Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan Pokok renek , batang berkayu dan boleh mencapai hingga 6 meter tinggi, tidak banyak cabang.

Akarnya ada jenis yang kembung menjadi ubi. Daun jenis ringkas dalam susunan berpilin, bentuk memanjang, membujur atau berbentuk mata lembing, sepanjang 45 sm dan 7.5 15 sm lebar; tangkai daun panjang, leper, ada jenis berdaun hijau dan ada pula berwarna merah, merah jambu atau ungu berjalur dan sempadan daun berwarna putih. Bunga kecil dalam jambak yang sederhana besar hingga 70 sm panjang, warna kuning atau ungu muda. Buah bentuk bebola, berwarna merah, ukuran garis pusat lebih kurang 1 sm. Kandungan Ubi kanji Seluruh bahagian Tanin, (Tanin boleh mengurangkan kekerapan buang air besar, menghentikan pendarahan, mengatasi bengkak atau radang, menyembuhkan luka, lecur dan terbakar; serta melegakan mata yang terlalu letih.), karbohidrat, serabut dan mineral.

Taburan Jenjuang spesis ini merupakan tumbuhan asli di Asia tropika, Australia dan New Zealand. Taburannya dari negara China dan India hingga kepulauan Polinesia. Ia ditanam di serata negara. Kaedah pembiakan Jenjuang ditanam dengan menggunakan keratan batang atau pucuk yang berdaun. Sesetengah orang pula menggunakan kaedah tut. Jenjuang amat mudah ditanam di mana keratannya akan tumbuh menjadi pokok yang baru. Jenjuang sesuai ditanam di dalam pasu, atas tanah secara tunggal, berbaris, berjalur ataupun secara berkelompok. Khasiat makanan Daun muda (jenis berwarna hijau) dan pucuk : Boleh dimasak (buat lauk) Akar (yang berisi seperti ubi) : Digunakan sebagai sumber makanan atau dibuat minuman keras. Kegunaan lain Pokok jenjuang lazim digunakan dalam upacara dan istiadat magisme, memuja dan kepercayaan sebagai tanda sempadan harta tanah. Daunnya pula digunakan sebagai atap, pembungkus makanan, piring, skirt dan serunai. Daun yang berwarna merah digunakan sebagai pengebas dalam upacara memuja (membuka tanah, menanam dan menuai padi, membina rumah, menangkap ikan dan menyembuh pesakit yang dirasuk hantu). Pokoknya ditanam untuk menarik kuasa baik. Ranting bersama daunnya digantung dikamar tidur ibu dan juga bayi semasa berpantang (lepas bersalin) supaya tidak dikacau hantu. Daunnya dipakai pada tubuh semasa ke hutan dan memburu haiwan liar supaya tidak cedera ataupun dirasuk hantu. Khasiat Ubatan ***Nota : Jenjuang atau senjuang merujuk kepada beberapa spesis tumbuhan. Untuk tujuan ubat herba, hanya spesis tercatat yang dimaksudkan. Akar : Air rebusan diminum untuk merawat batuk darah, cirit-birit, disentri, kencing berdarah, kurang atau tiada haid dan tibi dalam paru-paru. Bunga : Air rebusan diminum untuk merawat demam panas, disentri dan radang dalam usus. Daun :

Air rebusan diminum untuk merawat batuk, batuk darah, disentri, demam panas, kencing berdarah dan perit, kurang atau pun tiada haid, penyakit di dalam ginjal, tibi dalam paruparu, sakit kepala dan radang usus.

Daun dipanaskan dan ditampal pada luka akibat disengat ikan. Daun segar ditumbuk lumat, cecairnya diperah dan dititiskan pada luka dan lebam. Daun segar yanmg ditumbuk lumat atau abu daun yang dibakar ditampal pada bisul, kudis, kudis cacar dan sakit sendi.

Kayu : Kulitnya dikikis halus-halus, dicampur dengan sedikit garam dan ditampal pada gusi yang bengkak dan sakit. Ubi : Dimakan bersama daun sirih untuk menghentikan cirit. Ubinya daripada pokok yang berdaun merah dimakan bersama daun sirih untuk merawat disentri.

Anda mungkin juga menyukai