Anda di halaman 1dari 1

Halaman Empat

BH PILIH L4 16 emel

BERITA HARIAN Rabu, 16 Mei 2007

Bersama Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor

PEDOMAN EJAAN JAWI

PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

Huruf Alif dengan Awalan 'se-', 'ke-' dan 'di-'

Penyalahgunaan pada Kata Hubung Gabungan

ada keluaran kali ini, kita akan membincangkan satu tajuk yang sering mendatangkan kekeliruan kepada pengguna Jawi: Kata yang bermula dengan huruf alif didahului dengan imbuhan 'se-', 'ke-' atau 'di-'. Tidak seperti dalam sistem ejaan Arab, ejaan Jawi yang bermula dengan huruf alif biasanya dieja dengan tidak diikuti huruf hamzah di atas atau di bawahnya. Walaupun tulisan Jawi berasal daripada tulisan Arab, namun cara penulisannya adalah berbeza. Contoh:

Bil
1 2 3 4 5 6 7 8

Ejaan Rumi
asah audit agama erti enam usung orang esok

Ejaan Jawi

Apabila kata dasar tersebut didahului dengan awalan 'se-', 'ke-' atau 'di-', huruf alif akan ditandai oleh huruf hamzah diatasnya, bagi mengelakkan kekeliruan. Contoh:

Bil
1 2 3 4 5 6 7 8

Ejaan Rumi
diasah diaudit seagama seerti keenam diusung seorang keesokan

Ejaan Jawi

ata hubung gabungan ialah jenis kata hubung yang mencantumkan dua klausa atau ayat yang sama tara sifatnya. Contoh kata hubung gabungan ialah dan, atau, tetapi, sambil, serta, dan malahan. Selain kata hubung gabungan, terdapat juga kata hubung pancangan, iaitu walaupun, sewaktu, andai kata dan semoga. Banyak orang membuat kesalah an tatkala menggunakan kata hubung gabungan. Kata hubung gabungan mesti digunakan dalam satu ayat majmuk gabungan. Kesalahan berlaku apabila ayat yang sepatutnya dihubungkan dengan kata hubung tersebut dipecah dua, mewujudkan dua ayat tunggal dengan ayat kedua dimulakan dengan kata hubung. Contoh kesalahan seperti dalam ayat berikut: untuk sarapan saya suka makan nasi lemak. Tetapi adik saya suka makan nasi goreng (sepatutnya Untuk sarapan saya suka makan nasi lemak tetapi adik saya suka makan nasi goreng). Dalam ayat di atas, ayat kedua dimulakan dengan kata hubung tetapi. Ini menyalahi hukum penggunaan kata hubung yang hadir sebagai unsur yang menghubungkan ayat pertama dengan ayat kedua, dan tidak sebagai permulaan ayat kedua. Ramai yang membuat kesalah an dalam penggunaan kata hubung malahan dan manakala. Perkataan malahan juga boleh disebut sebagai malah sahaja dan boleh bertukar ganti. Satu makna malahan ialah bahkan, kian bertambah atau makin bertambah. Contoh penggunaan: Aku bukan sahaja percaya akan cerita engkau itu, malahan aku sanggup berbuat apa sahaja untuk menolong engkau. Tidak tepat jika ayat ini diubah menjadi: Aku tidak percaya akan cerita engkau itu.

Malahan aku sanggup berbuat apa sahaja untuk menolong engkau. Ayat ini salah kerana kata hubung gabungan mesti menggabungkan ayat, dan tidak memulakan ayat. Satu lagi makna malahan/ malah ialah padahal, sedangkan. Contoh penggunaan: Dia nampaknya tidak mahu pergi, malah bergerak dari tempat duduk pun tidak. Salah jika diubah menjadi: Dia nampaknya tidak mahu pergi,. Malah bergerak dari tempat duduk pun tidak. Kesimpulannya, malah/malahan tidak boleh digunakan sebagai unsur yang memulakan ayat disebabkan perkataan ini berfungsi sebagai kata hubung gabungan dan hadir sebagai unsur penghubung antara ayat-ayat yang dicantumkan menjadi ayat majmuk gabungan. Tentang kata hubung gabungan manakala, terdapat sedikit perbezaan. Manakala dapat bertugas sebagai kata hubung gabungan dan juga kata hubung pancangan keterangan. Sebagai kata hubung gabungan, manakala membawa maksud tetapi dan sedangkan. Perhatikan ayat berikut: Wanita tua itu menunggu anaknya pulang di bilik tamu, manakala suaminya menunggu di halaman rumah. Dalam ayat ini, manakala membawa erti tetapi. Salah jika di ubah ayat ini menjadi: Manakala suaminya menunggu di halaman rumah, wanita tua itu menunggu anaknya pulang di bilik tamu. Dalam ayat ini manakala seolah-olah berfungsi sebagai kata hubung keterangan. Ayat ini men-

jadi lebih salah jika dijadikan ayat yang memulakan perenggan. Berikut pula ialah ayat yang menggunakan kata hubung gabungan manakala yang bererti sedangkan. Contoh dalam ayat: Beberapa orang daripada peserta kursus masuk ikut pintu depan, manakala yang lain menggunakan pintu belakang. (bukan: Beberapa daripada peserta kursus masuk ikut pintu depan. Manakala yang lain menggunakan pintu belakang). Perkataan manakala boleh juga berfungsi sebagai kata hubung pancangan keterangan yang membawa maksud apabila. Kamus Dewan menggunakan contoh ayat berikut: Ia tersenyum manakala melihat anaknya sudah terlena. Seperti dalam mana-mana ayat majmuk keterangan, susunan ayat sedemikian boleh disongsangkan, menjadi ayat ini: "Manakala melihat anaknya sudah terlena, ia tersenyum". Tetapi ingat, manakala dalam ayat ini bukan lagi kata hubung gabungan tetapi, sebaliknya, kata hubung keterangan. Paling penting, anda hendaklah tahu membezakan kata hubung gabungan daripada kata hubung keterangan. Dalam ayat majmuk keterangan, ayat kecil keterangan yang mengandungi kata hubung keterangan boleh disongsangkan, menjadi ayat (songsang) itu mempunyai kata hubung di hadapan ayat. Tidak demikian halnya dengan ayat majmuk gabungan. Maka kata hubung gabungan tidak akan hadir sebagai permulaan ayat.

KOSA KATA BAHARU MUZIK


konserto gubahan muzik yang menampilkan persembahan pemain solo dengan iringan orkestra. presto (prsto) tempo muzik yang dimainkan dengan cepat. rondo bentuk lagu yang mengulangulang melodi utamanya, yang selalunya terdapat dalam pergerakan gubahan akhir muzik sonata atau konserto. septet (sptt) 1. gubahan muzik untuk sekumpulan tujuh orang penyanyi atau pemuzik; 2. kumpulan muzik yang terdiri daripada tujuh orang penyanyi atau pemuzik. largo muzik yang dimainkan dengan tempo yang sangat perlahan. rabub sejenis alat bunyi-bunyian bertali satu yang digesek, yang dimainkan oleh masyarakat kaum Kenyah di Sarawak.
Oleh Zaiton Nasir

GLOSARI TEKNOLOGI MAKLUMAT


virus parasitik (parasitic virus) kategori virus yang melekat pada fail boleh laksana dan membiak apabila fail itu dilaksanakan. ancaman pasif (passive threat) jenis ancaman yang melihat data atau maklumat sulit secara tidak berdaftar. kata laluan (password) gabungan beberapa abjad dan/ atau nombor untuk mengesahkan identiti pengguna. objek milikan (possessed object) objek yang mesti dibawa untuk mencapai komputer atau kemudahan komputer. Contohnya, kad dan kunci. kunci persendirian (private key) kod rahsia yang digunakan untuk penyulitan atau penyahsulitan yang digunakan oleh seorang pengguna sistem. penghala (router) peranti yang menerima paket Internet dan menghantarnya ke mesin berikut dalam laluan destinasi.
Oleh Azizul Ismail

KATA KLASIK

kedayan

T
Ejaan Jawi

Walaupun begitu, ada beberapa kata dasar yang bermula dengan huruf alif yang ditandai oleh huruf hamzah di bawahnya, antaranya:

akrif: pengiring, orang suruhan. Contoh penggunaan: Maka disuruh Sira Panji bahagi harta itu akan segala kedayan dan rakyat masing-masing.
Oleh Wahyunah Abd. Gani

Bil
1 2 3

Ejaan Rumi
Islam e-mel eh

BAHASA SUKUAN

Sipin

Huruf hamzah di bawah alif tetap dikekalkan walaupun dalam keadaan berimbuhan.

ipin ialah kosa kata suku kaum Rungus yang bermaksud cekak rambut atau dalam bahasa Inggerisnya hairband. Kata sipin diucap dalam dua suku kata iaitu si-pin. Contoh penggunaannya: Adik gemar memakai sipin yang baru dibeli oleh emak.
Oleh Noorzanani Kata

Anda mungkin juga menyukai