Anda di halaman 1dari 2

CASE: KAREN CHEONG YUEN YEE v PHUA CHENG CHUEN

Pempetisyen: Isteri

Responden: Suami

FAKTA KES:

Pempetisyen - petisyen perceraian - alasan: zina, kekejaman, mabuk & kekasaran serta kepecahbelahan perkahwinan akibat tingkah laku kasar Responden - Responden menafikan dakwaan & menegaskan kepecahbelahan perkahwinan itu disebabkan salahlaku Pempetisyen - Kondominium dibeli atas nama bersama Tetapi proses ubahsuai kondominium adalah atas perbelanjaan Responden sendiri Responden diusir dari kondominium & dinafikan haknya Hasil perkahwinan 3 orang anak - Perintah interim memberikan hak terhad Responden terhadap anak-anak - Responden turut sukar mendapatkan hak-hak lain.

HELD: (Membubarkan perkahwinan & pemberian hak yang sama terhadap anak-anak)

1) Pempetisyen tidak memberikan bukti kukuh untuk menyokong dakwaan beliau. Oleh itu, ia adalah dakwaan kosong. 2) Dalam kes ini, Pempetisyen tidak meletakkan penzina perempuan sebagai pihak menentang bersama melainkan jika dibenarkan oleh mahkamah atas alasan-alasan yang khas supaya dia tidak dijadikan sedemikian (rujuk- Sk 58(1) LRA). Semasa pemeriksaan balas, Pempetisyen memberi keterangan bahawa selepas zina (pada 29/9/1998), dia masih mempunyai hubungan perkahwinan dengan Responden sehingga selepas mereka berpindah ke kondominium pada bulan 12/2000. Dalam kes ini, jelas bahawa Pempetisyen telah membiarkan penzinaan itu berlaku. Mahkamah Tinggi setelah mendengar keterangan keduadua belah pihak berkenaan alasan zina telah membuat kesimpulan bahawa Pempetisyen gagal untuk menunaikan tanggungjawabnya. 3) Mengenai alasan kekejaman, Pempetisyen gagal mengemukakan apa-apa laporan perubatan atau laporan polis berkaitan kecederaan yang didakwa atau kecederaan yang disebabkan oleh Responden. Oleh itu, dia telah gagal membuktikan beban pembuktian. Bagi

alasan mabuk Responden, Pempetisyen turut gagal mengemukakan apa-apa bukti untuk menyokong dakwaan tersebut. 4) Dalam kes ini, perintah hak jagaan bersama adalah sesuai atas sebab-sebab berikut: a) kedua-dua ibu bapa tinggal berhampiran antara satu sama lain; b) tidak terbukti keganasan, gangguan dan kekejaman oleh suami terhadap isteri; c) ini bukan kes bahawa isteri dihalau keluar dari rumah oleh suami; d) pihak-pihak tidak menandatangani apa-apa dokumen bahawa kedua-dua bersetuju untuk bercerai, berkuatkuasa serta-merta dan pergi secara berasingan. 5) Mahkamah Tinggi mengarahkan: a) Responden membayar Pempetisyen secara bulanan RM1800 selagi dia masih belum berkahwin; b) Responden turut dapat kekal bersama anakanak; c) rumah akan dibahagikan 50:50 antara Pempetisyen dan Responden dengan pihakpihak memegang saham bagi 3 orang anak & setiap pihak membayar bahagian mereka daripada bayaran balik ansuran bulanan; d) setiap pihak hendaklah membayar kos mereka sendiri. Rujukan fokus Sk 58(1) LRA. Alasan penghakiman: (Rujuk pg 107 para c, d, e) Aplikasi Sk 58(1) LRA memperuntukkan: Atas sesuatu petisyen untuk perceraian dalam mana perzinaan adalah dituduh, atau dalam jawapan sesuatu pihak kepada perkahwinan yang meminta perceraian dan menuduh perzinaan, pihak itu hendaklah menjadikan pezina lelaki atau pezina perempuan yang dituduh itu seorang pihak menentang bersama, melainkan jika dibenarkan oleh mahkamah atas alasan-alasan yang khas supaya dia tidak dijadikan sedemikian. Walau bagaimanapun, dalam kes ini Pempetisyen tidak menjadikan pezina perempuan itu Carol sebagai pihak menentang bersama.

Anda mungkin juga menyukai