Anda di halaman 1dari 40

SALAH

KATA

Edimologi Kata (asal-usul


perkataan)
Kata Bahasa Melayu asli: salah
ialah bahasa Melayu asli
K E L A S K ATA ( N YATA K A N K ATA
YA N G D I T E M U K A N I T U D A R I S E G I
K E L A S K ATA )

Kata Adjektif : salah ialah perkataan yang


tergolong kepada kata adjektif, atau juga dikenali
sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi
unsur inti dalam frasa adjektif. Frasa adjektif boleh
terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau
beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif
atau beberapa perkataan yang mengandungi kata
adjektif dan unsur-unsur keterangan lain seperti
kata bantu atau kata penguat.
MAKNA
LEKSIKAL

: tidak benar atau tidak betul
Ayat : Dia boleh membezakan antara yang salah dan yang benar.


2. tidak tepat
Ayat: Kakinya terkehel kerana salah menendang bola.

3. tidak baik atau tidak layak, tidak patut, cacat, cela

Ayat: Kolonel Farquhar itu pergi ke siak meminta tempat hendak membuat
negeri di Tanjung Jati, akan tetapi salahnya di sana apabila musim utara
terlalu amat besar ombaknya.

4. perbuatan yang menyalahi hukum, perbuatan yang tidak patut (layak)
Ayat : Kejadian itu berpunca daripada salahnya sendiri.
 
M O R F O L O G I KATA

KATA TERBITAN
- Gandaan Penuh
Contoh kata gandaan penuh : salah-salah

Maksud : 1. walaupun (meskipun, sungguhpun) salah

Binaan Ayat : Salah-salah dia dibebaskan juga.


Maksud :2. Jika tidak bernasib baik, jangan-jangan

Binaan Ayat : Jika salah-salah bersikap, takut kamu


akan tertuduh pula.
GANDAAN SEPARA
tiada
GANDAAN BERIRAMA/BERSAJAK

Tiada
M A J M U K A N ( K AT A M A J M U K D I E J A
S E R A N G KA I )

Contoh majmuk yang dieja serangkai :


menyalahajarkan
Maksud : mengajarkan sesuatu yang salah (tidak betul)

Binaan Ayat : Perkara yang lebih malang lagi ialah


Bahasa Melayu disalahajarkan oleh pihak yang tidak
benar-benar mengetahui dan menguasai tatabahasa
Bahasa Melayu.
M A J M U K A N ( K AT A M A J M U K
AM/UMUM)

Contoh kata majmukan am/umum : salah faham

Maksud : tidak mengerti hal yang sebenarnya

Binaan Ayat : Ada pihak tertentu yang telah salah


faham pengumuman itu.
M A J M U KA N ( KATA
MAJMUK SIMPULAN
 BAHASA)
Contoh kata majmukan simpulan bahasa : salah jalan

Maksud : memulakan sesuatu usaha tanpa rancangan yang teliti

Binaan Ayat : Disebabkan salah langkah, hasil keluaran syarikatnya tidak


mendapat pasaran yang baik.

Contoh kata majmukan simpulan bahasa : salah mulut
Maksud : terlajak kata

Binaan Ayat : Akibat salah mulut, Suzi telah dimarahi oleh ibunya.

Contoh kata majmukan simpulan bahasa : salah urat
Maksud : terseliuh atau terpelecok

Binaan Ayat : Dia salah urat semasa mengadakan latihan lompat tinggi
semalam.

 
Contoh kata majmukan simpulan bahasa : salah cakap

 Maksud : maklumat yang disampaikan tidak tepat


 Binaan Ayat : Jangan cepat percaya pada cerita Salmi
kerana dia selalu salah cakap.
 
Contoh kata majmukan simpulan bahasa : salah jalan

 Maksud : tersesat jalan


 Binaan Ayat : Kami terlewat untuk menghadiri bengkel
kelolaan Encik Jais Sahok kerana kami salah jalan.
M A J M U KA N ( KATA M A J M U K P E R I B A H A S A )
BAHASA)

Contoh kata majmukan peribahasa : Kalau tak pandai


menari, jangan salahkan lantai jongkang-jongkit.
 Maksud : orang yang tidak tahu, cuba tunjuk tahu tetapi
akhirnya menyalahkan orang lain jika hasilnya tidak seperti
yang diharapkan
 Binaan Ayat : Guru sering menasihati pelajar-pelajarnya
agar tidak bersikap kalau tak pandai menari, jangan salahkan
lantai jongkang-jongkit kerana sikap itu akan menjejaskan daya
kreativiti mereka.
IMBUHAN
AWALAN
Contoh imbuhan awalan : ber-, bersalah

 Maksud : melakukan sesuatu yang salah


 Binaan Ayat : Jika kami yang bersalah, kami minta maaf.
 
Contoh imbuhan awalan : ter-, tersalah

 Maksud : tidak sengaja membuat salah, tersilap


 Binaan Ayat : Jikalau ada apa-apa yang tersalah dan tersilap, kami pohonkan
banyak-banyak maaf.
Contoh imbuhan awalan : pe-, pesalah (bukan kata adjektif)

 Maksud : orang yang didapati bersalah


 Binaan Ayat : Pesalah itu telah dipenjarakan.
Contoh imbuhan awalan : me-, menyalah (bukan kata adjektif)

 Maksud : 1. menyimpang, menyeleweng


 Binaan Ayat : Lembu yang kena langgar itu menyalah ke tengah
jalan.
 Maksud : 2. Tidak mengikut peraturan
 Binaan Ayat : Perbuatannya itu menyalah daripada norma
masyarakat.
 Maksud : 3. Mengelak, menangkis
 Binaan Ayat : Hang Tuah menyalah tikaman Hang Jebat.
 Maksud : 4. Kurang sihat (minangkabau)
 Binaan Ayat : Walaupun saya menyalah, saya tetap menyiapkan
tugasan ini.
AKHIRAN
TIADA
APITAN
Contoh imbuhan apitan : ke- an, kesalahan

 Maksud : perihal salah (perbuatan salah atau


kesilapan)
 Binaan Ayat : Lebih baik saudara mengakui
kesalahan yang telah dilakukan itu.
SISIPAN
TIADA
B UN G A -BU N G A B A H A S A
Peribahasa
Contoh peribahasa : Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai jongkang-jongkit.

 Maksud : orang yang tidak tahu, cuba tunjuk tahu tetapi akhirnya menyalahkan
orang lain jika hasilnya tidak seperti yang diharapkan
 Binaan Ayat : Guru sering menasihati pelajar-pelajarnya agar tidak bersikap kalau
tak pandai menari, jangan salahkan lantai jongkang-jongkit kerana sikap itu akan
menjejaskan daya kreativiti mereka.

Contoh peribahasa : Bukan salah ibu mengandung

 Maksud : menyesali nasib yang malang


 Binaan Ayat : Bukan salah ibu mengandung jika tingkah laku remaja pada hari ini
semakin biadap kerana lonjakan teknologi maklumat sering disalahgunakan.
Pantun

 Contoh pantun : Kalau ada jarum yang patah,


 Jangan disimpan di dalam peti,
 Kalau ada silap dan salah,
 Jangan disimpan di dalam hati.
Maksud : Sikap memaafkan kesalahan orang lain
dan tidak menyimpan dendam di dalam hati.
Contoh Kata-kata
KA hikmah
TA - K ATA H Idaripada
: Belajar K M A Hkesalahan.
Maksud : Setiap kesilapan dianggap sebagai satu pengajaran
untuk menjadi yang lebih baik.
Binaan Ayat : Sebagai manusia biasa, kita perlu belajar daripada
kesalahan agar pisang tidak akan berbuah dua kali.
Contoh kata pujangga: Jangan takut salah kerana dengan
kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk
mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua. (Prof Dr Haji
Abdul Malik Karim Amrullah)
Maksud : Setiap kesilapan dianggap sebagai satu pengajaran
untuk menjadi yang lebih baik.
SINTAKSIS
FRASA
Frasa Nama
Binaan Ayat : Dia mengakui kesalahan yang telah
dilakukannya.
Frasa Kerja

Binaan Ayat : Perbuatannya membuang sampah di


merata-rata tempat itu nyata menyalahi undang-
undang.
Frasa Adjektif
Binaan Ayat : Saya mohon maaf atas segala salah
saya sebentar tadi.
Frasa Sendi Nama
Binaan Ayat : Antara kesalahan yang telah
dilakukannya termasuklah membuang sampah di
merata-rata tempat.
AYAT
FN+FN
Contoh FN + FN: Pelajar + kesalahan
Binaan Ayat : Pelajar itu mengakui
kesalahannya.
FN+FK
Contoh FN + FK: tabiat + menyalahi
Binaan Ayat : Tabiat merokok menyalahi
peraturan sekolah.
FN+FS
Contoh FN + FS: Hukuman + terhadap
Binaan Ayat : Hukuman penjara 10 tahun
dikenakan terhadap pesalah itu.
FN+FA
Contoh FN + FA: Pesalah + gentar
Binaan Ayat : Pesalah itu berasa gentar apabila
mendengar hukuman gantung sampai mati
mandatori yang dikenakan ke atas dirinya.
JENIS-JENIS
AYAT
Ayat penyata:
• Ayat transitif dan ayat intransitif

Maksud : Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan


maksud membuat satu pernyataan.

• Ayat aktif dan ayat pasif

Maksud : Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja


yang mengutamakan subjek asal sebaga judul atau unsur yang
diterangkan. Ayat pasif menekankan objek.
Binaan Ayat : Ibu menyalahkan adik kerana memutuskan
rantainya. (Ayat Aktif)
 Adik disalahkan oleh ibu kerana memutuskan rantainya.
(Ayat Pasif)
• Ayat songsang

Maksud : Ayat yang diterbalikkan atau disongsangkan

Binaan Ayat : Kerana memutuskan rantainya, ibu menyalahkan adik.

 
• Ayat naf

Maksud : Ayat yang menyatakan unsur nafi atau negatif.

Binaan Ayat : Saya tidak bersalah atas tuduhan itu.

 
• Ayat inti dan ayat gabungan

Maksud : Ayat gabungan merupakan gabungan daripada dua atau


lebih ayat tunggal.
Binaan Ayat : Arman dan Imran bersalah kerana membuli rakan
sekelas mereka.
 
Ayat perintah
• Ayat suruhan

Maksud : Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan


dengan tujuan memberi perintah atau arahan.
Binaan Ayat : Betulkan kesalahan dalam ayat ini.
• Ayat larangan

Maksud : Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata


larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja
dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.
Binaan Ayat : Jangan ulangi kesalahan ini.
• Ayat silaan

Maksud : Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan


seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan
menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata
silaan digunakan pada permulaan ayat seperti contoh berikut.
Binaan Ayat : Sila betulkan kesalahan tatabahasa berikut .
• Ayat permintaan
Maksud : Ayat permintaan ialah ayat yang
menggunakan kata permintaan, seperti minta dan
tolong, dengan tujuan memohon permintaandan
pertolongaan seperti berikut.
Binaan Ayat : Tolong jangan salahkan saya.
Ayat tanya
• Ayat Tanya tanpa kata Tanya

Maksud : Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang


lazimnya diucapkan dengna nada suara meninggi sebelum
kesenyapan pada akhir ayat.
Binaan Ayat : Salahkah kita datang ke sini?
 
• Ayat Tanya dengan unsur Tanya

Maksud : Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat yang


mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di
mana dan sejak bila.
Binaan Ayat : Berapakah kesalahan yang terdapat dalam
hasil kerja kami?
• Ayat Tanya terbuka
Binaan Ayat: Pada pendapat anda, adakah menjadi kesalahan
sekiranya seseorang individu itu mencuri kerana lapar?
• Ayat Tanya tertutup

Binaan Ayat : Adakah MAS yang bersalah dalam kes kehilangan


pesawat MH370?
 
Ayat seru(an)

Maksud : Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa


nada atau intonasi seruan untuk tujuan mrlahirkan sesuatu keadaan
perasaan, seperti takut, mararh, takjub, geram dan sebagainya.
Binaan Ayat : Eh, salah jawapan awak itu!
WA C A N A
(PEN GGU NAAN DALAM KON TEKS)

1. Konteks umum
Maksud : menyatakan bersalah
Ayat Contoh : Kamallah yang harus disalahkan
atas kekalahan pasukan bola sepak sekolahnya.

2. Konteks sastera
Ayat Contoh :
1. Kami terlewat untuk menghadiri bengkel kelolaan
Encik Jais Sahok kerana kami salah jalan.
2. “Khilafkah diriku ini,...”
3. Dalam konteks media massa :
Ayat Contoh : Editor majalah itu
membuat ralat pada artikelnya agar tidak
menimbukan kekeliruan pembaca.
KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN
Kesalahan ejaan :

Serbasalah – serba salah

Kesalahan kata ganda :

Salah salah – salah-salah

Kesalahan kata majmuk :

 tiada

Kesalahan kata berimbuhan :

Disalahguna – disalahgunakan
 
  KATA D A L A M WA C A N A / KATA D A L A M
P E M B I N A A N WA C A N A
Salahkah aku?
Salahkah aku
Kerana hadir di sini
Pada waktu yang tidak salah
Tetapi seakan-akan salah
Kerana tersalah minitnya
Salah akukah
Kerana di sini
Sedangkan aku tidak bersalah
Hadir di tempat yang tidak
salah
 
Aku serba salah
Atas kesalahan yang tidak salah
ini
Sekaligus mencari siapa yang
salah
Memberiku kata “SALAH” ini.
Hakikatnya
Aku bukan pesalah
Yang harus dipersalahkan
 
Pastinya soalan yang
tercerna kini ...
Siapakah yang bersalah? 
ekian, terima kasih
1. En. Othman Sabu (SMK Santubong)
2. En. Mathew Apok (SMK Tabuan Jaya)
3. Pn. Dygku Siniah (SMK Green road)
4. Pn. Mariaini Bujang (SMK DPHA Gapor)
5. Pn. Nuraisyah Atiqah (SMK St. Joseph)

Anda mungkin juga menyukai