Anda di halaman 1dari 13

LM 2023 Bahasa Melayu Kerjaya (Sains Sosial)

Apakah perbezaan antara resume dengan curriculum vitae?

Apa itu resume?


Kamus Dewan mendefinisikan resume sebagai keterangan ringkas tentang maklumat diri, pendidikan, pengalaman dan kerjaya. Omar Ariff (2008: 25) pula mengatakan bahasa resume ialah dokumen bertulis yang mempamerkan kelayakan, kemahiran dan pengalaman kerja seseorang pemohon kerja bertujuan khusus untuk meyakinkan seseorang majikan bahawa pemohon berkenaan adalah calon paling berkemampuan bagi mengisi kekosongan jawatan sedia ada.
3

Bahagian-bahagian resume
Resume selalunya mengandungi perkara-perkara berikut:
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Maklumat peribadi Kelulusan akademik Kerja kursus Kemahiran dan tanggungjawab Latihan praktikal Pengalaman kerja Sokongan

Komponen-komponen Penting dalam Resume


Komponen-komponen berikut biasanya dimasukkan ke dalam resume:
I. II. III. IV. V. VI. Nama penuh (mengikut kad pengenalan) Gambar terbaru (saiz passport) Butir-butir peribadi (tarikh & tempat lahir, taraf perkahwinan) Alamat surat-menyurat. Alamat tetap (jika lain dari no. 4) Objektif pekerjaan (sekiranya sudah pasti dan mesti sesuai dengan jawatan yang dipohon). VII. Latar belakang pendidikan (tinggalkan pendidikan rendah, kelayakan tertinggi lebih diutamakan). VIII. Pengalaman kerja (termasuk kerja sementara & latihan amali). IX. Aktiviti kokurikulum dan persatuan. X. Keahlian dalam badan-badan ikhtisas (jika ada) serta taraf keahlian. XI. Penglibatan masyarakat / komuniti. XII. Penerbitan (jika ada). XIII. Taraf serta kemahiran berbagai bahasa. XIV. Kemahiran lain (menaip, komputer). XV. Lesen memandu (taraf / gred). XVI. Rujukan 2 orang yang kenal anda (bukan saudara mara).
5

Jenis-jenis Resume
1. Latar Diri Asas Resume ini biasanya disediakan oleh mereka yang baru tamat pengajian. Sesuai untuk yang mempunyai pengalaman kerja yang terhad. 2. Latar Diri Mengikut Kronologi Maklumat-maklumat disenaraikan mengikut kronologi misalnya jawatan terkini disenaraikan di atas sekali. Mencerminkan perkembangan serta kemajuan kerjaya seseorang. Sesuai untuk mereka yang mempunyai berbagai pengalaman bekerja dalam tempoh tertentu. 3. Latar Diri Fungsian Menonjolkan kemahiran dalam fungsi-fungsi tertentu misalnya pengrusan dan pemasaran tanpa menitikberatkan kronologi. Sangat menarik minat majikan sekiranya sesuai dengan jawatan yang diiklankan. 4. Latar Diri Sasaran Digunakan oleh mereka yang yakin tentang sasaran atau bidang kerjayanya misalnya bidang pengurusan.

Bahasa Resume
Hendaklah menggunakan gaya bahasa yang baik kerana dapat mencerminkan kebolehan serta kreativiti anda dari segi tahap kemahiran penulisan serta pertuturan. Resume hendaklah menarik, teratur serta menggunakan gaya bahasa serta ungkapanungkapan yang sesuai, ringkas, mudah tetapi jelas dan lengkap.
7

Panduan menulis resume berkesan


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Hadkan resume anda kepada dua atau tiga muka surat sahaja. Gunakan fon bersaiz 10 poin atau 11 poin. Elakkan penggunaan huruf-huruf besar, tebal atau condong dan fon yang ranggi seperti Jokerman, Brush Script atau Calligraphy. Birai atas, bawah, kiri dan kanan seelok-eloknya di antara satu hingga satu setengah inci. Lekatkan sekeping gambar bersaiz pasport pada resume anda. Semak resume anda berulang kali. Betulkan sebarang kesilapan menaip, nahu dan ejaan. Letakkan nama anda di ruangan kepala muka surat. Nomborkan setiap muka surat. Tonjolkan tugas-tugas dan pencapaian anda dalam bentuk poin. Elakkan penggunaan ayat yang berjela-jela panjangnya. Gunakan perkataan yang power seperti memimpin, mengawal, merancang, untuk menjelaskan tanggungjawab dan pembabitan luat kurikulum anda. Buatlah resume yang asli atau original.
8

SURAT IRINGAN

Apakah surat iringan?


Surat iringan adalah sebuah dokumen bertulis atau satu muka surat bertujuan untuk meyakinkan majikan bahawa kelayakan, kemahiran dan pengalaman bekerja pemohon itu menepati keperluan jawatan itu dan pemohon berkenaan wajar diberikan peluang untuk berbincang lebih lanjut mengenainya.

10

Surat Iringan
Resume yang dihantar kepada majikan mesti diiringi dengan surat iringan. Surat iringan mempunyai 3 bahagian utama iaitu permulaan, pertengahan & penutup.
I. bahagian permulaan: memperkenalkan diri dan jelaskan mengapa anda menulis kepada mereka. II. bahagian pertengahan: ceritakan mengenai kelayakan, pengalaman dan kemahiran anda (pastikan ianya bersesuaian dengan organisasi berkenaan). III. bahagian penutup: tekankan minat anda untuk bekerja dengan syarikat tersebut dan nyatakan dengan lengkap alamat surat-menyurat dan nombor telefon anda.
11

Salinan Sijil-sijil
Sijil akademik
Ijazah Transkrip/keputusan peperiksaan

Sijil aktiviti (optional)


Seperti dalam resume

Dokumen-dokumen lain
Surat rekomen

12

Mengirim permohonan anda


Jika menghantar e-mel, pastikan lampiran tidak tunggang-langgang atau beselerak. Jika menghantar melalui pos:
1. Kepilkan semua halaman mengikut turutan yang betul. 2. Tuliskan alamat dan nama penerima yang tepat pada sampul 3. Gunakan sampul surat bersaiz A4 sama ada berwarna putih atau perang. 4. Jangan lipat permohonan anda. 5. Gamkan sampul surat itu.
13

Anda mungkin juga menyukai