini menjadi pasif dan lebih banyak mendiamkan diri. Ini disebabkan aktiviti P&P yang dijalankan oleh guru tersebut lebih menumpukan dan khusus kepada murid yang agak bijak dan boleh memahami dengan cepat isi pelajaran. Selain itu, tiada aktiviti yang boleh menarik minat murid-murid yang lemah ini untuk belajar sama. Oleh kerana itu, murid ini ketinggalan dalam pelajaran. Bila Mohamad Amirul berada di dalam kelas pemulihan, keadaannya amat berbeza. Murid ini lebih bergerak aktif kerana murid ini boleh menjawab soalan yang diberi dengan lebih aktif berbanding di dalam kelas arus perdana. Ini kerana aktiviti pembelajaran di dalam kelas pemulihan amat berbeza berbanding di dalam kelas arus perdana. Dengan pengajaran secara berkumpulan, setiap pembelajaran di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengajaran, permainan dan pengukuhan. Oleh itu, tumpuan boleh banyak di berikan kepada setiap murid di dalam kelas dan murid tidak malu dan tidak pasif untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Jika dilihat kepada keadaan Mohamad Amirul ini, bimbingan untuk membaca hanya diberikan semasa berada di sekolah sahaja. Tiada bimbingan diberikan kepada murid ini semasa di rumah. Kemungkinan kesibukan ibubapa dan tidak mengambil tahu perihal anak-anak menyebabkan murid ini tidak berminat langsung untuk belajar di rumah. Guru hanya dapat membimbing murid ini semasa berada di sekolah. Ibubapa atau keluarga murid ini haruslah memainkan peranan mereka sepanjang berada di sekolah. Taraf kehidupan keluarga juga memberikan kesan yang mendalam kepada diri murid ini. Taraf kehidupan biasanya rendah dan tidak terdapat cukup makanan yang

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

berkhasiat yang tidak bagus untuk perkembangan minda. Rumah yang sesak mengakibatkan satu lagi kekurangan atau penderitaan yang serius. Terdapat kurangnya perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang menyebabkan ibu bapa kurang memberikan galakan dan rangsangan serta kasih sayang kepada anak-anak mereka. Keadaan ini juga akan menimbulkan lagi masalah, misalnya masalah gangguan masa tidur, rehat dan keletihan yang akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan seterusnya pencapaian akademik mereka. Jelas di sini keperluan asas manusia dari yang rendah sehinggalah keperluan peringkat tertinggi seperti yang terdapat dalam Keperluan Herarki Maslow akan memberikan kesan terhadap perkembangan individu jika tidak sempurna atau gagal dipenuhi. Ini juga berlaku keatas Mohamad Amirul di mana ibu dan bapanya sibuk bekerja bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Di sini kita dapat lihat pekerjaan bapanya sebagai pembantu am di Majlis Bandaraya Ipoh mengakibatkan ibunya juga terpaksa bekerja bagi menampung perbelanjaan keluarga. Kemunduran umum pada dasarnya adalah akibat kelemahan intelek atau lembam (otak lembap), walau bagaimanapun ia tidak semestinya benar kerana ramai juga murid yang mundur tetapi tidak lembam. Kemunduran mereka mungkin bukan disebabkan kerencatan intelek tatapi keadaan persekitarannya atau faktor-faktor ekstrinsik seperti kaedah mengajar yang tidak berkesan, sikap mental dan emosi yang tidak sesuai terhadap guru dan pelajaran, penyakit dan keadaaan fizikal yang lemah. Walaupun kemunduran pada asasnya menunjukkan satu keadaan intelektual tetapi pada hakikatnya ia menunjukkan satu ciri atau sifat psikologi yang timbul dari personaliti hasil gabungan sifat yang diwarisi dan pengaruh persekitaran dalam proses perkembangan yang akhirnya mempengaruhi personaliti individu. Daripada kes

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

Mohamad Amirul, faktor persekitarannya mungkin antara penyebab kepada terjadinya murid ini lambat untuk menerima isi pelajaran yang diajar. Faktor persekitaran seperti ibu bapa dan kakaknya yang kurang mengambil berat mengenai pelajaran murid ini menjadikan Mohamad Amirul sering ketinggalan dalam pelajaran. Seperti yang diberitahu, murid ini masih tidak mengenali sesetengah huruf dan terpaksa dibantu oleh guru. Oleh itu pelbagai cara boleh digunakan dalam mengajar supaya mereka tidak perlu untuk memikir kembali huruf-huruf tadi. Teknik seperti kad imbasan merupakan satu teknik pembelajaran yang bagus. Ini kerana murid mudah untuk memahami sesuatu perkara. Kad imbasan yang mempunyai gambar adalah satu perkara yang mudah untuk murid mengingat. Dan teknik ini boleh dipelbagaikan dengan menjadikan satu permainan yang lebih menarik minat murid. Sebahagian daripada murid-murid yang lembab atau mundur ini, sebahagian daripada mereka bukan lemah disebabkan oleh fizikal atau mental tetapi disebabkan kurangnya dalam mengulangkaji pelajaran, tidak memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan faktor-faktor persekitaran yang lain. Beberapa cara boleh digunakan oleh guru dalam mengajar dan membantu anak murid yang lemah seperti Mohamad Amirul dalam mengajarnya membaca dan mengingat huruf atau abjad. Murid-murid yang mundur biasanya tidak memperolehi perkembangan mental sebagaimana sepatutnya disebabkan persekitaran yang tidak mengalakkan mereka melalui proses-proses pekembangan pemikiran. Menurut Piaget perkembangan kognitif kanak-kanak akan melalui satu siri urutan yang berperingkat-peringkat iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7-

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

11 tahun) dan peringkat operasi formal (11 tahun ke atas). Ibu bapa murid mundur juga seringkali jarang memberi peluang anak mereka membuat keputusan dan tidak mendedahkan mereka dengan situasi yang membantu perkembangan pemikiran. Jika murid-murid ini tidak dapat berfikir dan mentafsir sesuatu mengikut peringkat umur yang sepatutnya mereka bolehlah dikatakan murid mundur. Schonnel (1949) berpendapat bahawa 65% hingga 80% murid-murid mundur adalah lembap dan selebihnya mempunyai kesukaran dalam pelajaran kerana tidak dapat menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi. Kelembapan ini tentulah menghadkan murid ini memperolehi kandungan ilmu pengetahuan dan pencapaian dalam pelajaran. Pelbagai kaedah asas yang boleh perkenalkan kepada murid ialah melalui kaedah fonik yang memberi fokus kepada cara mempelajari perkataan yang belum dikenali dengan bunyi bahasa. Contohnya seperti huruf m disebut apabila memakan sesuatu makanan yang sedap iaitu emm. Apabila murid sudah menguasai kemahiran mengenal huruf, kemudian guru akan memperkenalkan nama huruf dan bentuk huruf. Bunyi-bunyi huruf dicantumkan sehingga terbentuknya perkataan yang sempurna. Kaedah ini telah saya gunakan kepada Mohamad Amirul dan menampakkan keberkesanannya. Cuma ada beberapa abjad yang murid ini menghadapi masalah dalam mengingat dan menyebut. Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran di kalangan murid, ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Kanak-kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya,

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

peluang-peluang serta sumber-sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya.

7.0
7.1

PENYELESAIAN MASALAH
Kaedah Mengatasi Kemunduran dan Masalah Lembam

Setelah melihat kes kemunduran pelajar dari perspektif psikologi, termasuk setiap aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi persekitaran murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya kerana terdapat interaksi antara perkembangan dan persekitarannya. Walau apa jua kaedah yang hendak digunakan adalah untuk membantu murid-murid ini dengan membuat penyesuaian yang cukup dengan permintaan situasinya, dengan tidak melupakan batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya. Kaedah untuk mengatasi masalah kemunduran ini akan dijelaskan.

2009

KAJIAN KES (SK PINJI) Beberapa kaedah telah difikirkan untuk membantu murid ini dalam mengatasi

masalah yang dihadapinya. Diantaranya ialah :-

7.1.1 Ujian Diagnostik Ujian diagnostik dijalankan bagi mengetahui tahap kemahiran murid dalam matapelajaran bahasa melayu dan juga matematik. Ini kerana tahap kemahiran setiap murid adalah berbeza-beza. Jadi hasil dari ujian ini akan memudahkan guru untuk merancang untuk pengajaran yang bersesuaian dengan murid. Ujian ini juga dapat melihat kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada kelemahan murid tersebut. 7.1.2 Kaedah Pengajaran Pengajaran yang menarik boleh menarik minat murid untuk memberikan tumpuan serta sepenuh perhatian ketika sesi P&P berjalan. Di dalam kelas saya, saya mengamalkan tiga cara dalam pengajaran iaitu :Kaedah Kumpulan

Kaedah ini bererti murid belajar dan membuat kerja dalam kumpulan. Kebiasaannya, kumpulan ini diwujudkan berdasarkan kebolehan atau pun perbezaan minat.

Dalam kelas saya sememangnya mudah mengajar secara kumpulan berbanding individu kerana murid mempunyai daerah kelemahan yang sama. Oleh yang demikian, bahan yang hendak dihasilkan juga mudah.

2009

KAJIAN KES (SK PINJI) Dengan adanya kaedah ini akan dapat membantu kelancaran komunikasi sesama murid, saling bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dan berkongsi idea.

Kaedah Individu

Kaedah ini menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang murid sahaja. Kebiasaannya, murid dalam kategori ini lebih mudah diurus kerana guru tidak mengalami gangguan banyak mulut daripada murid semasa mengajar.

Guru akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran murid dan murid berasakan mendapat lebih perhatian daripada guru.

Kebiasaannya kaedah individu ini dijalankan diluar bilik darjah. Di mana saya akan mengambil Muhammad Amirul untuk berjumpa saya pada setiap awal pagi dan sekurang-kurang tempoh masanya ialah 10minit 15 minit. Murid akan diberi latihan bagi mengukuhkan ingatan murid ini mengenai pengajaran yang dijalankan sebelum ini. Cara ini amat berkesan sekali.

Kaedah Rakan Sebaya

Apabila mengajar dalam kelas yang mempunyai tiga kelompok murid pemulihan dalam kuantiti yang banyak, saya akan menggunakan kaedah ini.

2009

KAJIAN KES (SK PINJI) Kebiasannya, murid-murid yang dilihat matang dan lebih cerdik daripada rakan yang lain akan dibimbing dan dilatih untuk membantu melicinkan pengajaran dan pembelajaran saya pada hari berkenaan. Cara ini juga memberi keyakinan kepada diri murid.

7.1.3 Permainan Dalam Pengajaran Saya akan memasukkan elemen permainan yang memerlukan murid untuk bergerak bebas. Ini secara tidak langsung akan menimbulkan minat murid untuk lebih memahami apa yang akan diajar. Menurut L. Vygotsky (1976) berpendapat fungsi main adalah membina semula realiti tanpa pengaruh situasi atau halangan, dan menggerakkan perkembangan intelek secara tidak langsung. Alan Chamberlain (1986) juga ada menyatakan ...games can be used at all levels in language syllabus and with all types of pupils from primary school children to adults.... ini jelas menunjukkan permainan dalam pengajaran dapat membantu murid untuk memahami apa yang diajar oleh guru.

7.1.4 Motivasi, Nasihat dan Kata-kata Pujian

Sebagai seorang guru yang mengajar Mohamad Amirul ini, saya sering akan memberikan nasihat kepadanya supaya kerap membaca buku dan menyiapkan latihan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru. Selain itu, saya akan memberi motivasi kepada murid ini agar Muhammad amirul sentiasa menanamkan sifat ingin belajar

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

dalam dirinya. Cara ini juga berkesan bagi memotivasikan diri murid ini. Seperti yang diungkapkan oleh Woolfolk (1990), dimana motivasi didefinisikan sebagai satu kuasa dalaman yang membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku manusia. Kata penghargaan dan pujian akan meransang murid untuk melakukan yang terbaik dalam sesi pengajaran. Kata-kata seperti, bagus, teruskan usaha, cuba lagi, baik dan banyak lagi dapat membangkitkan semangat murid dalam pembelajarannya. 7.1.5 Sistem Token Satu teknik behaviorisme yang biasa digunakan ialah token ekonomi atau pemberian hadiah.Ini merupakan satu prosedur yang teratur di mana token atau hadiah diberikan sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang bersesuaian. Token ini adalah dalam bentuk benda seperti duit syiling plastik, markah, atau apa sahaja benda yang boleh ditunaikan atau ditebus (cashed in) dengan barang-barang bernilai atau kemudahan-kemudahan tertentu (privileges). Sistem ini dijalankan di dalam kelas pemulihan bagi tujuan menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran selain untuk mendisiplinkan pelajar.

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

8.0
8.1

TINDAKAN SUSULAN
Pendekatan Teori Pembelajaran Behaviorisme

Beberapa tindakan susulan telah saya pilih dalam menyelesaikan masalah pembelajaran Mohamad Amirul. Saya akan menggunakan pendekatan dalam Teori Pembelajaran Behaviorisme. Dalam teori pembelajaran behaviorisme saya akan mengaitkannya dalam A) Teori pelaziman Operan Skinner B) Hukum pembelajaran Thorndike

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

Guru yang baik untuk murid-murid mundur adalah individu yang praktis, bukannya hanya mempunyai kecenderungan akademik tetapi mempunyai minat yang konkrit, dan berbakat dalam kerja manual dan pernyataan artistik dan bukan mereka yang hanya pandai menyatakan teori dan bercakap sahaja. Dari pendekatan Behaviorisme murid-murid mundur memerlukan pujian, pertolongan yang tersusun, pertimbangan yang bersimpati terhadap kesukaran mereka, dan minat yang berkekalan di pihak guru atau orang yang membimbingnya. Guru tersebut bukan sahaja dapat menerima kekurangan murid tersebut bahkan menyedari murid-murid ini bukanlah tidak sempurna sehingga tidak ada kebolehan langsung dan tidak ada kualiti yang berguna. Dia mestilah bersikap berperikemanusiaan dan pada masa yang sama saintifik. Sekali lagi, guru yang baik untuk murid-murid mundur adalah seorang pemimpin dan pendiagnosis dan bukannya setakat pengajar, seorang pemerintah atau penguatkuasa undang-undang dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh itu dalam teori pembelajaran behaviorisme, ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respon) organisma.

Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan. Selain itu penekanan terhadap ganjaran juga dirumuskan di dalam teori behaviorisme ini. Mereka berpendapat bahawa

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

ganjaran dapat menggalakkan individu manakala denda menghalang individu daripada melakukannya.

8.2

Teori Pelaziman Operan (B.F. Skinner (1904 - 1990))

B. F. Skinner merupakan antara tokoh behaviorisme yang terkenal. Diantara proses dalm teori pelaziman Operan ialah :-

8.2.1 Pengukuhan Positif Pengukuhan positif ialah memberikan suatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Sebagai contoh, Muhammad Amirul membuat latihan atau melakukan aktiviti dan jika murid ini membuat dengan kesungguhan dan memperoleh jawapan yang betul guru akan memberi ganjaran dalam bentuk token seperti bintang atau pun yang berbentuk pujian kepada murid. Dalam jangka masa panjang, ia akab menarik minat pelajar untuk membuat sesuatu kerja atau aktiviti yang guru beri dengan bersungguh-sungguh. Secara tidak langsung akan mempertingkatkan kemahirannya dalam pembelajaran.

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

8.2.2 Pengukuhan Negatif Pengukuhan negatif ialah ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan setelah tingkah laku yang kurang elok ditunjukkan. Seperti contoh, jika Mohamad Amirul melakukan kesilapan seperti mengganggu rakan-rakan atau membuat bising di dalam kelas, guru akan menegur secara baik dan melakukan sedikit denda seperti menolak markahnya dalam sistem token ekonomi atau melakukan kerja rumah yang lebih berbanding rakan-rakannya yang lain. Dendaan adalah satu proses atau tatacara melemahkan untuk melemahkan atau mengurangkan murid dari berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Dendaan ini terbahagi kepada dua iaitu:i.

Dendaan Persembahan dendaan persembahan berlaku apabila

sesuatu ransangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Dendaan ini tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan pelajar. Jika Murid ini melakukan kesalahan seperti melakukan bising dan mengganggu proses pembelajaran, guru akan menegur murid dan jika teguran tidak berjaya, dendaan seperti menghafal sifir di depan rakan-rakan berulang kali sehingga berjaya kuasai sifir tersebut. Ini sekurang-kurang menimbulkan keserikan kepada murid dan

2009

KAJIAN KES (SK PINJI) dalam masa yang sama, murid ini membantu dirinya dan rakannya dalam pembelajaran menghafal sifir.
ii.

Dendaan penyingkiran dendaan penyingkiran berkaitan dengan

penyingkiran ransangan. Sebagai contoh dendaan dijalankan dengan tidak membenarkan murid terlibat dengan aktiviti permainan yang dijalankan. Mohamad Amirul di dalam kelas sememangnya suka untuk menganggu murid lain. Oleh itu, guru akan menarik sistem tokennya kembali dan tidak membenarkan murid untuk terlibat dalam aktivit yang di jalankan. Sebagai gantinya, guru memberi latihan kepada murid. Tindakan ini sekurang-kurangnya memberi keserikan kepada murid kerana tidak boleh bermain seperti rakan-rakan lain.

8.3

Teori Perikatan Atau Teori Ransangan dan Gerak Balas (Edward Lee

Thorndike) Menurut Thorndike manusia belajar menggunakan kaedah cuba dan ralat. Manakala motivasi, ganjaran dan denda merupakan dua faktor penting dalam membantu dalam pembelajaran manusia. Selain itu juga, pembelajaran manusia berlaku mengikut hubungan antara ransangan dan gerak balas. Dalam hukum pembelajaran Thorndike telah memperkenalkan tiga hukum iaitu:-

2009 i.

KAJIAN KES (SK PINJI) Hukum Kesediaan di mana pelajar bersedia sebelum belajar. Ini amat penting sebagai ransangan kepada pelajar untuk menumpukan dalam pembelajaran yang akan diajar oleh guru. Di dalam kelas pemulihan, set induksi merupakan satu ransangan kepada pelajar. Jika induksi yang menarik dan memikat hati murid akan menjadikan sesuatu pembelajaran lebih menarik. Murid seperti Mohamad Amirul memerlukan ransangan yang boleh memotivasikan dirinya sebelum belajar. ii. Hukum Latihan Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan. Di dalam pengajaran berkumpulan yang diamalkan semasa kelas pemulihan salah satu dari aktiviti pengajaran yang diamalkan adalah melalui pengukuhan. Mohamad Amirul juga seperti murid-murid lain memerlukan banyak latihan serta pengukuhan bagi memastikan setiap isi pelajaran yang diajar tidak dilupakan. iii. Hukum Kesan Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang. Manakala, jika kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap. Ini adalah melibatkan ganjaran dan denda. Jika gerak balas yang dilakukan adalah bersifat kebaikan, guru akan memuji dan memberi ganjaran dalam bentuk token atau benda. Tetapi jika gerak balas yang diberi adalah sebaliknya denda akan dikenakan.

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

9.0

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, murid yang dikaji iaitu Mohamad Amirul bukan seorang murid yang tidak boleh di bentuk, tetapi murid ini memerlukan sedikit perhatian untuk dipulihkan. Perhatian dalam konteks ini bukan sahaja di kelas dan sekolah tetapi juga melibatkan Ibubapa dirumah. Perhatian yang diberikan sekurang-kurangnya akan membantu murid ini dalam menguasai kemahiran dalam membaca dan tidak lagi ketinggalan di dalam pembelajaran yang dibawa di dalam

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

kelas. Guru juga tidak seharusnya putus asa dalam membantu pelajar dalam memperbaiki kelemahan yang terdapat di dalam diri murid ini. Jika dilihat dari permulaan saya mengenali murid ini, banyak kelemahan yang dihadapi seperti tidak boleh membatang suku kata serta menghadapi masalah dalam mengeja perkataan yang diberi oleh guru. Selain itu murid juga kerap kali tidak hadir ke sekolah. Tetapi setelah beberapa langkah diperkenalkan seperti sistem token ekonomi di pamerkan, ianya menarik dan merubah sikap pelajar ini yang kerap tidak hadir ke sekolah. Selain itu, murid ini menunjukkan kesungguhan dalam setiap pembelajaran yang diberikan oleh guru. Murid juga mula mengenal dan boleh membunyikan suku kata yang melibatkan terbuka dan tertutup. Dalam membantu memulihkan murid ini, bukan hanya terletak pada guru pemulihan sahaja, tetapi ianya harus meliibatkan pelbagai pihak seperti guru-guru lain serta ahli keluarga murid ini seperti kakak yang membantunya dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru serta perhatian yang diberikan oleh ibubapa kepada murid ini. Walaupun Mohamad Amirul tergolong dalam golongan murid yang lemah dalam pembelajaran, murid ini tidak harus dipinggirkan dan sepatutnya menerima pelajaran sama seperti murid-murid lain.

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

REFLEKSI

Dalam

menyiapkan

tugasan

ini,

saya

telah

melakukan

beberapa

kali

perbincangan bersama guru pembimbing, guru kelas, dan pensyarah pembimbing. Perbincangan ini dijalankan bagi memastikan maklumat yang diperolehi tidak bercanggah dengan kajian yang saya lakukan. Pada permulaannya, saya telah mengesan sampel kajian saya pada kali ini. Pada minggu kedua saya telah mengenal pasti murid ini dan mendapatkan sedikit maklumat mengenai murid ini daripada guru pemulihan, Pn Lim Hooi. Kemudian saya

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

mengenalpasti kelemahan murid ini daripada hasil ujian diagnistik yang dijalankan keatas murid ini. Kemudian saya menemuramah murid ini bagi memastikan kesahihan dalam ujian yang dilakukan. Kemahiran yang gagal dikuasai oleh murid ini akan direkodkan bagi memudahkan kajian yang bakal dilakukan. Kemudian, guru menjalankan sesi temubual bersama guru pemulihan, guru kelas, guru mata pelajaran dan juga bapa kepada Mohamad Amirul. Sesi ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak yang terlibat. Ini sekurang-kurangnya dapat melicinkan kerja saya dalam mennyiapkan tugasan ini. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Mohamad Amirul sepanjang saya membantunya harus dipuji. Semangatnya yang ingin setanding dengan rakan lain harus dipuji kerana dia sanggup di denda dan melakukan apa sahaja kerja yang diberikan oleh guru kepadanya. Perubahan yang positif dalam diri Muhammad Amirul membuatkan saya terharu dengan kaedah yang saya jalankan keatasnya.

Keinginannya dalam menimba ilmu harus di beri sokongan oleh semua pihak agar murid ini boleh setanding dengan murid lain. Dengan keyakinan yang ada pada Mohamad Amirul, saya yakin dia akan beroleh kejayaan. Saya telah mencuba pelbagai teknik untuk membantu Mohamad Amirul dan segala teknik yang dijalankan membuahkan hasil yang saya harapkan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada guru pembimbing dan warga sekolah kerana telah memberikan kerjasama yang baik bagi saya memperoleh maklumat dalam penghasilan kajian kes ini.

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

Bibliografi

Shahbuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2003). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Siti Hawa Munji, Maaruf Redzuan (1993). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur; Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Suradi Salim (1996), Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur; Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd.

2009

KAJIAN KES (SK PINJI)

Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Petaling Jaya. Longman Malaysia. Khadijah Rohani, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2005). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; UNITEM Sdn. Bhd. Azman Bin Kanil. (2000). Keberkesanan Kaedah Kuliah dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Sabah: Jabatan Ilmu Pendidikan, Maktab Perguruan Keningau.
E. Thorndike.Connectionism Atas talian http://tip.psychology.org/thorn.html 1 Ogos 2005. Edward L. Thorndike (1910), The Contribution Of Psychology To Education, Columbia University. Atas talian http://psychclassics.yorku.ca/Thorndike/ education.htm 25 Julai 2009. George Boeree C.The History of Psychology, Pennsylvania; Shippensburg University. Atas talian http://www.ship.edu/~cgboeree/historyofpsych.html 25 Julai 2009.

Anda mungkin juga menyukai